The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN
a) MILIKAN TUNGGAL
b) PERKONGSIAN
c) SYARIKAT BERHAD
d) KOPERASI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctaishawazir, 2022-03-23 20:10:28

Bab 1 1.2 PERNIAGAAN T4

BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN
a) MILIKAN TUNGGAL
b) PERKONGSIAN
c) SYARIKAT BERHAD
d) KOPERASI

1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan

Pemilikan perniagaan: Entiti sesebuah
perniagaan yang dibentuk dari aspek
perundangan.

- 4 bentuk pemilikan perniagaan:
a. Milikan Tunggal
b. Perkongsian
c. Syarikat Berhad
d. Koperasi

a. Milikan Tunggal

- Definisi milikan tunggal: sejenis aktiviti
perniagaan yang dimiliki dan dikawal
sepenuhnya oleh seseorang individu sahaja.

- Bertanggungjawab untuk melaburkan modal
dalam perniagaan.

- Sumber pembiayaan: wang simpanan
pemilik sendiri, pinjaman daripada saudara
mara, agensi kerajaan dan institusi
kewangan.

a. Milikan Tunggal

- Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan
cukai pendapatan perseorangan.

a. Milikan Tunggal

(i) Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal
Proses menjalankan perniagaan milikan tunggal
1. Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan

Mengisi Borang Mengisi Borang A Hantar kepada
Carian Nama Pendaftar
Perniagaan,

Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)

Mendapatkan orang D, iaitu Membuat Pembayaran RM
Sijil Perakuan Pendaftaran 30 jika nama sendiri, RM 60

Perniagaan jika nama tred

2. Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT)

Kelebihan Dan Kekurangan Milikan Tunggal

Kelebihan Kekurangan

a. Mudah ditubuhkan a. Diuruskan secara berseorangan

b. Tidak banyak syarat dan hanya b. Sukar untuk berkembang kerana
memerlukan modal kecil modal kecil

c. Mudah diurus kerana saiznya yang c. Beban kerja semua ditanggung oleh
kecil pemilik

d. Bebas mengurus perniagaan d. Perniagaan tidak berterusan
e. Keputusan dibuat oleh pemilik
e. Risiko perniagaan ditutup jika
pemilik meninggal dunia

f. Beban cukai rendah f. Sukar berkongsi kepakaran

g. Pemilik hanya perlu membayar cukai g. Pemilik menanggung liabiliti tidak

individu terhad

b. Perkongsian

Definisi perkongsian: kerjasama antara dua atau
lebih individu bagi menjalankan perniagaan.

- Bersetuju bergabung tenaga bagi menjalankan
perniagaan berasaskan syarat yang dipersetujui
bersama.

- Boleh ditubuhkan secara lisan atau bertulis.

- Boleh berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran,
kemahiran, pengalaman serta bebanan tugas.

- Tugasan dapat diambil alih oleh rakan kongsi jika
terdapat rakan kongsi yang sakit atau ingin
bercuti.

b. Perkongsian

(i) Kandungan Perjanjian Perkongsian
a. Nama firma
b. Nama semua rakan kongsi
c. Peruntukan berkaitan dengan hak dan

tanggungjawab rakan kongsi
d. Jenis dan tempat perniagaan
e. Nisbah pembahagian keuntungan atau kerugian
f. Cara menjalankan perniagaan
g. Menamatkan perniagaan

b. Perkongsian

(ii) Ciri-ciri Perkongsian

a. Lingkungan dalam 2 hingga 20 orang

b. Melibatkan sesuatu profesion seperti
peguam dan akauntan, tidak melebihi 50
orang

c. Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)

b. Perkongsian

(iii) Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi

Jenis Rakan Kongsi Penerangan
Rakan Kongsi Berhad
Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada jumlah modal yang
dilaburkan sahaja dan tiada kuasa pengurusan serta
dibenarkan untuk memeriksa rekod dan akaun perniagaan.

Rakan Kongsi Lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan tidak aktif dalam
pengurusan serta menyumbangkan modal sahaja
Rakan Kongsi Biasa
Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhad
Rakan Kongsi Aktif menguruskan perniagaan.

Rakan Kongsi Menanggung liabiliti tidak terhad dan aktif dalam
Nominal (Namaan) pengurusan serta dibayar gaji secara bulanan.

Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa
mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang
tidak terhad.

b. Perkongsian

(iv) Bilangan Rakan Kongsi
1. Perkongsian biasa : 2 hingga 20 orang
2. Perkongsian Berhad: 2 hingga 50 orang
3. Perkongsian Liabiliti Terhad : minimum 2

orang dan tiada had bilangan maksimum
rakan kongsi

Kelebihan Dan Kekurangan Perkongsian

Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Modal terhad

Mudah ditubuhkan Perniagaan tidak berterusan

Berkongsi kepakaran Liabiliti tidak terhad

(v) Jenis – jenis Perkongsian

a. Perkongsian Biasa
b. Perkongsian Berhad
c. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

- Merupakan satu bentuk perniagaan alternatif
yang menggabungkan ciri-ciri perkongsian dengan
syarikat sendirian berhad.

- Ciri-ciri:
a. Entiti berasingan
b. Liabiliti terhad
c. Hayat berterusan
- Kelebihan kepada pemilik:
a. Entiti berasingan
b. Fleksibiliti perniagaan
c. Liabiliti terhad
d. Penjimatan kos

(vi) Tanggungjawab Rakan Kongsi

a. Menjaga kepentingan rakan kongsi lain.

b. Melindungi rahsia perniagaan termasuk
rahsia kewangan, maklumat perniagaan dan
akaun perniagaan.

c. Mencari peluang dan sumber tambahan
bagi memajukan perniagaan yang
dijalankan.

d. Memberi idea dan pendapat bagi
menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

c. Syarikat Berhad

- Merupakan entiti yang didaftarkan secara
sah dengan SSM dan tertakluk di bawah
Akta Syarikat 1965.

- Anggota Syarikat Berhad:
a. Ahli Lembaga Pengarah
b. Pemegang saham
- Jenis-jenis Syarikat Berhad
a. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)
b. Syarikat Awam Berhad

(i) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)

Ciri-ciri:

a. Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965

b. 2 hingga 50 orang

c. Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan
di Bursa Malaysia

d. Pindah milik saham hanya boleh dilakukan
oleh dengan kebenaran ahli lembaga
pengarah

e. Lebih mudah mendapatkan modal yang
besar

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn.Bhd)

Ciri-ciri:

a. Modal tambahan boleh diperoleh dengan
menerbitkan syer

b. Menanggung liabiliti terhad

c. Sekiranya perniagaan muflis, pemegang syer
hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan

d. Semua harta peribadi mereka akan digunakan
untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat.

e. Pemegang saham terbesar syarikat berhak
untuk mengawal setiap operasi syarikat.

Kelebihan Dan Kekurangan Syarikat Sendirian
Berhad

Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar
Liabiliti terhad Penawaran syer terhad
Hal ehwal syarikat dirahsiakan$
Beban cukai yang tinggi

Syer tidak boleh dipindah milik secara
bebas.

(ii) Syarikat Awam Berhad

Ciri-ciri:

a. 2 orang hingga tiada had maksimum

b. Saham diurusniagakan di Bursa Malaysia

c. Pemegang saham asal menanggung risiko
kehilangan kawalan atas syarikat jika
terdapat pembelian saham dalam kuantiti
yang besar (saham majoriti) oleh pihak
tertentu dalam usaha untuk mengambil
alih pengurusan syarikat daripada
pemegang saham asal.

Kelebihan Dan Kekurangan Syarikat

Awam Berhad

Kelebihan Kekuarangan
Modal lebih besar Proses perubahan rumit
Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi
Liabiliti terhad Pemilikan dan pengurusan terpisah
Kewujudan kekal Tiada rahsia

d. Koperasi

- Merupakan sebuah organisasi perniagaan yang
ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara
sukarela.

- Ciri-ciri Koperasi:
a. Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi

untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya.
b. Aktiviti tidak berunsurkan politik.
c. Aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta,

peraturan dan undang-undang kecil koperasi
d. Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota
e. Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat

keputusan
f. Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan

modal atau yuran sahaja.

d. Koperasi

- Prinsip-prinsip Koperasi :
a. Keanggotaan sukarela dan terbuka
b. Kawalan secara demokratik
c. Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi
d. Kebebasan autonomi
e. Pendidikan, latihan dan maklumat
f. Bekerjasama antara koperasi
g. Prihatin terhadap komuniti

d. Koperasi

Keanggotaan koperasi :

- sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap orang
perlu membeli modal syer.

- Hak anggota:

a. Mempunyai hak untuk mengundi (Satu undi)
dalam mesyuarat agung tahunan koperasi

b. Terlibat secara langsung dalam proses
pembuatan keputusan

c. Mengambil semula modal syer apabila keluar
dari koperasi

d. Menerima pulangan dalam bentuk dividen

Kelebihan dan Kekurangan Koperasi

Kelebihan Kekurangan
Liabiliti terhad Kadar pulangan rendah
Pentadbiran secara demokrasi Pengurusan dan pemilik terpisah
Tiada beban cukai Pemilikan syer terhad
Rebat Syer tidak boleh dipindah milik


Click to View FlipBook Version