Latihan 1:
Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa,
dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim
Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah,
mengaminkan setiap baris kalimah- dipintu surau, terdengar
suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa
bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu
Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil,
dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang
masih menadah doa, kami segera menoleh.
Dek pelita ayam yang tergantung pada alang beranda sangat
terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang
tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua
matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi
darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah,
calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada
muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman
sudah berakhir, kami masih keras membantu dek tenggelam
punca.
(Dipetik dari Cerpen Cinta Ahmad
Mutawakkil dalam Antologi Sajadah Rindu)
i. Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib?
[2 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah
melihat lelaki itu ?
[3 markah]
iii. Berikan satu persoalan berdasarkan petikan dan satu persoalan berdasarkan
keseluruhan cerpen.
[ 4 markah]
Latihan 2:
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu.
Sejarahnya hanya jaluran kebun dan sawah. Pertengahan tahun
30-an, dating satu keluarga Orang Putih-mengupah berates-ratus
orang buruh,termasuk kami sendiri- meneroka belukar. Tak lama
kemudian, berjejerlah anak-anak getah.
Sebahagian buruh pemugar beransur-ansur pergi.
Tinggallah sekitar lima belas keluarga, membentuk sebuah
kampong kecil berumah teres di tengah estet. Beberapa tahun
kemudian, ketika pokok-pokok getah sudah tinggi melayup,
hasilnya mula ditoreh. Seminggu sekali, dikepalai Tuan Booth,
kepingan getah dikandar puluhan pekerja melintasi jalan
kampong menuju ke bandar.
Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas
keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah
wajah kampung kami.
Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah
dikejapkan, tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang
berkeladak pada musim kemarau.
(Dipetik dari Cerpen Cinta Ahmad
Mutawakkil dalam Antologi Sajadah Rindu)
i. Berdasarkan petikan, siapakah yang telah datang ke kampong itu dan apakah
yang telah dilakukan oleh mereka?
[2 markah]
ii. Andaikan anda ialah Tuan Booth, apakah tindakan lain yang akan anda
lakukan untuk memajukan kampong itu?
[3 markah]
iii. Nyatakan satu pengajaran berdasarkan petikan dan satu pengajaran
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Latihan 3:
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aiman menyusun jari-jemari tangannya lurus-lurus.
Jari-jemari yang kurus runcing dan semacam tidak berisi itu
dibawanya ke muka. Muka yang dulunya gebu dan montok, kini
Nampak cengkung dan semacam menyimpan dendam yang tidak
berhujung. Dia lantas menekup wajanya rapat-rapat. Dia cuba
mengintip, mengikut ruang yang wujud di celah-celah jari-
jemarinya. Jelas kelihatan olehnya akan lereng bukit yang sudah
tempang dan pincang, menimpai bangle di lereng bukit.
Jari-jemarinya yang kuru situ kini dianjakkan ke ruang
lain, melebarkan pandangannya ke arah sekitar. Lagi-lagi lereng
bukit yang runtuh itu mengeruhkan sanubarinya. Perenungan itu
memberi ruang dan kesempatan kepadanya untuk mematah-
matahkan jari-jemarinya satu per satu. Dia amat seronok
mendengar bunyi kertap-kertup yang terbit daripada aksinya itu.
Dia kembali menekup wajahnya, wajah yang geruh
dan bengis. Sebiji buah mempelam jatuh terlepap di hadapannya,
gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia teringat akan Isaac Newton,
saintis berbangsa Inggeris itu.
(Dipetik dari Cerpen Hipertensi dalam
Antologi Sajadah Rindu)
i. Apakah yang Aiman lakukan ke atas jari-jemarinya yang kurus?
[2 markah]
ii. Mengapakah anak muda zaman sekarang tidak mengenali saintis-saintis yang
hebat pada waktu dahulu?
[3 markah]
iii. Huraikan satu latar masyarakat didalam petikan dan satu dari keseluruhan
cerpen.
[4 markah]
Latihan 4:
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun
1642, ataupun beberapa dekad kemudian, aku pasti tidak berasa
hairan sebab buah pelam itu gugur secara tiba-tiba.” fikir Aiman.
Malangnya, tarikh keramat itu sudah lama gugur dalam helaian
calendar waktu.
Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji epal
gugur lalu jatuh tepat di bumi. Idea tercetus, fikiran terlarik,
pendapat terukir, sehingga akhirnya lahirlah Teori Graviti.
“Maksudnya kuasa tarikan bumi.” suara lantang
Cikgu Faridah di muka kelas masih terngiang-ngiang di cuping
telinganya. Gegendang telinga itu sudah amat bosan
mendengarkan butiran yang sama terus-terusan diucapkan.
Kegelisahan diriku mencairkan kesabaran sang guru
lalu terlarik segera soalan:”Aqil, cuba awak kaitkan Teori Graviti
dengan alam sejagat.”
Nama sebenar murid lelaki yang bernama Aiman itu
ialah Aiman Aqil. Dia bangga dengan nama itu. Nama itu diberikan
sebaik-baik sahaja rengeken pertama memecah kesunyian bilik
bersalin. Pada ketika itu, sang suria memuncaki ubun-ubun.
(Dipetik dari Cerpen Hipertensi dalam
Antologi Sajadah Rindu)
i. Berdasarkan petikan, apakah yang difikirkan oleh Aiman, apabila terfikir
kejadian buah mempelam gugur?
[2 markah]
ii. Andaikan anda seorang cikgu seperti Cikgu Faridah, apakah yang perlu anda
lakukan sekiranya anda mempunyai anak murid seperti Aiman.
[3 markah]
iii. Huraikan satu perwatakan berdasarkan petikan dan satu perwatakan
berdasarkan keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Latihan 5:
Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Perengus itu tidak malang. Bertahun-tahun keladak
minuman keras bergelodak didalam perutnya. Dialah yang
menjemput virus-virus esofagus itu merebak ke seluruh
tubuhnya. Darah hanyir busuk hitam memancut keluar dari
rongga hidung.
Alat sokongan hayat mengepam, menggelembungkan
alveolus paru-paru. Mata terpejam rapat. Tubuh tua lelaki pemuja
nafsu itu berkulit hitam berkerut seribu. Najis lendir berdarah-
teramat busuk bertakung di punggung.
“Bank darah sudah kering”
“Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau
tiada orang yang mahu menderma darah.”
“Perlukah berbuat begitu, Doktor Murni?” Hujung
getah sedutan kucecahkan kehujung bibir pesakit yang koma itu.
Lendir liur berdarah-busuk amat, berpintal-pintal masuk kedalam
botol tadahan kumuh- sudah dibuang untuk kali ketiga dalam
sehari.
(Dipetik dari Cerpen Gerhana Manusia
dalam Antologi Sajadah Rindu)
i. Berdasarkan petikan, nyataka n keadaan Tuan Besar ?
[2 markah]
ii. Jelaskan dua cara bagi mengelakkan kita terjebak dengan minuman
keras?
[3 markah]
iii. Berdasarkan keseluruhan cerpen, nyatakan dua latar tempat yang ada
dalam novel berserta bukti.
[4 markah]
Latihan 6:
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan meggunakan ayat sendiri.
“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” arah professor
doctor juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut doctor
murni, yang meyamoaikan berita tentang bank darah yang
kontang. “dapatkan di hospital lain; segera.”
Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.
“awak tahu siapa tuan besar musa itu? Korporat,
teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit
kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita
begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam kita yang
beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.”
Tekana darah solehah semakin rendah. Jeritku
menyapa kuping professor doctor juaidi. Dai menoleh.
“berikan gelafundin.” Arahnya acuh tak acuh.
“dia memerlukan darah.” Hatiku pilu tiba-tiba.
“kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata
bulat berkening lebat doctor tua itu terjegil. “paling tidak pun
dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia
tidak mati untuk hari ini.”
(Dipetik dari Cerpen Gerhana Manusia
dalam Antologi Sajadah Rindu)
i. Kenapa Professor Doktor Juaidi memerah otak mencari jalan menyelamatkan
Tuan Besar Musa?
[2 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk
membendung pengambilan minuman keras dalam kalangan remaja?
[3 markah]
iii. Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
latar masyarakat lain yang terdapat dalam cerpen ini.
[4 markah]