The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fahmymustafa, 2021-06-28 19:26:10

SK Wellesley Sharvesh

SK Wellesley Sharvesh

KEUNIKAN KEPELBAGAIAN
MASYARAKAT MALAYSIA

TARIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA

BIODATA PENGARANG

Nama : Sharvesh a/l Jeyabalan

Tarikh Lahir: 25 Februari 2010

Umur : 11 tahun

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Wellesley

Nama Bapa : Jeyabalan a/l Ramsandra

Pekerjaan : Juruteknik
Bapa

Nama Ibu : Sathiakala a/p Muniandy
Pekerjaan : Suri rumahtangga
Ibu

Adik beradik :

J.Keshaav (10 tahun)
J.Akarsh (6 tahun )
J.Jagadeesh (3 tahun)

Hobi : Melukis, Membaca dan Menari

Cita-cita : Guru

Proud to be Welleslians
-Wellesley Excellence-

PENGENALAN

Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri
daripada masyarakat Melayu, India, Cina, Sikh, Serani dan masyarakat etnik
seperti Iban dan Sumazau. Sebagai rakyat Malaysia,/ saya amat bersyukur
apabila dilahirkan sebagai bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia amat unik jika
dibandingkan dengan masyarakat dari negara lain. Amat sukar apabila pelbagai
kaum dan kepercayaan boleh hidup dengan aman damai dan bertoleransi serta
menghormati /adat dan kepercayaan kaum lain.

Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat
pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat
didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan
mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap
kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Bagi sesetengah masyarakat,
setiap tarian yang diwarisi mempunyai makna yang tersendiri. Sebagai contoh
tarian Melayu seperti Mak Yong, Zapin, Gamelan, Inang, Joget dan lain-lain.
Tidak ketinggalan tarian masyarakat India seperti Kathak, Bharatanatyam, Odissi,
Mohiniyatam, Kuchipudi, Kolattam dan juga tarian masyarakat Cina seperti
Tarian Singa, Tarian Kipas dan Tarian Naga. Manakala kaum etnik Sabah dan
Sarawak juga terkenal dengan tarian mereka sendiri seperti Ngajat dan Sumazau.

Buku ini menceritakan serba sedikit tentang tarian yang mewakili setiap
masyarakat di negara ini. Semoga ianya menjadi salah satu elemen perpaduan
bagi membantu pengukuhan dan mengeratkan lagi perbezaan generasi muda
dalam masyarakat Malaysia zaman sekarang.

BANGGA MENJADI RAKYAT
MALAYSIA

PROUD TO BE MALAYSIANS

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan mengenai tarian
tradisional di Malaysia dengan memberi fokus
kepada bagaimana kedudukan tarian tradisional ini
dalam konteks masyarakat negara Malaysia yang
berbilang kaum.

Senitari merupakan warisan budaya yang
menghiasi keunikan kaum-kaum Malaysia sama ada
orang Melayu, orang India, orang Cina dan
bumiputra Sabah dan Sarawak. Tarian- tarian yang
dipersembahan oleh kaum-kaum tersebut benar-
benar eksotik dan menawan apabila ianya ditambah
dengan gerak anggota badan yang dilakukan dengan
lemah lembut sambil diiringi dengan bunyi muzik.

Kaedah penyelidikan yang saya gunakan adalah
sumber bertulis seperti buku, majalah, dan melayari
internet yang boleh memberi maklumat dalam
pengkajian.

TARIAN MAK YONG

Tarian Mak Yong merupakan sejenis tarian
melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini
merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari
Melayu yang menggabungkan unsur-unsur
ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,
muzik, vokal, lagu, cerita dan teks percakapan
yang formal dan bersahaja.

TARIAN ZAPIN

Tarian Zapin merupakan tarian yang terkenal di
negeri Johor. Perkataan Zapin berasal daripada
AL-Zaffan iaitu gerak kaki. Kini, tarian Zapin
masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal
dan tidak formal. Sebagai contoh majlis
perkahwinan, majlis perasmian dan sebagainya.

TARIAN INANG

Tarian Inang merupakan versi moden bagi
tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang.
Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis
sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo
rebana, biola dan gendang. Semasa menari,
para penari melambaikan sapu tangan yang
berwarna-warni. Tarian Inang juga
diadaptasikan dari tarian pengasuh. Ia
dikatakan kerana lengok badan yang lembut
dan lemah gemalai.

TARIAN JOGET

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional
yang lazim di Malaysia, terutamanya di negeri Melaka.
Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar.
Tarian ini dipercayai berasal daripada tarian orang Kristang
iaitu Branyo yang sendirinya daripada suatu tarian tradisi
masyarakat Algarve di Portugal iaitu corridinho. Ketika itu
Joget diiringi lagu-lagu khusus seperti “Jingkling Nona”
tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget
Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport
Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Tarian ini begitu
terkenal sebagai acara bagi memeriahkan majlis-majlis
perkahwinan dan keramaian.

TARIAN GAMELAN

Tarian Gamelan mula dipersembahan di Istana
di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17.
Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di
khayalak ramai di Pekan Pahang dalam tahun
1811 dalam upacara persandingan Tengku
Hussain. Secara estetiknya, tarian ini adalah
sangat cantik dan merupakan bentuk tarian
yang paling kaya dari segi jenisnya dalam
kebanyakan adat tarian Melayu.

TARIAN BHRATHANATYAM

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi
dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan
bersemangat ini berdasarkan kisah epik purba,
dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian
dan gaya badan. Memandangkan tarian ini
memakan masa yang lama untuk dikuasai,
terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang
mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

TARIAN KATHAKALI

Tarian Kathakali merupakan salah satu tarian klasik
india berasal dari kerala (india selatan).
Persembahan tarian ini merupakan gaya tarian
paling rumit dan dilakukan dalam gaya bermain
teater. Apa yang beza dari tarian-tarian klasik india
iaitu para penari Kathakali menggunakkan riasan
wajah serta kostum semasa persembahan tarian
tersebut. Riasan wajah- wajah penari dapat
dibezakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik ( rupa
ksyatria) dan tamasyik ( rupa syaitan).

TARIAN KOLATTAM

Tarian Kolattam adalah gabungan dua
perkataan Tamil iaitu ‘kol’ yang bermaksud
kayu pendek dan ‘attam’ yang bermaksud
tarian. Dalam tarian ini, ia biasanya
dipersembahkan dalam kumpulan lapan hingga
40 orang. Pukulan demi pukulan inilah yang
memberikan tempo kepada tarian kolattam
yang juga persembahan tradisi masyarakat
India.

TARIAN ODISSI

Tarian Odissi atau dikenali sebagai Orissi

merupakan satu daripada lapan bentuk tarian klasik

India yang berasal dari negeri Odisha di bahagian

timur India. Berdasarkan bukti arkeologi, tarian

Odissi telah wujud 2,000 tahun yang lalu dan

merupakan tarian sekular pada ketika itu. Berbeza

dengan tarian Bharatanatyam, tarian Odissi

mempunyai perbezaan peringkat dalam

persembahan tersebut, dengan keutamaan diberikan

kepada Tribangi, pergerakan bebas kepala, dada dan

pelvis dan chaukayang (kekuda asas yang lurus

TARIAN KUCHIPUDI

Tarian Kuchipudi adalah tarian klasik India
yang popular di seluruh India Selatan. Nama
Kuchipudi diambil dari nama sebuah kampung
di Divi Taluka terletak di daerah Krishna, Yang
bersempadan dengan Teluk Bengala. Salah
satu keunikan tarian Kuchipudi ialah aksi
tarangam di mana penari melakukan gerak-geri
tarian sambil berdiri di atas talam tembaga.

TARIAN SINGA

Bermain singa, sebagai bentuk tradisional
China, juga adalah aktiviti yang popular. Rakyat
bermain singa semasa perayaan Tahun Baru
yang datang untuk menambah keseronokkan.
Adat ini telah berusia seribu tahun. Kaum cina
percaya tarian ini membawa nasib baik, jadi
untuk setiap Tahun Baru Cina kaum cina mesti
bermain tarian singa ini.

TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang
memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2
lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas
cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat
cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa
menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan
lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina
yang mana masyarakat cina mempercayai ‘Fung
Shui’ iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina
umumnya tentang suatu petanda yang baik dan
buruk terhadap sesuatu kehidupan ditempat mereka.
Oleh itu, jenis tarikan ini dimainkan supaya tarian ini
boleh membawa kebaikan atau ‘Fung Shui’ yang
baik kepada seluruh anggota masyarakat.

TARIAN NAGA

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan
tradisional dalam budaya Cina. Seperti tarian singa, tarian
naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang
Cina selalu menyebut ‘Keturunan Naga’ sebagai lambang
identiti etnik. Pada fikiran orang cina, naga adalah sejenis
hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan
yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib
buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman
nenek moyang semasa mereka semasa mereka merayakan
Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk
menyambut seorang dewa, bahkan ketika bencana peribadi
berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk
berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

TARIAN NGAJAT

Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional
bagi kaum Iban di Sarawak. Apabila menyambut Hari
Gawai sebelum berperang dan sebelum musin
menuai, tarian ini dipersembahkan. Gagong
merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang
diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit
beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya.
Satu topi yang panjang dihiaskan dengan buru-buru
burung juda dipakai.

TARIAN SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah
yang amat terkenal di Sabah dan diseluruh Malaysia.Tarian
asli suku ini adalah kaum Dusun daripada daerah Tuaran
dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau
merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau
dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang
demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis
bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan
sebagainya. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi
seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan
menuai padi.

Rujukan

 Pengkhususan Seni Tari Malaysia Tingkatan 4

 Tarian Melayu - Mohd Ghouse Nasiruddin

www.tourism.gov.my

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Tarian_Malaysia

https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/photos/se

jarah-tarian-naga

Sekalung Penghargaan kepada :

1. Ibu bapa dan keluarga
2. En. Mohd Fahmy bin Mustafa - Guru Besar SK Wellesley
3. Guru-Guru
4. Rakan-rakan

yang telah membantu saya sehingga terhasilnya buku
Keunikkan Kepelbagaian Masyarakat Malaysia; Tarian
Tradisional Masyarakat Malaysia dengan jayanya. Jutaan
terima/kasih juga pada pihak Pejabat Pendidikan Timur Laut

yang menganjurkan pertandingan Buku Digital yang
mendorong saya untuk menghasikan buku penulisan pertama

saya sendiri. Semoga jalinan pershabatan dan hubungan
antara kaum/yang erat akan sentiasa berkekalan hingga bila-

bila


Click to View FlipBook Version