• Penghayatan sunnah
Rasulullah
※ KEHIDUPAN PERIBADI ※KEHIDUPAN BERKELUARGA
Ahli Kumpulan
۞ NUR ALIYA UMAIRAH BINTI MOHD KHAIRULAZMAIHA
۞ NUR FATIHAH BINTI JAMILUDIN
۞ MUHAMAD FIKRI HAZIM BIN MOHD ARIFF
Sunnah merupakan
segala perbuatan,
percakapan serta
pengakuan daripada
Rasulullaw SAW yang
dijadikan sebagai
pelengkap dalam
kehidupan umat Islam
Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan peribadi
1) Sunnah Rasulullah Tidur
2) Sunnah Rasulullah Masuk dan Keluar Tandas
3) Sunnah Rasulullah Memakai Pakaian
4) Sunnah Rasulullah Memasak
5) Sunnah Rasulullah Makan dan Minum
6) Sunnah Rasulullah Solat
7) Sunnah Rasulullah Memasuki Rumah, Bangunan atau Premis
8) Sunnah Rasulullah Marah
9) Sunnah Rasulullah pada Hari Jumaat
Sunnah Rasulullah Tidur
ᴥ Berwuduk sebelum tidur
ᴥ Memaafkan kesalahan orang lain serta menghalalkan segala hutang-piutang
ᴥ Mengibaskan tempat tidur
ᴥ Tidur mengiring sebelah kanan dan kepala menghadap ke kiblat
ᴥ Membaca doa sebelum tidur
ᴥ Sekiranya bermimpi baik, bangun dan berdoa serta mengucapkan syukur
ᴥ Sekiranya bermimpi buruk, bangun dan membuat isyarat meludah ke kiri serta berdoa
supaya dijauhkan
ᴥ Baca doa setelah bangun daripada tidur dan ucap syukur
ᴥ Mengemas tempat tidur
ᴥ Membersihkan diri setelah bangun daripada tidur
Sunnah Rasulullah Masuk dan Keluar Tandas
※ Membaca doa masuk dan keluar tandas
※ Melangkah masuk tandas menggunakan kaki kiri dan melangkah keluar dengan kaki kanan
※ Menutup kepala ketika masuk ke tandas
※ Memakai selipar atau alas kaki
※ Buang air secara duduk atau mencangkung
※ Tidak mengambil masa terlalu lama di dalam tandas
※ Tidak makan dan minum di dalam tandas
Sunnah Rasulullah Memakai Pakaian
۞ Membaca bismillah atau doa ringkas "Segala puji bagi Allah yang telah memberikan
pakaian ini kepadaku sebagai rizki, tanpa daya dan kekuatan dariku"
اْلَحْم ُد ِلَّلِه اَّلِذي َكَس اِني َهَذا الَّثْو َب َوَرَزَقِنيِه ِم ْن َغ ْيِر َحْو ٍل ِم ِّني َواَل ُقَّوٍة
۞ Mulakan dengan sebelah kanan
۞ Tidak ada unsur riak atau ingin menunjuk-nunjuk
۞ Tidak memakai pakaian yang memiliki simbol agama lain
Sunnah Rasulullah ketika Memasak
⤿Menutup aurat ketika memasak
⤿Mengadun atau mengacau dari kanan ke kiri
⤿Tidak membuka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika mengambil
nasi atau air
⤿Perbanyakkan zikir dan menyebut serta memuji kebesaran Allah SWT
SUNNAH RASULULLAH MAKAN DAN MINUM
Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
Makan di atas lantai.
Tidak mencela makanan.
Memastikan tangan sentiasa bersih sama ada dicuci ataupun disapu.
Membaca Basmalah sebelum makan.
Makan menggunakan tiga jari untuk makanan yang tepu seperti roti. Namun tidak
sesuai sekiranya kita makan nasi dan seumpamanya.
Mengunyah makanan dengan bersungguh-sungguh sehingga makanan itu lumat.
Makan beramai-ramai.
Mula makan dari tepi, bukan dari tengah.
Makan dengan tangan kanan.
Sunnah Rasulullah Solat
➤Datang awal ke masjid (sebaiknya sebelum azan berkumandang)
➤Berjalan kaki ke masjid kerana setiap langkah tersebut dikira ibadah
➤Berwuduk dari rumah
➤Melangkah masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri
➤Niat iktikaf selepas masuk ke dalam masjid (setiap perbuatan baik dikira ibadah)
Sunnah Rasulullah Memasuki Rumah, Bangunan
atau Premis
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.
Memberi salam walaupun rumah tidak berpenghuni.
Banyakkan solat dan membaca Al-Quran.
Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.
Pagar rumah menggunakan ayat-ayat al-Quran.
SUNNAH RASULULLAH KETIKA MARAH
Membaca Kalimat Ta'awudz
(A-'uudzu billahi minas syaithanir rajiim)
Berusaha Diam dan Jaga Lisan
Mengambil Posisi Lebih Rendah
Segera Berwudhu atau Mandi
SUNNAH RASULULLAH PADA HARI JUMAAT
Memotong kuku
Mandi sunat
Membaca surah al-kahfi
Perbanyakkan bersedekah
Memakai pakaian yang cantik dan bersih
Memakai wangi-wangian
Perbanyakkan zikrullah dan doa
Berselawat
Hadir awal ke masjid
Perbanyakkan solat sunat
Sunnah Rasulullah S.A.W dalam
kehidupan berkeluarga
1 – Tidak Membenci Pasangan Yang Beriman
Dalam melayari alam rumah tangga, sudah pasti ada beberapa perkara yang kadang
membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan, terutama daripada pihak suami.
Masing-masing mahu mempertahankan pandangan sehingga kadang ‘terbenci’ dengan sikap
pasangan yang tidak mahu menyokong pandangannya. Justeru, dalam hal ini beringatlah
akan sabda Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;
“Janganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia membenci salah satu
perangainya, maka masih ada perangai lain yang menyenangkannya.” (Hadis Riwayat
Muslim)
Walaupun ada satu sikap isteri atau suami yang kurang disenangi oleh pasangan, ingatlah
ada sikap lain yang lebih baik padanya. Ini kerana boleh jadi kita membenci sesuatu itu,
padahal ia amat baik bagi diri kita.
2- Saling menghormati
“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ‘Apakah hak isteri terhadap
suaminya?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Memberi makan jika kamu makan,
memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak
menghina dan tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di
rumahnya’.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Dalam konteks ‘menghormati’ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para
suami perlu menjadi ‘hamba’ kepada pasangannya. Hadis ini merupakan
panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama
para isteri.
Tahukah kita, Rasulullah S.A.W amat menghormati dan melayani para
isterinya dengan cara yang cukup mulia.
3- Memberi Nafkah Kepada Keluarga
Rasulullah S.A.W bersabda;
“Sesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap keredaan
Allah S.W.T nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu
masukkan ke dalam mulut isterimu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Nafkah keluarga adalah satu kewajipan bagi setiap ketua keluarga terutama
suami. Namun begitu, haruslah diingat serta diteliti sumber bagi
memperolehinya. Ini kerana apa-apa yang diberikan kepada ahli keluarga itu
terutama dalam soal pemakanan kelak akan menjadi darah daging dalam
tubuh mereka. Jika baik sumbernya, maka baiklah seluruhnya.
4 – Menjaga Rahsia dan Maruah Pasangan
“Maka, perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan
suaminya), dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib
dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan
pertolongannya.” (Surah An-Nisa, ayat 34)
Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Oleh itu, berusahalah untuk
memelihara ikatan tersebut daripada perkara-perkara yang boleh
merosakkannya, antaranya dengan menceritakan perihal yang menjatuhkan
maruah suami atau isteri di hadapan kepada rakan, ahli keluarga dan
sebagainya. (Jika berlaku pertikaian, rujuk kepada yang pakar, bukan disebar)
5 – Perintahkan Ahli Keluarga Untuk Solat
Firman Allah S.W.T yang bermaksud; “Dan, perintahkanlah kepada keluargamu
mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak
meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.
Dan, akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa.”
(Surah Taha : 132)
Solat yang menjadi tiang atau asas dalam agama juga perlu dititikberatkan. Ini
kerana salah satu kelebihan bagi mereka yang memelihara ibadah solat ini adalah
ia dapat menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar. Seterusnya
memberi ketenangan kepada seisi rumah. Adapun, jika solat tidak dipelihara,
dibimbangi ia akan memberi kesan buruk dalam kehidupan keluarga itu sendiri.
6 – Tidak Membawa Perkara Yang Bertentangan Masuk
Ke Dalam Rumah
Abu Talhah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda;
“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar
(patung atau lukisan).”
(Muttafaqun Alaih)
Bagi mewujudkan rumah tangga yang harmoni, hal ini juga haruslah dititikberatkan.
Sebagai ketua keluarga, para suami hendaklah memastikan tiada perkara yang
bertentangan dengan syariat Islam ada di dalam rumah masing-masing. Gantikanlah
keadaan tersebut dengan perhiasan yang tidak bertentangan dengan syariat serta isilah
rumah dengan perkara yang lebih berfaedah untuk seisi keluarga seperti solat berjemaah
atau bacaan Al-Quran.
7 – Menggembirakan hati pasangan dengan memberi gelaran
yang baik
Diriwayatkan oleh Aisyah RA bahwa, Nabi SAW adalah orang
penyayang lagi lembut. Dan beliau akan menjadi orang yang
sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya
sedang sakit. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Seringkali Rasulullah memanggil Aisyah dengan ucapan “wahai
Humaira” (panggilan sayang untuk Aisyah).
Perkara ini juga perlu dilakukan sebaliknya buat para isteri untuk
memanggil suami dengan gelaran yang baik-baik.
Sekian,
Terima Kasih