The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ermin2818, 2022-07-28 03:26:57

BUKU PROGRAM PPISMP JUN 2022 (try)

BUKU PROGRAM PPISMP JUN 2022 (try)

PROGRAM
PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU
2022

1

Isi Kandungan
:

1. KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS PERLIS
2. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI JAWATANKUASA

PROGRAM PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
3. VISI DAN MISI IPG
4. JAWATANKUASA PROGRAM PENGURUSAN DAN
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
5. JADUAL PROGRAM PENGURUSAN DAN
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
6. ATUR CARA PERASMIAN PENUTUP
7. LAGU NEGERI PERLIS
8. LAGU IPGM
9. LAGU PENDIDIKAN TERAS KEMAJUAN
(Lagu Rasmi IPG Kampus Perlis)
10. LAGU PELATIH BARU
11. PENGHARGAAN

2

KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke IPG Kampus Perlis kepada semua pelajar
PPISMP Ambilan Jun 2022. Saya mengalu-alukan kehadiran
saudara-saudari ke kampus ini bagi meneruskan
kesinambungan menuntut ilmu.

Program Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu adalah
satu platform bagi membolehkan saudara-saudari mengenali
dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus khasnya
dan profesion perguruan umumnya. Saudara-saudari akan
didedahkan dengan kandungan kurikulum serta struktur
kursus yang akan dilalui kelak. Selain itu anda dapat membina
bakat kepimpinan, ketahanan diri dan emosi ke tahap
profesion perguruan yang sebenar.

Akhir kata, semoga program ini dapat melahirkan guru
pelatih yang berjaya mengharungi cabaran sebagai bakal
pendidik yang mempunyai sahsiah yang sepadu, beretika,
berdisiplin, berpotensi dan berketerampilan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Guru dan falsafah Pendidikan Negara.

Ingatlah, kejayaan anda pada masa hadapan adalah bermula
hari ini.

Sekian, terima kasih.

ABDUL MUHAIMIN BIN OSMAN S.S.P
Pengarah
IPG Kampus Perlis.

3

KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI JAWATANKUSA PROGRAM
PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
pelajar baharu PPISMP Ambilan Jun 2022 kerana telah
terpilih menyertai program ini.
Program ini menyediakan platform kepada pelajar untuk
melayakkan diri bergelar guru. Anda perlu bersedia
menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu. Selain itu,
berikan komitmen yang jitu dalam bidang akademik serta
sahsiah yang mencerminkan profesion keguruan.
Saya percaya bahawa anda yang terpilih ini adalah dalam
kalangan yang terbaik dan cukup matang untuk membuat
pertimbangan bagi setiap perkara yang mendatang.
Semoga setiap tindakan anda akan memberikan
kebanggaan kepada kedua ibu bapa, tenaga pengajar serta
mengharumkan nama institut.

Sekian, terima kasih.

AHNIZAH BINTI ARSHAD
Pengerusi
Jawatankuasa Program Pengurusan Dan
Pendaftaran Pelajar Baharu
IPG Kampus Perlis.

4

VISI DAN MISI

VISI
IPG Peneraju kecemerlangan Pendidikan Guru

MISI
IPG melahirkan guru yang kompeten dan

berjiwa pendidik melalui program
pembangunan guru yang dinamik ke arah

pendidikan sekolah bertaraf dunia

5

JAWATANKUASA PROGRAM PENDAFTARAN DAN
PENGURUSAN PELAJAR BAHARU

Penasihat : Kol Kehormat (PA) Abdul Muhaimin bin Osman S.S.P
Pengarah IPGK Perlis
Pengerusi : Cik Ahnizah binti Arshad
Pn. Noryati binti Ismail
Naib Pengerusi : YBrs Dr Ummu Rahmah binti Ariffin
En Muhammad Zaid bin Ismail
Setiausaha :
En Mohamad Idzwan bin Mohamad Rodzi
Pen. Setiausaha : En Mohamad Sani bin Saad
Pn Mislia binti Mohd Alwi
Ahli Jawatankuasa

JK Persiapan Tempat:
(Dewan Besar /
Dewan Berunai)

JK Pendaftaran : En Muhammad Zaid bin Ismail
En Azhar bin Wahab
JK Teknikal/Siaraya : Pn Liyana binti Abu Bakar
Pn Haryati binti Hamdan
JK ICT :
En Mohammad Hafiz bin Zolkipli
JK Bekalan : En. Mohd Nasir Bin Muhamad

JK Buku Program / : Pn Ummul Khir binti Romli
Dokumentasi En Megat Zulkarnain bin Mohamed Ibrahim
En Ahmad Farhan bin Ghozali
JK Penutup :
Tn Hj Rosley bin Abdullah (Koperasi)

Pn Jamsiah binti Said
Cik Ruzanna binti Hat
En Zul Mashellmi bin Che Ahmad
En. Noor Irwan bin Mohd Noor

En Shaifuddin bin Abdul Rahim

6

JK LDK : Pn. Noraidah binti Mohd Sani
Pn. Sofhul Jamila Binti Che Mat Duzki

JK Pengacaraan : Cik Nooraini binti Ab. Latif
Pn Roziah binti Ramli
JK Makanan :
Pn Jusmani binti Jusoh
JK Penginapan / : Pn Fazira binti Abdullah
Asrama Pn Nafisah binti Norjan

JK Tazkirah / Moral : En Ahmad Rahimi bin Ishak
En Muhammad Ridzuan Bin Rumli
JK Riadah : En Khairul Anuar bin Ahmad Jamil

JK Disiplin / : Ustaz Azman bin Ariffin
Keselamatan Jabatan Pengajian Islam dan Moral

JK Kebajikan / : En Mohd Zuraimee bin Zawari
Kecemasan En Rizam bin Zamri

En Mohamad Idris bin S.Syed Ahamed
En Nor Khaizam Shabadi bin Ismail
Pengawal Keselamatan

YBrs Dr Ummu Rahmah binti Arifin
Yrs Dr Liza binti Saad

7

JADUAL PROGRAM
PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU

JADUAL PROGRAM PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (PPPB)
BAGI PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

10.00

Hari / Tarikh/ 8.00 pg pg 10.30 pg 12.00 tgh 2.30 ptg 3.30 ptg 5.00 ptg 5.30 ptg 7.00 ptg 9.30 mlm
Masa hingga hingga hingga hingga hingga hingga hingga hingga
10.00 pg hingga hingga 12.00 2.30 ptg 3.30 ptg 5.00 ptg 5.30 ptg 7.00 ptg 9.30 mlm 11.00 mlm
Isnin
1 Ogos 2022 11.00 tgh

pg

Rehat / Taklimat Rehat / Rehat /
& Semakan Minum Makan/
Taklimat Makan petang Solat/Moral/
PPPB / Borang Solat/Moral/ Pengurusan
Pendaftaran Taklimat Semakan Solat / Moral Amanat Pengarah Perjanjian Pengurusan Riadah Sesi JPP
kolej waris Dokumen / IPGK (JHEP) PPISMP (JPJK/Koku) Diri Bersama
(JHEP) Diri (JAPIM)
kediaman Pengurusan (JHEP) (JAPIM)

Diri

(JAPIM)

Hari / Tarikh/ 5.30 pg hingga 7.30 pg 8.30 pg 10.00 pg 10.30 pg 12.30 tgh 2.30 ptg 3.30 ptg 5.30 ptg 7.00 ptg 9.30 mlm
hingga hingga hingga 10.30 hingga hingga hingga hingga hingga hingga hingga
Masa 7.30 pg 8.30 pg 10.00 pg 2.30 ptg 3.30 ptg 5.00 ptg 7.00 ptg 9.30 mlm 11.00 mlm
pg 12.30 tgh

Selasa Taklimat Taklimat Rehat / Makan / Taklimat Taklimat Rehat /
2 Ogos 2022 Disiplin / Kebajikan Akademik Solat/Moral/ Keselamatan Integriti Pelajar
Makan/
[Akta 174 / / Pengurusan Diri Siber dan (Penyelaras Riadah Solat/Moral/ Malam
Peraturan Pelajar Kokurikulum Pendedahan Integriti) (JPJK/Koku PengurusanKesenian /
IPG / Pecah Kontrak (KJKA / KU
/ Lawatan Ke Luar ICT Diri Persembahan
Koku) (ICT) (JAPIM) (JPP)
Negara]
(JHEP) (JAPIM)

Rabu Solat / Moral / LDK 1 Rehat / LDK 2 LDK 3
(UPsK/JHEP) (UPsK/JHEP)
3 Ogos 2022 Sarapan / Riadah Minum Pagi (UPsK/JHEP)
Majlis
Pengurusan Diri (JPJK/Koku) Perasmian
Penutupan
(JAPIM)
PPPB
Taklimat 10.30 pg 11.30pg (JHEP)
Pembangunan hingga hingga
11.30 pg 12.30 tgh
Insaniah /
Khamis Kolej Kediaman Taklimat Taklimat
4 Ogos 2022 Pusat Peperiksaan
(JHEP) Sumber (KU PEP)
(Ketua
Pusat
Sumber)

8

ATUR CARA PERASMIAN PENUTUP
(KHAMIS - 4 OGOS 2022)

2.30 petang Pelajar baharu mengambil tempat

2.45 petang Ketua-ketua Jabatan/mentor dan Pensyarah mengambil
Tempat

3.00 petang Ketibaan Pengarah IPG Kampus Perlis
Nyanyian lagu Negeri Perlis
Nyanyian Lagu IPGM
Nyanyian Lagu IPG Kampus Perlis
Nyanyian Lagu Pelatih Baru
Bacaan doa
Tayangan montaj
Bacaan Ikrar dan Penyerahan Ikrar
Perutusan Rektor
Sesi memperkenalkan organisasi IPG Kampus Perlis dan
Ucapan perasmian Penutupan oleh Pengarah IPG Kampus Perlis
Nyanyian Lagu Negaraku
Bersurai

9

LAGU NEGERI PERLIS

Amin…Amin…
Ya Rabbal Jalil
Doa hamba
Yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah
Jamalulail

LAGU RASMI IPGM

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa Negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG

10

LAGU PENDIDIKAN TERAS KEMAJUAN
(Lagu Rasmi IPG Kampus Perlis)

Pendidik bunga bangsa
Bergerak penuh daya
Bersama berusaha
Mendidik penuh mesra
Cemerlang penuh jaya

Di bidang akademik
Social dan masyarakat
Kitakan ceburi
Jujur dan dedikasi
Menuju cita murni

Pendidikan teras kemajuan
Itulah pegangan dan harapan
Demi bangsa dan negara
Kita bina bersama

Tingkatkan keupayaan
Demi kecemerlangan
Harumkanlah nama
Dikenali semua
IPG Kampus Perlis

LAGU PELATIH BARU

Kami semua pelatih baru
Riangnya di hati
Dapat diterima senior
Dengan baik hati

IPG kami, IPG kami
Maktabku, duniaku
Idaman kami semua

Bersamalah kita
Bergandinglah bahu
Capai cita-cita
Bersama di IPG

11

PENGHARGAAN

Ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan

Program Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Ambilan Jun 2022.

12


Click to View FlipBook Version