The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wen Liang Alexander, 2023-12-02 07:27:19

Ebook penderaan kanak kanak

Ebook penderaan kanak kanak

K A S I H M E N Y E M A I , D E R A M E M B I N A S A K A N PENDERAAN KANAK-KANAK P E N U L I S : D E L F I N A R A C H E L W E N D Y S T E P H N N I E A L E X A N D E R


Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Fayzatol Jamiyaah pensyarah MPU23142 bagi subjek Pendidikan Moral yang telah banyak membantu kami sekumpulan untuk projek E-Folio dan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Terlebih dahulu, kami ingin mengucap syukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana telah memberi kekuatan dan kesabaran bagi kami untuk menyiapkan projek ini pada masa yang telah ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang telah memberikan sokongan moral untuk menyiapkan tugasan ini. E-Folio ini merupakan pengenalan kepada isuisu moral yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini. Salah satunya adalah penderaan kanak-kanak. Dalam menyiapkan projek ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang kami hadapi sebelum menghasilkan EBook. Selain itu, tujuan E-Folio ini dihasilkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada umum tentang tajuk utama yang kumpulan kami hasilkan iaitu “Penderaan KanakKanak”. E-Folio ini menekankan aspekaspek dari segi pengenalan yang berkaitan dengan tajuk yang kami sampaikan. Akhir kata, kami mohon maaf jika ada kekurangan pada tugasan ini dan harap dapat diterima. Kami sedia menerima pandangan untuk menambah baik lagi tugasan kami pada masa akan datang. PRAKATA 01


Menerangkan definisi penderaan kanakkanak Menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak Menjelaskan tentang kesan-kesan penderaan kanak-kanak Menerangkan cara untuk mengatasi dari berlakunya penderaan kanak-kanak Menghuraikan contoh penderaan kanakkanak yang berlaku di negara 1. 2. 3. 4. 5. OBJEKTIF 02


Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanakkanak mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. PENGENALAN/PENGERTIAN PENDERAAN KANAK-KANAK ADALAH SATU PENCABULAN ATAU PELANGGARAN YANG SERIUS TERHADAP HAK KANAK-KANAK UNTUK BERKEMBANG DALAM KEADAAN SIHAT DAN BERMARUAH DI SAMPING MENYEBABKAN RISIKO DALAM KELANGSUNGAN HIDUP MEREKA. PENDERAANBOLEHDIKATEGORIKANKEPADA PENDERAANFIZIKAL,EMOSIDANSEKSUAL. 03


Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi. Fizikal melibatkan keganasan fizikal seperti pukulan, cubitan atau kesan kecederaan pada kanak-kanak Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanakkanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku,keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat. – penyalahgunaan emosi yang boleh merosakkan kestabilan emosi kanakkanak termasuk ugutan, penghinaan atau pengekangan emosi Penderaan seksual kanak-kanak adalah aktiviti seksual yang dilakukan oleh individu yang lebih dewasa dengan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu mereka yang tidak terkawal ialah sebarang bentuk perlakuan orang dewasa yang memaksa, memujuk, mengugut atau menggunakan tipu helah untuk memperdaya kanakkanak dan melibatkan sebarang tindakan seksual yang tidak sesuai atau dipaksakan ke atas kanakkanak. 04


Dalam konteks di Negeri Selangor, jumlah penderaan kanak-kanak dilihat meningkat pada setiap tahun. Jumlah kanak-kanak didera pada tahun 2017 adalah sebanyak 1686 kes berbanding 1557 kes pada tahun 2016 di Selangor. Kajian ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat serta pihak berautoriti untuk diambil tindakan dan perhatian serius terhadap kes penderaan kanak-kanak di Malaysia khususnya di Selangor. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2013 hingga 2017. Dapatan kajian menunjukkan kes penderaan di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun, terutamanya pada tahun 2017 yang mencatatkan sebanyak 5537 kes. Kajian juga mendapati faktor tertinggi penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada perbalahan keluarga, ibu mengikut teman lelaki, masalah kewangan serta kecuaian ibu bapa. FAKTOR-FAKTOR ISU MORAL Kejadian di Negeri Selangor (Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor berlakunya kes penderaan kanak-kanak di Malaysia. Penderaan kanak-kanak merupakan suatu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan kanak-kanak merangkumi penderaan dari aspek fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Analysis kajian 05


Banyak kes telah dilaporkan, apabila ibu mempunyai teman lelaki, kanak-kanak di bawah jagaan ibu sering mengalami penderaan. Malah, jika bukan disebabkan ibu yang mencederakan kebiasaannya teman lelaki tersebut yang mencederakan kanak-kanak tersebut di luar pengetahuan ibu mereka. Sepatutnya tanggungjawab utama seorang ibu adalah melindungi anak mereka dengan baik berbanding mengutamakan teman lelaki yang tidak mempunyai tali perhubungan kekeluargaan dengan mereka. FAKTOR-FAKTOR ISU MORAL ANTARA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK BERLAKU Ibu mengikut teman lelaki Dalam fasa zaman semakin moden dan teknologi semakin canggih pada hari ini, kos sara hidup terutamanya di bandar-bandar juga semakin meningkat menyebabkan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah mengalami kesempitan hidup sehingga wujudnya fenomena kemiskinan bandar Masalah kewangan 06


Perbalahan keluarga Kecuaian ibu bapa FAKTOR-FAKTOR ISU MORAL ANTARA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK BERLAKU Bagi faktor kecuaian ibu bapa atau penjaga pula, faktor ini merupakan salah satu bentuk penderaan dari sudut pengabaian. Pengabaian menurut Seksyen 17, Bahagian V Akta KanakKanak 2001 telah mengkategorikan pengabaian kepada 3 aspek iaitu pengabaian pengawasan sehingga menyebabkan kanak-kanak tercedera, pengabaian hak asasi sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat hak kehidupan dan berkembang dengan baik serta lain-lain pengabaian. Faktor-faktor ini seharusnya tidak boleh dibiarkan dan dipandang enteng begitu sahaja. Kesedaran dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa wajar ditanam dan diterapkan dalam diri ibu bapa seawal sebelum mereka melangkah ke alam rumah tangga lagi. 07


1. Keadaan fizikal Meneliti setiap bahagian anggota tubuh badan adalah penting bagi mengenal pasti berlaku perubahan atau penganiayaan. Ia sekaligus dapat melindungi diri mangsa dari terus dicederakan. Kesan penderaan fizikal adalah lebih mudah dilihat berbanding penderaan lain kerana menunjukkan beberapa kesan seperti: Sukar untuk duduk atau berjalan Menahan sakit Lebam atau bengkak Cedera dan berdarah Sakit pada kemaluan Luka terbakar Dalam hal ini, anak kecil mungkin takut dan tidak akan memberitahu kepada sesiapa tentang masalah yang dihadapi. Mereka mungkin merasakan bahawa tiada sesiapa yang boleh membantu atau orang sekeliling juga tidak boleh dipercayai. KESAN-KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK 08


2. Menganggu proses perkembangan Secara umumnya, otak manusia akan melalui tahap perkembangan luar biasa ketika masih bayi dan kanak-kanak. Kejadian yang sama dan berulang terjadi sebenarnya boleh mendatangkan kesan terhadap diri si manja dan menyebabkan otak tidak aktif. Bukan itu sahaja, anak yang terlibat dalam penderaan ini turut mengalami gangguan terhadap masalah kesihatan bagi jangka masa panjang seperti: Sukar untuk mendengar atau menumpukan perhatian Berlaku ketidakseimbangan kemahiran emosi, kognitif dan sosial Mudah diserang penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan obesiti Terlibat dengan dadah atau alkohol Pendedahan kepada gejala tidak sihat KESAN-KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK 09


3. Kesan terhadap tingkah laku Anak kecil menderita akibat sering dikasari atau didera cenderung untuk memiliki tahap keyakinan diri yang kurang dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja di sekeliling mereka. Hal ini mungkin kerana sukar untuk meluahkan perasaan sebenar sehingga ia menganggu fikiran dan memberikan tekanan emosi. Semakin lama tempoh penderaan ini berlaku, semakin teruk kesannya terhadap perkembangan kanak-kanak. Dalam sesetengah kes, penderitaan ini berterusan sehinggalah anak memasuki alam remaja dan menyebabkan kemurungan yang agak teruk. Antara kesannya adalah seperti: Berani mencederakan diri Sukar tidur malam Suka menjauhkan diri daripada orang lain Tabiat pemakanan tidak teratur Sukar memberikan perhatian Sering rasa gelisah dan murung KESAN-KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK 10


Perkembangan otak yang tidak sesuai Ketidakseimbangan antara kemahiran sosial, emosi dan kognitif Kecacatan bahasa tertentu Kesukaran dalam penglihatan, pendengaran dan perkataan Berisiko untuk hadapi masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser, jangkitan paru-paru kronik, penyakit hati, obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan tahap protein C-reaktif yang tinggi Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah KESAN-KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK 11


Kasih sayang dijadikan kunci dan matlamat membina sesebuah keluarga dengan mencurah kasih sayang, bak kata peribahasa “bagai menatang minyak yang penuh”. Hukamahakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk. Sifat kasih sayang dapat menghalang seseorang itu daripada menyakiti ahli keluarganya sama ada kesakitan berupa fizikal, mental atau emosi. Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga CARA MENGATASI PENDERAAN KANAK-KANAK Membina kesedaran tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil dan menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang dan pengikat kasih sayang kerana setiap anggota dalam keluarga perlu memahami akan tanggungjawab masing-masing. Kesedaran dalam kalangan anggota keluarga Setiap pasangan dikehendaki menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum mendirikan rumah tangga. Oleh kerana pasangan akan berhadapan dengan insan kecil dan harus mempunyai ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi. Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan 12


CARA MENGATASI PENDERAAN KANAK-KANAK Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna untuk mendapatkan kesedaran terhadap tanggungjawab agama dan ketuhanan kerana boleh mencegah manusia daripada mudah dirasuk oleh syaitan roh-roh jahat. Selain itu, agama merupakan senjata yang paling ampuh, tanpa agama kehidupan seseorang akan terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda.Penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat. Ilmu agama dan pendidikan moral Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak. Sebagai contoh peribahasa “cubit paha kiri paha kanan terasa juga. Selain itu, sebagai individu yang prihatin juga tidak akan memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus-menerus mendera. Jika benda tersebut berlaku, individu itu segera mengambil tindakan pantas mencegah, melapor dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Sifat prihatin dan sensitif terhadap keselamatan kanak-kanak 13 Setiap anggota keluarga hendaklah dididik supaya menghormati jiran, kerana silaturahim kita akan lebih erat. Jiran yang rapat dapat membantu dalam segala tindakan sama ada susah atau senang. Memperkukuh jalinan kejiranan


CONTOH ISU YANG BERLAKU DI NEGARA Isu penderaan di TASKA: KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesahkan berlaku ketidakpatuhan kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) 1984 membabitkan kes penganiayaan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah TASKA, baru-baru ini. Beliau mendakwa anaknya digigit oleh seorang lagi kanak-kanak dan turut terdapat kecederaan lain termasuk pada bahagian telinga, pipi, dan tangan dan tapak tangan. Selain itu, beliau turut menyuarakan kekecewaan kerana anaknya bersama beberapa kanak-kanak lain diasingkan dalam sebuah bilik yang disifatkan terlalu daif dengan pihak TASKA memaklumkan ia ruangan isolasi untuk mengelakkan gangguan kepada bayi yang sedang tidur. 14


CONTOH ISU YANG BERLAKU DI NEGARA Kanak-kanak dua tahun didera kekasih ibu disahkan selamat PUTRAJAYA – Kanak-kanak berusia dua tahun yang dipercayai didera oleh seorang individu baru-baru ini kini dilaporkan sedang menerima rawatan selepas dibawa ke hospital bersama ibunya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak itu juga disahkan berada dalam keadaan selamat. Katanya, suspek kini dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain kementerian yakin bahawa siasatan terperinci terhadap pesalah kes penderaan dan salah laku kanak-kanak akan dijalankan. 15


CONTOH ISU YANG BERLAKU DI NEGARA Kes dera lima kanak-kanak: Pengurus, dua guru taska ditahan IPOH: Polis menahan seorang pengurus dan dua guru taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Meru Perdana 2 di sini, bagi membantu siasatan kes dera lima kanak-kanak di taska berkenaan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketiga-tiga wanita yang berumur antara 26 hingga 51 tahun ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Jumaat. Menurutnya, terdahulu pada Khamis, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 31 tahun yang mendakwa anak perempuannya berusia dua tahun mengalami kecederaan di lengan kiri ketika diambil dari taska berkenaan. 16


https://www.astroawani.com/topic/dera-kanak-kanak https://www.researchgate.net/publication/343876796_Fakto r_Penderaan_Kanak-Kanak_di_Malaysia_Satu_Analisis https://www.google.com/search? q=pengenalan+atau+pengertian+penderaan+kanak-kanak https://my.theasianparent.com/kesan-penderaan-kanakkanak GENIUS EARLY EDUCATION CHILDHOOD: KESIMPULAN PENDERAAN KANAK-KANAK https://youngteacher00.blogspot.com/2019/12/kesimpulanpenderaan-kanak-kanak.html https://karangan.net/penderaan-kanak-kanak/ https://images.app.goo.gl/QkLPLtGSPagiFbkY9 https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/penderaankanak-kanak-fahami-bertindak/ R U J U KAN 17


18 Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu kelakuan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam. Kanak-kanak adalah asep penting negara pada masa yang akan datang. Mendera asep penting negara bermakna memusnahkan negara kita dan diri sendiri. Semua pihak seperti ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat, dan kerajaan haruslah menjalankan tanggungjawab dan berusaha untuk mengurangkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia.


Click to View FlipBook Version