ASPEK-ASPEK YANG
MENYATUPADUKAN
MASYARAKAT
BERBILANG KAUM
DAN CARA
MEMUPUKNYA.
KUMPULAN
1
MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH:
PUAN FARIDAH HANIM
BINTI ABD MANAF
NURSOLEHA SANDARI BINTI MOHD ALIA EDRIANA BINTI MOHD
RAZEB
NAFIAH
17DSK21F2025 17DSK21F2057
NURHIDAYU BINTI AZIMI NUR FATIHAH NAJWA BINTI
17DSK21F2029 MUHAMMAD ASRUL ASFANDI
17DSK21F2033
SIDANG EDITOR
ISI MUKA SURAT
KANDUNGAN
Pengenalan 2
3
Aspek menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum 5
i)Sikap saling hormat-menghormati dan bersikap 7-8
menerima di antara satu sama lain. 10
ii) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 12
memperkenalkan program "Rancangan 14-15
Integrasi Murid Untuk Perpaduan" RIMUP. 17
iii) Penggunaan bahasa kebangsaan
iv) Aktiviti kemasyarakatan 19
v) PLKN )Program Latihan Khidmat Negara
vi) Konsep 1 Malaysia 4
vii) Menjaga budi bahasa serta akhlak dalam 6
pergaulan 9
viii) Pelan tindakan dan perpaduan integrasi nasional
3
Cara memupuk aspek untuk menyatupadukan 13
masyarakat berbilang kaum 16
18
i) Memahami dan menghayati sejarah negara 20
ii) Melaksanakan sekolah wawasan 21
iii) Memupuk semangat anak-anak
Mengadakan kempen
Menguatkuasakan undang-undang
iv) Kempen yang berkesan
Penglibatan dari badan bukan kerajaan (NGO)
v) Penubuhan semula Program Latihan Khidmat Negara
vi) Jadikan konsep 1 Malaysia sebagai tunjang utama
menyatupadukan perpaduan kaum
vii) Agenda program
viii) Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti
harian
Kesimpulan
PENGENALAN
Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit
sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara
membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh negara
asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita
ketahui penjajahan Malaysia dimulai dengan
Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian
Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan
keramat 'Merdeka' pada 31 Ogos 1957 adalah
tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan
memaknakan kemerdekaan tersebut.
Bagi memastikan negara tidak dijajajah dan
digugat oleh negara asing, perpaduan kaum
sangat penting demi menjamin ketenteraman
negara ini.
Kita tiada seorang pahlawan seperti
Rentap yang menentang kubu Raja
Brooke di Nanga Skrang pada tahun
1983, ataupun Dol Said yang melakukan
penentangan terhadap kemaraan penjajah
pada tahun 1826 di Naning, atau gerakan
penentangan inggeris di Sabah yang gagah
diketuai oleh Mat Salleh pada tahun 1884
hingga 1900. Yang kita ada adalah Dato Seri
Najib Tun iaitu ketua barisan pemimpin
negara yang merangkap sebagai Perdana
Menteri Malaysia. Hari ini ialah Dato' Sri
Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang ke-9.
Tanpa kegagahan seperti tokoh zaman dulu-
kala, yang perlu hanyalah semangat
Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira
kaum dan agama seperti kata pepatah
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Oleh itu, peganglah pepatah in sebagai
prinsip di dalam hidup demi menjamin
keamanan dan kesejahteraan negara.
2
ASPEK MENYATUPADUKAN
MASYARAKAT BERBILANG
KAUM
Kita sebagai rakyat Malaysia begitu bertuah kerana
menjadi warganegara Malavsia. Hal demikian kerana
negara Malavsia merupakan negara yang unik dan tidak
dapat dilihat di mana-mana negara lain. Keunikan
Malavsia ialah dengan adanva masara kat yang berbilang
kaum dan juga etnik. Masvarakat terdiri dari kaum
Melavu, Cina, India dan lain-lain etnik. Walaupun berbeza
bangsa tetapi mampu untuk kekal tinggal dalam satu
bumbung yang sama sehinggalah hari ini. Imi kerana. di
Malavsia menamakan aspek-aspek vang
menvatupadukan masyarakat berbilang kaum dan etnik.
Antara aspek tersebut ialah sikap saling hormat-menghormati dan
bersikap menerima di antara satu sama lain. Masvarakat tidak mengira
perbezaan warna kult, sama ada yang berkulit putin atau hitam.
Masyarakat sering mengamalkan sikap hormat-menghormati dengan
tidak berkeberatan untuk menghulurkan bantuan jika antaranva
memerlukan bantuan. Contoh, jika adanya rakan-rakan atau jiran tetangga
yang berlainan agama dan kaum yang ingin pulang kampung halaman,
masyarakat tidak keberatan untuk menghulurkan bantuan dengan
menjaga ruman jiran tersebut, selain itu. menghormati peravaan kaum lain
dan meraikannya bersama-sama. Jika adanya majlis kenduri kahwin ahli
keluarga, masyarakat digalakkan menjemput rakan-rakan atau jiran
tetangga yang berlainan kaum menghadiri majlis tersebut. Menyediakan
makanan yang sepatutnya atau khas laitu makanan yang halal jika kaum
ytersebut beragama islam. Hal demikian mrnunjukkan sikap menghormati
agama masing-masing. Masyarakat juga boleh mengadakan jamuan
makan di rumah bersama jiran yang berlainan kaum seperti "port luck" iaitu
membawa makanan sendiri ke rumah jiran tersebut dan makan bersama-
sama dan juga menjemput jiran berlainan bangsa untuk makan malam
dengan menu yang menyelerakan. Hal ini kerana rezeki patut dikongsi
bersama-sama dengan orang sekelling kita.
3
CARA MEMUPUK ASPEK UNTUK
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT
BERBILANG KAUM
Cara memupuk aspek untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum ialah dengan memahami
dan menghayati sejarah negara. Di Malaysia pernah
terjadinya satu tragedi rusuhan antara kaum. Tragedi
tersebut telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia. Tragedi tersebut ialah peristiwa 13
Mei 1969. Tragedi tersebut berlaku antara kaum
Melayu, Cina dan India. Punca terjadinya tragedi
tersebut kerana layanan berat sebelah oleh tentera
Jepun. Masyarakat Cina umpamanya dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding orang-
orang Melayu. Keadaan tersebut kerana Jepun pernah
berperang dengan China sebelum ini menyebabkan
perasaan saling mendendami antara satu sama lain
masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah
telah menyemai perasaan permusuhan antara orang
Melayu dan Cina. Selain itu, disebabkan dasar pecah
dan perintah penjajah inggeris menyebabkan jurang
antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polarisasi kaum. Turut juga -latar belakang
pendidikan Vang berbeza, perte lingkahan parti politik
perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu,
perbezaan agama dan budaya, masalah ekonomi. Akhir
sekali, wujudnya persatuan-persatuan etnik yang hanya
menghiraukan kaum masing-masing tanpa
menghiraukan kaum-kaum lain. Oleh itu, masyarakat di
Malaysia perlulah menjadikan peristiwa tersebut
sebagai pengajaran untuk perlunya masyarakat bersatu
padu untuk kekalkan keamanan negara dan
kesejahteraan masyarakat sendii. Peristiwa tersebut
telah meragut nyawa serta harta benda dan kaitan yang
rapat dengan Pilihan Raya umum 10 Mei 1969. Justeru
masyarakat perlunya ada sikap memahami dan
menghayati sejarah negara. Hal demikian untuk
mengenang jasa orang yang telah tekorban demi
mempertahankan negara dan negara Malaysia menjadi
aman dan harmoni sehinggalah hari ini. Hal demikian
kerana sikap kaumnya yang bersatu padu dan tidak
menginginkan lagi perkara tersebut kembali berlaku,
perlulah memahami antara satu sama lain dan saling
percaya mempercayai antara satu sama lain tanpa
adanya perasaan ragu antara kaum.
4
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan "Rancangan Integrasi
Murid untuk Perpaduan"
Selain itu, aspek yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum ialah
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program
"Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Konsep RIMUP ialah
satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para
guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta
penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran.
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah
dan mampu menghadapi cabaran. secara kolektif dan bersepadu. Dengan
adanya program RIMUP dapat mewujudkan sikap persefahaman dan toleransi
antara murid perbagai kaum di sekolah, sama ada di sekolah rendah atau
sekolah menengah, Kita tidak mahu murid hanya berinteraksi dengan rakan di
sekolah masing-masing kerana mereka tidak terdedah kepada unsur
kepelbagaian kaum di negara ini.
Mengadakan elemen sukan dan permainan seperti permainan tradisional seperti Ti
Jian Zi Sepak Bulu Ayam Chapteh, Khabaddi, perahu undur. Murid perbagai kaum dapat
berinteraksi melalui aktiviti sukan rakyat atau permainan. tradisional pelbagai kaum
dan etnik. Selain itut elemen membina jati diri dan patriotism seperti mencipta lagu
patriotik, sketsa, amalan Rukun Negara, kem jati diri melalui aktiviti yang
dilaksanakan. Murid disemai dengan semangat cintakan negara serta dapat
menghargai keharmonian negara. Aktiviti interaksi yang diadakan juga untuk
mempertingkatkan jati diri dan integriti murid pelbagai kaum. Mengadakan elemen
tarian tradisional seperti joget, tarian singa dan kesenian tradisional seperti "Chui
Mei" kolam rangoli.
Melalui aktiviti interaktif murid dapat memahami menghay dan bersama-sama
menjayakan kesenian Kebudayaan. Hal demikian dapat menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum dengan adanya program RIMU
5
CARA MEMUPUK ASPEK UNTUK MENYATUPADUKAN
MASYARAKAT BERBILANG KAUM
Cara memupuk untuk menyatupilakan masyarakat berbil kaum ialah dengan melaksanakan
sekolah wawasan. Sekolah wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersama-sama dalam satu kawasan yang sama mengira kaum atau agama. Di bawah
konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambong antara satu sama lain dengan menggunakan jabatan penghubung (link-way).
Sekolah wawasan ialah unha melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan
deng menyatukan sekolah untuk istem pendidikan yang Pendidikan Malaysia (KPM) alah und
dahulunya terasing antara satu sama lain. Mattekolah wawasan yang telah disenaraikan
oleh enterian perpaduan dalam kalangan muridnyang erbagai bangsa dan latar belakang.
Seterusnya memupuk semangat integrasi antara murid dari pelbagai aliran.
Selain itu, untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persafahaman
yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersepadu dan akhir sekali,
menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian
kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti aktiviti lain di sekolah.
Antara kompleks sekolah wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu Kompleks
Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak. Seterusnya, Kompleks Sekolah Wawasan
Taman Aman. Alor Setar, Kedah. Selain itu, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau
Pinang. Berikutnya, Kompleks Sekolah Wawasan USI 15, Subang Jaya, Selangor dan Kompleks
Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.
Memupuk masyarakat berbilang hangia perlu diberi perhatian vertus penekanan yang
menyeluruh oleh semua. pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu
didedahkan betapa pentingava perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk
ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut nielibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui
pendidikanlah generasi pelajar dapat membentuk mencorakkan masyarakat Malaysia pada
masa hadapan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya
didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna.
6
PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN
Selaras dengan pendidikan kebangsaan,
bahasa melayu diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa
pengatur utama bagi semua prasekolah dan
pengajian.
Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah
adalah memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni daripada aspek intelek,
emosi, rohani dan jasmani.
Penggunaan bahasa melayu yang semakin meluas
sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan
dan penggunaan bahasa melayu yang lebih bermutu.
Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai
kecekapan berbahasa dan ketepatan
berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem
bahasa melayu yang mampu mengungkapkan segala
bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan
fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat,
perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan
yang mencerminkan akal budi rakyat.
7
Di samping itu, bahasa melayu memainkan peranan penting bukan
sahaja di dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk
meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat
dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk
menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
Selain itu juga, pendidikan sebagai alat yang digunakan untuk
perpaduan antara kaum jelas dinyatakan di dalam Penyata Razak
1956. Oleh itu, apabila pendidikan dianggap sebagai alat secara
automatiknya, bahasa melayu yang berfungsi sebagai bahasa
perpaduan boleh mengambil bahagian di dalam isu
menyatupadukan rakyat kerana bahasa melayu itu digunakan
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar
di pelbagai bidang.
Aspek penting untuk menyatupadukantakyat mengikut fungsi
bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan adalah melalui
penuatan. Sesungguhnya pendidikan hari ini telah memainkan
peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara di
dalam mewujudkan perpaduan kaum Rendidikan harilah
membuktikan bahawa negara berjaya mengimbangkan kewujudan
internasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan
negara. Perpaduan rakyal atau pembentukan satu negara bangsa
dapat dicapai melalui sistem pendidikan. Oleh itu, perpadaran
rakyat dapat dicapal sekiranya gun menerapkan nilai-nilai murni
seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengi
bangsa dan agama. Secara faktanya, sejarah tidak menipu
manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan cerdik
pandai menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan
negara. Selain itu, penyatupaduan ayat dapat mewujudkan sistem
pendidikan kebangsaan kerana sistem persekolahan yang berbahu
mempunyai baluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu
identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi
pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka
satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan
yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak.
8
CARA MEMUPUK PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN
1) Memupuk semangat anak-anak 2) Mengadakan kempen
Ibu bapa perlulah mengambil masa yang Pihak yang bertanggungjawab
terluang untuk bersama-sama dengan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka
anak-anak untuk mengajar mereka (DBP) haruslah menjalankan
menutur bahasa Ibunda dengan betul kempen yang berkesan untuk
selain daripada bahasa asing. Selain itu, memupuk kesedaran dalam
ibu bapa perlu bertutur dengan kalangan masyarakat agar cinta
menggunakan bahasa melayu yang akan bahasa melayu. Dengan
sempurna dengan anak- anak mereka dan mengadakan kempen, kita boleh
tidak mencampuradukkan bahasa melayu menarik. minat orang lain untuk
dengan bahasa inggeris di rumah supaya meningkatkan lagi bahasa kita.
menjadi kebiasaan kepada anak-anak
seperti kata pepatah "kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Sebagai contoh, boleh membaca buku
bahasa melayu untuk meningkatkan lagi
kosa kata anak-anak.
3) Menguatkuasakan undang-undang
Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-
undang seperti mendenda mereka yang tidak
menggunakan bahasa melayu dengan betul dalam kerja
urusan rasmi. Selain itu juga boleh mewujudkan akta
untuk memartabatkan bahasa melayu seperti
mewajibkan penggunaan bahasa melayu dalam urusan
rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Hal ini boleh
membuatkan masyarakat menggunakan bahasa
dengan betul supaya bahasa melayu kita tidak
disalahgunakan. Di samping itu, pihak-pihak tertentu
boleh mengadakan sudut bacaan di ruang menunggu
klinik, hospital dan sebagainya untuk tidak membuang
masa dengan membuat perkara-perkara yang lalai.
9
AKTIVITI
KEMASYARAKATAN
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu
antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang
tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat
terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu
masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat
perpaduan sukar untuk diterapkan.
Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong-
royong dan Program Rukun Tetangga yang memerlukan sumbangan setiap pihak
untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat
dilahirkan. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga,
selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga
berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang
berlainan bangsa. Bak kata pepatah, "serampang dua mata". Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara
untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa
mahupun agama.
10
CARA MEMUPUK AKTIVITI
KEMASYARAKATAN
Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat
daripada aktiviti kemasyarakatan seperti amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini,
kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik
perhatian dan minat masyarakat terhadap aktiviti kemasyarakatan seperti amalan
bergotong-royong.
1) Melaksanakan kempen yang berkesan
Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan aktiviti bermasyarakat serta sebagai rangsangan
untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Untuk
memastikan kempen ini benar-benar berjaya, peranan media
massa dan media cetak sangat penting. Media elektronik boleh
menghebahkan kempen ini di dalam televisyen, radio dan surat
khabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut
secara meluas. Walaupun kempen seperti 'cintailah sungai kita'
dan 'jom ganyang aedes' merupakan aspek kesihatan dan alam
sekitar tetapi kempen ini dapat menuntut masyarakat untuk
bergotong-royong. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengeratkan perpaduan di antara masyarakat pelbagai kaum.
2) Penglibatan dari badan bukan kerajaan (NGO)
Langkah yang lain untuk memupuk aktiviti kemasyarakatan
dalam diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan
kerajaan (NGO) dengan lebih giat. Badan NGO boleh turun
padang untuk membantu kerajaan menarik minat masyarakat
dalam amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan
kerajaan mewujudkan perpaduan antara kaum, pihak kerajaan
boleh menganjurkan pertandingan kampung atau daerah
setempat tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang.
Dengan cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertainya
dan mula bergotong-royong mencantikkan kawasan tersebut.
Perlibatan badan NGO yang lebih giat dan aktif dapat
menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan
tersebut dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-
padu tidak kira bangsa mahupun agama.
11
PLKN JAWAPAN TERBAIK MENGUKUHKAN
PERPADUAN ANTARA KAUM
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang
menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan
khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun, manakala purata perbelanjaan sebanyak
RM600 juta setahun Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai
patriotik kepada generasi muda ke arah Cinta akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang
dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini menggunakan modul dan acuan kita sendiri
yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi Program yang dilaksanakan ini walaupun
terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.PLKN ini merupakan kursus latihan wajib selama tiga
bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila
menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. la bertujuan bagi
pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan
generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni.
Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana
dilaksanakan menurut cara Malaysia. Dalam tempoh tiga bulan mengikut PLKN berasaskan empat modul tersebut
merupakan suatu proses pembangunan insan yang cemerlang dan berkualiti ekoran beberapa perkembangan. yang
membabitkan remaja di Malaysia yang cenderung ke arah kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral dan tidak
memberikan manfaat. Justeru itu, PLKN juga diharap dapat melahirkan insan yang berdisiplin bersemangat
waja,berkeyakinan diri, setia kepada negara, bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta, mampu
bekerjasama dan mewujudkan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum, Bagi mencapai matlamat
tersebut, kerajaan telah melaburkan kos sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan yang tinggi untuk
melaksanakan PLKN PLKN mempunyai matlamat yang jelas, pelaksanaannya bukan sahaja berupaya mengelakkan
golongan belia terlibat dalam kancah masalah sosial tetapi berjaya memupuk semangat kekitaan bersama yang
kuat, kerjasama yang tinggi dan pelatih lebih terbuka untuk memahami cara hidup serta budaya kumpulan etnik
lain. Maka, PLKN dilihat amat signifikan dalam memupuk semangat satu jiwa negara bangsa acuan Malaysia.
12
PENUBUHAN SEMULA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
(PLKN)
Kerajaan perlu melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan
terdahulu. Hal ini demikian kerana pelaksanaan PLKN sebelum ini memberi kesan yang baik kepada pembentukan patriotisme
remaja, Pelaksanaan PLKN direalisasikan sebagai salah satu langkah untuk menangani permasalahan remaja kerana boleh
membawa sumbangan yang besar kepada sesebuah negara memandangkan ia dapat menjalin rasa kebersamaan masyarakat
terhadap negara, membina semula hubungan antara hak dan tanggungjawab warganegara, serta memulihkan hubungan di
antara pihak awam dengan pihak tentera
Program ini juga perlu dilaksanakan semula kerana PLKN merupakan program yang melibatkan semua kumpulan etnik yang
terdapat di Malaysia tidak kira lelaki mahupun perempuan. Pelaksanaannya berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara,sebagai contoh, mengaplikasikan pendekatan kurikulum yang bersifat multidisiplin, program yang tidak berbentuk
kerahan tenaga atau military conscripts dan membawa imej yang tersendiri dengan objektif yang jelas, pakaian seragam, logo,
inoto dan lagu PERISTIVA Ciri-ciri tersebut menunjukkan bahawa yang dilaksanakan bukan bersifat ala ketenteraan, tetapi
lebin memberikan penekanan kepada aspek perpaduan pembentukaasahaan dan jati diri serta kerja-kerja kemasyarakatan.
Tambahan hig, PUCN acuan Malaysia tidak menjadikan para pelatihnya sebagai tentera simpanan atau askar pelapis seperti
yang diamalkan di Singapura. Korea Selatan dan Thailand ataupun seperti yang pomah dilaksanakan di Australia, Britain dan
Amerika Syarikat suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan pendekatan yang diaplikasi bukan semata-mata berbentuk khidmat
kesukarelawanan epett yang dilaksanakan di India, Afrika Selatan, Brazil, Rusia dan Mexico.
Sebaliknya, bentuk khidmat negara acuan Malaysia menggunakan pendekatan multidimensi yang disesuaikan dengan keperluan
masyarakat, perkembangan dasar negara dan tuntutan. kontemporari.Melalui PLKN juga nilai nilai patriotik dapat dipupuk dalam
kalangan remaja pada hari ini. Hal inil disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka
sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula
langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan .Di samping itu, program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga
emperkukuh integrasi dapat memperkukuh integrasi nasional. Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti
kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah
pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaumsemasa menjalani aktiviti program
mereka tinggal bersama-sama
Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi
menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa mer Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara
negara yang sistem pentadbiran
13
KONSEP 1 MALAYSIA
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap
diri sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat, Sejajar dengan ini,perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di
negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang
lebih aman,maju, selamat dan Makmur. Konsep 1Malaysia merupakan suatu
konsep yang baru dilancarkan di Malaysia pada tahun 2009 yang lalu, la
merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara,
dan seumpamanya agar sebarang konflik perkauman dapat dielakkan serta
pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas asas yang ada dalam konsep 1Malaysia
ini adalah untuk mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia supaya cita-
cita negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai yang berstatus maju
tercapai dengan jayanya. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan
yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat
perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling
mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan
yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana
slogan YAB Perdana Menteri iaitu 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"
1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat
jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting
untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.1 Malaysia memerlukan
pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin
cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Di samping itu, ia diharap
mampu untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan persaudaraan untuk
meneruskan agenda pembinaan sebuah negara-bangsa yang berjaya.
14
Selain itu, konsep ini juga menekankan sikap
penerimaan antara kaum di Malaysia agar semua
pihak saling hormat menghormati antara satu
sama lain dalam aspek budaya, bahasa, dan agama.
Hal ini selaras dengan ucapan Perdana Menteri
Malaysia yang ke-6 berkenaan dengan konsep
1Malaysia, iaitu 1Malaysia adalah satu gagasan
bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan
beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dato' Sri
Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri
Malaysia (PPM, 2009).
15
MENJADIKAN KONSEP 1 MALAYSIA SEBAGAI TUNJANG UTAMA MENYATUKAN
PERPADUAN KAUM
Konsep 1 Malaysia ini menekankan toleransi dan penerimaan keunikan setiap kaum yang ada, serta
memahami dan juga menghormati antara satu sama lain agar dapat hidup bersama dengan baik dalam
sebuah negara. Misalnya, Teras-teras perpaduan haruslah dilandaskan oleh nilai-nilai murni sebagai
mekanisme penggerak agar proses perpaduan antara kaum berjalan dalam suasana harmoni. la
merangkumi empat aspek, iaitu hormat menghormati, rendah hati, sederhana, dan berbudi bahasa,
Hormat-menghormati antara setiap kaum yang berlainan budaya, agama, bahasa, dan adat resam agar
dapat mengelakan berlakunya perselisihan faham yang mampu mengundang tindakan negatif seperti
mengeluarkan kata-kata kesat dan mempersoalkan peruntukkan undang undang berkaitan sensitiviti
perkauman. Rendah hati atau tawadhuk mengajar kita erti keinsafan dan kesedaran dalam diri di
mana kita merupakan rakyat yang tinggal bersama-sama sebuah negara berdaulat. Di samping itu,
kesedaran setiap kaum mempunyai kelemahan dan kelebihan perlu dipupuk agar kelebihan yang dimiliki
mampu dimanfaatkan demi kepentingan bangsa, negara, dan agama.
Kesederhanaan pula merupakan gaya hidup yang tidak terlalu ekstrem yang mana apabila
menghadapi situasi yang negatif tidak mudah terpengaruh dan cuba sedaya upaya mencar lan
penyelesaian melalui rundingan atau mengadakan dialog Berbudi bahasa merupakan tingVah-laku
yang bersopan-santun, tata tertib dalam menjalankan hubungan dan interaksi sesama kaum bagi
menjana kemesraan dan pemuafakatan yang lebih kukuh. Pihak kerajaan juga hendaklah lebih giat
untuk menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan dengan konsep 1Malaysia, seperti
menubuhkan laman sesawang 1Malaysia yang mengandungi intipati dan informasi berkaitan, laman
blog Perdana Menteri, pertandingan mencipta lagu 1Malaysia, pertandingan melukis poster bagi
pelajar IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), dan seumpama. Kerajaan juga perlu menyediakan
ganjaran dan hadiah kepada pemenang agar dapat menarik minat lebih ramai masyarakat yang
menyertai pertandingan pertandingan yang dianjurkan. Konsep Satul Malaysia akan membawa
aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin
perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu
diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling
mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan
perlulah mengutamakan kepentingan negara Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah
bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di
mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan
dan pembelaan daripada kerajaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-
prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan.
16
MENJAGA BUDI BAHASA SERTA AKHLAK DALAM
PERGAULAN
Untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun dan
maju dalam memacu kejayaan seperti hari ini,
penduduk hendaklah mempunyai sifat diri yang positif
dan berkelakuan sopan terhadap seorang individu.
Lebih-lebih lagi sekiranya seseorang individu tersebut
tinggal di negara yang mempunyai pelbagai kaum dan
mengamalkan kepercayaan masing-masing.
Kita juga tidak digalakkan menyentuh atau mempersoalkan isu sensitif yang
akan menggores hati,menimbulkan kemarahan sesebuah kaum. Antara langkah
yang dapat meningkatkan kesedaran bahawa pentingnya berbudi bahasa ialah
dengan Cetusan Gagasan Konsep 1 Malaysia yang berbudi diperkenalkan oleh
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
Melalui konsep gagasan Malaysia ini, Malaysia dapat membaiki hubungan kaum
bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin hubungan perpaduan yang
lebih erat.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan menghormati satu sama lain tanpa
mengira kaum, warna kulit mahupun agama. Amalan bahasa wajib disemai dalam
setiap insan dan perlu dididik dalam diri masyarakat sejak kecil lagi supaya
sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada dari segi tutur
bicara atau tingkah laku.Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Kesimpulannya, dengan wujudnya sikap saling
menghormati, masyarakat dapat hidup dalam keadaan
harmoni,aman dan sejahtera walaupun hidup dengan
masyarakat yang berbeza agama, budaya mahupun
pandangan. Jelaslah bahawa dengan wujudnya budi
bahasa, konsep perpaduan dalam kehidupan seharian dapat
dikukuhkan.
17
CARA
MEMUPUK:
AGENDA
PROGRAM
Dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat
sesama masyarakat, semangat muhibah antara kaum yang
berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Inisiatif tabungan
kawasan setempat juga boleh diperkenalkan bagi memudahkan
program ini dijalankan.
Antara agenda program tersebut dijalankan adalah bertujuan
untuk membendung sikap deskriminasi antara kaum dan
mewujudkan nilai keakraban pergaulan dalam sesebuah
masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Pada masa yang
sama, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat
berkomunikasi serta bertukar-tukar pendapat dan buah idea
berkaitan dengan sesuatu isu semasa mahupun global atau hal
kemasyarakatan. Contoh contoh program yang boleh
dijalankan adalah seperti Sambutan Hari Keluarga, Sambutan
Hari Ibu, Sambutan Hari Bapa, Sambutan Hari Kanak-kanak,
Sambutan Hari Perayaan dan lain2.
Maka, jelas lagi nyata bahawa usaha-usaha dalam membentuk
perpaduan kaum di Malaysia boleh direalisasikan dengan
pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh kerajaandan
masyarakat setempat yang berpotensi untuk memperkasakan
hubungan antara kaum di negara kita ini.
18
PELAN TINDAKAN PERPADUAN & INTEGRASI
NASIONAL
Di samping itu, langkah keselamatan dan undang-undang juga memainkan
berlandasakan peranan penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan-
pertubuhan dalam yang memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum atau
agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian
antara kaum dan menggugat kestabilan negara, mengawal kod etika antara
parti politik supaya bersikap dan bertindak sederhana untuk mengelakan
berlaku hak ketegangan kaum. Berdasarkan strategi persefahaman politik
yang diusahakan kerajaan, jelas sekali menampakkan keberkesananya kerana
sejak merdeka tampuk pemerintahan negara dipegang oleh Barisan Nasional
yang memperjuangkan perpaduan melalui penggabungan 3 komponen parti
yang mewakili kaum-kaum utama di negara di bawah satu payung
Dalam aspek ini kerajaan telah memajukan perpaduan peruntukan
negara yang termaktub perlembagaan mengenai sistem kerajaan
persekutuan, demokrasi berparlimen, raja berpelembagaan,
kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa kebangsaan, mengamalkan
agama masing-masing. hak asasi rakyat Malaysia, kedudukan
istimewa kaum Bumiputera dan peribumi, lambang lambang negara,
pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan negeri. Ini merupakan kerangka sebagai usaha
kerajaan dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional,
perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah.
Selain itu kestabilan politik dan kedaulatan yang dinikmati
merupakan hasil daripada keberkesanan peranan yang dimainkan
kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.
Tambahan, kini wujudnya suatu identiti nasional di mana rakyat
majmuk di negara ini berkongsi suatu identiti iaitu sebagai
warganegara Malaysia. Rentetan itu konsep 1Malaysia
diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi identiti nasional yang
terbentuk dalam mengeratkan hubungan etnik.
19
PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA & WARISAN
DALAM AKTIVITI HARIAN
Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan
india yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat
mengaplikasikan berkongsi budaya boleh dan kaum mereka itu sendiri dengan
kaum lain dari spek seperti dari segi pemakanan, pemakaian, dan peradaban.
Sebagai contoh yang dapat dilihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia
malah jumlah kekerapannya bertambah dari hari ke hari seperti semakin ramai
wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju
kurung ke majlis majlis rasmi mahupun ke kuliah di universiti.
Selain itu, makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati
oleh kaum-kaum yang lain. Sehubungan dengan itu, dengan
memperkenalkan adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau
sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui
perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing.
Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat
menimbulkan rasa hormat menghormati antara satu sama lain dan
seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang
berbilang kaum dapat bertolak ansur dengan baik. Meskipun setiap kaum
mempunyai keunikan tersendiri dari segi adat dan budaya namun, dengan
melibatkan diri dengan bergaul dengan rakan sekelas, rakan sekerja
mahupun jiran tetangga dapat mengajar kita erti toleransi dan melahirkan
anak bangsa yang bersifat patriotik dan cinta akan tanah air.
20
KESIMPULAN
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi
sebuah negara maju. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui
situasi keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh
dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di
negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni di negara yang kita cintai ini. Dalam nada yang sama, kita seharusnya
memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang terjajah sekian lama
dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara
ini tidak lagi akan berlaku.
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika
semua rakyat bersatu padu, bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama
anggota masyarakat tidak kira agama dan bangsa.
Kami berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-udang
atau peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang
telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan
ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.
21