The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SBLM1023 (Kumpulan B)

Ahli Kumpulan:
1. Ng Hui Min (262589)
2. Ng Yi Xian (262944)
3. Haslan B. Hassan (264554)
4. Ashirah Binti Abdullah Azif (272246)
5. Muhamad Haziq Fikram Bin Abdul (262271)
6. Muhammad Nurazam Bin Zainuddin (265102)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ashirah Azif, 2022-01-23 03:23:00

e-Majalah Malaysia Prihatin

SBLM1023 (Kumpulan B)

Ahli Kumpulan:
1. Ng Hui Min (262589)
2. Ng Yi Xian (262944)
3. Haslan B. Hassan (264554)
4. Ashirah Binti Abdullah Azif (272246)
5. Muhamad Haziq Fikram Bin Abdul (262271)
6. Muhammad Nurazam Bin Zainuddin (265102)

Keywords: e-Majalah,SBLM1023,Kemerdekaan,Malaysia Prihatin

e-MAJALAH

MALAYSIA
PRIHATIN

Terima Kasih Adiwira
Tema Hari Kebangsaan 2021
kekal, Malaysia Prihatin
Mahasiswa dan Golongan Belia
Pelapis Kepimpinan Masa Hadapan

NG HUI MIN HASLAN HASSAN
262589 264554

ASHIRAH AZIF HAZIQ FIKRAM
272246 262271

NG YI XIAN MOHD NORAZAM ROTIDE
262944 265102

01 TINTA EDITOR NAGNUDNAK ISI
02 ARTIKEL UTAMA
03 ARTIKEL SAMPINGAN
04 RUANGAN KREATIF
05 BERITA SEMASA

06 RUANGAN IKLAN

Salam sejahtera buat para pembaca.
Terlebih dahulu saya rasa bersyukur kerana dipermudah sagala
urusan kami dalam penerbitan e-majalah ini. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan e-majalah
ini terutamanya rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama yang baik sepanjang masa.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! “Malaysia Prihatin” adalah tema
Hari Kemerdekaan Tahun 2021 dan juga tema kepada e-majalah
ini. Dalam majalah ini kita akan menyebarkan maklumat-
maklumat tentang Hari Kemerdekaan Malaysia. Tujuan kami
memilih untuk menulis tentang tema ini adalah untuk menyemai
dan memupuk rasa cinta kepada negara antara masyarakat
terutamanya dalam kalangan generasi muda yang tidak berapa
tahu sejarah pemimpin-pemimpin negara yang banyak berjasa
dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita.
Justeru kami amat berharap agar isi kandungan majalah ini dapat
sampai ke hati para pembaca sekalian supaya semua orang akan
menghargai erti kemerdekaan serta membangkitkan semangat
patriotik. Di samping itu, penyampaian ilmu pengetahuan
bermanfaat yang boleh diguna pakai pada masa hadapan.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf jikalau
terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan
kata dalam e-majalah ini. Sekian, terima kasih.

TINTA Hui Min
EDITOR
NG HUI MIN
1 Ketua Editor

ARTIKEL
UTAMA

2

Malaysia

Prihatin

Bulan Ogos setiap tahun merupakan bulan sambutan kemerdekaan atau bulan
kebangsaan negara kita. Hal ini demikian kerana Hari Kemerdekaan Malaysia jatuh
pada 31 Ogos setiap tahun. Oleh itu, warganegara Malaysia akan menyambutnya secara
besar-besaran pada hari tersebut dengan pelbagai acara yang menarik terutamanya di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Setiap tahun, Hari Kemerdekaan mempunyai
temanya masing-masing. Pada tahun 2021, Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang
ke-64 dan tema “Malaysia Prihatin” telah dikekalkan seperti tahun 2020 dan ia dipilih
sebagai tema Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Tema “Malaysia Prihatin” ini
membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan
keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Rasional Tema "Malaysia Prihatin"

: Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama
memerangi Covid-19

: Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi,
kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia

Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat
Malaysia berganding bahu memerangi pandemik Covid-19, tanpa mengira ideologi
politik dan meliputi segenap lapisan masyarakat, sama ada pihak kerajaan, pihak
pembangkang, penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang
perseorangan. “Malaysia Prihatin” juga membawa pengertian keprihatinan kerajaan
dalam mengutamakan kebajikan rakyat Malaysia melalui inisiatif Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta
kelangsungan hidup rakyat.

Oleh itu, semangat “Malaysia Prihatin” perlu disemarakkan dalam segenap kehidupan

rakyat Malaysia. Ia perlu disematkan dalam ingatan untuk rakyat negara ini

mengukuhkan kembali asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat

Malaysia. 3

1. LOGO BERBENTUK HATI Kerajaan Rasional Logo
Melambangkan keprihatinan

Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.

2. WARNA BIRU TUA

Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang

kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

3. BULAN SABIT 6. STIGMA BUNGA RAYA

Islam adalah agama bagi persekutuan. Membawa negara menuju ke mercu

4. BINTANG PECAH 14
Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan kejayaan.
7. 5 TITIK MERAH
Persekutuan.
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak
5. 7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam bunga raya yang menggambarkan 5
menghadapi segala rintangan dengan prinsip Rukun Negara yang
menjadi kunci perpaduan yang
keikhlasan dan kesungguhan.
berbilang bangsa.

Mengimbas Kembali Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Menyingkap sejarah negara kita, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah
diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara pemasyhuran
kemerdekaan berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang
termasuklah raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota
kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

Pada upacara bersejarah ini, pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul
Rahman Putra melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan
rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) ditubuhkan dengan mengambil aspirasi Bapa
Malaysia atau bapa kemerdekaan, almarhum Tunku Abdul Rahman dan mengambil
semangat kemerdekaan 1957. Rakyat pada hari ini perlu menyingkap kembali setiap detik
dan peristiwa sejarah kemerdekaan negara kita.

Upacara hari kemerdekaan ketika itu disusuli dengan seruan azan yang melambangkan
Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan
bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan, Negaraku.
Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah
Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

4

SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA
MALAYSIA KU TERCINTA

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun
menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom,
penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah
Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi
oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22
Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan
hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa
mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum
Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan
institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris
memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang
Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200
perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 – 4 Mac
1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang
dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit
Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin
(Za’ba) ditubuhkan.

Perjanjian Persekutuan yang
ditandatangani oleh Raja-Raja
pada 21 Januari 1948 berjaya
mengembalikan Tanah Melayu ke

pangkuan orang Melayu;
kedaulatan raja-raja, hak

keistimewaan dan hak
kewarganegaraan.

5

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

TUNKU ABDUL RAHMAN TUN SIR HENRY H.S LEE
PUTRA
Ketokohan, pengorbanan dan
Ibarat kata pepatah Melayu
”Harimau mati meninggalkan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee
belang, manusia mati
meninggalkan nama". dalam mencapai perpaduan
kaum dan kemerdekaan
Begitulah ungkapan yang paling bererti
untuk mengenang jasa dan sumbangan negara amat terserlah dan
negarawan ulung Tunku Abdul Rahman
Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah perlu dikenang selama-lamanya. Beliau
menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin
yang berwibawa dalam pelbagai bidang, memainkan peranan yang penting dalam
seorang pejuang yang berjiwa kental dan
mempunyai semangat jati diri yang tinggi penubuhan MCA, perancang utama
untuk membebaskan negara dari
cengkaman penjajah. penubuhan perikatan UMNO-MCA,

penentang komunis di zaman darurat dan

merupakan pejuang negara semasa menuntut
Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya
merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri

Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959.

TUN V.T. SAMBANTHAN RENTAP

Tun V.T. Sambanthan Rentap merupakan seorang
merupakan seorang pejuang pahlawan Dayak (Iban)
daripada masyarakat India terkenal dalam sejarah
yang dilahirkan pada 16 Jun Sarawak. Pada tahun 1853,
1919 di kawasan pedalaman di beliau merupakan salah
Sungai Siput, Perak. seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap
Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua
menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika pahlawan Iban di Skrang dan Sariba.
berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar
Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam bahasa Iban atau membuat dunia
dalam pelbagai kementerian. bergegar diberikan kepada Libau selepas
beliau memenggal kepala musuh dalam
perang pertamanya.

6

ARTIKEL
SAMPINGAN

7

Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dalam memperingati
ulang tahun ke-13 Kemerdekaan bagi negara kita yakni Malaysia. Rukun Negara ini
telah diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang menjejaskan tahap
perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utamanya
adalah ingin membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip itu terkandung dengan
jelas kunci keharmonian dan perpaduan demi kejayaan dan kestabilan negara kita bagi
tempoh yang berpanjangan.

Di mana negara kita, Malaysia memupuk cita-cita:

Rukun Mencapai dan memupuk perpaduan yang lebih
Negara baik di kalangan masyarakat
Memelihara cara hidup demokratik
Mewujudkan masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama
Memastikan pendekatan liberal terhadap tradisi
budaya yang kaya dan pelbagai
Membina masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden

Jadi dengan usaha semua kaum dan agama yang berada di Malaysia kita telah sepakat
dan berikrar akan mematuhi dan mengikut segala yang telah termaktub di dalam
Prinsip Rukun Negara:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

8

Sebelum penularan wabak Covid-19, pelbagai aktiviti rancak dijalankan terutama
perarakan dan sambutan yang meriah sempena Bulan Kebangsaan yang diadakan setiap
tahun. Perkara itu sedikit sebanyak menaikkan semangat semua lapisan masyarakat
terutama belia dan anak muda.

Justeru, apakah langkah terbaik bagi memupuk cintakan negara atau semangat
patriotik dalam kalangan pelajar di era digital ini, sekali gus menyemarakkan semangat
patriotisme ini terutama dalam kalangan mahasiswa yang juga pelapis kepimpinan masa
depan negara?

AKTIVITI PATRIOTIK DI RUMAH
Walaupun pergerakan terbatas kerana mematuhi
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan
ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), jangan ingat kita tak boleh terapkan
semangat cintakan negara dan patriotik di rumah.
Semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan
meriah di rumah, tanpa perlu keluar jauh dengan
mengibarkan dan menggantungkan bendera
Malaysia di dala dan luar rumah.

INOVASI PAKAIAN TRADISIONAL
Pihak pengurusan belia mahupun pihak
pengurusan universiti boleh melancarkan hari
inovasi pakaian tradisional pada hari
kemerdekaan
Olah bendera menjadi pakaian dan aksesori
tradisional seperti samping, selendang dan
songkok.
Rakamkan memori ini dan kongsikan di media
sosial bagi mencetuskan semangat kepada
generasi baru.

MENONTON FILEM PATRIOTIK
Gunakan stimuli visual dengan adakan tontonan filem patriotik di rumah bersama rakan-
rakan ataupun dipanggungkan di dewan-dewan besar universiti. Filem seperti Bukit
Kepong, Sarjan Hassan, 1957: Hati Malaya, Tanda Putera dan lain-lain.

Mahasiswa dan Golongan Belia
Pelapis Kepimpinan Masa Hadapan

9

Ruangan
Kreatif

10

TERIMA KASIH
ADIWIRA

Dulu,
Portugal Belanda Inggeris Jepun bahkan

komunis
Merampas tanah airku
Tanah asal tempat moyangku
Penjajah datang bertopeng haloba, kejam
Ramai tersiksa menjadi mangsa.



Tun Perak, Tuk Janggut, dan pahlawan-

pahlawan Melayu,
Mereka berperang sehabis tenaga,
Mereka berjuang demi anak bangsa,
Mereka bertahan demi Tanah Melayu,

Darah, nyawa dan harta mereka
gadaikan,

Untuk kemenangan yang mereka
perjuangkan


Kini

Tanah Melayu bebas umpama burung
Merdeka diukir pejuang nusa bangsa

Jasa kalian takkan terbalas
Terima kasih adiwiraku!




- Haslan Hassan -

11

Wahai rakyat Malaysia
Cintailah bangsa kita
Bangsa yang menjadi bangsa kebanggaan
Bangsa yang diingati setiap masa



Ku semai benih cinta akan negara
Penuh dengan kasih sayang sesama manusia

Bangsaku itu indah rupanya
Tidak terganti seribu tahun lamanya



Cintaku kepada bangsaku
Ku susuri dengan dengan penuh liku
Dipagari bunga-bunga bahasa
Bangsaku ialah bangsa tercinta



Bagi bangsa mendaulatkan bahasa
Mengharum nama di persada dunia
Tidak tergugat nilai status bangsanya

Takkan melayu hilang didunia.




- Haslan Hassan - CINTAILAH BANGSA
12 KITA

BERITA
SEMASA

13

Tema Hari Tema “Malaysia Prihatin”

Kebangsaan 2021 dan logonya mula

kekal, Malaysia diperkenalkan ketika

Prihatin lawatan kerja rasmi

PUTRAJAYA: Malaysia Prihatin sekali lagi beliau ke Kuching, Logo "Malaysia Prihatin"
dikekalkan sebagai tema Hari Kemerdekaan
2021 dengan sambutan rasmi yang juga dalam Sarawak pada 10 Julai tahun lalu
norma baharu seperti tahun lepas iaitu tahun
2020. bersempena sambutan Bulan Kebangsaan
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021, Datuk 2020. Logo berbentuk hati dengan corak
Saifuddin Abdullah berkata, ia perlu
disesuaikan dengan suasana wabak Covid-19 bendera Jalur Gemilang itu melambangkan
ketika ini. “Kita (penganjur) akan membuat
secara sederhana macam tahun lalu dan lokasi keprihatinan kerajaan terhadap rakyat
sambutan peringkat nasional juga dibuat di
Dataran Pahlawan, Putrajaya seperti pada berbilang kaum tabah dalam mendepani
tahun lepas,” katanya.
cabaran pandemik Covid-19.

Menurut Datuk Saifuddin lagi, perbarisan
di Dataran Pahlawan pada tahun 2021,
setakat ini belum pasti sama ada dibuat 30
minit sahaja atau satu jam atau boleh dua
jam kerana bergantung penilaian risiko
semasa. Ini termasuk acara Ambang
Merdeka pada malam 30 Ogos yang
kemungkinan besar juga ditiadakan seperti
tahun lalu susulan kebimbangan penularan
wabak Covid-19 di lokasi sambutan.

Amree Ahmad

14

Hari Kebangsaan 2021
tetap disambut penuh
bersemangat, sederhana

KUALA LUMPUR: Hari Kebangsaan ke-64 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
tetap disambut dengan penuh semangat Yaakob turut menyertai sambutan tersebut
patriotisme walaupun secara sederhana di mana yang bertemakan 'Malaysia Prihatin' secara
ia sesuai mengikut persekitaran norma baharu maya kerana menjalani kuarantin kendiri
iaitu bagi tahun kedua sejak negara dilanda bermula Isnin (30 Ogos) setelah disahkan
pandemik Covid-19 tahun lepas. kontak rapat pesakit Covid-19.
Di Putrajaya, sambutan yang diadakan di
Dataran Pahlawan Negara secara hibrid tetap Di Pahang, ketibaan Tengku Hassanal
menyerlahkan jiwa patriotisme dalam semangat disambut barisan kepimpinan negeri yang
Keluarga Malaysia apabila atur caranya sarat diketuai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri
dengan elemen patriotisme disusun rapi Wan Rosdy Wan Ismail dan sambutan
bersesuaian dengan pematuhan prosedur dimulakan dengan perbarisan kawalan
operasi standard (SOP). kehormatan utama, upacara menaikkan Jalur
Gemilang serta laungan ‘Merdeka’ sebanyak
Dengan ketibaan tetamu di lokasi tersebut tujuh kali. Sambutan yang diadakan semula
tahun ini, selepas tidak dianjurkan tahun lalu
termasuk menteri-menteri Kabinet ekoran pandemik Covid-19 berlangsung secara
sederhana dan turut disiarkan di akaun rasmi
berlatarbelakangkan pelbagai lagu patrotik, Facebook kerajaan negeri bagi membolehkan
rakyat Pahang 'menyertai’ sambutan itu secara
klip video Keluarga Malaysia yang dalam talian.

menampilkan lirik ciptaan Menteri Komunikasi

dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa turut

ditayangkan. Bukan itu sahaja, orang ramai

bersama meraikan sambutan Hari Kebangsaan

ke-64 dengan mengibarkan Jalur Gemilang

semasa menyaksikan persembahan udara dari

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di

Dataran Putra.

Sinar Harian

15

Di Kelantan, pelbagai inisiatif dilakukan orang ramai
walaupun secara bersederhana bagi menyemarakkan
Hari Kebangsaan 2021 termasuk berbasikal dengan
membawa Jalur Gemilang untuk menzahirkan semangat
patriotik. Kebanyakan penduduk terutamanya golongan
muda mengambil inisiatif berbasikal mengelilingi
kawasan sekitar bandar Kota Bharu sambil mengibarkan
Jalur Gemilang.

Di Johor, seramai 50 individu menyertai aktiviti konvoi
berkereta Merdeka@Komuniti kibar jalur gemilang di
Mersing bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari
Kebangsaan ke-64 mengikut norma baharu. Program
anjuran Jabatan Penerangan Mersing itu disempurnakan
Ahli Dewan Undangan Negeri Endau Alwiyah Talib
bermula di Dataran Kembara, Kampung Seri Lalang di
sini, kira-kira jam 9.40 pagi.

Di Perak, Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad
dalam perutusan di laman Facebook Jabatan Penerangan
berkata, dalam keadaan negara berdepan Covid-19,
penerapan semangat patriotisme masih perlu menjadi
ciri penting dalam membina sebuah negara yang kekal
aman serta terus maju demi rakyatnya. Beliau berkata,
keutuhan rakyat perlu sentiasa diperkukuh dalam
berhadapan musuh pandemik melalui semangat
patriotisme dan kebersamaan mematuhi SOP yang
ditetapkan kerajaan.

16

Ruangan

IKLAN

17

18

PERSATUAN PATRIOTISME UUM
Universiti Utara Malaysia, Sintok, 06010
Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman.
[email protected]

PERSATUAN PATRIOTISME UUM @PERSATUANPATRITIOSME.UUM


Click to View FlipBook Version