The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78333962, 2022-09-20 12:13:24

MODUL NOTA PERKHEMAHAN

MODUL NOTA PERKHEMAHAN

MODUL PERKHEMAHAN LUAR TALIAN SK BDR TASIK KESUMA 2022

§ Aktiviti perkhemahan secara luar talian ini dibuat sebagai projek perintis
untuk memastikan murid mengikuti aktiviti kokurikulum seperti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

ARAHAn UMUM :

§ Murid diminta menyelesaikan tugasan yang disediakan didalam modul ini
bagi melengkapkan aktiviti perkhemahan ini.

§ Murid dikehendaki menyiapkan tugasan aktiviti perkhemahan mengikut
tarikh dan hari yang telah ditetapkan

§ Ibu bapa perlu membimbing murid menyiapkan tugasan minggu
aktiviti perkhemahan sekolah.

§ Sila hubungi guru unit kokurikulum masing-masing sekiranya murid
mempunyai sebarang masalah semasa menyelesaikan tugasan

Selamat Beraktiviti

MODUL PERKHEMAHAN LUAR TALIAN SK BDR TASIK KESUMA 2022

PENDAHULUAN

Aktiviti perkhemahan adalah penting bagi aktiviti luar Pasukaan Badan
Beruniform. Kegiatan perkhemahan ini dijadikan aktiviti untuk membina
semangat,motivasi dan keyakinan diri disamping memberi keseronokan dan
menambahkan ilmu pengetahuan. Ia juga memberi manfaat secara langsung
terhadap perkembangan jasmani, emosi, intelek dan rohani. Aktiviti perkhemahan ini
melibatkan aktiviti di hutanbukit, gunung, tepi sungai, kem, pulau dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan khemah adalah sejenis pondok yang dibuat daripada kain
tebal atau kain layar. Berkhemah bukanlah perkara baru, malah penah menjadi cara
hidup sesetengah masyarakat seperti Apachee, Pawnee, Red Indian, Arab Badwi
dan sebagainya. Perkhemahan moden telah menjadi sebahagian daripada kegiatan
rekreasi, ekspedisi, kembara dan sebagainya. Kemahiran berkhemah adalah suatu yang
amat penting dalam memupuk modal insan disamping dapat mempelajari pelbagai ilmu,
pengalaman dan kemahiran

JENIS-JENIS KHEMAH IAITU : • Igloo
• A Shape

• Doom

MODUL PERKHEMAHAN LUAR TALIAN SK BDR TASIK KESUMA 2022

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIHINDARKAN SEMASA PERKHEMAHAN UNTUK
KESELAMATAN :

1. Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit (untuk elakkan dari
sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih).

2. Jarak mestilah 3meter & mempunyai laluan diantara khemah-khemah.
3. Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan.
4. Pastikan Khemah :

• Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar (jika tiada pilihan
mestilah mengelak daripada mendirikan khemah pada pokok yang condong,
sebalik nye dirilah khemah pada berlawanan arah condong).

• Tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, & berbatu.
• Tidak didirikan dilaluan air, binatang, denai ataupun manusia.
5. Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan perjalanan keluar
dari khemah.
6. Jangan ampai baju di atas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di belakang
khemah (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat menjaga jangka masa
khemah).
7. Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan.
8. Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat.
9. Tempat masak mestilah 5 meter jauh dari khemah (supaya percikkan api tidak
sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah).
10. Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasik.
11. Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100 meter dari kawasan perkhemahan.
• Cara nak melabuh ialah korek - melabuh - bubuh pancang sebagai tanda (untuk

mengelakkan daripada ahli lain terkorek tempat yang telah dilabuh).
• Kedalaman korek mestilah 2 kaki.
12. Tempat sampah
• Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan perkhemahan.
13. Adakan senaman sebelum memulakan aktiviti.
14. Rehat dan tidur mestilah cukup.

MODUL PERKHEMAHAN LUAR TALIAN SK BDR TASIK KESUMA 2022

Ikatan dan simpulan yang sangat berguna dalam kegiatan luar bilik darjah. Oleh itu, tali
digunakan untuk membuat ikatan dan simpulan asas untuk tujuan menyambung tali,
memendekkan tali, mengikat dan menyambung kayu, mematikan tali dan juga
mengemas tali. Tali juga digunakan untuk tujuan aktiviti rekreasi dan kerja menyelamat.
Tali dibuat daripada serat asli seperti sabut, kapas, sisal, pokok manila dan juga tali
dibuat daripada serat tiruan seperti nilon, plastik, fibre sintatik dan sebagainya.

BUKU SILA TINDIH KASIH

Ikatan buku sila digunakan nutuk Simpulan ini digunakan untuk mengikat
mengikat kain pembalut luka, leher binatang supaya tidak terjerut, dan
menyambung tali yang sama besar membuat lubang tali yang tidak terjerut
saiznya dan untuk mematikan ikatan untuk mengangkat mangsa atau
barang-barang. Kedua-dua punca atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh
hujung tali tersebut senang dibuka ke dalam telaga.
semula.

SIMPUL PULIH BUNGA GETI

Digunakan untuk memendekkan tali Simpulan ini digunakan bagi
tanpa memotongnya serta untuk menyambung hujung tali yang tidak
menguatkan tali pada bahagian yang sama besar, misalnya tali perahu
reput,hendak putus atau rosak. dengan tali kapal.

MODUL PERKHEMAHAN LUAR TALIAN SK BDR TASIK KESUMA 2022

IKATAN BALAK
Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak
licin.

SIMPUL MANUK
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau
sebagainya.

MODUL PERKHEMAHAN LUAR TALIAN SK BDR TASIK KESUMA 2022

MAKSUD GAJET

GADGET: Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin

yang kecil.
GAJET : Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan

dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot
rumah di tapak perkhemahan.

TUJUAN GAJET
1. Tempatmenyimpan, menyusundanmemperagakan bahan,peralatan,pakaiandan

maklumat di tapak perkhemahan.
2. Melindungi makanan dari tercemar
3. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
4. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
5. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
6. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan
7. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.

JENIS-JENIS GAJET 8. Gajet tempat menyimpan bahan-
1. Gajet tempat kasut bahan masakan seperti kicap, cuka
2. Gajet ampaian pakaian dan sebagainya.
3. Gajet pintu gerbang dan jambatan
4. Gajet tiang bendera 9. Gajet tempat peralatan seperti
5. Gajet papan kenyataan cangkul, parang, pencakar, tukul
6. Gajet makanan dsb
7. Gajet penyangkut periuk dan cerek
10. Gajet pagar dan sebagainya
untuk masak

ASAS PEMBINAAN GAJET
Pengetahuan
§ Mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan
§ Mengenali jenis-jenis bahan-bahan – pokok buluh, bemban, rotan, bertam, enau,

nibong, resam dsbnya

Kemahiran menggunakan peralatan
§ Mengetahui dan mahir menggunakan parang, gergaji, pengali
§ Cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun bertam
§ Meraut buluh menggunakan parang atau pisau

Kemahiran ikatan dan simpulan
§ Mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk,

seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap, ikatan
pengail, lilit kacang/ular, ikatan serong dan lain-lain
§ Mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat
§ Kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-mata,
bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban, kulit kayu dsbnya.

MODUL PERKHEMAHAN LUAR TALIAN SK BDR TASIK KESUMA 2022


Click to View FlipBook Version