The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rishvini Vini, 2020-11-25 06:39:56

e-buletin

e-buletin

E-BULETIN GT SPORTS

EDISI NOVEMBER 2020

TEMA: SUKAN
PEKEMBANGAN SUKAN DARI 1990 -
2000 DAN KEBAIKAN DIBAWA
BERSAMA

SIDANG PENGARANG

E-BULETIN GT SPORTS

Ketua Pengarang
Noor Dinie bt Roslan
Pengarang
Rishvini Kalaiselvan
Lew Pui Yi
Ketua Editor
Jeyalekchumi Kulothugan
Penyeleras
Chong Weng Seng
Pereka Grafik
Siti Aziyana bt Mohd Zaini

Sidang redaksi e-Buletin GT Sports merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua bahagian di GT Sports
yang menjayakan penerbitan e-Buletin Edisi November 2020.

Bagi sebarang makluman dan pertanyaan,
sila hubungi:

Sidang Redaksi e-Buletin
GT Sports & Recreation Club
Lot 345761, Lengkok Bercham Selatan,
Taman Bercham Jaya,
31400 Ipoh, Perak

Tel : 05-567 8439/8369
Faks : 05-567 8897
E-mel : [email protected]

https://www.facebook.com/gtsports/
https://www.instagram.com/gtsport_official/
https://twitter.com/SportsandGT

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN SUKAN DI MALAYSIA

Perkembangan industri sukan
negara telah menjadi semakin
pesat menurun dan tiada lagi
kejayaan yang diraih seperti zaman
80-an. Keadaan ini telah
menimbulkan pelbagai pihak
terutama peminat sukan di negara
ini. Kesan daripada Sukan
Komanwel di Stadium Nasional
Bukit Jalil yang dianjurkan pada
tahun 1998 telah memberi petanda
bahawa negara ini akan menjadi
tumpuan dalam penganjuran sukan
di peringkat antarabangsa. Dalam definisi yang paling jelas sukan sukan fizikal semua jenis-empat
sukan rekreasi yang paling popular di kalangan penduduk umum Malaysia adalah senaman aerobic,
jogging, gym dan lain-lain. Sukan lain yang paling popular ialah berbasikal, berenang, boling,
badminton, bola sepak, skuasy dan selam skuba.

PERBADANAN SUKAN MAJLIS OLIMPIK
MALAYSIA (MOM)

Pada tahun 1953, Perbadanan sukan Majlis Olimpik
Malaysia (MOM) ditubuhkan sebagai pertubuhan
kebangsaan dan diiktiraf Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa pada tahun berikutnya. Objektif (MOM)
adalah membangun dan melindungi aktiviti sukan dan
memperkenalkan prinsip-prinsip sukan melalui aktiviti
sukan dan Pendidikan. Sebuah agensi yang bebas
sepenuhnya tanpa dipengaruhi oleh faktor politik, agama
mahupun ekonomi. Tujuan pertubuhan ini adalah juga
untuk menganjurkan sukan seperti sukan olimpik, sukan
sea, sukan asia dan sukan komanwel. Yang paling
penting adalah untuk memajukan dan menggalakkan
pembangunan prestasi sukan yang tinggi di Malaysia dan menjalinkan hubungan dengan badan-
badan Olimpik negara lain.

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA (MSN)

Pada tahun 1971, Majlis Sukan Negara
yang telah ditubuhkan dengan kuasa untuk
peroleh dan memegang harta alih atau tidak
alih, bagi melupuskannya atau
selainnya.Tugas dan tanggungjawab mereka
menjaga kebajikan atlet semasa dan bekas
atlet namun telah diserahkan kepada
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
(YAKEB). Skim Kebajikan yang
dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara
masih diteruskan dalam skala lebih kecil dan
bergantung kepada kes tertentu sahaja. Pada
peringkat awal penubuhan MSN, program-
program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Setiap tahun KBS
dan MSN akan mengadakan Hari Sukan Negara bagi memupuk semangat kesukanan dan perpaduan
masyarakat di Malaysia.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (KBS)

Pada tahun 1953, Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia juga bermula ditubuhkan dengan diberi
tanggungjawab mengenai belia. Misi Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia disediakan supaya dapat
memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan
bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam
pelbagai bidang, khususnya dalam meningkatkan
pembangunan generasi muda dan pembangunan
sukan untuk negara dan masyarakat. Objektif
Kementerian Belia dan Sukan ialah untuk membina
masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin,
berakhlak tinggi dan maju untuk membina
masyarakat yang sihat dan berbudaya suka ke arah
perpaduan dan pembangunan negara.

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN MALAYSIA DALAM DUNIA SUKAN

Namun itu kejayaan demi kejayaan yang dicipta
atlet negara atau tokoh-tokoh sukan negara kita
dalam pelbagai acara sukan telah banyak
menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa
sepanjang tahun 2012. Atlet negara Malaysia telah
membuktikan kemampuan mereka bertanding
bukan sahaja untuk kepuasan peribadi tetapi yang
lebih penting bagi mengharumkan nama Malaysia
di pentas dunia tidak kira pada peringkat mana
sekali pun. Pencapaian yang membanggakan

Malaysia ialah pungutan satu pingat perak dan satu
gangsa pada Sukan Olimpik 2012 di London
menerusi Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan
Pandelela Rinong Pamg(terjun air). Datuk Lee
Chong Wei masih cemerlang di pentas antarabangsa
dan sentiasa memberi yang terbaik walaupun
menterjemahkan emas pertama Malaysia pada Sukan
Olimpik selepas tumpas kepada musuh ketatnya, dan
juga dikenali kawan baik kepadanya, Lin dan dari
China. Kejayaannya di dunia badminton sepanjang
tahun ini meletakkan Chong Wei kekal sebagai pemain No. 1 dunia. Pada 13 Jun 2019, hero negara
kita telah isytihar bersara setelah mengatasi kanser hidung.

Datuk Nicol Ann David juga adalah satu tokoh sukan
negara Malaysia namun di dunia skuasy. Beliau yang
berumur 37 tahun dari Penang adalah salah satu pemain
skuasy yang paling berjaya dan telah kekal pemain No.1 di
dunia selama 9 tahun di antara tahun 2006 -2015. Antara
pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy
Asia yang dijuarainya tujuh kali rujuk rajah di sebelah.
Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi
kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac
2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka
Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi
menang secara lanjutan tanpa kalah dan Nicol turut meraih
Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun
2005 hingga 2010. Beliau juga seorang rakyat paling muda
mendapat gelaran “Dato” daripada kerajaan Pulau Pinang.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad
Badawi pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal
daripadanya. Setelah 20 tahun, Ratu Skuasy negara kita juga
telah umum persaraan dan menggantung raket akhirnya pada
musim terakhir beliau Jun 2020. Beliau adalah pemegang
rekod pemain skuasy yang paling lama menduduki ranking
nombor satu di dunia selama selama sembilan tahun
berturut-turut, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El
Weleily, pada 2015. Pemain yang kini di ranking ke-21
dunia itu sudah mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk
lapan kali bergelar juara dunia, selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel
dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA.

Sukan di Malaysia adalah bahagian yang
penting dalam budaya Malaysia. Terdapat
pelbagai jenis sukan untuk disertai oleh
masyarakat Malaysia. Budaya sukan ini dapat
memupuk nilai perpaduan dan keharmonian
di negara yang terdapat pelbagai kaum seperti
di Malaysia dengan semangat cinta negara.
Sukan dilaksanakan tanpa mengehadkan
penyertaan sesuatu kaum dan tanpa mengira
idelogi sesorang. Namun itu, sukan juga
adalah terdiri daripada aktiviti fizial yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti
pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.

FAEDAH BERSUKAN

Bersukan dapat memberi

variasi faedah dan kebaikan

pada seseorang individu.

Contoh- contoh bersukan

termasuklah, berjoging,

bermain bola sepak, bermain

badminton dan banyak lagi.

Salah satu daripada faedah

bersukan yang dapat diperoleh

oleh individu yang

mengamalkan aktiviti bersukan

ialah menyihatkan tubuh

badan. Dengan bersukan, tahap

kesihatan seseorang individu

akan menjadi lebih baik.

Sebagai contoh, apabila seseorang menggerakkan badan
mereka dengan melakukan aktiviti atau sukan yang berat,
individu tersebut akan mengeluarkan peluh yang
mengandungi toksin- toksin di dalam badan. Bersukan
juga dapat membakar lemak. Pada tahun 2019,
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan
data statistic yang menyatakan bahawa 73% daripada
kematian dalam kalangan rakyat Malaysia diakibatkan
oleh penyakit diabetes, obesiti dan jantung. Tambahan
lagi, negara kita antara negara dengan bilangan tertinggi
menghidap penyakit obesiti berbanding negara Asia yang
lain. Oleh itu, masyarakat amatlah digalakkan bersukan
untuk mengurangkan risiko obesiti supaya tidak terdedah
kepada penyakit merbahaya yang lain.

Graf ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara tertinggi dalam bilangan pernghidap
penyakit obesiti.

Seterusnya, percaya atau tidak, selain dapat
mengekalkan bentuk badanyang sihat, bersukan dan
beriadah juga dapat mengurangkan tekanan. Aktiviti
sukan yang santai seperti berjoging dan senaman yoga
dapat menenangkan fikiran seseorang dalam masa yang
sama merehatkan badan kita.
Rutin senaman yang konsisten juga dapat mengelakkan
tubuh badan seseorang individu daripada menjadi lesu
dan mengekalkan kecergasan badan. Antara kesan lesu
termasuklah letih berpanjangan, hilang fokus sewaktu
bekerja atau belajar dan badan berasa lemah.

Ketiga, sukan juga dapat Selain itu, dengan bersukan, Bersukan juga dapat menjadi
semangat kerjasama dapat
memainkan peranan yang dipupuk di dalam diri. Ini dapat medium untuk anak- anak
membawa kepada semangat
penting sebagai acuan dalam perpaduan dalam kalangan muda berinteraksi dengan
masyarakat negara Malaysia.
membentuk sifat seseorang Tambahan lagi, bersukan dapat rakan sebaya. Dengan
mendisiplinkan diri seseorang
individu dari usia muda individu. Hal ini kerana, menyertai pasukan bola
seseorang itu haruslah patuh
dengan menerapkan nilai- kepada peraturan ketika sepak, badminton
bermain dan bersaing secara
nilai murni dalam diri sihat atau positif dengan tidak berkumpulan dan lain- lain
menggunakan taktik kotor.
mereka. Para atlet juga hendaklah lagi, anak- anak muda dapat
berdisiplin dengan memberi
Dengan bersukan dari usia komitmen yang konsisten. bersosial dengan lebih

muda, seseorang individu mudah. Mereka juga dapat

akan secara tidak langsung memperoleh pengalaman

melatihkan dirinya untuk yang tidak dapat diperoleh

terus berusaha untuk dengan hanya membaca

mengecapi kejayaan buku.

mahupun dalam

pertandingan atau acara

sukan, atau dalam kehidupan.

CARA-CARA MEMBUDAYAKAN
SUKAN

Kerajaan haruslah bijak dalam

memainkan peranan mereka

dalam usaha membudayakan

sukan dalam kalangan

masyarakat Malaysia. Antara cara

membudayakan sukan adalah

dengan mengadakan variasi acara

sukan untuk menggalakkan ahli

masyarakat untuk bersukan dan

beriadah. Ahli-ahli kerajaan juga

haruslah turun padang untuk

memberi semangat dan

menunjukkan contoh yang boleh

diikuti oleh rakyat.

Antara acara sukan yang telah diadakan ialah Malaysia Women
Marathon yang diadakan setiap tahun, Malaysia Marathon dan
berbagai-bagai acara lagi. Dengan mengadakan acara marathon,
individu- individu dari setiap lapisan umur dan masyarakat dapat
menyertai dan bersukan. Acara- acara seperti ini bukan sahaja
menggalakkan setiap ahli masyararakat untuk bersukan malah
mempromosi kepentingan bersukan untuk menjaga dan
mengekalkan kesihatan yang baik. Acara seperti Malaysia Women
Marathon juga dapat menyebarkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat bahawa wanita juga dapat bersukan dan bersukan ini
bukanlah sesuatu yang dibataskan kepada kaum lelaki sahaja.

Dalam era globalisasi ini, media massa juga
memainkan peranan yang penting dalam
menyebarkan kepentingan bersukan. Media
massa seperti iklan dalam televisyen, surat
khabar, majalah dan media sosial. Media
massa atas talian atau fizikal wajarlah
memaparkan berita- berita tentang sukan. Ini
dapat dilihat apabila surat khabar
menyediakan segmen khas untuk sukan.
Berita tentang kemenangan pasukan bola
sepak Malaysia ataupun tentang sukan lain
acap kali dipaparkan di segmen tersebut.
Dengan menulis berita yang menarik tentang
acara-acara sukan di Malaysia, hal ini secara
tidak langsung akan mempengaruhi
masyarakat untuk mencuba sukan baharu
dan menyertai acara-acara tersebut. Media
sosial seperti Instagram mahupun Twitter
yang amat terkenal dalam kalangan remaja,
juga dapat menggalakkan anak-anak muda
untuk menceburi bidang sukan dengan
memuat naik gambar- gambar menarik
ketika bersukan.

Ketiga, sekolah dan institut

pengajian juga haruslah

berganding bahu untuk

membudayakan sukan dalam

kalangan pelajar.

Antara usaha yang telah dilakukan

oleh sekolah dan institut

pengajian ialah mengajar subjek

pendidikan jasmani dan kesihatan

kepada para pelajar untuk

memberi gambaran asas atau imej

awal tentang sukan kepada para

pelajar.

Selain itu, sekolah- sekolah menengah dan rendah juga
digalakkan untuk mengadakan aktiviti merentas desa dan
Hari Sukan setiap tahun.
Penglibatan para pelajar dapat dilihat sebagai kejayaan
usaha sekolah untuk menyemai semangat kesukanan
dalam kalangan pelajar.
Tambahan lagi, kebanyakkan institut pengajian tinggi
awam mahupun swasta telah mewajibkan setiap pelajar
untuk menyertai sekurang-kurangnya satu kelab sukan.



RAMAI ATLET MALAYSIA YANG TERPILIH UNTUK MEWAKILI
NEGARA DALAM TEMASYA SUKAN OLIMPIK DAN OLIMPIK KHAS

OLIMPIK
MIRI: Menurut Menteri Muda Sukan iaitu
Datuk Lee Kim Shin, beliau menyarankan
ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak
mereka mengambil bahagian dalam
aktiviti sukan. Katanya lagi, sekurang-
kurangnya menepati dengan dasar
kerajaan iaitu menyertai walau dengan
satu jenis sukan.
Pendidikan akademik sahaja tidak
mencukupi untuk para pelajar. Seseorang
pelajar perlu untuk menerima pendidikan yang sama ada berbentuk formal atau tidak formal. Hal
ini kerana pelajar juga perlu mempunyai sikap yang positif dan juga perlu belajar kemahiran sosial
untuk berkomunikasi dengan baik bersama rakan-rakan mereka. Datuk Lee Kim Shin berkata lagi,
melalui penyertaan menerusi aktiviti sukan dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk
bercampur gaul disamping belajar mengenai semangat berpasukan dan
berdisiplin.
Beliau berharap agar penggalakan daripada ibu bapa pelajar untuk pelajar
menyertai aktiviti sukan dapat melahirkan ramai atlet yang berbakat dan
terpilih untuk mewakili temasya sukan di peringkat kebangsaan dan
seterusnya ke peringkat antarabangsa. Beliau turut berbangga dengan
seorang atlet kelahiran Sarawak iaitu Pandalela Rinong. Anak jati Sarawak
itu berjaya tawan pingat gangsa dalam acara terjun pada Sukan Olimpik di
London. Malahan, ramai lagi atlet lain yang terpilih ke Sukan Olimpik
yang berjaya raih pingat untuk negara. Sehubungan itu, beliau berharap
agar atlet yang terdiri daripada pelajar pelapis ini dapat dilahirkan bahkan
bukan hanya di negeri Sarawak malahan di seluruh negeri untuk
mengharumkan nama negara pada masa akan datang.

OLIMPIK KHAS

UNTUK NEGARA: 5 atlet
negara beraksi dengan
Jalur Gemilang sebelum
berlepas ke Kuala Lumpur.
Atlet tersebut iaitu
Ruhana, Nur Nadhirah,
Mariani, Sharifah Saidatul
dan Fatimah.

KUCHING: Untuk

mengibarkan cabaran

kontinjen negara pada

Sukan Musim Panas Special Olympics 2015 di Los Angeles, negara telah menghantar 4 atlet

Special Olympics dari negeri Sarawak. Manakala, 36 atlet lain berasal dari lain-lain negeri seperti

Sabah, Labuan , Kedah, Perak, Selangor dan juga dari Kuala Lumpur. Temasya sukan olimpik

tersebut bermula pada 25 Julai hingga 2 Ogos.

4 atlet yang merupakan anak jati Sarawak, 2 orang atlet dari Kuching iaitu Sharifah Saidatul
Nuramira Awangku Abdul Malik. Beliau merupakan atlet yang mewakili negara dalam larian 800
meter dan juga 1500 meter. Sementara itu, terdapat acara larian 100 meter dan 200 meter yang
diwakili oleh atlet yang juga dari Kuching iaitu Nur Nadhirah Syamsol. Manakala, 2 orang lagi atlet
bersaing dan bertanding dalam acara boling dan renang. Masing-masing berasal dari Sibu dan Miri.

Kontinjen-kontinjen negara berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Mereka
semua telah diiringi oleh Pengerusi Special Olympics Cabang Kuching (Datin Dayang Mariani
Abang Zain), Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga (Datuk Fatimah Abdullah)
yang mana merupakan Presiden Special Olympics Sarawak. Tidak lupa juga kepada jurulatih
(Ruhana Bujang) yang mengiringi keberangkatan atlet-atlet Sarawak sebelum menyertai atlet lain di
Kuala Lumpur untuk berlepas mencipta nama Malaysia ke Los Angeles.

Menurut Mariani, beliau memberitahu bahawa seramai 41 orang kontinjen Malaysia yang telah
dihantar. Ini terdiri daripada atlet, jurulatih serta pegawai. Antara acara yang akan dipertandingkan
adalah acara bola sepak yang mana merupakan acara terpenting, kayak, golf, equestrian serta acara
padang dan trek.

CABARAN ATLET-ATLET NEGARA UNTUK MENGIBARKAN JALUR
GEMILANG DI TEMASYA SUKAN OLIMPIK

Atlet negara terkena tamparan yang
hebat kerana rata-rata atlet dari negara
lain juga amat berbisa. Terdapat
cabaran yang perlu diharungi oleh
atlet-atlet untuk membawa, mencipta
dan mengharumkan nama negara di
persada dunia. Mereka perlu bekerja
keras dalam mana-mana acara dan
menandingi atlet negara lain yang
mempunyai kelebihan.

Sebelum meneruskan pertandingan
yang lebih tinggi seperti Sukan
Olimpik. Sudah semestinya semua atlet
perlu bersiap siagakan diri untuk
melawan dengan ramai lagi pihak
lawan dari negara-negara luar. Hal ini
dikatakan demikian kerana Sukan Olimpik ini adalah sukan yang besar bagi atlet-atlet. Sebelum
memulakan langkah ke pentas sukan yang lebih besar seperti Sukan Olimpik ini, atlet perlu
memenangi dan bersaing dengan atlet-atlet negara luar juga tetapi dalam pentas sukan yang lebih
kecil seperti SEA GAMES. Sekiranya banyak saingan yang dapat diatasi, maka jurulatih dan
pertubuhan suatu sukan tersebut tidak teragak-agak untuk melayakkan atlet ke pentas sukan yang
lebih berprestij.

Selain itu, terdapat banyak jenis cabaran yang akan dihadapi oleh atlet dalam ingin melayakkan diri
mereka. Rata-rata ramai atlet yang berkebolehan dan menjadi harapan negara untuk beraksi di
Sukan Olimpik. Namun, nasib tidak akan mudah menyebelahi mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana terdapatnya atlet yang tercedera ketika latihan dan ada juga ketika bermain di mana-mana
pentas. Walaupun kecederaan mereka tidak serius, namun pihak atasan lebih arif dan memahami
dengan lebih mendalam soal ini. Bagi mereka, mereka tidak mahu terjadi apa-apa ke atas atlet
ketika bertanding di Sukan Olimpik. Jadi, mereka memutuskan atlet yang tercedera berehat
sebentar dalam 6 hingga 7 bulan dan tidak dapat menyertai mana-mana sukan. Tempoh berehat juga
diambil kira berdasarkan kecederaan yang dialami oleh atlet tersebut.

Menurut R. Sharmendran iaitu merupakan atlet karate negara, dia sedar bahawa terdapat cabaran
dan juga kesukaran dalam menghadapi Sukan Olimpik nanti. Dia berkata bahawa dia menjadi
taruhan utama dalam membawa pulang pingat emas kepada negara. Persekutuan Karate Malaysia
(MAKAF) menaruh harapan yang besar kepadanya. Baginya, Sukan Olimpik tidak akan mudah
kerana akan ada tiga kategori. Ia tidak akan mudah seperti sekarang dan dia juga memberitahu
bahawa dia telah berehat dalam satu tempoh yang lama dan berkemungkinan suatu tandingan itu
tidak akan jadi mudah. Walau bagaimanapun, Sukan Olimpik memang akan sukar tetapi MAKAF

dan Majlis Sukan Negara bersedia untuk membantu, jadi peluang baginya tetap ada dan dia akan
terus mencuba.

KALENDAR SUKAN

JANUARI 2020

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU
4
12 3 11
18
56 7 8 9 10 25

12 13 14 15 16 17 SABTU
19 20 21 22 23 24 1
26 27 28 29 30 8

FEBRUARI 2020 15
22
AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

23 45 6 7
9 10 Hari Sukan 13 14

16 17 11 12 20 21
Malaysia

18 19

23 24 25 26 27 28 29

MAC 2020

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 28
29 3O 24 25 26 27
31

APRIL 2020

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 Pertandinga 22 23 24 25
26 27 21
Badminton 29 30
28

MEI 2020

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU
3 6 7 1 2
45 8 9

10 11 12 13 14 15 16

17 18 19 20 21 22 23
30
Hari
26
24 25 Bola 27 28 29

Sepak

31

AHAD ISNIN SELASA Jun-20 KHAMIS JUMAAT SABTU
RABU

12 345 6

78 9 10 11 12 13

14 15 16 17 18 19 20

21 22 23 24 25 26 27

28 29 30

AHAD ISNIN SELASA JULAI 2020 KHAMIS JUMAAT SABTU
RABU 2 3 4
5 6 1 11
12 13 18
19 20 7 8 9 10 25
26 27
14 15 16 17 SABTU
AHAD ISNIN 21 22 23 24 1
28 29 30 31 8

OGOS 2O2O 15
22
SELASA RABU KHAMIS JUMAAT 29

Pertandingan Lompat Tinggi
23 4 5 6 7
Dunia

9 10 11 12 13 14

16 17 18 19 20 21

23 24 25 26 27 28

SETPEMBER 2020

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

OKTOBER 2020

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU
6 7 2
4 5 1 9 3
8 10
11 12 16 Hari
18 19 13 14 15 23 Skuasy
25 26 20 21 22 30
27 28 29 17

NOVEMBER 2020 24

31

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU
1 23 4 5 67
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21

22 23 24 25 26 27 28

29 3O

DISEMBER 2020

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU

1 2 3 45

6 7 8 9 10 11 12

13 14 15 16 17 18 19

Hari
21
20 Gymnasium 22 23 24 25 26

27 28 29 30 31

Lensa PEMAIN JDT, Paulo
Rangel (kanan) bersama
Sebanyak 120 pasu- rakan sepasukan, Marcos
kan menyertai Kejo- Antonio (dua dari kiri)
hanan Hari-Hari ketika sesi latihan di
Bola Sepak 7 Sebe- padang Sri Gelam, Johor
lah anjuran Pusat Bahru.
Pakaian Hari-Hari
(PPHH) yang ber- -Foto Hairul Anuar Ra-
langsung selama dua him
hari di Stadium Ma-
jlis Perbandaran Ka-
jang (MPKj). Gam-
bar di sebelah kanan
adalah lensa tele-
photo bagi Juara
bawah 12 tahun
ATTP Cougars dari
Shah Alam meraikan
kejayaan mereka.

MOHD ADIB IQBAL ketika beraksi dalam acara 100 meter lelaki kuak dada
SB14 pada Sukan Para Asean 2017 di Kompleks Renang Bukit Jalil. - Foto
Luqman Hakim Zubir

Nurul Huda, pe-
menang 22 pingat
emas sepanjang
era pembabitan di
temasya Sukan
SEA, menaruh
harapan tinggi at-
let Malaysia ber-
sih pada Sukan
Komanwel Gold
Coast dan Sukan
Asia Indonesia ta-
hun depan.

Lima belas tahun
yang lalu di se-
buah stadium di
ibu negara, bin-
tang sedang men-
ingkat naik pada
waktu itu, Lin
Dan bersemuka
dengan Lee
Chong Wei di
perlawanan akhir
buat kali pertama.

SYLVIA Kavita Kumares adalah pemain badminton negara di peringkat
universiti yang juga penuntut Universiti Malaya. - Foto Hasriyasyah
Sabudin

Ruangan Iklan

HARI SUKAN MALAYSIA

Ayuh menunjukkan semangat kesokongan terhadap pasukan bola sepak Malaysia

Hari Gymnasium yang di sambut oleh Farah Ann Abdul Hadi di Bukit Jalil
Gymnasium


Click to View FlipBook Version