HIMPUNAN SOLAT SUNAT Terdapat banyak solat sunat yang digalakan kita mengerjakannya supaya bertambah imandan amal kita agar dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT di samping mengikut sunnah Rasulullah SAW, para sahabat dan para auliya Allah SWT. Namun begitu tuntutansolat fardu wajib dilaksanakan, sekiranya tertinggal maka wajib mengqadakannya. Berikut saya menyatakan beberapa solat sunat yang boleh kita lakukan, laksankanlah mengikut keutamaan sebagaimana yang ditunjuk oleh Baginda Rasulullah SAW, semoga kitabertambah mencintai Allah dan Rasulullah SAW. SOLAT SUNAT WUDUK Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani R.Abeliauberkatabahawa Rasulullah S.A.W bersabda : ِإ إِ مَ مَ يْ إِ إِ مََم يْ إِ مَا ِإال لُ ِإَمَي ِإ لو لُو مَ مَُل مََّإي مَ يَْمَم يْ إِ ُلَي َمْل يْ إِ لِ اْي مو لُُل مَ دٍ ُمَم مَّلُل مِا إِ يِ َم يْا لِمْ ْي مِْمَ م Maksudnya : Tidak ada seorang pun yang berwuduk kemudian dia memperelokkanwuduknya lalu mendirikan solat dua rakaat yang dia memfokuskan jantunghati serta wajahnya dalam mengerjakannya melainkan wajib buat dirinya itusyurga. Riwayat Abu Daud (906) Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Utsman bin ‘Affan R.A beliau berkata bahawaRasulullah S.A.W bersabda : مَ يْ دَ، ِإال لُإِ مَ ْمِل لّ ُل مََّإي مَ يَْمَم يْ إِ، ام ُل مْ إٍّ لُ َم يِ مِِل َإْ إِمَا ِإ لَ لُوِإي مََما، ُل مو لُُم إِ يِ َم يَِإ إِ مِ يِ َم مَلٍمَم َاِم Maksudnya : Sesiapa yang berwuduk seperti wuduk aku ini, kemudiandiamenunaikan solat dua rakaat, yang mana dia tidak lalai di dalamnya, makaakandiampunkan dosa-dosa (kecilnya) yang terdahulu. Riwayat Al-Bukhari (1934) Solat sunat wuduk adalah salah satu solat sunat yang disyariatkan dantsabit sandarannya di sisi syarak berdasarkan beberapa nas dari Rasulullah S.A.W. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Abeliauberkata bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada Bilal bin Rabah : لّ َإي إَ، َمِإَّإي مَ إَ يَ لْ َم لّ َم يََم يْ مَ ِم يْ مِ ُمٍم َمِل َإي ا إإ يَام ّإي ِإُم يَ مْْ مَ مَ دُ مَ إََي ُما ِإام لُ مَ إٍُّي مَّل إُاْي Maksudnya : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang palingterbaikyang kamu lakukan di dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapakkakimu di hadapanku di dalam syurga.
Kemudian Bilal R.A menjawab : مِا دَ ِإال مََل يْ لْ َم مَ لِ يَ لُ لِو رَا َإي مَا مَ إُ ْم يْ دُ َم يَ َم َّإي ْم يّ َم َم يَ مْْ إَ يّ إٍي َم لْ مَ مَار مي مِا مَ إََي َ لِو إَ مِا لَْإ مَ إْي َم يْ َل مََّإ ط إْ مَ اْ ِإَم Maksudnya : Tidaklah aku melakukan amalan yang paling baik di sisiku, akuini tidak berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan mendirikansolat dengan wuduk tersebut dengan kadar yang ditetapkan untuk aku solat. Riwayat Al-Bukhari (1149)KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH Solat jemaah adalah solat yang dilakukan secara beramai-ramai yang sekurang-kurangnya2orang; seorang imam dan seorang menjadi makmum. Jika semakin ramai bilanganjemaahmaka semakin besar pahala yang diperolehi. Dari Imam al-Bukhari dan Muslim, penting dan dituntut akan solat berjemaah itusehinggaRasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang lelaki yang meninggalkansolat secara berjemaah.Terdapat banyak keistimewaan dan kelebihan solat berjemaahyangdisediakan oleh Allah s.w.t antaranya; 1 – Ganjaran Pahala Berlipat Ganda Ganjaran pahala bagi solat berjemaah adalah lebih besar berbanding dengan solat secarabersendirian. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa pahala yang diperoleh olehsesiapayang solat berjemaah adalah sebanyak 27 kali ganda; “Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).”HadisRiwayat al-Bukhari dan Muslim 2 – Terlepas Dari Api Neraka Dan Terhalang Menjadi Munafik Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan bahawa golongan yang berjemaah bersama-samaimamdari takbir pertama sehingga ke akhir solat, selama 40 hari dan niat kerana Allahs.w.t, golongan itu akan terselamat dari api neraka dan dari menjadi munafik. “Sesiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yangpertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasandaripada menjadi orang munafik.” 3 – Mendapat Perlindungan Allah S.W.T Pada Hari Kiamat Golongan yang mendirikan solat secara berjemaah dijanjikan oleh Allah s.w.t denganperlindungan pada hari kiamat kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yangtiadaperlindungan kecuali dariNya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalamberibadahkepada Allah, seorang yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yangberkasihsayang kerana Allah, berhimpun keranaNya dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yangdiajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukanmaksiat)lalu dia berkata: ‘Aku takutkan Allah’, seorang yang bersedekah secara senyap-senyapsehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannyadanseorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya.” Oleh itu, golongan yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid adalah merekayangmenunaikan solat berjemaah setiap waktu. Apabila keluar dari masjid hatinya akansentiasaingat untuk datang semula ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah yang berikutnya. 4 – Dinaikkan Darjat Oleh Allah Sabda Rasulullah s.a.w; “Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat?Para sahabat menjawab, ‘Ya, wahai Rasulullah’, sabda Baginda: ‘Banyak langkah ke masjiddan menunggu satu solat selepas satu solat. Itu adalah ikatan’.” Hal ini bermaksud, lebih banyak langkah ke masjid dan kelebihan menunggu satu solat selepasmenunaikan satu solat, akan mendapat pahala dan darjat dari Allah S.W.T. 5 – Diampunkan Dosa Oleh Allah S.W.T Sabda Rasulullah s.a.w; “Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan solat lalu dia berwuduk dengan sempurnakemudian dia pergi ke masjid untuk solat fardhu kemudian dia pun bersolat berserta denganorang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknyadosa-dosanya.” Maksud dosa ini ialah dosa-dosa kecil kerana dosa besar haruslah dimulai dengan bertaubat dan meminta keampuan dari Allah s.w.t. 6 – Allah Memberikan Jaminan Syurga Allah menjamin balasan syurga kepada sesiapa yang bersolat berjemaah di masjid. Hal ini dijelaskan oleh Baginda dalam sabdanya yang bermaksud; “Tiga golongan semuanya dijamin oleh Allah, seorang yang keluar berperang pada jalanAllahmaka Allah jamin sehingga Allah mematikannya lalu dia masuk syurga atau dia kembali dengan memperolehi pahala dan harta rampasan perang. Seorang yang pergi ke masjidmakaAllah jamin hingga Allah mematikannya lalu dimasukkan ke dalamsyurga atauAllahmengembalikannya dengan mendapat pahala dan ghanimah dan seorang yang masukkerumahnya dengan memberi salam maka Allah jamin ke atasnya.”
7 – Disediakan Hidangan Di Syurga Setiap kali seseorang itu pergi dan balik dan balik dari masjid untuk berjemaah, Allahakanmenyediakannya hidangan di syurga. Sabda Rasulullah s.a.w; “Sesiapa yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya hidangandari syurga setiap kali dia pergi dan balik.” 8 – Mendapat Cahaya Di Hari Kiamat Pasti tiada kegelapan di hari akhirat kelak bagi mereka yang sentiasa menjadikanjemaahsebagai amalan. Sabda Rasulullah s.a.w; “Hendaklah bergembira orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap menuju ke masjidmerekaakan mendapat cahaya cukup sempurna pada hari Kiamat.” 9 – Menunggu Solat Jemaah Dikira Sebagai Mengerjakan Solat Hal ini masih ramai yang belum ketahui, iaitu walaupun hanya menunggu untuksolat berjemaah, Allah telah mengira ianya sebagai pahala solat, di samping para malaikat berdoauntuknya. Ini disampaikan oleh Baginda dalam sabdanya yang bermaksud; “Seseorang hamba Allah itu dikira dalam solat selama dia berada di tempat solatnya keranamenunggu solat, dan berkata Malaikat: ‘Ya Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehinggadia beredar atau dia berhadas’.” 10 – Pahala Seperti Mengerjakan Haji Sabda Rasulullah s.a.w; “Siapa yang keluar dari rumahnya dengan keadaan bersuci menuju kepada solat fardhumakapahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang keluar hanya semata-matauntuk tasbih al-Duha maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan umrah. Satusolat selepas satu solat, tiada melakukan perkara sia-sia di antara kedua-duanya ditulis padakalangan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi.” QADHA SOLAT FARDU Qada solat ialah bayaran wajib seseorang terhadap solat yang tidak dilakukan tepat padawaktunya. Dalam bahasa Arab, qada bermaksud menunaikan dan membayar. Qada solat tidakboleh dibayar dengan wang ringgit. Tidak seperti puasa dan umrah, dimana apabila seseorangmeninggalkan perkara wajib di dalamnya maka mereka perlu membayar denda denganإن الصلة كانت على المؤمنين كتابا موقوتا .wang sejumlah Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkankeatas orang-orang yang beriman, yang telah ditentukan waktunya”. (Surah Al-Nisa': 103)
Apabila perintah ibadah solat itu dilaksanakan dalam waktunya, ia digelarsebagai al-adaa' (tunai) manakala apabila solat itu dilaksanakan di luar waktunyaia digelar sebagai al-qadha (ganti). Para jumhur ulama’ mengatakan wajib bersegera menqadha’ solat yang tertinggal samada tertinggal kerana uzur syar’i atau tidak berdasarkan keumuman hadis nabi S.A.W: diahendaklah maka lupa kerana solat tertinggal yang Sesiapa: “Maksudnya مِِ َم إِ مي مَ ماًر َمَْي مَ ُّإ ِإَما َم مْ مَ مَا menunaikannya apabila dia teringat akannya”.Riwayat Al-Bukhari (597) danMuslim (1598 Seperti dalil dibawah ini, baginda menunaikan solat yang tertinggal mengikut rakaat yangasal bagi setiap solat fardhu. ّي إِ إْ مَ مََم مِا ِإال َم ا مًَم ْم ْل مَ إُّ ِإَما َم مْمَ مَا ا مِْل ِما مُ مِ يِ َم إِ مي مَاًر َمَي إِ يِ إِ مِاإْ دَ مَ يِ اّْلِإ ّيإ َم اْ لَاًم إْإَ يْإَي مَ يِ َم Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW bersabda: ”Siapa yang terlupa solat, maka lakukan solat ketika dia ingat dan tidak ada tebusankecuali melaksanakan solat tersebut dan dirikanlah solat untuk mengingatKu (Riwayat Al-Bukhari (597) dan Muslim (1598) Nabi SAW bersabda: ِِ َاَََِاً ََ َِِْا؛ ََََِْا َِا َََْا “Barangsiapa yang terlewat solat karena tidur atau karena lupa, maka dia wajib solat ketikaingat” (HR Al Bazzar) Kedua-dua hadis menyatakan kewajipan menggantikan solat fardhu yang tertinggal disebabkanlupa atau tertidur. Menurut baginda, tiada gantian yang layak diberikan bagi setiap solat yangditinggalkan kerana ianya wajib didirikan.Hukum qadha solat dalam Kitab Al-Mughni (158/2), ialah wajib berdasarkan keputusan bersama oleh 4 orang imam mazhab. QIAMULLAIL Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengantujuanuntuk beribadat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW menyeru umatnya bangun beribadat di tengah malam(qiamullail) sebagai satu ibadat tambahan. Baginda sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh-sungguhsebagaimana yang digambarkan dalam sebuah hadith dari Aisyah RA yang berbunyi: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyanghinggabengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah
SAW lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama adayangterdahulu ataupun yang terkemudian? Baginda menjawab: Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” (Muttafaq Alaih) Fadhilat Qiamullail Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi merekayangmengerjakan ibadat qiamullail. 1. Dibangkitkan Di Akhirat Di Tempat Yang Terpuji Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyangtahajjudpadanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkandanmenempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79) 2. Ibadah Yang Memberi Kesan Mendalam Kepada Jiwa Bangun bersembahyang, bertasbih dan membaca al-Quran pada sebahagian daripada malamboleh memberi kesan yang mendalam kepada jiwa orang yang melakukannya. Firman Allah SWT: مو لَ ِإْ را ِي ط مَ يًُرا مََم مشٍ اَْليْ إُ إَ مي َم لْ َما إشًمُم إ–ِ73:6“Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalamhati)dan lebih betul bacaannya.” (Surah al-Muzammil: 6) 3. Waktu Mustajab Berdoa Jabir RA pula mengatakan bahawa aku mendengar Rasullulah SAWbersabda yang berbunyi: “Pada malam hari ada satusaat (yang berkat) di mana jika seseorang muslimmenepati saat itudan berdoa kepada Allah SWT meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allahkabulkandoanya. Keadaan ini ada pada tiap-tiap malam.” (Riwayat Muslim) 4. Ibadah Yang Disukai Allah Firman Allah SWT : 26:76–مَ إِ مِ اَْليْ إُ َما يَ لَ يٍ ْمِل مَ مَِّإ يِْل ْم يْ را مُ إوُ را “Dan (dengan apa keadaan pun) maka pada sebahagian waktu malamsujudlahkepadaTuhanmu (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlahmemuji-
Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktumalam.” (Surah al-Insan: 26) Dalam sebuah hadith lain pula, Abdullah bin Salam berkata bahawa beliau mendengarRasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia hendaklah kamu banyak memberi salam, menjamu makan, bersembahyangpada waktu malam ketika manusia nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengansejahtera.” (Riwayat al-Tirmizi) SOLAT SUNAT TAHAJJUD Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnyadibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baikdilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkansolat ini sepanjang hayat mereka. Firman Allah SWT.: “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahanbagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79) .Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orangsolihinsebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.) .Tujuan Solat Tahajjud .1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT. 2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya 3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT. 4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT. 5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. SOLAT SUNAT TAUBAT Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahanatauperlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepadaAllahSWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalanAllah(bertaubat). . Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatandosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada AllahSWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadapdirinyasendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadapdosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selainAllah?Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatanitulagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu MajahdanBaihaqi.) . Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masayangdikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dantenang. . Fadhilat Taubat: . 1. Diampunkan Allah SWT. 2. Dimudahkan segala urusan. 3. Menceriakan kehidupan seharian. 4. Menghilangkan perasaan yang menekan. 5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan. SOLAT SUNAT HAJAT Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atauketikaberada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongandaripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidakdiingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklahdisertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah YangMahaPencipta. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWTataukepadaseorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi) Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa RasulullahSAWbersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengansempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupunlambat.” Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmimyang melakukansolat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atauhendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaanmudah dimakbulkan. Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktusiangmaupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengahmalam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebihkhusyuk dan amat hening suasananya.
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat danpaling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujudyangterakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakandengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan. Fadhilat Solat Hajat 1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT. 2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah. 3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT. SOLAT SUNAT TASBIH Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalamempat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidaksanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Solat sunat Tasbih ini telahdiajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jikatidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahunsekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah ) . Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampakmaupuntersembunyi. Fadilat Solat Tasbih Dosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupundosayang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengansengaja; dosa kecil mahupun yang besar; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu(hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaat. Diceritakan dalam kitab al-Mirqat bahawa Abdullah Ibn Abbas RA mengerjakan solat sunat Tasbih ini setiap hari Jumaat. Manakala al-Baihaqi menukilkan bahawa seorang ulama' besardaripada kalangan tabi'in iaitu Abu Jawza RA menunaikan solat sunat Tasbih setiaphari pada waktu Zuhur. SOLAT SUNAT ISYRAQ Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWTkeranamenganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalamhari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa. Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naikanggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelahterbit matahari.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya iatidakmenyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haramuntuk melakukansebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wasallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabilamatahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.” (Hadis Riwayat, Muslim r.a.) Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit –27minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorangitu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quransementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya. Fadhilat Solat Isyraq Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wasallam bersabda: لّ مََلْ مَ يَْمَميْ إِ مْاَم يْ ْمِل مُْم يْإَ مَ لَ دُ مَ لَ يَمًَد َما لِدُ َما لِدُ َما لِدُ لّ ِمَمٍم ُمَي لْلَ للم مََلْ َم يََل مَ اْ لَ يَ لِ ُل َمٍماًم َإْ مْ مَا مَ دُ ُل يْاْ لََمِ يِ م” Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingganaikmatahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginyapahalaseperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.) Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat FardhuSubuhberjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukansolat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalamkitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’. SOLAT SUNAT DHUHA Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepadaAllahSWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAWtidakpernahmeninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. AbuHurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar janganditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelumtidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antarakamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaantasbihadalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiaptakbiradalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalahsedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”(HRAhmad, Muslim dan Abu Daud) . Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyakyangdisabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalahduarakaat.Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu
malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmusehinggawaktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani) SOLAT SUNAT RAWATIB Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana ituSolat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhulimawaktu. Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dansunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajibyangbertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekuranganketika melakukan solat fardhu. Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukupwaktukerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyahduarakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelumdanselepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi). Ibnu Umar meriwayatkan bahawa RasulullahSAWbersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadisriwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.) Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakalaselepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yangsolat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”(H.R. At-Tabrani) Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyakdua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat duarakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanyaada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyahmalahmakruh solat selepas subuh. Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlahyang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya: َلِل ِما مُ ّم مَ يَ مَ مَ مَْما دٍ مَ يَْمَميْ إِ مَ إِ ايِ إِ لَ مَمَ َم ِم يِ مُ اْ طْ يِإَ مَ مَ يَْمَميْ إِ ِم يٍَم مَا مَ مَ يَْمَميْ إِ مَإِ يْ لْ مَ يِ مَ لَو إُ للإ مََلْ للل مََم يْ إِ مَ مََل إَ مَا إَ مَ مَ يَْمَميْ إِ ِم يِ مُ اْ طَيِِإ مَ يَإَ إِ مَ مَ يَْمَميْ إِ ِم يٍَم اْي ِم يٍَم اْي Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu2rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari) مَ يِ مَاِإ مَُم ِماْم يْ مَّل إُ َم يَِمَإ إِ يِ اْ طِّل إُ ِمّمْ للل ْمِل ِم يَْرا َإي اْي مَ يَْمُر اِم مَ مََمْ ُإ يَّم يي مَ يَ مًَم ّم مِ يِ ُم ِما مُ مَ لَو لُ للإ مََلْ للل مََم يْ إِ مَ مََل ِم يَإَ مَ مَْما دٍ إَ مَا إَ مَ مَ يَْمَميْ إِ ِم يِ مُ اْي مَ يَإَ إِ مَ مَ يَْمَميْ إِ ِم يٍَم اْي ِم يِ مُ اْ طْ يِإَ مَ مَ يَْمَميْ إِ ِم يٍَم مَا مَ مَ يَْمَميْ إِ ِم يٍَم اْي Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan)mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu;4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
SOLAT SUNAT AWWABIN Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhuMaghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak2, 4atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam. Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebihbaikdari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukandi rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid. Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhandannikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita. Fadhilat Solat Awwabin ِإي لَ مَيُ مًَم ِما مُ ّم مِ يِ مََلْ مَ يِ َم مِ ْمِل ِما مُ مَ لَو لُ للإ مََلْ للل مََم يْ إِ مَ مََل لِ لِ ِإ لِو دَ لَإٍْي مَ يَإَ إِ إَ لْ مَ مَْما دٍ ْم يّ ُمَم مكَل يّ َإْ مَا ِم يّْم ِم يٍَم اْي مَّمُر ِإ إَِماَمًإ ُإ يَّم يي مَ يَ مًَم Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enamrakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanyadengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.) CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN.1. Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin a. Lafaz niat solat sunat Awwabin: “Sahaja aku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala”.b. Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut: 1. Surah al-Qadr 1 kali 2. Surah al-Ikhlas 6 kali 3. Surah al-Falaq 1 kali 4. Surah al-Naas 1 kali c. Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut: Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketikakembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu! d. Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, danAllahMaha Besar. 2. Solat Sunat Awwabin a. Lafaz niat solat sunat Awwabin: “Sahaja aku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala” b. Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirundanpadarakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas. 3. Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah a. Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah: “Sahaja aku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala” .b. Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut: Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas .c. Selepas memberi salam, bacalah doa berikut: Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalamurusanagamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!SOLAT SUNAT WITIR Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamtidakpernahmeninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallamdari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongankami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya AllahSWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor untayang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakimr.a.)
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil. Sabda Rasulullah SallallahuAlaihi Wasallam: “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.” (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim). Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukandua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam). Witir Penutup Solat Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakansebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yangdilakukan hingga menjelang Subuh. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu denganSolat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.) Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlahterusmengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidakmampuuntuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujungmalam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malamitu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah) Fadhilat Solat Witir 1. Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat. 2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain. 3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamdi akhirat kelak. Kesimpulannya, Allah Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Allahsentiasa memberi tawaran kepada kita, hanya kita yang membuat pilihan, berdasarkanpilihan kita itulah, kita ditunjukan di Padang Mahsyar nanti, jika banyak amalan solehmaka kita berhimpunan dengan para solihan jika kurang kita bersama kumpulan ke neraka. Nauzubillah min zalik Semoga Allah meletakkan kita dalam golongan solihin, diringantubuh badan dan jiwa untuk mengabdikan diri kepada-nya zahir dan batin. Amin.