SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PUNCAK ALAM
MAJLIS
KUNJUNGAN KASIH
SEMAIAN BUDI
PPKI SMK PUNCAK ALAM
TARIKH
26 MEI 2022
KHAMIS
MASA
11.00 PAGI
TEMPAT
SMK PUNCAK ALAM
Dirasmikan oleh
TUAN HAJI MOHD AZUAN BIN MOHD NAWAWI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA SELANGOR
SEKAPUR SIREH
Pn Patmah Binti Mohd Ariff
Pengetua SMK Puncak Alam
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata
dalam kata alu-aluan sempena Majlis Kunjungan Kasih Semaian Budi. Terima kasih
diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Azuan Bin Mohd Nawawi, Pegawai Pendidikan
Daerah, PPD Kuala Selangor di atas kesudian untuk hadir ke SMK Puncak Alam.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada PPKI SMK Puncak Alam kerana berjaya
mengadakan Majlis Kunjungan Kasih Semaian Budi ini. Tanpa kesungguhan dan
komitmen yang tinggi semua pihak sudah tentu majlis ini tidak dapat dilaksanakan
sebaiknya. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMK Puncak Alam ingin memanjatkan
setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada
semua yang hadir pada majlis kali ini.
PPKI SMK Puncak Alam mempunyai cita-cita yang besar iaitu untuk mengembangkan
bakat dan kemenjadian Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam dunia
pendidikan. Penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah terutama
sekali guru-guru Pendidikan Khas amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk
menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan MBPK melalui
pengurusan sekolah yang cekap dan efisien.
Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi
merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga
sekolah. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang
cemerlang dan jelas. Saya amat berharap semua warga SMK Puncak Alam dapat
memastikan kerja yang dilakukan tidak tersasar dari landasan.
Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua Ahli Jawatankuasa dan semua warga SMK Puncak Alam yang telah berusaha
gigih sehingga berjaya menyempurnakan segala cita-cita ini dengan jayanya.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan
dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan
menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. Insya Allah.
Sekian. Wassalam
SEKAPUR SIREH
Tuan Haji Mohd Azuan Bin Mohd Nawawi
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana saya telah diberikan peluang
dan kesempatan untuk hadir dalam Majlis Kunjungan Kasih Semaian Budi ini. Saya juga ingin
mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa
pelaksana program di atas kesudian mengundang saya ke majlis ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Terima kasih saya ucapkan kerana menjemput saya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan aktiviti
yang dilaksanakan di PPKI SMK Puncak Alam. Alhamdulillah saya diberi peluang melihat sendiri
kemudahan-kemudahan yang ada di PPKI SMK Puncak Alam. Seperti yang kita maklum,
kebanyakan PPKI bermula hanya dengan kemudahan asas seperti bilik darjah sahaja, dengan
pengenalan kepada mata pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) maka setiap sekolah
perlu menyediakan kemudahan bengkel sesuai dengan KVS sekolah masing-masing.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) merupakan sebahagian warga sekolah. Mereka
mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan sesebuah sekolah. MBPK juga
memberi sumbangan dalam meningkatkan akademik sekolah terutama sekali dalam bidang
kemahiran melalui mata pelajaran Asas Penyediaan Makanan dan Asas Roti yang ditawarkan
kepada MBPK di SMK Puncak Alam. Melalui Kurikulum mata pelajaran kemahiran ini, MBPK boleh
membantu sekolah dalam aspek kemenjadian murid dan menjurus kepada kebolehpasaran murid
dalam pelbagai bidang pekerjaan selepas tamat sekolah. Selain daripada itu penglibatan MBPK
dalam kokurikulum dan aktiviti ko akademik juga dapat menaikkan nama sekolah. Tahniah
diucapkan kepada PPKI SMK Puncak Alam yang menyahut cabaran ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Alhamdulillah apabila saya diberi kesempatan untuk melihat sendiri perkembangan PPKI SMK
Puncak Alam, saya dapat melihat kesungguhan guru-guru dan semua warga SMK Puncak Alam
bekerjasama berusaha ke arah kemenjadian MBPK. Semoga segala usaha murni ini dapat
membuahkan hasil yang baik suatu masa nanti. Adalah menjadi harapan agar PPKI SMK Puncak
Alam bukan sahaja dikenali di daerah Kuala Selangor, malah boleh menjadi contoh kepada PPKI
lain di seluruh negeri Selangor seterusnya seluruh Malaysia. Semoga semua warga SMK Puncak
Alam terus berusaha mengembangkan bakat dan kebolehan anak-anak didik ke arah kemenjadian
MBPK.
Sekali lagi sebelum saya mengundur diri, tahniah diucapkan kepada SMK Puncak Alam khususnya
PPKI SMK Puncak Alam kerana telah berjaya mengembangkan bakat dan kemenjadian Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan di
dunia dan akhirat.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS KUNJUNGAN KASIH SEMAIAN BUDI
PPKI SMK PUNCAK ALAM
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : PN PATMAH BINTI MOHD ARIFF
PENGETUA SMK PUNCAK ALAM
TIMBALAN PENGERUSI : PN NORLIANA BINTI ISMAIL
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
NAIB PENGERUSI : PN SALINA BINTI AHMAD TAJARI
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
TN HJ MOHD ANUAR BIN MAT SALLEH
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PN ASJURINAH BINTI AYOB
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PN HASNAH BINTI OSMAN
PENOLONG KANAN PETANG
PENASIHAT JAWATANKUASA PELAKSANA
: PN PATMAH BINTI MOHD ARIFF
PENGETUA SMK PUNCAK ALAM
TIMBALAN PENGERUSI : PN NORLIANA BINTI ISMAIL
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
PENYELARAS : PN YUSANITA BINTI MOHD ALI
SETIAUSAHA : PN SITI SOFIYATULNUR BINTI MAT ISA
BENDAHARI : PN MAIYADAH BINTI MOHAMAD KAMIN
AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS KUNJUNGAN KASIH SEMAIAN BUDI
PPKI SMK PUNCAK ALAM
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
JEMPUTAN DAN SAMBUTAN FOTOGRAFI, LAPORAN DAN DOKUMENTASI
Pn Maiyadah Binti Mohamad Kamin Pn Nazelianna Binti Hj Nadzeri
Pn Shahrunnida Binti Ismail Pn Nor Nadiah Binti Razali
Pn Nurul Hidayah Binti Yaakob
PERSIAPAN TEMPAT Team TV Sepuncak
DEWAN PIDATO
Pn Azlina Binti Ahmad (GKMP Bahasa) AJK Keceriaan Kawasan
Pn Maiyadah binti Mohamad Kamin a) Foyer
Pn Hanis Binti Mat Zan
BENGKEL PEMBUATAN ROTI Pn Hamidah Binti Jaafar
Pn Yusanita Binti Mohd Ali
b) Kantin
PUSAT PEMBELAJARAN KAFE QASEH Pn Fatimah BInti Ismail
Pn Noorazlin Binti Mohd Arifin Pn Haryati Binti Ismail
Pn Nazura Binti Hassan
MAJLIS DAN PROTOKOL Pn Zalina Binti Mohamad Zainon
Pn Zalina Binti Mohamad Zainon
c) BLOK RBT
MONTAJ, GIMIK PERASMIAN DAN Pn Izzati Nazira Binti Abdul Rahim
PERSEMBAHAN Guru-guru Blok RBT
En Ahmad Ridzuan Bin Mohamed Sajuti
Pn Nazelianna Binti Hj Nadzeri d) MPM
Pn Maizura Binti Isa Pn Tg Suzila Binti Tg Ismail
Pn Maryati Binti Harun
Pn Tg Suzila Binti Tg Ismail e) Bilik Kesihatan
Pn Nornaimah Binti Mohamed Yunus Pn Suriati Binti Ismail
Team TV Sepuncak
f) Bilik BOSS
BUKU PROGRAM Pn Norashikin Binti Arif
Pn Norazura Binti Tukiran
g) Bilik Kokurikulum
JAMUAN Pn Amrita A/P Sivapatham
Pn Noorazlin Binti Mohd Arifin
Pn Junaidah Binti Ahmad h) Surau Al- Muttaqin
Pn Zanita Binti Hj Isa
HADIAH DAN CENDERAHATI
Pn Norazura Binti Tukiran i) Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pn Junaidah Binti Ahmad En Herman Bin Elian
Pn Norashikin Binti Jamaludin
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK PUNCAK ALAM
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Puncak Alam mula beroperasi pada Mac
2008 iaitu bermula dengan satu kelas, dua orang murid dan dua orang guru. Kini, PPKI
beroperasi dengan 7 buah kelas, 4 kelas berkategori kefungsian sederhana manakala 3
daripadanya berkefungsian rendah.
Dengan pertambahan bilangan kelas, maka jumlah guru turut bertambah seiring
dengan keperluan semasa. Pada sesi 2022 ini, PPKI SMK Puncak Alam beroperasi
dengan seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas , 9 orang guru dan 3 orang
Pembantu Pengurusan Murid dengan jumlah murid seramai 45 orang.
Mata pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) yang dilaksanakan antaranya
adalah seperti berikut :
a) Asas Penyediaan Makanan
b) Asas Roti
Berikutan itu, guru-guru mengambil inisiatif untuk mendapatkan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan pengajaran dan
pembelajaran.
Guru-guru yang telah memperoleh SKM Tahap 2 Pembuatan Roti :
1. Pn Norliana binti Ismail
2. En Ahmad Ridzuan bin Mohamed Sajuti
3. Pn Yusanita binti Mohd Ali
4. Pn Maiyadah binti Mohamad Kamin
5. Pn Nazelianna binti Hj Nadzeri
6. Pn Norazura binti Tukiran
Guru yang telah memperoleh SKM Tahap 2 Pembuatan Roti dan SKM Single Tier Tahap
3 Penyediaan dan Pembuatan Makanan ialah Pn Noorazlin binti Mohd Arifin. Guru ini
juga telah diperakukan sebagai Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Lantikan daripada JPK ini berkuat kuasa
bermula 1 Mac 2022 sehingga Disember 2023.
PPKI SMK Puncak Alam telah ditauliahkan sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA) untuk
menilai guru-guru yang akan mengambil SKM Pembuatan Roti.
KEMENJADIAN MURID
PPKI SMK PUNCAK ALAM
PENCAPAIAN TERTINGGI MURID
BIL TAHUN ACARA KEDUDUKAN NAMA PESERTA
FARAH AMIERA BINTI FAJAR
1 2022 KEJOHANAN JOHAN PERINGKAT
e-STACKING DAERAH
PENDIDIKAN KHAS
KATEGORI MEWAKILI NEGERI
PENGLIHATAN
1 2021 E-SYARAHAN JOHAN PERINGKAT MUHAMMAD FIRDAUS HAQIMIE
2 LELAKI SEKOLAH NEGERI BIN ABDUL RAHMAN
3 MENENGAH (BP)
4 TEMPAT KE-5 HAFIYDANISH FARHAN HAMZAH
5 PERTANDINGAN PERINGKAT FANSURI
MINECRAFT KEBANGSAAN
CHALLENGE : JOHAN PERINGKAT MUHAMMAD ADAM HAKEEMI
EDUCATION NEGERI BIN IDREES
EDITION 2021
VIRTUAL RUN PPKI TEMPAT KE-10 MUHAMMAD KHALILUL RAHMAN
PERINGKAT BIN ABDUL RAHMAN
NEGERI KATEGORI SENIOR
LELAKI
LICHESS / E-CATUR TEMPAT KE-3
PERINGKAT NEGERI
LICHESS / E-CATUR JOHAN PERINGKAT MUHAMMAD HANI MUIZ BIN
DAERAH MOHD HASHIM
NAIB JOHAN
PERINGKAT DAERAH
KEMENJADIAN MURID
PPKI SMK PUNCAK ALAM
Satu pencapaian yang sangat membanggakan warga PPKI SMK Puncak Alam. 9
orang murid telah berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional (SMPKV) bagi sesi persekolahan 2022. Murid-murid tersebut
adalah :
Bil Nama murid Nama Kursus Nama Sekolah
1 Adam Hafiz bin Azman Penyelenggaraan dan SMPKV Shah Alam
Servis Motosikal
2 Muhammad Hani Muiz Desktop Publishing SMPKV Shah Alam
bin Mohd Hashim
3 Muhammad Hafiez Operasi Pengeluaran SMPKV Shah Alam
Danial bin Abdul Batik
Rahman
4 Shariff Mabshal bin Operasi Pengeluaran SMPKV Shah Alam
S9aotruapnegnmcaupriadSiathnealyaarhnifbgfesrMajanyguaantmmaewenmdaabpraantgtgaawkaarnawn akregBSaeaPkPtoKilkaIhSMMKenPeunngcaahk Alam.
Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) bagi sesi
persekolahan 2022. Murid-murid tersebut adalah : SMPKV Merbok
5 Mu’az Rawi bin Mohd Pembuatan Roti
Marby
6 Muhammad Haikal bin Ruminant Farmhand SMPKV Kuantan
Kamaruddin
7 Muhammad Adam Penyediaan dan SMPKV Indahpura
Hakeemi bin Idrees Pembuatan Makanan
8 Nasrol Izzat Bin Operasi Pembuatan SMPKV Shah Alam
Nasarudin Perabot
9 Nur Phatihah Naima Perkhidmatan Estetik SMPKV Indahpura
Binti Saleh
BILIK-BILIK KHAS
PPKI SMK PUNCAK ALAM
BENGKEL PEMBUATAN ROTI
GALERI SIMFONI
QASEH
BALAI KEMAHIRAN
BATIK
BILIK MASAKAN PUSAT PEMBELAJARAN KAFE PENYEDIAAN
KAFE QASEH
HIMPUNAN GAMBAR AKTIVITI MURID
PPKI SMK PUNCAK ALAM
ATUR CARA
MAJLIS KUNJUNGAN KASIH SEMAIAN BUDI
PPKI SMK PUNCAK ALAM
10.30 PAGI PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN TETAMU
10.50 PAGI
KETIBAAN TUAN HAJI MOHD AZUAN BIN MOHD NAWAWI
11.00 PAGI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA SELANGOR
PERSEMBAHAN KOIR SEKOLAH “SEKOLAHKU SEJAHTERA”
PARA JEMPUTAN KE DEWAN PIDATO
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
NYANYIAN LAGU NEGERI SELANGOR
MONTAJ SELAMAT DATANG “SEPUNCAK DI HATI”
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS OLEH
MUHAMMAD FIRDAUS HAKEEMI BIN ABDUL RAHMAN
BACAAN DOA OLEH MUHAMMAD SYAHMI BIN ABDULLAH
UCAPAN OLEH PUAN PATMAH BINTI MOHD ARIFF
PENGETUA SMK PUNCAK ALAM
UCAPAN OLEH TUAN HAJI MOHD AZUAN BIN MOHD NAWAWI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA SELANGOR
PERSEMBAHAN MONTAJ PPKI SMKPA “SKILLED TO EXCEL”
12.00 TGH HARI PERSEMBAHAN MURID PPKI
12.20 TGH HARI PENYAMPAIAN CENDERAHATI
LAWATAN KE BENGKEL PEMBUATAN ROTI PPKI SMKPA
DEMONTRASI PIZA
PERASMIAN PUSAT PEMBELAJARAN KAFE QASEH DAN
GALLERY WALK PPKI SEPUNCAK
1.00 TGH HARI JAMUAN
BERSURAI
SEKAlung penghargaan
AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS KUNJUNGAN KASIH SEMAIAN BUDI
PPKI SMK PUNCAK ALAM
Mengucapkan Jutaan Terima Kasih
dan Penghargaan Kepada :
Tuan Haji Mohd Azuan Bin Mohd Nawawi
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor
Penolong Pegawai Pendidikan Unit Pendidikan Khas
Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor
Penolong Kanan dan Penyelaras PPKI
Daerah Kuala Selangor
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Puncak Alam
Badan Kebajikan Pendidikan Khas SMK Puncak Alam
Dan Semua Pihak Yang Turut Terlibat Memberikan
Sumbangan Dalam Membantu Menjayakan
“ MAJLIS KUNJUNGAN KASIH SEMAIAN BUDI
PPKI SMK PUNCAK ALAM”