The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsyazwanibakar83, 2021-05-18 05:38:23

mimbar daie

mimbar daie

ADAB BERSEDEKAH

TEKS CATATAN
Assalamualaikumwarahmatullahiwbarakatuh….

Bertemu kembali kita dalam rancangan “Nak Tahu?”. Sebelum kita
berbicara lebih lanjut saksikan klip video ini terlebih dahulu. Cewah
acah-acah hos tv pula.

Tuan-tuan dan puan-puan ketahuilah bahawa dengan bersedekah
tidak akan mengurangkan sedikit pun harta kita. Malah Allah akan
menggantikannya dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Orang muda badan gagah, Pantun
Segala fikiran semua sihat,
Hendaklah kita banyakkan sedekah,
Untuk saham di akhirat.

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum sekali lagi.
Salam pembuka bicara
Adab memberi sedekah topik kita.

Tahukah anda sedekah berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu Isi

‫ صدقة‬yang bermaksud kebenaran atau pemberian.

Menurut al-Raghib al-Asfahani sedelah adalah harta yang
dikeluarkan manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

‫اعوذ بالله من الشيطان الجيم‬

‫يَ ْم َح ُق اللُه ال ِّربَوا َويُر ِِب الصدكَ ِت‬

Maksudnya : Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah
(Surah al-Baqarah ayat 276)

Tuan-tuan dan puan-puan amalan sedekah sangat berkait rapat
dengan iman seorang muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi
Allah, Dia akan membalas dan membayarnya di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan
Allah, Dia akan gantikan semula dengan ganjaran paling sedikit 10
kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Masyaallah begitu pemurahnya Allah SWT. Lagu : Cindai Siti
Nurhaliza
Kuncup bunga kian merekah
Saat tiba waktu berbunga
Hidup dengan amalan sedekah
Manfaatnya tiada..terhingga

Manis berseri nangka seulas Pantun
Dimakan semua burung terkukur
Tangan memberi dengan ikhlas
Tangan menerima dengan syukur

Bukan makan sahaja ada adab tuan puan, bersedekah pun ada adab
yang perlu dijaga. Iaitu yang pertama, ikhlas dalam bersedekah.

‫اعوذ بالله من الشيطان الجيم‬
‫َوثَثْ ِبيتًا ِّم ْن‬ ‫يَُْنجنِف ُِلةوِب ََرنبْ َوَأٍةْم ََأولََُهصُماََبابَْا ِت َغوبِبٓ َء ٌل َم ْفَرئ َاَثَضا ْ ِتت ُأ ُُاكَللهَِاه‬ ‫اَِّلي َن‬
‫ِض ْع َف ْْ ِي فَ ِان‬ .‫ل ْم يُ ِص ْْبَا َواِب ٌل فَ َط ْل‬ ‫ََكَثَ ِل‬ ‫َو َمثَ ُل‬
‫َأهْ ُف ِس ِه ْم‬

Surah al-Baqarah ayat 265.

Maksudnya: Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan
hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa
mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang
disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah dua kali
ganda.

Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah SWT dan demi
mendapatkan keredaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk dan
berbangga diri menyebabkan muflis di akhirat kelak.

Adab kedua tuan-puan, bersedekahlah dengan harta yang halal.

Sabda Nabi SAW:

“Tidaklah diterima solat tanpa bersuci, tidak pula sedekah dari
ghulul(harta haram)”

Hadis riwayat muslim

Seseorang yang bersedekah hasil dari sumber yang haram seperti
riba, judi, menipu dan sebagainya, itu adalah perbuatan batil dan
Allah SWT tidak akan menerimanya.

Berbelanja hendaklah berhemah Lagu
Mari kita tingkatkan ibadah
Jangan diungkit amalan sedekah
Kerna ia merosakkan berkah.

Adab yang ketiga tuan-puan, jangan mengungkit amalan sedekah

‫ل َا ثُ ْب ِطلُوْا َص َدكَ ِتُُ ْك ِبالْ َم ِّن َوا ْل َا َذى‬

Janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-
nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).
(Surah al-Baqarah ayat 264)

Teringat saya pada kisah si tanggang, si ibu yang tersangat marah
kepada anaknya yang derhaka lalu disebutnya “aku tidak halalkan
walau setitik pun air susu yang engkau minum sewaktu kecilmu”.
Aduhai bukankah itu juga dalam kategori mengungkit. Fikirkan!!

Last but not least, sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah
dipastikan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Ebit Lew nama yang tidak asing lagi di negara kita. Siapa yang tidak
kenal? Beliau terkenal dengan aktiviti sumbangan dan kebajikan.
Beliau telah banyak membantu masyarakat Malaysia yang fakir
miskin tanpa mengira bangsa dan agama.

Di Malaysia ni setiap negeri ada pusat zakat dan wakaf. Pergilah ke
pusat zakat atau wakaf yang berhampiran dan salurkanlah harta
anda ke tempat yang betul supaya harta yang anda sumbangkan
pergi kepada mereka yang layak menerimanya.

Justeru itu tuan puan perbanyakkanlah sedekah sementara umur
masih ada dan jangan lua adab-adabnya jika tidak mahu ia menjadi
sia-sia.

Sekian saya daie……nama……
Wabillahitaufiqwalhidayah assalamualaikumwarahmatullahi
wabarakatuh


Click to View FlipBook Version