LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 1 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Cemerlang Pembudayaan KBAT Transformasi Sekolah 25 Kohort 6 KITAR SEMULA, KITA CAKNA, ALAM BAHAGIA
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 2 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SEKOLAH CEMERLANG PEMBUDAYAAN KBAT TRANSFORMASI SEKOLAH 25 KOHORT 6 “KITAR SEMULA, KITA CAKNA, ALAM BAHAGIA” LATAR BELAKANG SEKOLAH Sejarah Warisan Sekolah Kebangsaan Convent 1 Klang Tahun Sejarah 1924 Penubuhan Sekolah; Pengasas Reverend Mother Adele, Lokasi: rumah kedai Jalan Rembau Klang. 1926 Siap bangunan utama “Holy Infant Jesus”. 1928 Perasmian Isteri Sir William Peel, SU Pegawai Kanan British disaksikan DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 1930 Pengambilan pelajar perempuan sahaja. 1955 Penubuhan Sekolah Rendah & Sekolah Menengah, 1960 Penubuhan SK Convent 1 & Convent 2. 2011 Pengisytiharan Bangunan Warisan (Jabatan Warisan Negara) 2015 Sekolah Kluster Kecemerlangan. 2019 Sekolah Pembudayaan KBAT Cemerlang. 2021 TS25 Kohort 6 2022 Pembinaan Projek KmR. 2023 Showcase Peringkat Negeri di UITM Puncak Alam. MAKLUMAT ASAS SEKOLAH Kod Sekolah BBB0027 Jenis Sekolah Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Lokasi Sekolah Bandar Bilangan Murid 378 Bilangan Guru 29 Bilangan Staf Sokongan 2 Tahap 2 Daerah Klang
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 3 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KmR PENASIHAT PUAN ZALINDA RAHMAT (SISC+) TUAN HAJI MOHD SHARUL IZA ISMAIL (SIP+) PENGERUSI PUAN ZURAINA BINTI MOHAMED SABRI PEMANGKU GURU BESAR SK CONVENT 1 KLANG NAIB PENGERUSI 1 PUAN SARA’YAH BINTI RASADI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID NAIB PENGERUSI 2 CIK HAJAH FARAH HANAN BINTI ARIFFIN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENYELARAS PUAN EMIE ADZLIZA BINTI MOHD ARIFIN SETIAUSAHA CIK RAJIFAH BINTI JAILAN AHLI JAWATANKUASA SEMUA KETUA PANITIA SEMUA GURU MATA PELAJARAN
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 4 MAKLUMAT ASAS PROJEK KMR The Big Idea Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia Mata pelajaran (i) Reka Bentuk dan Teknologi (tuan rumah) (ii)Pendidikan Seni Visual (tetamu) (iii) Pendidikan Muzik (tetamu) (iv) Bahasa Melayu (tetamu) Bilangan Guru Terlibat 7 orang Bilangan Murid Terlibat 58 orang Tempoh Masa 4 minggu Guru Besar Puan Zuraina Mohamed Sabri Penyelaras Puan Emie Adzliza Binti Mohd Arifin Rakan Elit TS25 (i) Puan Zalinda Rahmat (SISC+ PPD Klang) (ii)Tuan Haji Mohd Sharul Iza Ismail (SIP+ PPD Klang) PENGENALAN Projek Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia merupakan satu projek yang dirancang oleh guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Bahasa Melayu Tahun 4 yang mempunyai murid seramai 58 orang sejajar dengan Modul 6 Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) Transformasi Sekolah 25. Projek ini membolehkan pelajar Tahun 4 mencapai Tahap Penguasaan 6 dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Oleh itu, projek kitar semula ini sebagai satu permulaan dan diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Convent 1 Klang untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta. Sejajar dengan perubahan pendidikan di Malaysia yang begitu mendadak demi kelangsungan kemenjadian murid untuk melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar, projek kitar semula tayar terpakai ini merealisasikan hasrat, cita-cita dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjadi pelengkap dalam kurikulum. Idea penghasilan projek ini tercetus daripada beberapa soalan pencetus idea yang diutarakan oleh guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tahun 4. Pertama, murid perlu mencari idea yang menggunakan bahan terbuang yang rendah kos bagi melengkapi topik dalam silibus RBT Tahun 4. Kedua, murid perlu membina produk yang mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada seluruh komuniti sekolah dan berimpak tinggi. Akhir sekali, murid perlu mencetus idea kreatif dan inovatif dalam usaha membina produk agar kelihatan menarik dan ceria. Ekoran daripada idea tersebut, guru dan murid sepakat untuk menghasilkan inovasi PdPc Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia bagi menzahirkan pemikiran kreatif dan kritis murid-murid.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 5 KONSEP PROJEK Sekolah Kebangsaan Convent 1 Klang berkolaboratif bersama-sama dengan rakan elit Puan Zalinda Rahmat (SISC+) dalam projek KmR di bawah Program TS25 melibatkan 58 orang murid Tahun 4 yang mempunyai pelbagai kebolehan. Program ini merentasi empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual,Pendidikan Muzik dan Bahasa Melayu. Projek ini melibatkan pasukan SLT dan MLT, ketua panitia, guru subjek, penyelaras TS25 dan semua murid Tahun 4. Konsep projek KmR ini ialah mengitar semula tayar terpakai menjadikan produk baharu iaitu meja serbaguna. Tujuan projek ini dilaksanakan untuk mewujudkan produk yang kos rendah bagi menyebarkan manfaat produk kepada semua murid dan seluruh komuniti sekolah di samping memupuk kesedaran menjaga alam sekitar. Projek yang dihasilkan telah dibentangkan di peringkat sekolah kepada semua guru dan murid, seterusnya dikongsi kepada Pegawai PPD (SISC+) Puan Zalinda Rahmat dan Pegawai PPD Tuan Haji Mohd Sharul Iza Ismail (SIP+). Setelah projek ini dimurnikan oleh pihak sekolah, PPD Klang dan Rakan Elit TS25, diharap projek ini berjaya mendapat tempat dalam Program Ksemanis peringkat JPN Selangor. JADUAL PROSEDUR KERJA Tarikh Prosedur 5-6 Okt 2022 Penataran Modul 6 KmR Program TS25 di SJKC Pandamaran (B) 12 Okt 2022 Penataran Modul 6 KmR di peringkat sekolah 19 Okt 2022 Taklimat KmR : Merungkai DSKP Bersama Ketua Panitia 31 Okt – 25 Nov 2022 Projek KmR dijalankan bersama guru mata pelajaran dan murid Tahun 4. 31 Mac 2023 Pembentangan Projek KmR sekolah kepada SISC+ PPD Klang. 2 Mei 2023 Pembentangan Projek KmR sekolah kepada SIP+ PPD Klang. 3 Mei 2023 Taklimat Pelarasan Pameran Showcase KmR Sekolah Transformasi (TS25) Daerah Klang 2023 di SMK Tinggi Klang bersama Dr. Anuar dan En. Najib. 14 Jun 2023 Taklimat KmR : Penambahbaikan Pendokumentasian KMR bersama Guru Panitia 21 Julai 2023 Taklimat Showcase KmR secara Google Meet kepada semua sekolah peringkat negeri yang terlibat Showcase Ksemanis 2023. 28 Julai 2023 Penghantaran Fail Dokumentasi Showcase ke PPD Klang. 8-9 Ogos 2023 Pertandingan dan Penjurian Showcase KmR Ksemanis 2023 peringkat negeri di UITM Puncak Alam.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 6 MERUNGKAI DSKP TEMPLATE PERANCANGAN PdP – KmR PERINGKAT 1 : Hasil Diharapkan (Desired Result) Hasil Pembelajaran (G) : Standard Kandungan Reka Bentuk dan Teknologi : 2.2 Reka Bentuk Produk Bertema Standard Pembelajaran : 2.2.4 Melakar reka bentuk produk menggunakan garisan dan gabungan bentuk asas secara bertema. 2.2.7 Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan yang sesuai. 2.2.8 Membuat persembahan reka bentuk produk bertema yang telah dihasilkan. Standard Kandungan Pendidikan Seni Visual : 2.1 Kemahiran Seni Visual Standard Pembelajaran : 1.1.1 Mengenal pasti dan membanding beza seni visual yang ada pada karya dalam bidang menggambar (i) catan 2.1.1 Mengaplikasi bahasa seni visual pada karya catan dalam bidang menggambar melalui penerokaan (i) media dan teknik dan (ii) proses pengkaryaan. 4.1.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. Standard Kandungan Pendidikan Muzik : 3.1 Pengkaryaan Muzik Standard Pembelajaran : 3.1.2 Mencipta lirik mudah Standard Kandungan Bahasa Melayu : 3.3. Menghasilkan Penulisan. Standard Pembelajaran : 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan imaginatif. Kefahaman (U) : THE BIG IDEA (TBI) KITAR SEMULA, KITA CAKNA, ALAM BAHAGIA. Pemahaman Abadi (Enduring Understanding) (EU): Kitar semula bahan terbuang untuk dijadikan produk baharu yang mempunyai fungsi pelbagai. Soalan Pencetus Idea (Essential Question) (Q): RBT 1. Apakah kaedah terbaik dalam menjaga alam sekitar? 2. Apakah bahan terbuang yang sesuai untuk dikitar semula? 3. Apakah kepentingan aktiviti kitar semula? 4. Apakah tujuan kitar semula bahan terbuang terhadap komuniti sekolah? Pendidikan Seni Visual 1. Apakah warna asas, sekunder dan tertier? 2. Apakah tema catan yang sesuai digunakan untuk mendefinisikan alam sekitar?
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 7 3.Bagaimanakah cara menghasilkan karya dengan menggunakan teknik catan? 4. Apakah kaedah dan bahan yang diperlukan dalam mengaplikasikan karya catan terhadap barangan terbuang? Pendidikan Muzik 1. Apakah pemilihan lagu yang sesuai untuk kanak-kanak? 2.Bagaimanakah kaedah mencipta lirik lagu yang sesuai berdasarkan tema dan pemilihan lagu? Bahasa Melayu 1. Apakah kepentingan mendraf awal perenggan karangan? 2.Bagaimanakah kaedah menghasilkan karangan yang gramatis? 3.Berapakah tempoh masa menilai karangan? Pengetahuan (K) : Pelajar mengetahui ... RBT 1. Konsep kitar semula bahan terpakai dan contoh bahan-bahan terpakai. 2.Carta alir dan proses kerja membina projek. Pendidikan Seni Visual 1.Jenis warna primer, sekunder dan tertier. 2. Kaedah dan teknik catan. Pendidikan Muzik 1.Irama dan melodi lagu kanak-kanak. 2. Apresiasi lirik lagu kanak-kanak. Bahasa Melayu 1.Cara mencari maklumat dengan terancang. 2. Kepentingan penggunaan bahan terpakai. Kemahiran (S) : Pelajar boleh membuat / melakukan ... RBT 1. Proses kerja membina meja serbaguna menggunakan bahan terpakai dengan mempraktikkan kemahiran seperti mencantum, memasang skru, menebuk dan sebagainya. Pendidikan Seni Visual 1. Proses kemasan pada meja serbaguna dengan mempraktikkan kemahiran seperti melakar, melukis dan mewarnakan menggunakan teknik catan. Pendidikan Muzik 1. Proses penggubahan lirik lagu mengikut tema agar lebih menarik dan mempunyai variasi. Bahasa Melayu 1. Proses membina karangan penuh mengikut perenggan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penuh informasi.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 8 PERINGKAT 2 : BUKTI PENTAKSIRAN (Assessment Evidence) Tugasan Pembelajaran (TASK) RBT 1. Melakar gambaran awal produk mengikut tema. 2. Menyediakan alatan dan bahan, merangka proses kerja dan mengira kos projek. 3. Menghasilkan produk mengikut tempoh masa yang diberikan. 4. Pembentangan projek yang telah siap. 5. Sesi refleksi dan penilaian. Pendidikan Seni Visual 1. Melakar corak menggunakan pemilihan warna bertemakan fauna. 2. Menyediakan alatan dan bahan, merangka proses kerja dan mengira kos projek. 3. Melukis dan mewarnakan tayar terpakai menggunakan teknik catan agar menepati tema. 4. Pembentangan projek yang telah siap. 5. Sesi refleksi dan penilaian. Pendidikan Muzik 1. Menghasilkan lirik lagu mudah bertemakan kitar semula tayar terpakai. 2. Menyanyikan lagu menggunakan lirik lagu yang telah dibina. 3. Sesi refleksi dan penilaian. Bahasa Melayu 1. Mendraf isi penting karangan. 2. Menulis karangan “Aku Sebuah Tayar”. 3. Pembentangan karangan yang telah siap. 4. Sesi refleksi dan penilaian. Bukti (EVIDENCE) RBT 1. Lakaran awal meja serbaguna daripada tayar terpakai. 2.Carta alir proses kerja dan portfolio dokumentasi projek. 3. Meja serbaguna daripada tayar terpakai “Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia”. 4. Video persembahan murid secara lisan. 5. Student Voice. Pendidikan Seni Visual 1.Lakaran awal empat corak fauna untuk diwarnakan pada meja serbaguna. 2.Carta alir proses kerja dan portfolio dokumentasi projek. 3. Penghasilan corak dan proses kemasan catan pada meja serbaguna. 4. Video persembahan murid secara lisan. 5. Student Voice. Pendidikan Muzik 1. Lirik lagu Kitar Semula Tayar 2. Video persembahan nyanyian. 3. Student Voice. Bahasa Melayu 1. Peta i-think draf karangan. 2. Karangan penuh “Aku Sebuah Tayar”. 3. Video persembahan murid 4. Student Voice.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 9 PERINGKAT 3 : PELAN PEMBELAJARAN Aktiviti Pembelajaran (L) : W.H.E.R.E.T.O 1. Murid diberikan penerangan yang jelas tentang tugas-tugas mereka yang mesti dilaksanakan mengikut subjek. 2. Sebagai gerak kerja dalam kumpulan, murid diminta untuk berbincang bagi menetapkan tugas masing-masing agar semua ahli terlibat dan mengambil bahagian secara aktif. 3. Murid mula merancang gerak kerja yang bakal dilaksanakan dengan menetapkan tema kitar semula dan bahan kitar semula yang dipilih. 4. Murid diminta untuk membuat rujukan luar sama ada daripada sumber-sumber digital mahupun daripada agensi yang berkaitan. 5. Matlamat dan kaedah pelaksanaan projek diperhalusi dengan perbincangan berterusan sama ada dalam kalangan murid mahupun interaksi guru-murid. 6. Projek dilaksanakan; julat masa pelaksanaan proses kajian adalah selama empat minggu. 7. Semasa proses dilaksanakan, murid diberikan ruang untuk menilai semula kesesuaian projek yang telah dipilih. 8.Interaksi guru-murid dan perbincangan dalam kalangan pelajar mula difokuskan kepada bagaimana data-data yang direkodkan dapat dianalisis; penyediaan pelaporan reflektif dan latihan persembahan semasa hari showcase. 9. Dari semasa ke semasa, murid diminta untuk berbincang, meneroka maklumat terkini bagi memastikan projek yang dijalankan mampu menghasilkan impak yang tinggi. 10. Semasa pembentangan, penilaian terhadap projek tidak hanya dilaksana oleh guru malah murid juga diminta untuk menilai hasil kerja mereka menggunakan instrumen pentaksiran dan rubrik penilaian serta aktiviti student voice.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 10 PERANCANGAN PDP TEMPLAT PERANCANGAN PdP-PBL Nama Guru Terlibat : RBT : Puan Emie Adzliza binti Mohd Arifin & Puan Azlina bt Osman Pendidikan Seni Visual : Puan Sumathy Kaliaperumal & Puan Shahira Pendidikan Muzik : Cik Rajifah Bt Jailan Bahasa Melayu : Puan Norzalifah Binti Tamrin & Puan Zaharia Binti Zakaria Sekolah : Sekolah Kebangsaan Convent 1 Klang Ringkasan Projek (Berdasarkan G.R.A.S.P.S) Projek Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia ialah tugasan yang bertujuan untuk mereka cipta produk berasaskan bahan terbuang dengan memaanfatkannya untuk menghasilkan produk baharu yang serbaguna (GOAL). Projek ini dijalankan oleh murid Tahun 4 seramai 58 orang yang berkebolehan tinggi (ROLE). Projek ini dibina bagi mengupayakan seluruh warga sekolah secara khususnya dan masyarakat secara amnya tentang ilmu kitar semula dan kepentingan mengurangkan pencemaran alam (AUDIENCE). Dalam menangani masalah alam sekitar yang semakin meningkat, maka wajarlah penggunaan sumber bahan terbuang dijadikan produk baharu yang dapat mendatangkan fungsi dan menjadi salah satu penyelesaian isu masalah dalam kalangan pelajar di sekolah (SITUATION). Melalui projek ini, sebuah meja serbaguna dapat dibina daripada tayar terbuang dengan harapan menjadi salah satu insentif kepada pelajar untuk mereka menjalankan aktiviti yang bermanfaat pada masa terluang (PRODUCT). Hasil projek ini telah dinilai berdasarkan kriteria uji lari ketahanan, keseimbangan dan mobiliti semasa menggunakan instrumen pengujian (STANDARD).
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 11 Mata Pelajaran : 1. Reka Bentuk dan Teknologi 2. Pendidikan Seni Visual 3. Pendidikan Muzik 4. Bahasa Melayu Tahun : Tahun 4 Masa : 4 minggu Standard Kandungan : RBT 2.2 Reka Bentuk Produk Bertema Pendidikan Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual Pendidikan Muzik 1.1 Pengkaryaan Muzik Bahasa Melayu 3.3 Menghasilkan Penulisan Standard Pembelajaran : RBT 2.2.4 Melakar reka bentuk produk menggunakan garisan dan gabungan bentuk asas secara bertema. 2.2.7 Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan yang sesuai. 2.2.8 Membuat persembahan reka bentuk produk bertema yang telah dihasilkan. Pendidikan Seni Visual 1.1.1 Mengenal pasti dan membanding beza seni visual yang ada pada karya dalam bidang menggambar (i) catan 2.1.1 Mengaplikasi bahasa seni visual pada karya catan dalam bidang menggambar melalui penerokaan (i) media dan teknik dan (ii) proses pengkaryaan. 4.1.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. Pendidikan Muzik 3.1.2 Mencipta lirik mudah Bahasa Melayu 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan imaginatif.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 12 Hasil Pembelajaran : RBT 1. Melakar satu lakaran produk berfungsi menggunakan bahan terbuang bertemakan alam sekitar. 2. Membina satu projek berdasarkan lakaran yang terpilih. 3. Membentangkan dua kefungsian produk yang telah dibina. Pendidikan Seni Visual 1. Melakar dan melukis sekurang-kurangnya dua corak dan gambar dalam penghasilan karya. 2. Mengaplikasikan tiga bahasa seni visual dalam karya catan. 3. Mempamerkan satu karya yang dihasilkan dan membuat refleksi berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses. Pendidikan Muzik 1. Mencipta satu lirik lagu bertemakan bahan kitar semula dengan menggunakan lagu kanak-kanak. 2. Mempersembahkan satu lagu menggunakan lirik yang telah dihasilkan. Bahasa Melayu 1. Membina dan menulis sekurangkurangnya tiga draf perenggan karangan berpandukan tajuk karangan yang diberi. 2. Mempersembahkan sekurang-kurangnya satu karangan lengkap berdasarkan draf yang telah diberi. Kriteria Kejayaan : RBT 1. Murid mengetahui bahawa terdapat bahan yang boleh dikitar semula. 2. Murid memahami bahawa bahan kitar semula boleh dijadikan produk baharu. 3. Murid menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan kefungsian produk. 4. Murid menilai hasil lakaran yang telah dibuat.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 13 Pendidikan Seni Visual 1. Murid memahami konsep bahasa seni visual. 2. Murid membanding beza perbezaan warna. 3. Murid mengaplikasi media dan teknik dalam catan. 4. Murid menghasilkan idea, produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif. 5. Murid menilai hasil karya secara sistematik dan bersikap positif. Pendidikan Muzik 1. Murid mengetahui jenis lagu kanakkanak. 2. Murid memahami maksud kitar semula dalam mengubah lirik lagu. 3. Murid menggunakan tema kitar semula dalam penggubahan lirik lagu. 4. Murid menilai hasil lirik lagu yang telah dibuat. Bahasa Melayu 1. Murid mengetahui kegunaan tayar terbuang. 2. Murid memahami maklumat pada draf karangan yang diberi. 3. Murid menulis draf karangan menggunakan peta minda. 4. Murid membina dan menulis semula ayat mengikut perenggan 5. Murid menilai karangan yang telah dibuat. THE BIG IDEA : KITAR SEMULA, KITA CAKNA, ALAM BAHAGIA. SOALAN PENCETUS IDEA : RBT 1. Apakah kaedah terbaik dalam menjaga alam sekitar? 2. Apakah bahan terbuang yang sesuai untuk dikitar semula? 3. Apakah kepentingan aktiviti kitar semula? 4. Apakah tujuan kitar semula bahan terbuang terhadap komuniti sekolah?
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 14 Pendidikan Seni Visual 1. Apakah warna asas, sekunder dan tertier? 2. Apakah tema catan yang sesuai digunakan untuk mendefinisikan alam sekitar? 3.Bagaimanakah cara menghasilkan karya dengan menggunakan teknik catan? 4. Apakah kaedah dan bahan yang diperlukan dalam mengaplikasikan karya catan terhadap barangan terbuang? Pendidikan Muzik 1. Apakah pemilihan lagu yang sesuai untuk kanak-kanak? 2.Bagaimanakah kaedah mencipta lirik lagu yang sesuai berdasarkan tema dan pemilihan lagu? Bahasa Melayu 1. Apakah kepentingan mendraf awal perenggan karangan? 2.Bagaimanakah kaedah menghasilkan karangan yang gramatis? 3.Berapakah tempoh masa menilai karangan? RANCANGAN PENTAKSIRAN TUGASAN JENIS ALAT PENTAKSIRAN Reka Bentuk Dan Teknologi Murid menghasilkan meja serbaguna berdasarkan tayar terpakai. 1.Instrumen Pentaksiran Projek. 2.Rubrik Penilaian. Pendidikan Seni Visual Murid menggunakan teknik catan sebagai kemasan untuk penghasilan meja serbaguna. 1.Instrumen Pentaksiran Projek. 2.Rubrik Penilaian. Pendidikan Muzik Murid menghasilkan lirik lagu mudah bertemakan Kitar Semula Tayar menggunakan irama lagu Anak Itik Tok Wi. 1.Instrumen Pentaksiran. 2.Rubrik Penilaian. Bahasa Melayu Murid menghasilkan karangan bertajuk “Aku Sebuah Tayar”. 1.Instrumen Pentaksiran. 2.Rubrik Penilaian.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 15 LANGKAH PENGAJARAN : AKTIVITI PEMBELAJARAN Reka Bentuk dan Teknologi 1. Murid menamakan bahan kitar semula yang mereka ketahui dan memilih satu bahan kitar semula yang sesuai dan boleh dijadikan sebagai produk baharu. 2. Murid memilih tema yang sesuai untuk dijadikan projek. 3. Murid mula melakar produk yang hendak dibina. 4. Murid membentuk kumpulan kecil seramai lima orang dalam satu kumpulan. 5. Murid mencari maklumat untuk membina projek berdasarkan lakaran terbaik yang dipilih. 6. Murid menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan. 7. Murid membina produk berdasarkan lakaran yang dipilih. 8. Murid membuat dokumentasi projek dengan menyenaraikan kos projek, langkah-langkah pelaksanaan projek dan maklumat asas yang lain. 9. Murid mempersembahkan hasil projek mereka secara lisan di dalam kelas. 10. Murid membuat penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya dan refleksi. Pendidikan Seni Visual 1. Murid menamakan warna asas, sekunder dan tertier dan menerangkan perbezaan warna-warna tersebut. 2. Murid menonton video teknik catan dan bersoal jawab berdasarkan video itu. 3. Murid membentuk kumpulan kecil seramai lima orang dan memilih tema yang sesuai. 4. Murid melakar lukisan corak berdasarkan tema yang dipilih. 5. Murid menyediakan alatan dan bahan yang digunakan untuk melukis dan mewarnakan corak pada meja serbaguna. 6. Murid melukis, mewarnakan dan membuat proses kemasan corak yang dipilih pada meja serbaguna.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 16 7. Murid membuat dokumentasi projek dengan menyenaraikan kos projek, langkah-langkah pelaksanaan projek dan maklumat asas yang lain. 8. Murid mempersembahkan hasil projek mereka secara lisan di dalam kelas. 9. Murid membuat penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya dan refleksi. Pendidikan Muzik 1. Murid membentuk kumpulan kecil seramai lima orang. 2. Murid memilih lagu kanak-kanak yang sesuai. 3. Murid berbincang dan mengubah lirik lagu mudah berdasarkan tema kitar semula tayar terpakai. 4. Murid menyanyikan dan mempersembahkan nyanyian lagu tersebut menggunakan lirik lagu yang telah siap. 5. Murid membuat penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya dan refleksi. Bahasa Melayu 1. Murid diberikan gambar rangsangan dan projek KmR yang telah siap. 2. Murid berbincang dan menyenaraikan kegunaan tayar terpakai menggunakan peta minda. 3. Murid membuat draf karangan “Aku Sebuah Tayar” berpandukan soalan pencetus idea. 4. Murid menulis karangan penuh “Aku Sebuah Tayar” berdasarkan draf karangan yang telah dibina. 5. Murid membaca hasil karangan yang dibina secara lisan. 6. Murid membuat penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya dan refleksi. SUMBER : 1.Buku Teks RBT Tahun 4, Pendidikan Seni Visual Tahun 4, Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 4, Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4. 2. Gambar rangsangan. 3. Video tayangan. 4.Carian maklumat melalui Google.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 17 INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN RUBRIK PENILAIAN Instrumen Pentaksiran Projek KmR Melalui Pemerhatian Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 Item/Perkara Spesifikasi Markah Jumlah Markah Catatan Penilaian Lakaran Ketulenan hasil kerja murid. 5 20 Jenis dan bilangan bahan yang digunakan. 10 Susunan corak gambar yang terancang. 5 Pengetahuan Berbincang dan berkongsi idea mengenai: i.lakaran bermakna mengikut tema. ii. bahan dan alatan yang hendak digunakan. iii.pembahagian tugasan mengikut individu/kumpulan. iv. kos projek. 15 20 Bukti untuk setiap contoh (gambar/lakaran) 5 Proses Menyediakan alatan dan bahan mengikut perancangan. 5 20 Menentukan langkah kerja yang perlu dibuat mengikut kumpulan / individu. 10 Mempunyai sikap bekerjasama dan bersungguh-sungguh. 5 Aplikasi Menjalankan proses : i. memilih saiz tayar bersesuaian, mengangkat & menyusun tayar. ii. Melakukan kerja-kerja mencantum & memasang engsel & pelapik. iii.memasang roda. 15 20 Bukti bagi setiap proses (gambar) 5 Persembahan Bahasa yang digunakan. 5 20 Kandungan keseluruhan slaid/poster/papan galeri/bahan lain. 5 Susun atur keseluruhan gambar/grafik/bahan. 5 Bukti bagi setiap persembahan. 5 JUMLAH 100
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 18 Instrumen Pentaksiran Projek KmR Melalui Pemerhatian Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Item/Perkara Spesifikasi Markah Jumlah Markah Catatan Penilaian Corak Ketulenan hasil kerja murid. 5 20 Jenis dan bilangan bahan yang digunakan. 10 Susunan corak gambar yang terancang. 5 Pengetahuan Berbincang dan berkongsi idea mengenai: i. lakaran bermakna mengikut tema. ii. bahan dan alatan yang hendak digunakan. iii.pembahagian tugasan mengikut individu/kumpulan. iv. kos projek. 15 20 Bukti untuk setiap contoh (gambar/lakaran) 5 Proses Menyediakan alatan dan bahan mengikut perancangan. 5 20 Menentukan langkah kerja yang perlu dibuat mengikut kumpulan / individu. 10 Mempunyai sikap bekerjasama dan bersungguh-sungguh. 5 Aplikasi Menjalankan proses : iv. memilih jenis teknik catan yang digunakan. v. Memilih jenis cat yang digunakan. vi. Melukis dan mewarnakan cat pada tayar. 15 20 Bukti bagi setiap proses (gambar) 5 Persembahan Bahasa yang digunakan. 5 20 Kandungan keseluruhan slaid/poster/papan galeri/bahan lain. 5 Susun atur keseluruhan gambar/grafik/bahan. 5 Bukti bagi setiap persembahan. 5 JUMLAH 100
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 19 Instrumen Pentaksiran Projek KmR Melalui Pemerhatian Pendidikan Muzik Tahun 4 Item/Perkara Spesifikasi Markah Jumlah Markah Catatan Penilaian Ciptaan (improvisasi) Ketulenan hasil kerja murid 10 20 Ciptaan melodi mudah dan lirik. 10 Pengetahuan Berbincang dan berkongsi idea mengenai: i.mengimprovisasi melodi yang sedia ada. ii.maklumat yang diperlukan dalam ciptaan lirik. iii.pembahagian tugasan mengikut kumpulan. iv. pembentangan. 15 20 Bukti untuk setiap contoh (draf lirik lagu) 5 Proses Perbincangan mengimprovisasi melodi lagu yang sedia ada. 5 20 Mencipta lirik lagu mengikut tema secara berkumpulan. 10 Mempunyai sikap bekerjasama dan bersungguh-sungguh. 5 Aplikasi Menjalankan proses: i.latihan nyanyian dengan melodi dan lirik yang baharu. ii. Menulis ciptaan lirik lagu dalam sekeping kertas A4. 15 20 Bukti bagi setiap proses (gambar) 5 Persembahan Improvisasi melodi yang kreatif dan menarik. 5 20 Isi kandungan lirik yang sesuai dan penggunaan bahasa yang baik digunakan dalam nyanyian. 5 Kerjasama dalam kumpulan ; harmoni/sebutan/intonasi/pic/ persembahan. 5 Bukti bagi setiap persembahan. 5 JUMLAH 100
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 20 Instrumen Pentaksiran Projek KmR Melalui Pemerhatian Bahasa Melayu Tahun 4 Item/Perkara Spesifikasi Markah Jumlah Markah Catatan Penilaian Hasil Tugasan Ketulenan hasil kerja murid. 5 Lengkap 10 20 Susunan maklumat. 5 Pengetahuan Berbincang dan berkongsi idea mengenai: i. berkaitan tajuk. ii. nilai murni 20 20 Penglibatan Murid Menyediakan bahan mengikut perancangan. 5 20 Menentukan langkah kerja yang perlu dibuat mengikut kumpulan / individu. 10 Mempunyai sikap bekerjasama dan penyertaan aktif. 5 Aplikasi Menjalankan proses : i. menjalankan tugasan mengikut masa yang ditetapkan. 10 20 Tugasan siap/lengkap. 10 Persembahan Bahasa yang digunakan. 5 20 Kandungan keseluruhan tugasan. 5 Susun atur keseluruhan idea persembahan. 5 Bukti bagi setiap persembahan. 5 JUMLAH 100 Rubrik Penilaian Projek KmR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 Tahap Penguasaan Huraian Kriteria 1 (sangat terhad) Menyenaraikan jenis garisan dalam reka bentuk. 2 (terhad) Menerangkan fungsi garisan dalam reka bentuk. 3 (memuaskan) Menghasilkan lakaran reka bentuk produk bertema dengan menggunakan garisan dan gabungan bentuk asas. 4 (baik) Menghuraikan lakaran produk bertema yang dihasilkan. 5 (sangat baik) Mencadangkan penambahbaikan pada lakaran yang dibuat. 6 (cemerlang) Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut lakaran yang dibuat dan membuat persembahan secara kreatif.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 21 Rubrik Penilaian Projek KmR Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Tahap Penguasaan Huraian Kriteria 1 (sangat terhad) Mengenal pasti idea asas dalam penghasilan karya. 2 (terhad) Memahami dan menjelaskan idea dalam penghasilan karya. 3 (memuaskan) Mengaplikasikan idea dan pengetahuan dalam penghasilan karya. 4 (baik) Menganalisis idea dan kemahiran dalam penghasilan karya. 5 (sangat baik) Menilai idea kreatif dan inovatif dalam penghasilan karya mengikut prosedur sistematik. 6 (cemerlang) Menzahirkan idea kreatif dan inovatif dalam penghasilan karya dengan bersikap positif serta boleh dicontohi. Rubrik Penilaian Projek KmR Pendidikan Muzik Tahun 4 Tahap Penguasaan Huraian Kriteria 1 (sangat terhad) Mengenal corak irama yang didengar. 2 (terhad) Mengajuk corak irama dan melodi yang didengar. 3 (memuaskan) Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran muzik untuk mencipta lirik lagu. 4 (baik) Menentukan melodi untuk mencipta lirik lagu. 5 (sangat baik) Mengimprovisasi idea muzik dalam penciptaan lirik lagu. 6 (cemerlang) Mencipta dan mempersembahkan hasil ciptaan lirik lagu menggunakan melodi.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 22 Rubrik Penilaian Projek KmR Bahasa Melayu Tahun 4 Tahap Penguasaan Huraian Kriteria 1 (sangat terhad) Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa. 2 (terhad) Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa. 3 (memuaskan) Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa 4 (baik) Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa 5 (sangat baik) Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa. 6 (cemerlang) Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa. GARIS MASA KOLABORATIF MATA PELAJARAN (RBT, PSV, MZ dan BM) Minggu 1 31.10.22 – 4.11.22 Minggu 2 7.11.22 – 11.11.22 Minggu 3 14.11.22 – 18.22.22 Minggu 4 21.11.22 – 25.11.22 RBT RBT RBT RBT Pend. Seni Visual Pend. Seni Visual Pend. Seni Visual Pend. Seni Visual Pend. Muzik Pend. Muzik Pend. Muzik Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 23 Huraian Garis Masa Projek Reka Bentuk dan Teknologi Minggu 1 31.10.22 – 4.11.22 Minggu 2 7.11.22 - 11.11.22 Minggu 3 14.11.22 - 18.11.22 Minggu 4 21.11.22 – 25.11.22 Taklimat kepada guru-guru subjek yang disertai. Perbincangan tajuk dan tema projek. The Big Idea: Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia (Meja Serbaguna daripada tayar terpakai). Pengumpulan maklumat projek. Pertemuan bersama murid Murid membuat dan mempersembahkan lakaran. Lakaran murid yang terbaik dipilih sebagai projek akhir. Murid bersama-sama guru menentukan bahan, alatan dan kos projek. Murid memulakan projek. Murid melaksanakan projek. Proses: Mengangkat dan menyusun tayar. Mencantumkan tayar. Menebuk / skru tayar. Memasang engsel antara tayar dan pelapik permukaan meja. Memasang roda pada bawah tayar. Murid mempersembahkan hasil. Sesi soal jawab. Penilaian pembentangan. Membuat refleksi. Showcase. Huraian Garis Masa Projek Pendidikan Seni Visual Minggu 1 31.10.22 – 4.11.22 Minggu 2 7.11.22 - 11.11.22 Minggu 3 14.11.22 - 18.11.22 Minggu 4 21.11.22 – 25.11.22 Taklimat kepada guru-guru subjek yang disertai. Perbincangan tajuk dan tema projek. The Big Idea: Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia (Meja Serbaguna daripada tayar terpakai). Pengumpulan maklumat projek. Pertemuan bersama murid Murid membuat dan mempersembahkan lakaran. Lakaran murid yang terbaik dipilih sebagai projek akhir. Murid bersama-sama guru menentukan bahan, alatan dan kos projek. Murid memulakan projek. Murid melaksanakan projek. Proses: Menyediakan alatan dan bahan. Memilih warna dan bahan. Melukis gambar dan mewarnakan corak pada tayar. Membuat kemasan. Murid mempersembahkan hasil. Sesi soal jawab. Penilaian pembentangan. Membuat refleksi. Showcase.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 24 Huraian Garis Masa Projek Pendidikan Muzik Minggu 1 31.10.22 – 4.11.22 Minggu 2 7.11.22 - 11.11.22 Minggu 3 14.11.22 - 18.11.22 Minggu 4 21.11.22 – 25.11.22 Taklimat kepada guru-guru subjek yang disertai. Perbincangan tajuk dan tema projek. The Big Idea: Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia (Meja Serbaguna daripada tayar terpakai). Pengumpulan maklumat projek. Projek RBT dan PSV sedang dijalankan. Murid diberi gambaran awal tentang tugasan yang hendak dilakukan. Murid mula merangka lirik lagu berdasarkan tema tayar terpakai. Murid memilih irama lagu bersesuaian. Murid menyiapkan projek. Murid mempersembahkan hasil lirik lagu yang telah digubah. Murid menyanyikan lagu menggunakan lirik lagu tersebut. Sesi soal jawab. Penilaian pembentangan. Membuat refleksi. Showcase. Huraian Garis Masa Projek Bahasa Melayu Minggu 1 31.10.22 – 4.11.22 Minggu 2 7.11.22 - 11.11.22 Minggu 3 14.11.22 - 18.11.22 Minggu 4 21.11.22 – 25.11.22 Taklimat kepada guru-guru subjek yang disertai. Perbincangan tajuk dan tema projek. The Big Idea: Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia (Meja Serbaguna daripada tayar terpakai). Pengumpulan maklumat projek. Projek RBT dan PSV sedang dijalankan. Murid diberi gambaran awal tentang tugasan yang hendak dilakukan. Murid mula merangka karangan “Aku Sebuah Tayar”. Murid membuat karangan mengikut kerangka dan panduan yang diberikan. Murid menyiapkan karangan. Murid membaca karangan yang telah ditulis. Sesi soal jawab. Penilaian pembentangan. Membuat refleksi. Showcase.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 25 PENGURUSAN ORGANISASI PLAN: Ketua Panitia bagi empat mata pelajaran terlibat ditugaskan untuk merungkai DSKP semasa bengkel merungkai DSKP KmR. Penetapan SP dan SK mendapat persetujuan dan pandagan oleh pihak SLT dan MLT. DO: Murid Tahun 4 memberikan kerjasama dalam menjalankan projek KmR dengan bantuan guru subjek dan rakan sebaya. CHECK: Murid dan guru mata pelajaran melibatkan diri dalam proses uji lari dan penilaian. ACTION: Pegawai PPD SISC+ dan SIP+ melibatkan diri semasa proses pembentangan projek KmR. Kekurangan dari post mortem diambil tindakan untuk penambahbaikan. Pelan PDCA
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 26 IMPAK KESELURUHAN Impak projek Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia ini dapat memberi pemahaman yang cukup terkesan kepada pelajar untuk mengaplikasi bahan terbuang menjadi produk baharu dan penjagaan alam sekitar. Ini terbukti apabila projek ini dapat menyemarakkan minat murid Tahun 4 dalam menganalisis produk kitar semula secara khususnya serta meneroka kaedah penjagaan alam sekitar secara umumnya dan menggalakkan pencetusan idea secara kreatif dan kritis. Penghasilan projek ini dapat melatih murid berkeupayaan mengolah bahan terbuang di sekeliling dalam penghasilan produk baharu yang berkualiti dan berdaya saing. Selain itu, projek ini boleh bergerak jauh untuk meningkatkan semangat cintakan alam dalam kalangan murid Tahun 4. Seterusnya, projek Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia memberikan pendedahan kepada murid Tahun 4 untuk mengaplikasikan Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian. Projek ini juga dapat memupuk dan mencungkil bakat, daya kreativiti dan inovasi murid. Projek ini juga berjaya membentuk budaya mereka cipta sesuatu yang baharu daripada pelbagai sumber. Sehubungan dengan itu, murid dapat menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan reka cipta serta menaik taraf status Panitia Reka Bentuk dan Teknologi SK Convent 1 Klang ke tahap cemerlang. Hasilnya, projek ini dapat memberikan impak kepada setiap pelajaran dan juga komuniti sekolah. Impak daripada sesi refleksi untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ialah murid Tahun 4 dapat mencetus idea dalam menghasilkan meja serbaguna dengan membuat ukiran pada tayar agar kelihatan lebih menarik. Impak daripada sesi refleksi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual ialah murid Tahun 4 dapat menjimatkan kos cat dengan menghasilkan warna sekunder. Sebagai contoh, mencampurkan warna kuning dan merah bagi menghasilkan warna jingga dalam proses mewarnakan corak harimau. Impak daripada sesi refleksi untuk mata pelajaran Pendidikan Muzik ialah murid Tahun 4 dapat menambah ilmu baharu dalam mereka cipta gerakan dan gaya persembahan semasa menyanyikan lagu. Akhir sekali, impak daripada sesi refleksi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ialah murid Tahun 4 dapat menambah pelbagai kosa kata yang gramatis dan berinformasi semasa menghasilkan karangan “”Aku Sebuah Tayar”. Projek ini dapat juga memberikan impak yang tinggi kepada komuniti sekolah. Melalui penghasilan projek, murid Tahun 4 dapat memupuk semangat mengurangkan pencemaran alam sekitar peringkat global dengan mengaplikasikan konsep kitar semula kepada semua warga sekolah. Kedua, penghasilan projek ini memberi laluan kepada sekolah dalam membina sudut R&R iaitu ruangan santai bagi menempatkan meja serbaguna tersebut untuk diguna pakai dan dimanfaatkan. Sudut R&R ini adalah kredit tambahan buat pihak sekolah dalam menyediakan ruangan Sudut Nilam kepada murid dengan menjalankan aktiviti membaca dan menggunakan meja serbaguna Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia dengan lebih berkesan. Impak terbesar yang dapat diperolehi daripada projek KmR ini ialah penggunaan meja serbaguna di Sudut R&R ini dapat dikongsi dan digunakan bersama-sama dengan warga Sekolah Convent 2 Klang dan boleh diguna pakai oleh seluruh warga komuniti Convent.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 27 INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH (Disi oleh Pemantau) Sekolah : Sekolah Kebangsaan Convent 1 Klang. Nama Guru : Emie Adzliza Binti Mohd Arifin. Nama Pemantau : Puan Zuraina Binti Mohamed Sabri (Pemangku Buru Besar). Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi. Tahun : 4 Pintar. Tajuk : Pembinaan Meja Serbaguna daripada Tayar Terpakai. Tarikh dan Masa : 10 November 2022 ; 11.10-12.10 tengahari. ARAHAN Senarai semak berikut berkaitan dengan pemantauan pentaksiran di bilik darjah di sekolah. Sila bulatkan Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah. Penggunaan Instrumen Pentaksiran Bil. Pernyataan 1. Menepati standard pembelajaran / hasil pembelajaran. YA TIDAK 2. Mentaksir apa yang telah diajar. YA TIDAK 3. Menepati konstruk yang diukur. YA TIDAK 4. Menepati tahap penguasaan murid. YA TIDAK 5. Menggunakan laras bahasa yang sesuai. YA TIDAK 6. Menggunakan peruntukan masa yang mencukupi. YA TIDAK Pemberian Skor Bil. Pernyataan 1. Berdasarkan hasil kerja / respons murid yang autentik. YA TIDAK 2. Menepati keupayaan sebenar murid. YA TIDAK 3. Sah dan boleh dipercayai. YA TIDAK 4. Adil bagi semua murid. YA TIDAK Tandatangan : Tarikh : 10.11.2022
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 28 INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT (Disi oleh Pemantau) Sekolah : Sekolah Kebangsaan Convent 1 Klang. Nama Guru : Emie Adzliza Binti Mohd Arifin. Nama Pemantau : Puan Zalinda Rahmat (SISC+) Tajuk : Kitar Semula, Kita Cakna, Alam Bahagia Tarikh dan Masa : 31 Mac 2023 ; 3.00-4.30 petang. ARAHAN Senarai semak berikut berkaitan dengan pemantauan pentaksiran di bilik darjah di sekolah. Sila bulatkan Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah. Penggunaan Instrumen Pentaksiran Bil. Pernyataan 1. Menepati arahan tugasan. YA TIDAK 2. Mengikut jadual yang ditetapkan. YA TIDAK 3. Menepati peraturan pentadbiran. YA TIDAK 4. Akur arahan keselamatan. YA TIDAK Pemberian Skor Bil. Pernyataan 1. Akur Peraturan Pemarkahan. YA TIDAK 2. Telah diselaraskan dalam panitia. YA TIDAK 3. Berdasarkan hasil kerja / respons murid yang autentik. YA TIDAK 4. Menepati keupayaan sebenar murid. YA TIDAK 5. Sah dan boleh dipercayai. YA TIDAK 6. Adil bagi semua murid. YA TIDAK Tandatangan : Tarikh : 31.3.2023
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 29 Proses Kerja Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Proses Kerja Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Murid mencantumkan dua tayar menggunakan skru. Murid memasang engsel antara pelapik dan tayar menggunakan skru. Murid memasang roda pada tayar menggunakan skru. Murid mewarnakan cat asas putih pada tayar. Murid melakar corak fauna dan mewarnakan ikut corak yang dikehendaki.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 30 Proses Kerja Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Proses Kerja Mata Pelajaran Bahasa Melayu Murid mengubah lirik lagu kitar semula tayar terpakai. Murid menyanyikan lirik lagu menggunakan irama Anak Itik Tok Wi” Murid membuat peta minda. Murid membuat draf karangan. Murid membuat karangan penuh. Peta Minda karangan. Karangan “Aku Sebuah Tayar”.
LAPORAN PEMFAILAN DOKUMENTASI PROJEK KmR 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT 1 KLANG TS25 KOHORT 6/2021 31 RUMUSAN Kesimpulannya, projek KmR ini mampu mencungkil kebolehan dan kemenjadian murid dalam mengintegrasikan pelbagai mata pelajaran untuk menghasilkan projek yang berinovasi dan bermakna. Projek ini turut memberi kesedaran kepada masyarakat dalam kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengupayakan pemikiran idea kreatif dan inovatif selain memupuk masyarakat dalam kepentingan penjagaan alam sekitar. Harapan kami ialah agar projek ini membuka mata seluruh masyarakat dalam memperbanyakkan lagi projek yang lebih berinovasi sekaligus membuka peluang kepada murid sekolah rendah dalam mengaplikasikan kemahiran mereka cipta kepada tahap yang lebih maksimum.