The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozzlinda, 2020-05-04 23:22:07

PENDIDIKAN KERJAYA SKJ - SIRI 2

PENDIDIKAN KERJAYA SKJ - SIRI 2

Antara tugas utama Arkitek adalah :

 Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk,

 Menyediakan Lukisan Binaan,

 Menyediakan spesifikasi yang memperihalkan apa
yang ditunjukkan dan dinyatakan di dalam Lukisan
Rekabentuk dan Lukisan Binaan,

 Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum
kerja-kerja binaan dimulakan,

 Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum
pemilihan kontraktor dibuat dan menyediakan
Dokumen Kontrak apabila kontraktor telah dipilih,

 Jurutera atau insinyur merupakan suatu pekerjaan
profesional dalam bidang kejuruteraan, yang
berkenaan dengan aplikasi sains dan teknologi
dalam kehidupan seharian untuk mengatasi sesuatu
masalah.

 Jurutera mereka pelbagai jenis benda merangkumi
alat, mesin, bangunan, struktur, dan sistem dengan
sentiasa mengambil kira keselamatan dan kos.

 Antara tugas seorang peguam ialah menasihat
dan menjadi pakar rujuk yang bijak dan
berpengetahuan secara teori dan praktikal
mengikut kesesuaian dengan kes dan keadaan,
menjadi peguambela dan peguamcara yang
berpengalaman, cekap dan mahir dalam hal-hal
pendakwaan dan pembelaan hak di sisi
undang-undang.

 Bertanggungjawab dalam menyediakan
perkhidmatan kaunter untuk pelesenan
kenderaan dan pemandu serta
menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan
1987 untuk memastikan pemandu yang
berhemah dan kenderaan yang selamat.

 Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang
menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
tinggi, menguruskan pungutan hasil serta
menguatkuasakan akta pengangkutan secara
telus dan berkesan.

 Angkasawan adalah seseorang yang dilatih
untuk mengarah, memandu, berkhidmat
sebagai krew penerbangan kapal angkasa lepas.
Secara umumnya mereka adalah pengembara
profesional pergi ke angkasa lepas.

 Angkasawan pertama di Malaysia ialah Dato’
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin
Sheikh Mustapha

 Wartawan merupakan satu kerjaya dalam
industri media massa, yang merangkumi surat
khabar, majalah, televisyen, radio dan internet.

 Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul
dan menyebarkan maklumat tentang berita
terkini, orang ternama, tren dan isu-isu yang
relevan.

 Tugasnya meneliti rekod-rekod perakaunan
sesuatu badan perniagaan bagi
membolehkan Juruaudit mengeluarkan
pendapat sama ada benar, adil dan
saksama.

 Ahli Meteorologi atau kajicuaca merupakan
pengajian saintifik tentang
keadaan atmosfera terutamanya berkenaan cuaca
dan ramalannya.

 Ahli Meteorologi juga mengkaji arah dan halaju
angin, suhu, tekanan, wap air dan interaksi
pemboleh ubah dan bagaimana mereka berubah
dengan masa. Meteorologi juga mengkaji
interaksi atmosfera bumi dengan lautan.

 Pegawai Hidupan Liar mempunyai
tanggungjawab seperti :

 Bertugas menjalankan penguatkuasaan
undang-undang di bawah Akta
Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta
melakukan kawalan, penyelidikan dan
penyusunan hidupan liar.

 Ahli optometri adalah tenaga medic yang
mahir dalam perawatan pelbagai macam
kondisi mata dan membantu mengurangi
masalah penglihatan dengan menetapkan
kacamata serta kanta lekap.




Click to View FlipBook Version