The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nsalmizaismail, 2021-01-15 02:55:38

INFO RINGKAS PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK






Ringkas
Ringkas





PENDIDIKAN







JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA













#SederapMenjadiTerbilang



KANDUNGAN
BIL M/S
1. Tunjang Budaya Kerja KPM 3
2. Visi, Misi dan Matlamat KPM 4
3. Visi, Misi dan Matlamat Jemaah Nazir Negeri (JNN) Perak 5
4. Piagam Pelanggan Jemaah Nazir KPM 6
5. Amanat Pengarah JPN Perak 7
6. Kerangka Perancangan Strategik JPN Perak 8
7. Akta Pendidikan 1996 9 - 11
8. Etika Penaziran 12 -13
9. 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 14
10. 6 Asprasi Kemenjadian Murid 14
11. 11 Anjakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 15
12. 12 Inisiatif Terbaru Peringkat Sekolah 16
13. Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018 17
14. Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2019 18
15. Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2020 19
16. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) 20
17. Kerangka Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 21 – 23
18. Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) 24
19. 5 Standard Asas PAK 21 25
20. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 26
21. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 27 – 28
22. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 29 – 30
23. Pelaksanaan Dasar 1M1S 31
24. Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) 32
25. Revolusi Industri 4.0 33
26. Program Sekolah Amanah 34 – 35
27. Program Kolej Vokasional 36
28. Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) 37
29. Sekolah Orang Asli 38
30. Pelaksanaan Kelas Bercantum 39
31. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 40
32. Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PlaN) 41 – 47
33. Sejarah Ringkas Jemaah Nazir Perak 49
34. Senarai Ketua Nazir Sekolah (KNS) KPM 50
35. Senarai Ketua Nazir Negeri (KNN) Perak 51
36. Bilangan Sekolah Negeri Perak Berdasarkan PPD/Jenis Sekolah 52
Bilangan Sekolah Pendidikan Khas/ Program Pendidikan Khas Integrasi
37. 53
(PPKI)/Prasekolah/ Rendah/ Menengah Negeri Perak
38. Agihan Sekolah Transformasi TS25 54
39. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 55
40. Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) 56 – 57
41. Senarai Sekolah Orang Asli (SOA) 58
42. Senarai Sekolah Pedalaman 59
43. Senarai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) 59
44. Senarai Sekolah Pulau 60
45. Senarai Program Sekolah Amanah 60
46. Senarai Sekolah Ground Up School Transformation (GUSTO) 60
47. Senarai Sekolah Seni 62

KOMPILASI INFO PENDIDIKAN
OLEH:
UNIT PENGURUSAN DAN PERANCANGAN
JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK

VISI, MISI DAN MATLAMAT KPM



VISI



PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA




MISI



MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA





MATLAMAT



• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan

kemajuan negara.

• Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara.

VISI, MISI DAN MATLAMAT JEMAAH NAZIR



VISI

JN INSTITUSI PEMASTIAN
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN BERWIBAWA




MISI



MENAZIRI DAN MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN
DI INSTITUSI PENDIDIKAN SECARA PROFESIONAL,
BERKUALITI DAN BERETIKA



MATLAMAT


• Meningkatkan keupayaan JN mengesan tahap kualiti
pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan dengan

melakukan pelbagai aktiviti penaziran.

• Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan
supaya menjadi efektif dan cekap

• Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan
semua pihak dalam pendidikan.


• Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian
maklumat yang cekap dan berkesan

• Menggiatkan program peningkatan kecekapan nazir sekolah
secara berterusan dalam bidang penaziran; dan

• Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan Jabatan
Pendidikan Negeri dan memastikan nasihat dan syor-syor
JN kepada institusi pendidikan diberi perhatian.

PIAGAM PELANGGAN JEMAAH NAZIR KPM


Kami, warga Jemaah Nazir dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996,
dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk :

1. Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima
(5) tahun bagi sekurang-kurangnya 70 peratus sekolah.

2. Memberi nasihat kepada setiap institusi pendidikan yang diperiksa
semasa Perjumpaan Penutupan pada hari terakhir setiap pemeriksaan
bagi membolehkan institusi berkenaan mengambil tindakan
penambahbaikan.

3. Menghantar dapatan pemeriksaan secara bertulis kepada institusi
pendidikan yang diperiksa:

a. Dalam tempoh 10 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan bagi

Pemeriksaan Penarafan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP),
Pemeriksaan Penarafan Institusi Pendidikan dan Pemeriksaan
Penarafan Pelaksanaan Dasar atau Program Pendidikan; dan

b. Pada hari akhir semasa Perjumpaan Penutupan bagi Pemeriksaan
Tindak Ikut.

4. Mengemukakan Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Institusi Pendidikan

kepada Menteri Pendidikan:

a. Pemeriksaan Penarafan PdP dalam tempoh 40 hari bekerja selepas
tamat pemeriksaan;

b. Pemeriksaan Penarafan Pelaksanaan Dasar atau Program
Pendidikan dalam tempoh 40 hari bekerja selepas tamat
pemeriksaan; dan


c. Pemeriksaan Penarafan Institusi Pendidikan dalam tempoh 45 hari
bekerja selepas tamat pemeriksaan.

5. Mengemukakan senarai taraf institusi pendidikan berdasarkan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia kepada Pengurusan tertinggi KPM pada bulan
April setiap tahun.





Info Ringkas




AKTA PENDIDIKAN 1996
BAHAGIAN X
JEMAAH NAZIR SEKOLAH


Bab 1: Jemaah Nazir



Kewajipan Ketua Nazir.
117. Ketua Nazir hendaklah:-


(a) bertanggungjawab dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa
yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf
pengajaran yang memuaSKan diwujudkan dan dikekalkan di

institusi pendidikan;

(b) memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi

pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang
difikirkannya sesuai.


(c) apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh Menteri,
memeriksa suatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi

pendidikan itu diperiksa; dan


(d) menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan
pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan
oleh Menteri atau sebagaimana yang ditetapkan.

Info Ringkas




Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikan nasihat.

118. Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada
pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-

perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran




Sekatan ke atas perintah Nazir Sekolah.

119. Ketua Nazir atau Nazir Sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa

perintah atau arahan kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan kecuali

setakat yang dia diberi kuasa oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini.



Laporan Nazir Sekolah.

120. (1) Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri

tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117,

dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorSKan

apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu.

(2) Laporan tentang suatu institusi pendidikan yang dikemukakan di bawah

subseksyen (1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri,

disediakan untuk didapatkan oleh mereka yang bertanggungjawab ke atas
pentadbiran institusi pendidikan itu dan mana-mana guru di institusi pendidikan

itu dan laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah
disediakan untuk didapatkan secara keseluruhannya.

Info Ringkas



Bab 2: Am


Kuasa am Nazir Sekolah.

121. Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di

bawah seksyen 117 Ketua Nazir atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini

disebut "Nazir") boleh

(a) pada bila-bila masa memasuki sesuatu institusi pendidikan;

dan

(b) menghendaki pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau
mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan

institusi pendidikan itu atau guru atau pekerja atau orang yang

ditemui di institusi pendidikan itu


(i) mengemukakan bagi pemeriksaannya mana-mana jadual
waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan

mata pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau
apa-apa buku, bahan, dokumen atau barang yang

berhubungan dengan atau yang pada pendapat Nazir itu

mungkin ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan

di institusi pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi

pendidikan itu; dan

(ii) memberikan kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang

berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan,

institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang
pengerusi, pengelola, atau orang lain yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan

itu, guru, pekerja atau orang itu mempunyai kuasa untuk
memberikan.

Info Ringkas




Ketua Nazir boleh memberi kuasa Pegawai Pendidikan untuk bertindak
bagi pihaknya.

122. Ketua Nazir boleh secara bertulis memberi kuasa Pegawai Pendidikan
yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam

perjalanan kuasa-kuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya di
bawah Akta ini.




Kesalahan dan penalti berhubungan dengan Nazir.

134. Seseorang yang -

(a) menghalang atau menggendalakan Ketua Nazir atau Nazir
Sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan

kepadanya oleh seksyen 121;

(b) enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu,sukatan

pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau
enggan memberikan maklumat, dengan melanggar sub

perenggan 121(b)(ii); atau


(c) memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa

perkara yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang
dia tidak percayai adalah benar,


(d) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila

disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Info Ringkas





Penalti am.
135. (1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang
baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan,

didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh,
dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan

hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan
kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta

ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus
dilakukan.

Info Ringkas



ETIKA PENAZIRAN



1. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan menaziri dan
memantau pelaksanaan dasar pendidikan negara. Setiap Nazir Sekolah

adalah juga seorang pegawai awam, dikehendaki melaksanakan tugas
penaziran dan pelaporan sekolah yang dinaziri dengan cermat dan teliti
serta adil dan saksama berlandaSKan keutuhan profesional. Nazir

Sekolah tidak boleh mempertikaikan dasar kerajaan.


2. Pada setiap masa, Nazir Sekolah perlu secara konsisten melibatkan diri
dalam memantapkan sistem pendidikan negara. Sehubungan itu, tugas
yang dilaksanakan boleh dihubungkaitkan dengan pembentukan norma

yang ada kaitan dengan pemastian standard kualiti pendidikan serta
memperkenalkan norma baharu selaras dengan perkembangan sistem
pendidikan semasa.


3. Seiring dengan tugas teras dalam memastikan standard pengajaran yang
memuaSKan diwujudkan dan dikekalkan di sekolah, maka menjadi

tanggungjawab Nazir Sekolah membantu dan mengupayakan guru dan
pengurus sekolah memperolehi pengetahuan, menguasai kemahiran dan

nilai untuk menjadikan mereka menyayangi, berguna dan
bertanggungjawab terhadap profesion keguruan melalui aktiviti
perdampingan.


4. Jemaah Nazir Sekolah mendapat kepercayaan masyarakat bukan sahaja

berdasarkan tingkah laku nazir secara individu, tetapi juga hubungan
organisasinya dengan sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan
pendidikan negeri dan masyarakat umum. Tugas Nazir Sekolah paling

bermakna apabila wujudnya hubungan baik dan membina demi
kesejahteraan organisasi dan masyarakat.

Info Ringkas



5. Nazir Sekolah hendaklah berkhidmat dalam suasana hormat-menghormati

dan bekerjasama untuk meningkatkan kualiti pemeriksaan dan penyeliaan

pendidikan negara.


6. Semasa menjalankan tugas penaziran dan pemeriksaan, Nazir Sekolah

perlu mengikut prosedur tertentu:


i. Terlebih dahulu berjumpa dengan Pengetua atau Guru Besar atau
sesiapa yang diberi tanggungjawab.

ii. Memperkenalkan diri dan menerangkan objektif penaziran ataupun

pemeriksaan.
iii. Mengambil tempat yang sesuai semasa berada di bilik darjah dan

meminimumkan gangguan.


7. Nazir Sekolah hendaklah pada setiap masa mematuhi segala arahan
berkaitan tatacara pemeriksaan dan mengamalkan perbelanjaan

berhemah.





KOD ETIKA



i. Tanggungjawab Terhadap Tugas
ii. Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiri

iii. Tanggungjawab Kepada Rakan Sejawat

iv. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

v. Tanggungjawab Terhadap Profesion

Info Ringkas

11 ANJAKAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN Info Ringkas
PENDIDIKAN MALAYSIA

Info Ringkas







12 INISIATIF TERBARU
PERINGKAT SEKOLAH



"Kegembiraan, Kasih Sayang, Hormat Menghormati"




Bermula 2019, sekolah akan ada manual nilai yang akan
dibacakan setiap perhimpunan

Pendidikan Sivik akan
diperkenalkan
Memperbaiki masalah “mutual distrust” antara guru dan
ibu bapa
Popularkan kembali budaya “hero teachers” untuk
tingkatkan pengiktirafan profesion guru


Telefon pintar akan dimanfaatkan untuk tujuan
pendidikan
Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh
memasuki sekolah mulai 2019




Kawasan rehat guru akan diwujudkan


Guru tiada lagi kerja kekeranian
bermula 2019
Tiada akan ada kompromi dalam belanjawan
pendidikan pendekatan. Selepas ini akan “slice and
dice” ketirisan
Ke arah menjadikan sektor pendidikan
mesra oku


Menangani isu sekolah daif
Kemeriahan “speakers corner” di
sekolah-sekolah

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

PENGOPERASIAN
Info Ringkas
Standard 1 : Kepemimpinan
Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Pengurusan
Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid
Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan





KEMENJADIAN

Standard 5 :
Kemenjadian Akademik
Kemenjadian Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas
























































Berpusatkan 1 Pelajar faham dan 6
mematuhi arahan
pelajar

Penggunaan
komputer 2 Saling 7
menghormati

Pembelajaran Pelajar bertanggungjawab
Ciri pembelajaran aktif 3 terhadap pelajarannya 8
kelas Abad
Ke-21 Pembelajaran Penilaian berasaSKan
kendiri 4 pencapaian 9


Persekitaran yang Pembelajaran
kondusif 5 kolaboratif 10

KOMUNIKASI Info Ringkas

Berlaku Interaksi antara guru-murid, murid-
murid dan murid-bahan secara lisan dan
bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang
mereka faham dan berkongsi pengetahuan
sesama rakan.






KOLABORATIF
Berlaku kerjasama dan muafakat antara
guru-murid dan murid-murid secara aktif
dan menyeluruh yang membolehkan
pertukaran idea dab pandangan antara
murid.







PEMIKIRAN KRITIS

Berlaku penerokaan pemikiran untuk
menilai sesuatu idea secara logik dan
rasional untuk membuat pertimbangan
yang wajar dengan menggunakan alasan
dan bukti yang munasabah.







KREATIVITI

Berlaku proses penjanaan idea yang
menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan
projek yang baharu, unik, berguna dan
berkualiti.







NILAI MURNI DAN ETIKA

Penerangan dan pemupukan nilai murni
dan etika ke arah pembentukan jati diri
nasional mengikut acuan Malaysia.

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas




PELAKSANAAN DASAR

1 MURID 1 SUKAN


PENGENALAN
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan

yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


MATLAMAT
❑ Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.

❑ Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.


OBJEKTIF
❑ Meningkatkan kecergasan jasmani.
❑ Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
❑ Memupuk perpaduan di antara kaum.

❑ Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
❑ Memenuhi naluri semula jadi dalam aktiviti fizikal.
❑ Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
❑ Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.


KONSEP

❑ Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari
penglibatan dalaam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau
tidak aktif.

❑ Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan
murid dalam sukan sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

❑ Memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Info Ringkas

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Info Ringkas

Info Ringkas




PROGRAM SEKOLAH AMANAH








Pengurusan
Sumber Manusia
Pengurusan
Perolehan
Pengurusan
Kurikulum
Autonomi Pengurusan
Sekolah Amanah Jadual Waktu dan
Kalender
Persekolahan

Polisi Berkaiatan
Murid





Pengurusan Kewangan
Peruntukan Anggran
Belanja Mengurus (ABM)


1. Program Sekolah Amanah adalah satu usaha sama dengan rakan
kongsi swasta yang bertujuan untuk mewujudkan model

transformasi sekolah yang boleh dijadikan contoh di seluruh negara
sebagai wawasan jangka panjang yang strategik. YAB Perdana

Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) telah

meluluskan rangka kerja pengoperasian Program Sekolah Amanah,
termasuklah autonomi pada 15 Disember 2009 semasa 3rd

Education Delivery TaSK Force (DTF). Program ini telah dilancarkan

pada 10 Disember 2010 oleh YAB TPM Malaysia.

2. Sekolah Amanah merupakan sekolah awam (sekolah kerajaan atau
bantuan kerajaan) yang diurus secara usaha sama antara pihak

swasta (bakal penaja) yang berkelayakan dan pentadbir sekolah di

bawah naungan KPM. Rakan kongsi swasta yang dipilih bagi merintis

Info Ringkas



program ini adalah Yayasan AMIR, iaitu sebuah yayasan yang

ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB), penaja bagi
program ini. Mesyuarat Program Sekolah Amanah yang

dipengerusikan oleh YAB TPM Malaysia pada 16 Ogos 2010 telah
memutuskan bahawa Program Sekolah Amanah adalah rintis selama

2 tahun (2011 dan 2012) di bawah KNB.


3. KPM telah menandatangani Perjanjian Usaha sama Sektor Awam-

Swasta Bagi Pengoperasian Program Sekolah Amanah bersama
Yayasan AMIR pada 3 Januari 2011. Tempoh masa perjanjian adalah

selama 5 tahun.


4. Sehingga 2015, sebanyak 62 buah sekolah telah terpilih menyertai

program ini. Ianya merangkumi sekolah rendah dan menengah
daripada semua tahap prestasi dengan tujuan menghasilkan

peningkatan secara mampan tanpa mengira titik permulaannya.


5. Pihak Yayasan AMIR bersama pihak pengurusan sekolah

bertanggungjawab melaksanakan urusan pengoperasian Sekolah
Amanah berdasarkan autonomi yang telah diberikan iaitu kurikulum,

jadual waktu dan kalendar persekolahan, polisi berkaitan murid,
perolehan, kewangan dan pengurusan sumber manusia.

Info Ringkas

Info Ringkas











PENGENALAN
Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang pertama telah dirasmikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, pada 08 September 2007 di Sekolah Kebangsaan Bandar 2,
Paloh Hinai, di Daerah Pekan, Pahang. Pengoperasian secara rintis bermula pada tahun
2008 dengan pengambilan murid Tingkatan Satu. Sehingga 2017, bagi pengoperasian K9,
terdapat lapan buah sekolah yang sedang beroperasi.

PERNYATAAN DASAR
Sekolah Model Khas Komprehensif K9 bertujuan menangani isu keciciran murid sewaktu
transisi dari tahun enam ke tingkatan satu serta memastikan kemudahan Sekolah Kurang
Murid (SKM) digunakan secara optimum selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan
membina sebuah sekolah menengah yang baharu.

STRATEGI PELAKSANAAN

i. Mengoperasikan Sekolah Model Khas Komprehensif K9 secara rintis pada tahun 2008.

ii. Memperluas Sekolah Model Khas Komprehensif K9 ke Sarawak di SK Long Bedian,
Baram untuk murid kaum Penan pada tahun 2012.

iii. Memilih sekolah untuk peluasan program ini berdasarkan dua kriteria utama, iaitu
sekolah rendah di kawasan luar bandar atau terpencil dan jarak ke sekolah menengah
terlalu jauh dengan tempat tinggal murid Orang Asli/Penan/Peribumi.

iv. Menawarkan pendidikan dari tahun 1 hingga tingkatan 3 dalam satu premis (Sembilan
tahun).

v. Menempatkan Murid Orang Asli/Penan/Peribumi yang berjauhan dari tempat tinggal di
asrama.

vi. Membuat permohonan bagi sekolah baharu yang dicadangkan untuk pengoperasian
Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) yang dirasakan bersesuaian oleh pihak
sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN).


PUNCA KUASA

08 September 2007 – Perasmian Sekolah Modal Khas Komprehensif (K9) telah
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bandar 2,
Paloh Hinai di daerah Pekan, Pahang.

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas

Info Ringkas


Click to View FlipBook Version