CADANGAN TEMPAT BAGI PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA JARING
MSSM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022
Pengenalan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka menerusi Majlis Sukan Sekolah Negeri
Melaka (MSSNM) telah menerima cadangan pengelolaan bagi Kejohanan Bola Jaring
MSSM Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Sehubungan dengan itu, pihak JPNM
telah menjalankan tinjauan awal berkaitan cadangan termpat pengelolaan sebagai
rujukan pihak pengurusan tertinggi di Unit Kecemerlangan MSSM, BSKK, KPM. Pihak
kami sentiasa proaktif dari semasa ke semasa demi memastikan dasar sukan negara
dan sukan untuk prestasi tinggi dapat di capai.
Lokasi Venue Bola Jaring di Negeri Melaka
Pihak UPBM, JPNM telah mengadakan tinjauan awal di beberapa lokasi yang
mempunyai gelanggang bola jaring dan masih berfungsi dengan keadaan baik dan
ukuran gelanggang mematuhi spesifikasi bagi kejohanan MSSM. Lokasi-lokasi
tersebut telah dipecahkan kepada 3 buah daerah yang terdapat di Negeri Melaka iaitu
Daerah Jasin, Daerah Melaka Tengah dan Daerah Alor Gajah. Maklumat venue
adalah seperti berikut :
Bil. Daerah Lokasi Gelanggang Bilangan
Gelanggang
1 Melaka Tengah Universiti Teknikal Melaka (UTEM) 1 gelanggang
2 Gelanggang Bola Keranjang Dewan 1 gelanggang
MBMB
3 Kompleks Sukan Komuniti Krubong 1 gelanggang
4 Jasin Politeknik Merlimau Melaka 1 gelanggang
5 Alor Gajah Kompleks Sukan Masjid Tanah 1 gelanggang
6 Universiti Melaka (UNIMEL) 1 gelanggang
KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI MELAKA
MASJID TANAH (UNIMEL)
POLITEKNIK MERLIMAU,
MELAKA
GELANGGANG BOLA
KERANJANG DEWAN MBMB
Melaka
KOMPLEKS SUKAN UTEM
MELAKA
KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI
KRUBONG MELAKA
Perancangan Pengelolaan Kejohanan
Jika pihak JPNM dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Kejohanan Bola Jaring
MSSM Peringkat Kebangsaan 2023. Perancangan pengelolaan kami adalah seperti
berikut :
1. Kejohanan Bola Jaring Kategori Bawah 12 Tahun akan dijalankan di venue
Kompleks Sukan Komuniti Krubong Melaka.
2. Kejohanan Bola Jaring Kategori Bawah 15 tahun akan dijalankan di venue
Gelanggang Bola Keranjang Dewan MBMB Melaka.
3. Kejohanan Bola Jaring Kategori Bawah 18 tahun akan dijalankan di venue
Gelanggang Bola Jaring, Kompleks Sukan UTEM Melaka.
4. Majlis Penutupan kejohanan akan dijalankan di Gelanggang Bola Jaring,
Kompleks Sukan UTEM Melaka.
Jarak Lokasi antara Venue :
1. Gelanggang Bola Jaring Kompleks Sukan UTEM Melaka ke Kompleks Sukan
Komuniti Krubong, Melaka
Bil. Jarak Masa
1. 13.6 km 17 minit
2. Gelanggang Bola Jaring Kompleks Sukan UTEM Melaka ke Gelanggang Bola
Keranjang Dewan MBMB Melaka
Bil. Jarak Masa
1. 17.1km 28 minit
3. Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka ke Gelanggang Bola Keranjang
Dewan MBMB Melaka
Bil. Jarak Masa
1. 15.2 km 25 minit
4. Gelanggang Bola Jaring Kompleks Sukan UTEM Melaka ke Gelanggang Bola
Jaring Politeknik Merlimau, Melaka
Bil. Jarak Masa
1. 32 km 35 minit
5. Gelanggang Bola Jaring Kompleks Sukan UTEM Melaka ke Universiti Melaka
(UNIMEL)
Bil. Jarak Masa
1. 45.1 km 55 minit
6. Gelanggang Bola Jaring Kompleks Sukan UTEM Melaka ke Kompleks Sukan
Masjid Tanah
Bil. Jarak Masa
1. 30.3 km 35 minit
Lampiran Bergambar Cadangan Venue Kejohanan Bola Jaring MSSM 2023
DEWAN BOLA KERANGJANG MBMB MELAKA
DEWAN BOLA KERANJANG MBMB MELAKA
KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI KRUBONG
KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI KRUBONG
KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI TEKNIKAL MELAKA (UTEM)
KEKUATAN & KELEMAHAN
1. Setiap venue pertandingan bola jaring hanya mempunyai satu gelanggang
sahaja.
2. Jarak antara venue pertandingan agak jauh dan keadaan trafik di Melaka sesak
semasa musim cuti persekolahan.
3. Terdapat 6 buah gelanggang bola jaring indoor bagi pertandingan tahap
kebangsaan.
4. Kedudukan gelanggang yang berasingan akan menimbulkan kesukaran
kepada pengurusan pasukan-pasukan yang bertanding.
5. Setiap Kategori akan bermain di venue pertandingan yang berbeza-beza
mengikut jadual perlawanan yang disediakan oleh pihak teknikal.
6. Penginapan pengadil dan teknikal akan ditempatkan di MITC Hotel Melaka.
7. Penginapan pemain-pemain adalah di beberapa buah asrama di Negeri
Melaka.
Disediakan oleh :
(MOHD HAFIZ BIN HUSAINI)
PENOLONG PENGARAH,
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID,
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.