The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANAWSUZIE19, 2021-08-29 05:06:50

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021

TINGKATAN 5
BAHASA MELAYU 2

SULIT SMK ASTANA
JALAN SUNGAI LEMBING
1103/2 25200 KUANTAN, PAHANG
BAHASA MELAYU
Kertas 2
September 2021
2 ½ jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi soalan Bahagian B, soalan 8 berdasarkan teks novel Tingkatan 4 atau

Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

[Lihat halaman sebelah]
SULIT

1

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 Markah]

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Sejak meletusnya pandemik COVID-19, cecair pensanitasi tangan atau hand sanitizer dan
pelitup muka menjadi antara barangan paling laris di pasaran sehingga ada yang menjualnya
dengan harga yang tidak masuk akal. Malah, jika berkunjung ke farmasi, pasar raya atau kedai
serbaneka untuk mendapatkannya, pastinya para pengunjung akan terkilan kerana kehabisan
stok. Ada orang yang membelinya tetapi menyimpan di dalam kereta atau beg tangan seolah-
olah tidak mengambil berat dengan penularan wabak yang berbahaya ini.

Dipetik dan diubah suai daripada‘Sanitasi tangan semakin diabaikan?’
oleh BERNAMA, Sinar Harian, 26 Mei 2020

(6 markah)

SOALAN 2 : SINTAKSIS

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat yang digariskan.

Subjek : __________________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________________

Penggunaan internet sebagai alat komunikasi kini disalahgunakan untuk melakukan aktiviti
penipuan. Kes penipuan yang terlibat ialah kerosakan atau pengubahsuaian program, pencurian
maklumat dan penggodaman. Tiada pihak yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia
siber, maka pelbagai laman web boleh dihidupkan secara mudah. Sesetengah laman sesdawang
yang ditemui ini sahih. Ada juga laman sesawang yang dikelola sindiket penipuan. Jadi tidak pelik
apabila orang ramai menerima panggilan telefon yang kononnya daripada pelbagai pihak.
Panggilan sedemikian bertujuan untuk memeras ugut ataupun mengumpan pengguna yang naif.

Sumber : Internet
(6 markah)

2

SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat tujuh
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Pihak hospital sentiasa mengalualukan pendermaan darah daripada orang ramai. Hal ini
demikian kerana darah sangat diperlukan untuk selamatkan pesakit. Namun masih ramai orang
yang tidak mendermakan darah mereka dengan pelbagai alasan yang diberikan. Sesetengah
orang memberi sebab badan mereka terlalu kurus untuk menderma darah. Sebenarnya, jika
anda mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram anda sudah dapat mendermakan darah
anda. Selain itu, ada juga berpendapat bahawa kononnya dengan menderma darah boleh
menyebabkan seseorang itu gempal. Hal ini adalah tidak benar memandangkan tidak ada bukti
dari segi perubatan yang menunjukkan bahawa tindakan menderma darah itu boleh
mengurangkan berat badan seseorang.

(6 markah)

Petikan 2

Kebanyakkan penyakit yang merbahaya seperti kolera, cirit-birit, dan tifoid merebak
kerana pencemaran makanan dan minuman oleh kuman. Hal ini demikian kerana kurang
kesedaran di kalangan pengendali makanan dan pengguna. Makanan dan minuman yang
tercemar bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan seseorang, malah juga boleh menyebabkan
maut. Oleh kerana itu, pengendali makanan mesti mengharapkan makanan dan alat-alat yang
digunakan untuk menyediakan makanan dalam keadaan yang cermat. Menurut Kementerian
Kesihatan, sebanyak 519 kes penyakit kolera dengan 10 kematian telah berlaku di negara kita
pada tahun 2001. Jumlah kes ini telah menurun berbanding dengan tahun 1998, iaitu sebanyak
1,304 kes dengan 19 kematian. Bagi kes keracunan makanan pula, sebanyak 5,469 kes telah
berlaku pada tahun 2001 berbanding dengan 8,640 kes pada tahun 1999. Dalam tempoh yang
sama kes tifoid telah turun daripada 811 kes kepada 610 kes.

Sumber : Internet
(7 markah)

3

SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat
kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda,”jikalau
demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan

Paduka Raja.

(Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”,dalam
antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(6 markah)

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai dengan
konteks petikan.

Nenek selalu menasihati Pak Su agar jangan sesekali mengheboh-hebohkan keadaan
anak Pak Long yang ketagihan dadah dan ditetak lintah darat. Orang ramai akan
mendiskriminasikan keluarga kita sekiranya ahli keluarga Pak Long sendiri menghina keadaan
keluarganya yang ditimpa musibah. Sekiranya ahli keluarga ditimpa malapetaka, kebanyakan
mangsanya ahli keluarga sendiri yang akan berkongsi pahit manisnya kerana darah yang
mengalir di dalam badan kita tidak boleh diasingkan. Segala pahit dan manis wajib ditanggung
oleh keluarga bersama-sama.

(4 markah)

4

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

[35 Markah]

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda.

Bahan 1

Autisme ialah gangguan saraf yang memberikan kesan dalam perkembangan komunikasi
sosial, interaksi sosial dan tingkah laku yang berulang-ulang dan terhad. Kanak-kanak yang
mengalami autisme menunjukkan kesukaran untuk berkomunikasi dan memahami komunikasi
bukan lisan seperti ekspresi wajah individu. Mereka juga sukar memulakan dan mengekalkan
interaksi sosiai dengan orang di sekeliling. Oleh itu, kanak-kanak yang mengalami autisme
sering dilihat berada dalam dunia mereka sendiri.

Dari aspek tingkah laku pula, kanak-kanak yang mengalami autisme mungkin menunjukkan
tingkah laku berulang dan stereotaip seperti suka berpusing, mengibas tangan dan memutar
objek. Mereka selesa dengan rutin yang sama dan tidak suka akan perubahan.

Setiap kanak-kanak yang mengalami autisme berbeza keadaannya. Keadaan ini dikenali
sebagai spektrum. Meskipun mengalami cabaran yang berbeza, mereka juga mempunyai
kebolehan tersendiri. Tingkah laku mencabar seperti mengamuk sering dikaitkan dengan
kanak-kanak yang mengalami autisme. Hal ini berlaku kerana sebahagian daripada mereka
sukar memahami apa-apa yang berlaku di sekeliling. Selain itu, mereka juga mengalami
kesukaran untuk berkomunikasi yang menghalang mereka untuk menyatakan keperluan,
perasaan dan kesakitan.

(Sumber: iautism.my/ ms / about-autism)

Bahan 2

Autisme tidak menjadi penghalang kepada graduan Universiti Sains Malaysia (USM),
Muhammad Ridz Aqil Ridzuan, bagi menggenggam segulung ijazah. Muhammad Ridz, 23,
yang berasal dari Singapura itu menghidap Autism Spectrum Disorder sejak berusia lima tahun.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam di universiti bukan semudah yang disangka tambahan pula dia
tinggal di asrama dan berjauhan dengan keluarga.

5

Katanya, dia amat meminati Kejuruteraan Awam dan kadangkala boleh memperuntukkan
masa seharian bagi menelaah beberapa subjek berkaitan.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Prof. Dr. Taksiah A. Majid
berkata, Muhammad Ridz adalah merupakan penuntut istimewa dan menjadi penuntut warga
asing pertama di fakulti itu.

"Terdapat satu subjek yang mana hanya Muhammad Ridz sahaja yang mendapat dalam
kelasnya dan ia memang mengagumkan kami semua.

"Dia cepat belajar dan unik tetapi kita perlu tahu cara mengendalikan emosinya," katanya
lagi.

(Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutalchir/2019/09/
500964/autistik-pun-boleh-berjrn ayaetrotv)

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menggenggam segulung ijazah.

[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kelemahan dan kekuatan anak-anak yang
menghidap penyakit autisme.
[3 markah]

(iii) Golongan kanak-kanak berkeperluan khas juga berhak menuntut peluang pendidikan
yang sama rata. Pada pendapat anda, apakah halangan yang dihadapi oleh golongan
kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk menikmati peluang pendidikan?
[3 markah]

(iv) Anda mempunyai seorang rakan sekelas yang mengalami masalah autisme sejak kecil.
Rakan anda selalu menunjukkan aksi mengetuk meja yang berulang-ulang di dalam
kelas, malahan kerap kali berlaku keadaan serangan ke atas rakan sekelas yang lain
menggunakan pensel oleh rakan ini. Anda mendapati rakan ini tidak mendapatkan
rawatan terapi yang sewajarnya.

Bincangkan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk membantu rakan bermasalah
autisme ini.

[4 markah]

6

SOALAN 7 : PETIKAN SASTERA
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat sendiri.
Bahan 1

Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa
anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan
sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa
ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran
dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak
tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru
dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham, Ada yang menggunakan
pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya
jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang
telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.

(Dipetik daripada cerpen "Munsyi", oleh Husna Nazri dalam antologi
Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan MaIaysia)

Bahan 2

Sajak Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.

Onn Malini

7

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud adegan sumbang.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan ciri-ciri seseorang yang berpatriotik.
[4 markah]

(iii) Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia semakin lemah. Pada
pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan penguasaan bahasa Melayu yang
rendah dalam kalangan rakyat Malaysia?
[3 markah]

(iv) Rakan kamu selalu berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara khasnya di
institusi pengajian tinggi di negara-negara Eropah. Namun demikian, ayahnya baru
sahaja ditimpa kemalangan. Ini telah mematahkan hasratnya untuk melanjutkan
pelajaran ke univeristi luar negara.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantunya untuk
membuat pilihan tepat pada saat genting ini?

[4 markah]

SOALAN 8: NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab ayat soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Ketiga, menggantikan lampu- lampu yang sedia ada kini dengan lampu yang mempunyai
gelombang cahaya yang lebih rendah. Berdasarkan kajian dalam bidang scotobiology atau kajian
tentang kesan kegelapan terhadap kitaran hidup manusia, haiwan dan tumbuhan menunjukkan
bahawa gelombang cahaya yang terlalu tinggi bukan sahaja mengganggu kitaran haiwan yang
aktif pada waktu malam dan tumbuhan dari segi pertumbuhan, pembiakan dan jadual menncari
makan. Hal ini juga membawa kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Manusia yang
terdedah kepada cahaya yang terlalu terang akan mengalami tekanan darah yang lebih tinggi
dan juga masalah kesuburan. Bahkan para saintis scotobiology sedang menunggu sahaja
pengesahan daripada kajian-kajian mereka sama ada keterdedahan melampau manusia moden
kepada cahaya buatan sebagai faktor penyebab penyakit barah.”

(Sumber: Dipetik daripada Sri Rahayu Mohd Yusop, hlm. 104, 2015. Bimasakti Menari,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

8

(i) Nyatakan kesan- kesan gelombang cahaya yang terlalu tinggi kepada manusia.
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Pantai Kasih, Karya Azmah Nordin
b. Bimasakti Menari, Karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan sebab-sebab
bahagian permulaan novel tersebut menarik perhatian pembaca.

[6 markah]

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang paniangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 - Petikan
Media sosial sudah menjadi wadah pelbagai aktiviti harian rakyat di negara ini. Guru juga
berkomunikasi dengan pelajar dan ibu bapa melalui aplikasi ini. Tidak terkecuali urusan
pembayaran, penjualan dan pembelian. Persoalannya, tidakkah kita berasa bahawa media sosial
telah menguasai diri dan alam sekeliling kita? Sejauh manakah akita bersedia untuk faham
bahawa maklumat palsu mengundang polemik, manakala informasi benar akan membawa
kepada perbincangan dan perdebatan.

Lihat latar belakang individu yang ditahan baru-baru ini kerana sebaran berita palsu
berhubung COVID-19 seperti tutor sambilan, seorang pembantu farmasi dan mahasiswa
universiti awam. Semuanya berpendidikan dan mengetahui akan risikonya, tetapi masih bebal
dan mengambil langkah memanjangkan berita palsu? Kesan pemalsuan berita amat besar
kerana gejala itu boleh meruntuhkan dinding penyatuan atau membina perisai benteng
pemusnah. Hubungan semuka yang saban hari semakin kurang dan hubungan alam maya yang
semakin meningkat ada kesannya. Nilai keinsanan tergugat. Jambatan perpaduan boleh terbakar
sekiranya ejen sosialisasi mendiamkan diri termasuklah keluarga, sekolah, universiti, guru,
media, pemimpin, agensi berwajib dan diri sendiri.

9

Malaysia tidak memerlukan penganalisis rojak yang mencurigakan serta menimbulkan
polemik dan dilema. Kita memerlukan kejujuran dan keikhlasan di sebalik paparan sesuatu isu
atau berita. Nilai kemanusiaan tidak boleh dikompromikan kerana lahirnya pelbagai peralatan,
metodologi dan mekanisme baharu. Kita perlu menyesuaikan diri dengan perubahan menguasai
diri sehingga menggadaikan maruah, akidah, jati diri dan perwatakan diri yang perlu sentiasa
disantuni dan menjadi contoh kepada pihak lain, baik di dalam mahupun di luar negara dengan
reputasi dan kredibiliti yang tinggi.

Media sosial perlu menjadi dinding penyatuan dan bukannya benteng musnah yang
menunggu ledakan dan gegaran untuk merobohkan apa-apa yang sudah terbina sejak sekian
lama. Pelita lama jangan terlalu cepat dibuang kerana riak melihat fajar yang sedang
menyingsing. Hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila senja mendakap malam, rakyatmula
teraba-raba, hilang haluan , kerana pelita lamanya sudah tiada lagi. Jangan dinding penyatuan
diselubungi kegelapan mal dirobek disebabkan wujudnya media sosial yang menjadi benteng
pemusnah diri.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Media Sosial: Dinding
Penyatuan atau Benteng Pemusnah?", Dewan Masyarakat, Mac 2020)
Bahan 2 : Grafik

KERTAS SOALAN TAMAT
10


Click to View FlipBook Version