The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INOVASI K-TEACUPASI RUMUSAN SPM BAHASA MELAYU KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamidahrayasmkpp, 2022-08-07 03:12:48

MODUL KAEDAH ACUPASI RUMUSAN BAHASA MELAYU

INOVASI K-TEACUPASI RUMUSAN SPM BAHASA MELAYU KSSM

Acuan Rumusan

Rumusan membincangkan ……………………… Lembaga

Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan

………………………..kerajaan memajukan sektor pertanian. [1RFOBA123]

…………………..FAMA adalah…………….......... Seterusnya,
FAMA berperanan besar .............................................................. Selanjutnya,
................................................................................... [8SIFOBA]

................................... kerajaan memajukan sektor pertanian

adalah........................................ serta....................................... Selain itu,

pusat sumber perlu ...................................................Di samping

itu,............................................ Akhir sekali,

............................................................. [8SIFOBA]

Kesimpulannya, ........................................harus .........................................
agar memajukan ekonomi negara .[1KECATEHA]

[ ………………patah perkataan]

RUMUSAN LENGKAP

Rumusan membincangkan fungsi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) dan langkah-langkah kerajaan memajukan sektor pertanian. (2 markah)

Fungsi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah menyediakan
pusat jualan agrobazaar bagi memasarkan produk pertanian dan agromakanan.
Seterunya FAMA berperaan melaksanakan pemasaran baharu dan memberi bimbingan
kepada petani-petani kecil bagi menyediakan produk-produk keperluan pemasaran
moden. [ 3 isi fokus 1]

Langkah-langkah kerajaan memajukan sektor pertanian adalah melaksanakan
pemadanan bekalan makanan dan output pertanian dengan pemasaran melalui
pemadanan perniagaan. Selain itu, kerajaan merancang sokongan harga lantai dan
insentif MyGap serta kursus pemasaran pusat pengumpulan ladang. Selanjutnya,
memberi perhatian pada pembangunan R&D untuk membuat penyelidikan dalam bidang
pertanian serta membangunkan bidang bioteknologi untuk memajukan sektor pertanian
negara . Akhir sekali, kerajaan mewujudkan program Agropreneur Muda untuk
memajukan sektor pertanian.[5 isi dari bahan 1 dan bahan 2

Kesimpulannya, semua pihak harus menyokong usaha kerajaan dalam
memajukan sektor pertanian agar ekonomi negara dapat ditingkatkan.

[119 patah perkataan]

Model 3: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah,
kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1: Petikan Tema kepentingan [isi]

Warisan seni Budaya merupakan aspek penting yang

melambangkan identiti bangsa sesebuah negara. Melalui warisan

seni budaya, ciri keunikan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa jelas

terpancar dan dapat dikenalpasti dengan jelasnya. Warisan seni

budaya yang bersifat “tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan”

juga mencerminkan corak kehidupan setiap bangsa yang berbeza

antara satu sama lain. Fokus 1-kepentingan [isi]

Model 3: Rumusan kepentingan [isi]

Warisan seni budaya setiap bangsa lain yang unik dan unggul
dapat menarik minat bangsa lain untuk menghayati dan
mendalaminya. Hal ini amat berkesan untuk memupuk perpaduan
antara kaum. Hubungan yang terjalin antara setiap bangsa juga
dapat dieratkan. Kepelbagaian warisan seni budaya turut menjadi
pemangkin kemajuan industri pelancongan. Pelancong tertarik
kepada keunikan warisan seni budaya setiap bangsa di negara kita.

Ketika negara sedang mengorak langkah ke era kemajuan,

usaha pengekalan warisan seni budaya perlu dilakukan dengan

inisiatif yang baik daripada semua pihak. Pihak tersebut termasuklah

institusi pendidikan yang menjadi saluran utama untuk melahirkan

generasi muda yang celik dan meminati warisan seni budaya yang

diwarisi sejak turun-temurun. Fokus 2: usahasa

[isi]

Model 3: Rumusan Fokus 2: usahasa
[isi]

Media massa juga perlu memperkenalkan warisan seni
budaya setiap bangsa dari semasa ke semasa untuk memastikan
generasi muda mendapat pendedahan yang luas daripada anggota
masyarakat dari segenap lapisan. Demi menangani cabaran
perkembangan teknologi maklumat, warisan seni budaya setiap
bangsa perlu diasimilasikan dengan teknologi maklumat dengan
syarat tidak menjejaskan acuan asal warisan seni budaya yang
diwarisi.

(Dipetik dan diubah suai daripada cetusan pendapat “Kepentingan
Pengekalan Warisan Seni Budaya”, oleh Loh Chun Chuan, Dewan
Siswa, Julai 2016)

Model 3: Rumusan Fokus 2: usaha[isi]

8sifoba12 – Pilih isi ikut wakil Tempat dan bangunan sejarah
fokus perlu dikekalkan dan
dipulihkan
Fokus 1-3 isi/4 isi
Fokus 2: usaha[isi]

Bahan 1-2 isi/1 isi
Bahan 2-3 isi/3 isi
Bahan 2: Grafik

usaha[isi]

Kempen

usaha[isi] Ceramah Usaha mengekalkan Rakan Seni Budaya
warisan seni budaya
wawancara Tema

usaha[isi] Aktiviti kokurikulum di

sekolah dengan mengikuti usaha[isi]

pertandingan seni budaya

Rumusan Lengkap

Rumusan membincangkan kepentingan pengekalan warisan seni
budaya dan usaha-usaha untuk mengekalkannya. [2 markah]

Kepentingan pengekalan warisan seni budaya adalah
melambangkan identiti bangsa sesebuah negara. Seterusnya, dapat
mencerminkan corak kehidupan setiap bangsa yang berbeza antara satu
sama lain. Selain itu, warisan ini dapat menarik minat bangsa lain untuk
menghayati dan mendalaminya. [3 isi fokus 1]

Usaha-usaha mengekalkannya ialah Institusi pendidikan yang
menjadi saluran utama untuk melahirkan generasi muda yang celik dan
meminati warisan seni budaya . Selanjutnya, media massa juga perlu
memperkenalkan warisan seni budaya setiap bangsa dari semasa ke
semasa. Seterusnya, mengadakan kempen warisan seni budaya ,
menganjurkan ceramah warisan seni budaya serta wawancara mengekalkan
seni budaya. [5 isi fokus 2 dari bahan 1 & bahan 2]

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha mengekalkan
keutuhan warisan seni budaya dalam masyarakat agar menjamin generasi
yang celik warisan tradisi. [2 markah]

[105 patah perkataan]

Model 4 Bahan 1: Petikan

Baca petikan dan Tema

teliti bahan grafik Patriotisme pada umunnya dikaitkan
dengan semangat kecintaan dan pengorbanan
yang disertakan di yang kuat untuk negara. Semangat cinta akan
negara ini perlu disemai dan dipupuk dalam
bawah, kemudian kalangan remaja kerana semangat ini tidak hadir
sendiri tanpa memahami sejarah negara secara
buat satu rumusan jelas. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme
dikatakan semakin menipis dalam diri remaja
yang panjangnya kerana generasi pascamerdeka itu tidak pernah
merasai jerih perih seperti yang dialami pejuang
tidak melebihi 120 kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu.
Mereka juga berasa selesa dengan kehidupan hari
patah perkataan. ini. Sehubungan dengan itu, semangat patriotisme
mesti disemai melalui sistem pendidikan
Anda digalakkan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, bermula
dari peringkat sekolah rendah lagi. Pada masa
supaya menggunakan yang sama, penerapan elemen sejarah melalui
mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Kajian
ayat anda sendiri Tempatan dan Kesusasteraan Melayu turut dapat
menyemai semangat patriotisme.
tanpa mengubah
Tema
maksud asal petikan

dan bahan.

Fokus 1-usaha [isi]

Bahan 1: Petikan

Model 4 usaha [isi] Untuk membina semangat patriotisme dan rasa
usaha [isi] cinta remaja terhadap negara, pelbagai aktiviti menarik boleh
dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah seperti
usaha [isi] Persatuan Sejarah, Kelab Rukun Negara dan Kelab Setia. Di
samping itu, kempen sayangi negara hendaklah diadakan
usaha [isi] secara berterusan. Media elektronik seperti televisyen dan
radio perlu menyiarkan dokumentari tentang pejuang
8sifoba12 – Pilih isi ikut kemerdekaan dan menayangkan filem-filem yang berkaitan
wakil fokus dengan peristiwa bersejarah negara kita. Penyebaran
Fokus 1: maklumat tentang peristiwa bersejarah melalui laman sosial
perlu dilaksanakan dengan harapan remaja dapat
Bahan 1 - 4 isi/ 5 isi menggunakan kreativiti mereka dengan memuat naik
Fokus 2: peristiwa-peristiwa sejarah secara interaktif supaya semangat
patriotisme dapat diterapkan. Selain itu, program sambutan
Bahan 2-4 isi/3 isi bulan kemerdekaan perlu dijalankan untuk menyemarakkan
semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Program-
program seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik,
pementasan teater dan drama yang bercorak kenegaraan
boleh dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, pihak sekolah
dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan
negara sampai kepada golongan sasaran. Namun, program
tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana
kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak
kenegaraan tersebut.

Bahan 1: Petikan

Model 4 Dalam memupuk semangat patriotisme,
ibu bapa turut memainkan peranan penting
usaha [isi] dengan menunjukkan teladan kepada anak-anak.

Misalnya, ibu bapa bersama anak-anak
mengibarkan Jalur Gemilang atau melawat tempat-
tempat bersejarah tanah air. Akan tetapi, terdapat
segelintir ibu bapa yang kurang berperanan dalam
menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa
anak-anak mereka menyebabkan hasrat untuk
memupuk semangat terjejas. Para remaja juga
perlu dididik dan diterapkan konsep berpegang
usaha [isi] pada prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara
yang terdapat dalam Rukun Negara. Penerapan
terhadap prinsip ini diharap dapat melahirkan
remaja yang bersemangat patriotisme dalam meniti
arus globalisasi. Oleh itu, setiap rakyat negara ini
8sifoba12 – Pilih isi ikut perlu mempunyai semangat patriotisme dalam
wakil fokus mempertahankan maruah bangsa, agama dan

Fokus 1: negara tercinta.

Bahan 1 - 4 isi/ 5 isi

Fokus 2: (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memupuk
Bahan 2-4 isi/3 isi Semangat Patriotisme melalui Sejarah’

oleh Azam Rahman Dewan Siswa, Ogos 2014)

Model 4 Bahan 2: Grafik Fokus 2:
kepentingan[isi]

KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

8sifoba12 – Pilih isi ikut  membentuk ke arah membina negara bangsa bersatu padu
wakil fokus  menjadi benteng untuk memastikan kemerdekaan negara
Fokus 1:  melahirkan rakyat yang saling membantu dan bekerjasama

Bahan 1 - 4 isi/ 5 isi membangunkan negara
Fokus 2:  meningkatkan keyakinan rakyat
 meningkatkan semangat rakyat untuk mempertahankan negara daripada
Bahan 2-4 isi/3 isi
musuh dan ancaman luar
kepentingan[isi]

Rumusan lengkap

Rumusan membincangkan cara-cara memupuk patriotisme dalam
kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat patriotisme. [2
markah]

Cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja
adalah melalui sistem pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah.
Selain itu, adanya penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran lain
serta melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Seterusnya, kempen sayangi
negara hendaklah diadakan secara berterusan untuk memupuk patriotisme
dalam kalangan remaja

Kepentingan memupuk semangat patriotisme adalah membentuk
ke arah membina negara bangsa bersatu padu serta menjadi benteng untuk
memastikan kemerdekaan negara. Seterusnya, dapat melahirkan rakyat
yang saling membantu dan bekerjasama membangunkan negara dan
meningkatkan keyakinan rakyat

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha memupuk
semangat patriotisme agar kedaulatan negara terpelihara. [2 markah]

[ 101 patah perkataan]

TAMAT

SELAMAT MENCUBA
KAEDAH ACUPASI RUMUSAN

INOVASI K-TEACUPASI
Oleh

HAMIDAH BINTI RAYA


Click to View FlipBook Version