PERTANDINGAN KALIGRAFI ISLAM (KHAT) NUSANTARA, SABAH , MALAYSIA KALI KE-9/2024 Pertandingan Kaligrafi Islam (Khat) Nusantara Sabah, Malaysia Kali Ke9/2024 adalah bertujuan mencungkil bakat pengkarya profesional seni khat di Nusantara dan khasnya di Negeri Sabah. Pertandingan khat ini pada awalnya dilaksanakan sempena program MAHRAJAN PERSURATAN & KESENIAN ISLAM NUSANTARA, MEMBAKUT, SABAH, MALAYSIA yang diadakan kali pertama pada 2012. \ KATEGORI PERTANDINGAN Kategori pertandingan dibahagikan kepada 3 penyertaan, iaitu; a) Kategori Asia Tenggara Kategori Asia Tenggara terdiri dari peserta dari negara Malaysia, Singapora, Thailand, Brune Darussalam dan Indonesia. b) Kategori Borneo Kategori Borneo terdiri daripada peserta-peserta dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Negara Brunei Darussalam. c) Kategori Kebangsaan Kategori Kebangsaan terdiri daripada peserta-peserta dari negara Malaysia sahaja Peserta kategori Boneo dan Kebangsaan boleh menyertai kategori Asia Tenggara dengan menggunakan karya yang sama. Manakala peserta dari Asia Tenggara tidak boleh menyertai Kategori Borneo dan Kebangsaan. JENIS / KATEGORI KHAT a) Kategori Asia Tenggara Pertandingan khat kategori Asia Tenggara terbahagi kepada 3 (tiga) kategori, iaitu khat - Sulus A’di dan Naskh Kategori Kaligrafi Modern Kategori Diwani Jali i- Kategori Sulus A'di dan Naskh Teks al-Quran bagi kategori ini ialah surah al-A'raaf ayat 96-103 Ayat al-Quran ditulis dengan menggunakan 2 jenis khat dalam selembar kertas. Baris pertama dan akhir ditulis menggunakan khat Sulus dengan ukuran pena 2-3 mm. Sementara baris-baris di bagian tengah menggunakan khat Naskhi dengan ukuran pena tak lebih dari 1 mm. Karya dibuat dengan susunan berbaris dari atas ke bawah dan tidak disarankan menggunakan susunan melingkar atau oval. Tinta/ink yang digunakan adalah warna hitam.
ii- Kategori Diwani Jali Teks al-Quran bagi kategori ini ialah surah An-Nisaa ayat 135- 136 Ukuran pena/kalam disesuaikan Tinta/ink yang digunakan adalah bebas Tulisan tanpa mencantumkan basmalah. iii- Kategori Kaligrafi Modern Teks al-Quran bagi kategori ini ialah surah Al-Ankabuut ayat 69 Karya dibuat di atas kain kanvas ukuran 100cm x 100cm dengan menggunakan cat akrilik atau cat minyak (oil color). Peserta boleh menampilkan khat tradisional (berkaidah murni) atau gaya khat hasil olahan pribadi. Aspek penilaian karya berdasarkan kepada unsur seni rupa, keterbacaan tulisan dan sentuhan akhir. b) Pertandingan Khat Kebangsaan Pertandingan Khat Kebangsaan adalah untuk satu kategori sahaja iaitu Kaligrafi Diwani Jali (sama syarat dengan kategori Asia Tenggara), seperti butiran berikut; Teks al-Quran bagi kategori ini ialah surah An-Nisaa ayat 135- 136 Ukuran pena/kalam disesuaikan Tinta/ink yang digunakan adalah bebas Tulisan tanpa mencantumkan basmalah. c) Pertandingan Khat Borneo Pertandingan Khat Borneo adalah untuk satu kategori sahaja iaitu Kaligrafi Moden (sama syarat denagn kategori Asia Tenggara), seperti butiran berikut; Karya dibuat di atas kain kanvas ukuran 100cm x 100cm dengan menggunakan cat akrilik atau cat minyak (oil color). Peserta boleh menampilkan khat tradisional (berkaidah murni) atau gaya khat hasil olahan pribadi. Aspek penilaian karya berdasarkan kepada unsur seni rupa, keterbacaan tulisan dan sentuhan akhir. SYARAT KERTAS Karya ditulis di atas kertas berukuran 80cm x 60cm, 70cm x 50cm atau 60cm x 60cm Peserta perlu menggunakan 80 peratus ruang saiz kertas bagi setiap kategori. Jenis kertas yang digunakan adalah kertas muqahar atau ahar paper Warna kertas adalah putih atau offwhite SYARAT AYAT Peserta hendaklah mengunakan ayat-ayat al-Quran yang ditentukan oleh pihak penganjur seperti yang dinyatakan dalam tiap kategori. Tulisan ayat al-Quran hendaklah mengunakan standard penulisan Mushaf al-Quran Malaysia PERTANDINGAN KALIGRAFI ISLAM (KHAT) NUSANTARA, SABAH , MALAYSIA KALI KE-9/2024
SYARAT KARYA Peserta hanya boleh menyertai 1 kategori khat sahaja. Pertandingan ini dijalankan dengan penghasilan khat karya siap. Peserta tidak dibenarkan menulis nama pada karya yang disertakan. Karya kaligrafi tidak dibenarkam mengunakan bentuk ma’kus / mirror atau bentuk-bentuk yang menyerupai benda hidup Karya kaligrafi hendaklah karya asli dan bukan plagiat serta tidak pernah dipamerkan atau dihantar untuk sebarang pertandingan. Setiap hasil karya khat kepada pihak urus setia hendaklah dalam bentuk asli tanpa bingkai kayu, balutan kekal dan seumpamanya. Penyertaan adalah mengikut kategori yang dipertandingkan. Semua perbelanjaan untuk menyertai pertandingan ini adalah tanggungjawab peserta sendiri. Karya yang menjadi pemenang (Juara 1, 2, 3 dan saguhati) adalah menjadi hak Jawatankuasa Penganjur. Karya yang tidak terpilih sebagai pemenang boleh diambil semula dengan kos penghantaran itu adalah ditanggung oleh peserta. Jawatan Penganjur hanya akan menghantar semula karya atas permintaan peserta dan setelah kos pembayaran dibuat PERTANDINGAN KALIGRAFI ISLAM (KHAT) NUSANTARA, SABAH , MALAYSIA KALI KE-9/2024 HADIAH Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai dan sijil penghargaan seperti berikut; a) Kategori Asia Tenggara Juara 1 : RM 6,000.00 Juara 2 : RM 4,000.00 Juara 3 : RM 3,000.00 5 hadiah Saguhati Tiap Kategori: RM 1,500.00 b) Kategori Kebangsaan Juara 1 : RM 4,000.00 Juara 2 : RM 3,000.00 Juara 3 : RM 2,000.00 3 hadiah Saguhati Tiap Kategori: RM 1,000.00 c) Kategori Borneo Juara 1 : RM 3,000.00 Juara 2 : RM 2,000.00 Juara 3 : RM 1,500.00 3 hadiah Saguhati Tiap Kategori : RM 1,000.00 CARA PENYERTAAN Peserta dikehendaki menyertakan nama penuh, tarikh lahir, no kad pengenalan / passport, alamat lengkap, no. telepon no. telefon bimbit, dan alamat emel bagi memudahkan penganjur menghubungi peserta. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan dan kehilangan semasa penghantaran dibuat.
PERTANDINGAN KALIGRAFI ISLAM (KHAT) NUSANTARA, SABAH , MALAYSIA KALI KE-9/2024 TARIKH AKHIR PENYERTAAN Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum: 21 JUN 2024 ALAMAT PENYERTAAN a) Karya dari negara-negara selain negara Indonesia boleh dihantar kepadaPenganjur Pertandingan Kaligarfi Islam (Khat) Nusantara, Sabah, Malaysia, Bahagian Penyelidikan & Infomasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 4, Blok A, Wisma Muis, Jln. Sembulan 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia . No. Telefon yang boleh dihubungi di Sabah, Malaysia 088-522187 (Puan Siti Imrah Lenas) atau 088-522149 (Puan Nuraidah Mohd Nun) dan Emel: [email protected] b) Karya dari negara Indonesia boleh dihantar kepadaPenatia Pertandingan Kaligrafi Islam (Khat) Nusantara, Sabah, Malaysia 9.0, Studio Noqtah Art, Jl. Ceger Raya, Rukan Ganda Asri No. 05 Blok A, Pondok Aren, Tangerang Selatan Banten, 15412, Indonesia. No. HP yang boleh dihubungi di Jakarta, INDONESIA : HP: +628128036984 PENGANJUR Penganjur utama Pertandingan Kaligarfi Islam (Khat) Nusantara, Sabah, Malaysia 9/ 2024 ini ialah Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majls Ugama Islam Sabah (MUIS)