The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thilipvarman19, 2021-09-26 23:52:45

TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

PENDIDIKAN MUZIK

TAJUK:
TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Nama : Thilipvarman A/L D.K.Rajan
Kelas : 6 Brilliant
Guru Mata Pelajaran : Pn.Maisarah bt. Ishak

PENGENALAN

Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang
mengandungi gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur
keindahan . Tarian dapat dipersembahkan melalui gerakan
tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. Menurut
kepada seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C.
Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan
yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui
gerak – geri berirama yang indah.

TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

MELAYU
 Tarian Zapin
 Tarian Gamelang
 Tarian Maeyong

INDIA
 Tarian Kathak
 Bharatanatyam

CINA
 Tarian Naga
 Tarian Singa

KADAZAN DUSUN SABAH
 Tarian Sumazau

KADAZAN DUSUN SARAWAK
 Tarian Ngajat

-TARIAN ZAPIN-

Merupakan sejenis tarian rakyat tradisional dilakukan masyarakat
Melayu dalam kepulauan Nusantara rantau AsiaTenggara terutamanya
di Negara-negara Indonesia (Sumatera, Kalimantan, Kepulauan
Riau, Bangka Belitung, Gorontalo), Jawa
(Jakarta), Malaysia (Semenanjung Melayu - khususnya
di Johor), Brunei, dan Singapura. Tarian ini sering dilakukan dengan
iringan muzik digubah khas.
Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal
dari Yaman melalui para pedagang asal sana. Ia mengalami
pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih
tradisional sifatnya lalu berpincang melalui sifat ia dipersembahkan
iaitu zapin Arab dan zapin khas Melayu.

-TARIAN GAMELAN-

Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klasik. Tarian
klasik ini mula dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga
dalam kurun ke-17. Pada asalnya repositori tarian ini terdiri daripada
77 jenis gamelan. Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja
lagi kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu lagi.
Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti Timang
Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai
Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk
Merajuk, Silatin, Lolo dan Monab.
Tarian ini yang dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita
boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.
Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tarian tersebut. Secara
estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk
tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat
tarian Melayu.

-TARIAN MAKYONG-

Merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal
dari Patani dan Kelantan. Drama tari ini menggabungkan unsur-unsur
ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan
instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan
bersahaja; nama "mak yong" ini dikaitkan dengan upacara di
mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui
nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Ia menjadi persembahan
harian, Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya
di Patani selatan Thailand; Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis di Mal
aysia serta sejauh Kepulauan Riau di Indonesia.
Ia dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi juga sebagai
istiadat raja memerintah dan sebagai cara perubatan merawat orang
sakit. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia
dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan
Kelantan sehingga 1920-an.

-TARIAN NAGA-

Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang
menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang
boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Dalam tarian
ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu
imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat,
mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki
ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala
dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan
tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai
ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam
persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-
peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah
satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

-TARIAN KATHAK-

merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal
dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita
lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau
pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung
dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos
dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan
tangan dan mimik muka. Ia pada asasnya merupakan teater,
menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi
menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian
kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16
seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia
Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.
Tarian Kathak merupakan salah satu lagi tarian klasikal India yang
berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari
perkataan India Katha yang bermaksud 'seni bercerita'.

-TARIAN SUMAZAU-

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang
amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian
tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan
pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan
yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada
setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara
tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali
setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung
bulan Mei.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu
dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan
rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut.
Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan
mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara
tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu, bergantung
dari mana sukun kaum kadazan dusun ini berasal . Ketika menari
tangan didepakan keluar, seolah-olah sedang terbang tetapi
dihinjutkan pergelangan tangan.

-TARIAN NGAJAT-

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari
Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim
menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka
kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan
ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak
yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai
Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan
orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil
membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di
tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan
dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.


Click to View FlipBook Version