JOHOR DARUL TAKZIM BANGUNAN BERSEJARAH AIMAN ZAFRI BINKHAMIDON 4 IBNU SINA SMKA JOHOR BAHRU
PENGHARGAAN PENDAHULUAN BANGUNAN SULTAN IBRAHIM MAKAM LAKSMANA BENTAN PENJARA JOHOR BAHRU MASJID SULTAN ABU BAKAR MUZIUM DIRAJA SULTAN ABU BAKAR STESEN KERETAPI LAMA JOHOR RUMUSAN LAMPIRAN GAMBAR SUMBER RUJUKAN ISI KANDUNGAN
Saya Aiman Zafri Bin Khamidon ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang menganjurkan pertandingan ini, seterusnya kepada guru kelas 4 Ibnu Sina, buat guru Sejarah saya Cikgu Hafizah khasnya kerana tidak jemu mendidik saya dan rakan-rakan yang lain tentang Sejarah. Selain itu terima kasih juga diucapkan buat ibu dan bapa saya yang banyak membantu saya menyiapkan buku skrap digital ini. Akhir kata semoga tugasan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kecintaan terhadap Negara Malaysia terutama Negeri Johor. ‘Tekad Perpaduan,Penuhi Harapan’ ‘MALAYSIA MADANI’ PENGHARGAAN
Negeri Johor Darul Takzim merupakan sebuah negeri yang menyimpan khazanah sejarah bernilai. Bagi yang masih belum tahu, Johor wujud pada tahun 801 Masihi lagi sebelum wujudnya Tanah Melayu. Sama seperti Melaka, Johor juga menjadi pusat perdagangan yang penting pada waktu itu. Oleh sebab itulah banyak tempat bersejarah di Johor yang boleh kita lawat pada hari ini. Walaupun negeri ini pesat membangun, saki baki dan tinggalan sejarah masih tersimpan. Malah bangunan-bangunan lama masih kukuh dan digunakan hingga ke hari ini. Ini semua adalah usaha kerajaan negeri dalam memastikan ia terpelihara dan dapat dilihat oleh generasi akan datang. Berikut merupakan sebahagian bangunan bersejarah di Johor yang boleh kita boleh lawati sekiranya berkunjung ke negeri bertuah ini. PENDAHULUAN
Bangunan yang siap dibina pada tahun 1942 ini menyimpan banyak sejarah buat Johor. Bekas pusat pemerintahan negeri ini pernah digunakan Jepun untuk mengintip tentera British dan Singapura. Jika dilihat, bangunan ini sungguh unik. Ini kerana ia menggabungkan senibina kolonial, kesultanan Johor dan Islam. Ia menjadi mercu tanda Johor hingga kini. 01-BANGUNAN SULTAN IBRAHIM
Pahlawan Melayu terbilang, Laksamana Bentan atau Megat Seri Rama. Jika anda masih ingat, beliaulah yang telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Sultan sempat menikam balas Megat Seri Rama yang kemudia melafazkan sumpah bahawa “Orangorang Bentan akan muntah darah jika berkunjung ke bumi Kota Tinggi selama tujuh keturunan”. Peristiwa inilah yang dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’. 02-MAKAM LAKSMANA BENTAN
Penjara Johor Bahru atau lebih dikenali dengan "Kota Jail" dibina pada tahun 1882. Perjanjian membina "Kota Jail" ini dibuat pada tanggal 16 April 1882 dengan keluasan penjara pada masa itu ialah 400 x 400 kaki dengan harga RM 30,000 yang dibina oleh kontraktor bernama Wong Ah Fook memuatkan 200 banduan. Reka bentuk bangunan ini sedikit sebanyak menyerupai penjara di China, Shanghai dan Osaka Jepun atas idea dari Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim yang telah berkunjung ke penjara di China, Shanghai dan Osaka ketika lawatan suatu masa dahulu. 03-PENJARA JOHOR BAHRU
Masjid ini mula dibina pada tahun 1893. Upacara perletakan batu asas Masjid Abu Bakar telah disempurnakan pada 1 Muharram 1310 Hijrah bersamaan 26 Julai 1892 Masihi dan siap sepenuhnya pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab ke atas pembinaan masjid ini ialah YB Dato' Yahya Awaluddin. Keistimewaan Masjid ini istimewa kerana dindingnya dibina dengan mencampurkan putih telur yang digaulkan dengan simen. Masjid ini mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkan dirasmikan oleh Sultan Ibrahim pada Hari Raya kedua diiringi 21 das tembakan meriam. 04-MASJID SULTAN ABU BAKAR
Bangunan berseni bina menakjubkan ini siap pada tahun 1866. Ia ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan turut dikenali sebagai Istana Besar Johor. Dibina mengikut gaya Renaissance, bangunan ini dibina oleh orang tempatan dibawah seliaan seorang arkitek Eropah. Perabut di dalam istana dibuat di England dan ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dalam tahun 1866. Istana ini dijadikan Muzium Diraja Abu Bakar dalam tahun 1982. Hari ini, ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri. 05-MUZIUM DIRAJA SULTANABU BAKAR
06-STESEN KERETAPI LAMA JOHOR BAHRU Bangunan stesen yang terletak di Jalan Tun Razak ini mula dibina pada tahun 1928 dengan bercirikan seni bina kolonial British. Kos pembinaanya adalah sebanyak RM75 900 dan direka bentuk oleh salah sebuah syarikat firma Swan & Maclaren Architects, yang juga telah membina Balai Polis Sentral dan Kompleks Mahkamah Johor Bahru. Secara rasminya stesen ini telah beroperasi pada September 1932. Stesen ini adalah stesen terakhir di Selatan Malaysia sebelum memasuki Singapura. Namun begitu, bangunan stesen ini telah ditutup pada tahun 2010, setelah hampir 87 tahun beroperasi dari 1 September 1932 hingga 31 Oktober 2010.
Setelah menyiapkan buku skrap ini, saya dapat mengetahui sejarah bangunanbangunan yang ada di Negeri Johor di mana seni binanya sangat unik dan setiap satunya mempunyai kisah tersendiri. Saya amat menghargai kewujudan setiap bangunan bersejarah ini dan kita sebagai rakyat Malaysia dan Bangsa Johor khususnya perlu berbangga dengan tinggalan warisan yang ada dibumi Johor Darul Takzim dan perlu memeliharanya untuk generasi akan datang RUMUSAN
ISTANA BUKIT SERENE MAKAM SULTAN MAHMOOD MANGKAT DIJULANG MUZIUM KOTA JOHOR LAMA LAMPIRAN
MAKAM BENDAHARA TUN HABAB KOTA TINGGI MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU
Sumber Rujukan Internet: Google, Facebook, Wikipedia Buku: Buku Teks Sejarah, Buku Rujukan Sejarah Sumber penceritaan daripada keluarga