SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG
PENDIDIKAN JASMANI
TAJUK:
PERMAINAN BOLA SEPAK
NAMA:
THILIPVARMAN A/L DKRAJAN
KELAS:
6 BRILLIANT
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1. PENGENALAN
2. SEJARAH PERMAINAN
3. PERATURAN PERMAINAN
4. BAGAIMANA PERMAINAN DIJALANKAN
5. PENUTIP
BOLA SEPAK
PENGENALAN
Buku skrap ini merupakan tugasan Pendidikan
Jasmani kelas 6 Brilliant , Sekolah Kebangsaan
Klang. Buku skrap ini berkaitan Permainan Bola
Sepak.
Buku skrap ini akan menerangkan mengenai
sejarah, peraturan dan cara permainan bola
sepak.
SEJARAH PERMAINAN
Menurut FIFA, permainan-permainan yang
mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri
China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis
permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman
Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-
sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara
permainan yang berlainan mengikut sekolah) menjadi
lebih terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga
lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi
menyeragamkan cara permainan yang berlainan itu dan
memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak
England (The Football Association) telah ditubuhkan
pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan
ini berjaya menggubal undang-undang formal bola
sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini
kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola
Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak
dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa (International Football Association
Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan
mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil
persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan
Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola
Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian
majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat
terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak
menjadi satu industri yang lumayan melalui
pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket
di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada
peringkat profesional di seluruh dunia. bola sepak
pada peringkat amatur.
PERATURAN PERMAINAN
Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan
pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa
perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain
yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah:
BIL PEMAIN PERANAN
1. Pertahanan Pemain yang pakar dalam
menyekat serangan atau
mencegah musuh daripada
membuat jaringan
2. Pemain Pemain yang melakukan
tengah serangan dan memberikan
lorongan bola kepada
penyerang, tetapi juga
menolong pertahanan dengan
mengganggu serangan pasukan
lawan pada peringkat awal.
3. Penyerang Pemain-pemain yang berperanan
menjaringkan gol
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan
oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan
masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah
dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan
masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu di
padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh
peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada
bila-bila masa. Cara permainan ini juga boleh diguna
pakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan
kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol
tetapi boleh melibatkan diri dalam permainan
berpasukan. Perkara ini biasanya hanya berlaku pada
tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir
perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil
sebagai formasi. Bagi menggambarkan satu formasi,
tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan
berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang
kedua ialah bilangan pemain tengah yang akan
digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang.
Formasi yang terkenal dalam bola sepak moden
termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi
dan taktik sesebuah pasukan.
CARA PERMAINAN
Bola sepak ialah sejenis permainan yang
dimainkan antara dua pasukan yang mengandungi 11
orang pemain yang masing-masing cuba memenangi
perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada
pasukan lawannya. Satu gol ialah hasil
hantaran bola yang merentasi garisan gol yang
terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak
dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki,
tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua
bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang
bertugas mengelakkan bola daripada merentasi
garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya
untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol
memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-
dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan
itu dianggap seri. Dalam pertandingan kalah mati, bagi
menentukan pemenang, masa 30 minit (masa
tambahan) akan ditambah jika kedua-dua pasukan
menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit
yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih
pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Jika masa berlebihan tidak dapat menentukan
pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap
pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang
menjaringkan penalti yang lebih memenangi
perlawanan.
PENUTUP
Saya rasa sangat gembira kerana dapat
menyiapkan tugasan buku skrap pendidikan jasmani
mengenai bola sepak . Banyak ilmu dan pengetahuan
tentang permainan bola sepak yang saya perolehi
sepanjang menghasilkan buku skrap ini.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada
guru pendidikan jasmani kerana telah membimbing
saya mengenai ilmu permainan bola sepak.