The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAEDAH DAN BAHAN BANTU BELAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1077-16-athirah, 2023-05-18 01:37:12

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

KAEDAH DAN BAHAN BANTU BELAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR KUMPULAN 5


KAEDAH KOMUNIKATIF Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran kemahiran mendengar & bertutur menerusi kaedah komunikatif ini, libatkan murid-murid dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain. Aktiviti ini dapat melatih murid menggunakan struktur ayat dan bunyi bahasa yang diajar.


KAEDAH AUDIO-LINGUAL Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mengutamakan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam (Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, 2014). Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, seni kata lagu, nyanyian, petikan cerita dan sajak. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar, sebagai tamsilan rakaman sajak daripada pita rakaman.


KAEDAH AUDIO-LINGUAL Guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: Murid mendengar dialog (audio atau lisan) dalam bahasa asing; Murid meniru dan menghafal dialog tersebut; Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.


Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. KAEDAH TERUS


KAEDAH TERUS Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut:


KAEDAH FONETIK Kaedah Fonetik/linguistik amat relevan diaplikasikan untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur (Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, 2014). Hal ini demikian kerana, kaedah ini berkait rapat dengan kaedah terus. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah lisan atau reform. Pengajaran menerusi kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya dikompilasikan menjadi dialog dan cerita.


KAEDAH FONETIK Guru memulakan pengajaran dengan mengajar pelajar membunyikan perkataan Latih tubi bunyi rangkai kata dan perkataan Dimulai dengan aspek mudah kepada aspek yang lebih kompleks Contoh ; coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut


Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Yusof (2014), kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah yang digabungkan misalnya kadah nahu dan kaedah terjemahan yang diubah suai mengikut situasi dalam pengajaran. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. KAEDAH EKLEKTIK


Kaedah ini bersifat fleksibel kerana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Aspek tatabahasa pula diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab KAEDAH EKLEKTIK


Task Name Task Name Task Name Autentik bermaksud asli, sesuatu yang masih asal atau dalam keadaan asal Ciri amalan terbaik dalam pengajaran kerana menggalakan suasana pembelajaran yang sebenar kepada murid Boleh dikategorikan bahan bercetak, bahan audio, visual dan video yang terdapat dalam kehidupan seharian murid Pengajaran hendaklah melibatkan prinsip di bawah: Suasana sebenar Berpusatkan murid Suasana pembelajaran aktif Pembelajaran kontekstual Melibatkan pembelajaran aras tinggi 1. 2. 3. 4. 5. Bahan Autentik


Bahan Teks Memberikan maklumat dan pengetahuan yang mengandungi fakta dan isi yang tepat serta bersesuaian Memahami tajuk yang dipelajri melalui bahan teks yang menarik dan mudah difahami Bahan teks dapat membantu guru dan murid: 1. 2. Teks adalah semua jenis simbol huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan Bahan teks berperanan menyalurkan maklumat kepada murid. Bahan teks dalam PdP bahasa Melayu dapat memperluaskan kosa kata


Bahan Multimedia Task Name Task Name 04 01 02 03 Alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan alat pengantar sesuatu bentuk komunikasi Mampu mengekalkan tempoh perhatian murid dan juda dapat memotivasikan murid terus memberikan tumpuan Dikatakan efektif seperti persembahan audio, video serta animasi pelbagai corak dan warna, menarik perhatian bahan berasaskan internet, CD-ROM, video dan audio, portal, pembenlajaran dalam talian


Bahan Grafik Data Bahan Seni Reka Bentuk Grafik Maklumat Merujuk ilustrasi, gambar foto dan lukisan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan kesan melalui imej dan bukannya menerusi kata-kata Susunan rekaan yang merangkumi keseluruhan buku, berdasarkan prinsip rekaan, struktur rekaan, warna bagi menjadikan sesuatu rekaan bahan terbitan itu menarik Merujuk carta, jadual, peta dan rajah yang digunakan untuk menyalurkan maklumat secara visual


Bahan Interaktif Produk dan perkhidmatan di sistem berasaskan komputer digital yang bertindak balas untuk pengguna ini tindakan oleh menyampaikan kandungan seperti teks, imej bergerak, animasi, video, audio dan permainan video Melibatkan proses komunikasi dua hala antara pengguna dan sistem Pengguna boleh memilih dan mendapatkan maklum balas daripada bahan multimedia yang digunakan


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version