The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANAWSUZIE19, 2021-08-29 04:33:42

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021

TINGKATAN 5
BAHASA MELAYU 1

SULIT SMK ASTANA
JALAN SUNGAI LEMBING
1103/1 25200 KUANTAN, PAHANG
BAHASA MELAYU
Kertas 1
September 2021
2 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

SULIT
1

BAHAGIAN A
[30 markah]

(Masa yang dicadangkan : 30 minit)

Maklumat di bawah berkaitan dengan keracunan makanan. Huraikan pendapat anda tentang isu
keracunan makanan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.

Bahan 1 Bahan 2

Penyelidik Institut Penyelidikan Produk

Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nor

Nadiha Mohd Zaki berkata, pengendali

makanan adalah individu pertama yang

memainkan peranan penting dalam rantaian

pembuatan makanan sebelum sampai

kepada pengguna. Menurutnya,

Kementerian Kesihatan menetapkan

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan

2009 yang wajib dipatuhi semua pengendali
makanan di negara ini. “Di bawah peraturan

itu, setiap pengendali makanan diwajibkan

menghadiri kursus Latihan Pengendali

Makanan dan mengambil suntikan antifoid

untuk memastikan mereka mempunyai (Dipetik dan diubah suai daripada “Keselamatan
Makanan Tanggungjawab Bersama, oleh Faiz
pengetahuan dan kesedaran yang tinggi Abdullah, Berita Harian, 7 Jun 2021)

terhadap pengendalian makanan. Bahan 3

“Kementerian itu juga mengeluarkan

beberapa garis panduan untuk rujukan

pengendali makanan termasuk Garis

Panduan Pengiktirafan BeSS (Bersih,

Selamat dan Sihat), Garis Panduan dan Kod

Etika Perkhidmatan Restoran, Garis

Panduan Sistem Kebolehkesanan Makanan

dan Garis Panduan Sistem Penggredan
Premis Makanan,” katanya.

(Dipetik dan diubah suai daripada,
Keracunan Makanan, oleh Muhamaad
Razis Ismail, Harian Metro, 3 Februari

2020)

(Sumber: http://malaysia3c.com/keracunan-
makanan-sampel-makanan-di-bazar-ramadhan-

tercemar/#.YNlLn-gzbi8)

2

BAHAGIAN B
[70 markah]
(Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit)
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga
500 patah perkataan.
DOMAIN AWAM

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye
mendedahkan terdapat peningkatan sebanyak 91.37 peratus kes jenayah ketika Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula Mac hingga Jun lalu. Aktiviti penipuan Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS), panggilan palsu, kecurian maklumat, penggodaman dan lain-lain semakin
meningkat sehingga meletakkan pengguna siber dalam keadaan bahaya.

(Dipetik dan diubah suai daripada, Utusan Malaysia, 9 Oktober 2020)

Sebagai respons kepada pernyataan tersebut, jelaskan usaha yang dapat dilakukan
untuk mengatasi masalah jenayah siber ini.

DOMAIN PERIBADI

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, sebanyak 60
peratus hingga 65 peratus kemalangan maut di Malaysia melibatkan penunggang
motosikal.Data ini amat membimbangkan memandangkan pelajar adalah antara pengguna
motosikal untuk ke sekolah.

(Dipetik dan diubah suai daripada, Harian Metro Online, 27 Julai 2016)

Berdasarkan fakta tersebut, huraikan peranan pengguna jalan raya khususnya
pengguna motosikal untuk memastikan keselamatan jalan raya terjamin.

DOMAIN PENDIDIKAN

Semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar perlu dipupuk sejak awal lagi.
Semangatini menjadi batu asas kepada warganegara yang prihatin, bertanggungjawab,
saling membantu tidak kira agama, kaum dan warna kulit. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah wajar memainkan peranan yang penting untuk mendidik golongan remaja tentang
kepentingan semangat kesukarelawanan.

Sumber : Internet

Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan semangat kesukarelawanan.

Bincangkan pernyataan tersebut.

3

DOMAIN KERJAYA
Pasukan keselamatan ialah satu istilah yang merujuk kepada organisasi berkanun dengan
mandat keselamatan dalam negeri. Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM),
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan angkatan tentera adalah antara pasukan
keselamatan negara yang bertindak menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Sumber : Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan pasukan keselamatan negara.
Huraikan sumbangan anggota keselamatan negara kepada masyarakat dan negara.

KERTAS SOALAN TAMAT

4

5


Click to View FlipBook Version