PENGURUSAN
MURID
NAMA : WARDINA SYASYA BINTI CHE SENU
NO.MATRIKS : D20201095716
PENSYARAH : DR MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN
Apakah itu pengurusan murid?
● Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah.
● Hal ini kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu
membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti.
● Bukan itu sahaja, pengurusan murid ini haruslah dilakukan dengan sistematik agar dapat mencapai matlamat dan
objektif yang ingin dilakukan.
● Pengurusan murid terbahagi kepada 3 komponen iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan
memotivasikan pelajar.
MENGURUS REKOD MURID
❑ Mengurus rekod murid merupakan bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga,
bersistematik mengawal penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan
memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod
❑ Tujuannya adalah untuk memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
• Mengemas kini profil murid supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa kehidupan murid.
• Contohnya, seorang murid yang bertukar rumah tetapi pihak sekolah tidak mengetahuinya, dan ini akan
menyulitkan pengurusan pihak sekolah jika ingin mengunjungi ke rumah pelajar atas urusan kebajikan.
❑ Selain itu, menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek
perkembangan potensi(JERI)
❑ Sebagai panduan kepada ibu bapa dan pelajar
• Ibu bapa dapat mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka manakala pelajar dapat mengetahui
potensi masing-masing.
KESEDIAAN MURID BELAJAR
❑Keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru.
Jenis Kesediaan Murid Belajar
Kesediaan kognitif Kesediaan afektif Kesediaan psikomotor
o
o Kemampuan intelektual o Sikap, keinginan,
pelajar dalam berfikir, ketekunan, perasaan, minat o
mengetahui dan dan nilainya untuk
menyelesaikan sesuatu menerima pelajaran yang
masalah. disampaikan oleh guru
mereka.
o Perkembangan mental juga
bergantung kepada tahap o Pelajar yang bersikap
umur seseorang murid positif & berminat terhadap
pelajaran akan memainkan
peranan yang aktif dan
agresif dalam aktiviti itu.
MEMOTIVASIKAN PELAJAR
• Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu kearah mencapai sesuatu matlamat
tertentu.
• Motivasi ini juga merupakan sesuatu yang diberi sehingga mampu menaikkan semangat respond untuk mencapai
tujuan utama mereka.
• Menurut H.W. Bernard (1965) motivasi ialah proses membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat
• Terdapat dua hubungan motivasi murid dan pembelajaran iaitu murid motivasi rendah dan murid motivasi tinggi.
• Antara contoh murid motivasi rendah ialah tidak peduli akan pencapaian sendiri serta pasif dan malas dalam
pembelajaran. Bagi murid motivasi tinggi pula merupakan individu yang sentiasa membuat semakan akan prestasi
sendiri dan juga kritis dan kreatif dalam pembelajaran.
• Terdapat dua teknik motivasi pelajar iaitu:
➢Teknik intrinsik: hasil dorongan dalaman dan minat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara tanpa
memikirkan ganjaran dan ianya merupakan sifat semulajadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses
pembelajaran dan boleh terbentuk juga dari pengalaman.
➢Teknik ekstrinsik pula sebaliknya, di mana dipengaruhi oleh rangsangan luar dengan tujuan
menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
KESIMPULAN
Pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada mengurus rekod murid, kesediaan murid
belajar dan memotivasikan murid dan ianya merupakan bidang terpenting dalam sekolah disebabkan cara
pelaksanaanya di sesebuah sekolah itu akan mencerminkan prestasi sekolah itu sendiri. Bukan itu sahaja,
pengurusan murid berkait rapat dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti serta mampu membawa
perubahan kepada negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Seperti yang kita sedia maklum, sesuatu
perkara tidak dapat dilaksanakan sekiranya tiada komitmen serta kerjasama yang padu dalam sesuatu organisasi.
Oleh itu, kerjasama semua pihak dalam sesuatu organisasi amat penting bagi penggerak pengurusan murid yang
berkesan kerana pengurusan yang berjaya mencerminkan prestasi murid itu sendiri.
RUJUKAN
Opie Mohamad, (2014). pengurusan rekod murid. [online] Slideshare.net.
https://www.slideshare.net/jojomimi/pengurusan-rekod-murid [Diakses pada 12 Mei 2021].
Fahan (2018) profile, V., 2021. TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID. [online]
Fahannn.blogspot.com. http://fahannn.blogspot.com/2018/11/tajuk-5-pengurusan-murid.html
[Diakses pada 12 Mei 2021].
Miera84 (2015) Slideshare.net. 2021. Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan
Belajar). [online] <https://www.slideshare.net/miera84/kumpulan-17-oren1> [Diakses pada 14
Mei 2021].
Muhammad Aizat, (2019). PENGURUSAN MURID. [online] Muhamadaizat.blogspot.com.
Available at: <http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid.html> [ Diakses pada 14
Mei 2021].
ANALOGY, C., & profile, V. PENGURUSAN MURID.
Pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com.
http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/pengurusan-murid.html. [Diakses pada
12 Mei 2021]