The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norzie1972, 2020-07-05 10:41:24

nota kata majmuk

nota kata majmuk

KATA MAJMUK

Definisi: Proses merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna
yang tertentu.

Bentuk-bentuk kata majmuk:

1. Kata Majmuk yang
terdiri daripada
rangkai kata bebas.

2. Contoh:

gambar rajah kuning langsat
biru laut jalan raya

luar biasa merah muda
tengah hari jam tangan
kapal terbang nasi minyak
bandar raya bom tangan
alat tulis meja tulis
terima kasih kipas angin

*kategori ini juga termasuk gelaran

Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja
Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor
Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha
Politik, Ketua Setiausaha Negara.

2. Kata Majmuk berbentuk istilah
khusus.

Contoh;

garis pusat kertas kerja cari gali
pita suara darah panas reka bentuk
model linear mata kanta lekap
pelajaran
segi tiga batu kapur
atur cara kemas kini

3. Kata Majmuk berbentuk kiasan
(peribahasa)

Contoh:

kaki pilih duit kaki makan
ayam kasih kopi bangku angin
buah manis anak buah berat
tangan mulut emas hati tangan

Bentuk ejaan kata majmuk yang telah

mantap dieja sebagai satu perkataan.

Antarabangsa kerjasama suruhanjaya

Beritahu olahraga tandatangan

Bumiputera matahari tanggungjawab

Jawatankuasa setiausaha warganegara

Kakitangan sukarela pesuruhjaya

Terdapat juga golongan kata tertentu
yang telah lazim dieja bercantum.

Contohnya:

a. Kata nama peribadi, peribahasa,

perikemanusiaan,
dinihari, hulubalang

b. Kata adjektif sukacita, dukacita

c. Kata sendi nama kepada, daripada

d. Kata hubung apabila, barangkali,
e. Kata tanya manakala, darihal,
apakala, padahal,
walhal, kadangkala

bagaimana

Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan
penggandaan unsur pertama sesuatu
kata sahaja.
Contohnya:

Tunggal Jamak
alat tulis alat-alat tulis
gambar rajah gambar-gambar rajah
balai raya balai-balai raya
kapal terbang kapal-kapal terbang
Menteri Besar Menteri-menteri besar
suku kata suku-suku kata
garis pusat garis-garis pusat

Penggandaan yang melibatkan bentuk
yang telah mantap; penggandaannya
melibatkan keseluruhan unsur.

Contohnya:

Tunggal Jamak
pesuruhjaya pesuruhjaya-
warganegara pesuruhjaya
tandatangan warganegara-
jawatankuasa warganegara
setiausaha tandatangan-
tandatangan
jawatankuasa-
jawatankuasa
setiausaha-setiausaha

Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu

ditulis secara terpisah dan bercantum.

Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis
secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk
yang ditulis terpisah.

Kata Majmuk yang terdiri daripada
rangkai kata bebas.

Contohnya : guru besar, tengah hari,
terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar,
Setiausaha Politik.

Kata Majmuk yang merupakan
istilah khusus.

Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar,
mata pelajaran, kertas kerja, pita suara,
reka bentuk.

Kata Majmuk yang membawa
maksud simpulan bahasa.

Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar,
anak emas, kaki bangku, ringan tulang.

Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan

berubah menjadi kata majmuk yang ditulis

serangkai apabila menerima apitan ,

misalnya pengenalpastian, disatupadukan,

menandatangani, melipatgandakan

dan dikuatkuasakan.

Cara Mengenal Kata Majmuk

Kata majmuk tidak dapat menerima
sebarang penyisipan antara perkataan
yang membentuk kata majmuk,

contohnya:

• Tandatangan tidak dapat

disisipkan kata yang untuk
membentuk tanda yang tangan.

• Urus setia tidak dapat

disisipkan kata yang untuk

membentuk urus yang

setia. • Kakitangan tidak

dapat disisipkan dan bagi

membentuk kaki dan

tangan • Tanah air tidak dapat

disisipkan dan bagi membentuk

tanah dan air.

Selain itu, kata majmuk mempunyai makna
yang tertentu, yang berbeza daripada
kata-kata asal yang membentuk kata
majmuk tersebut. Misalnya:

• Sapu tangan merupakan kata
majmuk kerana merujuk kepada
kain segi empat dan berlainan
daripada makna biasa sapu dan
tangan.

• Bumiputera yang membawa
makna tertentu yang terdiri
daripada dua kata dasar bumi dan
putera.

Golongan Kata Majmuk

Kata majmuk dapat digolongkan kepada
golongan yang berikut ini.

Penggolongan Contoh Perkataan

Kata Majmuk

Kata Nama guru besar, balai raya, tapian

Majmuk gelanggang, cakar ayam,

bulan madu, Menteri Besar,

Naib Canselor, ketua murid,

warganegara, ketidakadilan,

persuratkhabaran,

kebolehpercayaan,

tandatangan, warganegara,

setiausaha.

Kata Kerja hapus kira, ambil alih, lipat
Majmuk ganda, kenal pasti, terima
kasih, gulung tikar, bersatu
padu, mereka bentuk,
menandatangani,
bertanggungjawab,
berlatarbelakangkan.

Kata Adjektif merah jambu. Terang hati,
Majmuk kuning langsat, muda remaja,
panas terik, sukacita,
dukacita.

Kata Tugas bagaimana, apabila,
Majmuk
barangkali, kadangkala,

walhal, daripada, kepada,

mana lagi.


Click to View FlipBook Version