The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Folio calon kategori BM SM Anugerah NILAM Daerah 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46338422, 2021-10-09 11:46:42

FOLIO NILAM BM

Folio calon kategori BM SM Anugerah NILAM Daerah 2021

Keywords: NILAM

E

RESENSI BUKU

77 CIPTAAN &
INOVASI ILMUWAN
ISLAM MERUBAH

DUNIA



E

RESENSI BUKU

SENI BERFIKIR
KREATIF UNTUK
BISNES DAN HIDUP



F

PENCAPAIAN
KHAS

JAWATAN DAN
KEPIMPINAN

JAWATAN DAN KEPIMPINAN

BIL BIDANG JAWATAN TAHUN

1. BADAN PENGAWAS SEKOLAH 2021
KEPIMPINAN
PENGAWAS PEMERIKSA KIRA-KIRA 2021
AJK TINGKATAN 4 2021
2. PERSATUAN 2020
GEOGRAFI

3. KELAB CATUR

4. PERSATUAN SENI SETIAUSAHA
KREATIF

F

PENCAPAIAN
KHAS

SIJIL-SIJIL
BERKAITAN









F

PENCAPAIAN
KHAS

HASIL KARYA
INOVASI /
PENULISAN

CERPEN :TECHNOLOGYATI

OLEH : NUR ALYA NADHIRAH BINTI KAMARUDIN

“ Tahniah, Farah ! kamu telah mendapat keputusan yang terbaik
dalam semestar kali ini dan kamu adalah antara pelajar terhebat bagi
semestar pertama ini, saya harap kamu dapat kekalkan prestasi ini
pada masa akan datang,” kata puan Zarina dengan penuh rasa
bangga.

Kata - kata tersebut masih lagi terngiang - ngiang di fikiranku.Aku
berasa bangga akan diriku kerana penat lelah aku selama ini terbalas
dengan keputusan yang terbaik ini.Bak kata pepatah “Yang bulat tidak
datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang “.
Tiba-tiba, aku teringat akan ibu dan adikku yang berada jauh di
kampung.Aku segera mencapai telefonku untuk menghubungi ibuku,
akan tetapi ada satu panggilan daripada kawanku, Nurul lalu aku
menjawab panggilan tersebut.Alangkah terkejutnya aku bahawa Nurul
mengatakan dewan makan universiti kami terbakar dan Nurul
bersama kawan-kawannya terperangkap di dalam dewan makan
tersebut. Aku segera mencapai tudung dan telefonku lalu bergegas ke
dewan makan tersebut.

Apabila tiba di dewan makan tersebut, aku berasa resah apabila
melihat dewan makan tersebut dikeremuni oleh pelajar universiti
yang lain. Akan tetapi, aku berasa hairan kerana aku tidak nampak api
di dewan makan tersebut.Dengan penuh rasa keberanian, aku
menerjah masuk ke dalam dewan makan tersebut.Alangkah
terkejutnya aku apabila Nurul bersama kawan-kawannya mengadakan
parti untukku.

Aku berasa geram kerana mereka semua memperdayakan
aku.Namun,perasaan geram tersebut semakin reda dan hadir dengan
perasaan terharu dan gembira. Nurul bersama kawan-kawannya
mengucapkan tahniah kepadaku atas keputusanku. Aku

berasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada mereka
semua kerana sanggup membuat parti ini untukku.Tiba-tiba
telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk, aku segera
menjawab panggilan tersebut.Rupa-rupanya, panggilan tersebut
daripada adikku, Afiq.

Aku segera bergegas ke hospital bersama Nurul dengan menaiki
keretanya.Aku segera berlari ke bahagian kecemasan manakala
Nurul hanya mengejarku dari belakang.Apabila tiba di bahagian
kecemasan, aku segera mencari kelibat adikku dan aku
menjumpainya.Aku berjalan laju ke arahnya, dengan nafas yang
tercungap-cungap aku bertanya kepada nya.”Macam mana keadaan
ibu ?” manakala adikku hanya menundukkan kepala dan tidak
berkata apa-apa.Tindakan adikku membuatkan hatiku panas, namun
aku tidak mahu memarahinya kerana tindakan itu hanya akan
memburukkan keadaan lalu aku berselawat kepada Allah supaya
hatiku tenang.

Selepas beberapa minit kemudian, seorang doktor keluar lalu
berjalan menuju ke arah kami.Aku berdiri bagi mewakili
keluargaku.”Awak anak kepada Puan Abyati ke?” kata doktor
tersebut manakala aku hanya mengangguk sahaja.”Saya minta
maaf,tetapi Puan Abyati disahkan menghidap kanser peparu”kata
doktor itu lagi, kata-kata itu mampu membuatkan lututku lemah
namun aku masih lagi kuat dan mampu bertahan.Aku melihat tag
nama pada kot doktor tersebut,Kholidah.

Aku baru sahaja membuka pintu wad yang menempatkan
ibuku.Aku melihat bahawa ibu sedang baring di atas katil sambil
matanya tertutup.Aku memandang sayu ke arah ibuku,aku duduk di
atas kerusi yang disediakan oleh pihak hospital.Aku memegang erat
tangan ibuku namun hatiku sebak kerana kebiasaanya ibu akan
membalas balik peganganku ini.Aku melihat adikku yang berada di
hadapan pintu,dia sebak dan sedih

kerana tidak sanggup melihat ibu dalam keadaan sebegitu.Nurul
masuk ke dalam bilik wad tersebut lalu memegang bahuku tanda
memberikan semangat kepadaku.Aku rasa bersyukur kerana aku
dikurniakan kawan yang sentiasa berada di sisisku ketika susah
dan senang.

Aku memandang siling bilikku dengan perasaan sayu.Aku
ingin menolong ibuku namun apa yang aku mampu buat bagi
menolong ibuku.Aku mengeluh, aku berharap aku dapat
membantu ibuku tetapi apa yang aku mampu buat? Aku bangun
dari pembaringanku lalu memandang ke arah meja belajarku
dan aku hanya melihat peralatan-peralatan yang aku gunakan
bagi menyiapkan tugasan teknologiku baru-baru ini.Baru aku
terfikir, kenapa aku tidak membuat satu teknologi yang mampu
membunuh sel kanser di dalam tubuh ibuku?Aku mula berjalan
menuju ke arah meja belajarku dan aku melihat peralatan
tersebut.Aku duduk dan mengambil sehelai kertas lalu mula
melakar teknologi yang bakal ku cipta.Aku berharap bahawa
dengan teknologi ini ibuku akan kembali sihat kepada keadaan
asal.

Hari ini aku akan berjumpa dengan dengan Puan Zarina bagi
membantuku untuk menyiapkan teknologi ini.Setibanya aku
dihadapan pintu biliknya, aku segera mengetuk pintu tersebut
dan aku dapat mendengar Puan Zarina membalasnya dari
dalam.Aku segera masuk ke dalam bilik tersebut.Aku dapat
melihat Puan Zarina sedang minum di kerusinya lalu aku duduk
di kerusi yang berhadapan dengannya.”Kenapa nak jumpa
saya?” kata Puan Zarina manakala aku hanya mendiamkan diri
buat seketika. “Saya ada perkara yang hendak dibincangkan
dengan puan” kataku dengan perasaan gementar.”Baiklah apa
yang awak nak cakap?” kata Puan Zarina lagi lalu aku mula
menceritakan kepada Puan Zarina atas apa yang telah
menimpaku.

Aku memandang siling bilikku, sekarang ini perasaan ku mula
bercampur baur.Mulai esok aku akan mula belajar dengan lebih
mendalam tentang teknologi bersama Puan Zarina.Bagi
menenangkan fikiranku, aku mula mengambil air sembahyang lalu
membentangkan sejadah.Sejurus itu, aku mula menunaikan solat
sunat hajat.

Hari ini, selesai sahaja aku menunaikan solat subuh aku mula
bersiap bagi berjumpa dengan Puan Zarina.Tepat sahaja pukul 9
pagi, aku sudah mula menjekkan kaki ke dalam Universiti Medik
Nanoteknologi MARA.Pada saat ini, sekali lagi perasaan ku
bercampur baur namun aku cuba menenangkan diriku lalu aku
berjalan terus ke makmal yang menempat tempat khas bagi
pelajar universiti tersebut sekiranya mahu menjalankan
eksperimen.

Selangkah sahaja aku masuk ke dalam makmal tersebut aku
dah dapat melihat Puan Zarina telah berada di dalam makmal
tersebut terlebih dahulu.Aku memberikan salam lalu bersalaman
dengan Puan Zarina.”Saya minta maaf sekiranya puan menunggu
lama” kataku sebagai tanda hormat.”Jangan risau saya baik
sahaja” balas Puan Zarina lalu mengeluarkan sehelai kertas.Aku
melihat helaian kertas tersebut.Rupanya itu ialah kertas lakaran
teknologi yang aku bakal cipta.

“Baiklah mulai hari ini, ciptaan awak akan sentiasa berada di
bawah pengawasan saya namun dua minggu lagi ciptaan awak
akan berada di bawah penguasaan orang lain” kata Puan
Zarina.”Orang lain, maksud puan?” tanyaku bagi kepastian.”Jangan
risau, dia seorang yang pandai dan saya yakin dia dapat
membantu kamu” kata Puan Zarina lagi manakala aku hanya
melepaskan keluhan berat.

Dua minggu berlalu, nampaknya masa berlalu dengan
begitu pantas.Bak kata orang tua “Masa itu emas” jadi kita
seharusnya menghargai masa dengan sebaiknya.Teknologi yang ku
cipta telah pun siap dan hanya tinggal untuk diuji sahaja.Aku
belum menamakan lagi teknologi tersebut kerana bagiku nama
teknologi bukanlah perkara yang penting.Aku berasa simpati
kepada adikku kerana terpaksa menguruskan semuanya dengan
sendiri, sudahlah pada tahun ini, Afiq akan mengambil
peperiksaan yang besar iaitu SPM dan aku juga berharap dengan
teknologi yang ku cipta ini mampu mengembalikan kesemuannya
dalam keadaan yang asal.

Pada hari ini merupakan hari terbesar bagiku, aku akan
memasukkan teknologi tersebut ke dalam badan ibuku dan aku
berharap dengan teknologi tersebut mampu untuk menghapuskan
sel kanser yang kian bertumbuh.Walaupun begitu, aku berasa
hairan kerana Puan Zarina ada mengatakan yang akan ada
seseorang yang akan menggantikan tempatnya bagi
membimbingku namun sehingga ke hari ni aku tidak kelihatan
orang tersebut.

Selepas sahaja mendapat kebenaran daripada pihak hospital,
ibuku dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan.Aku,Afiq dan
Doktor Kholidah bersama mengiringi katil ibuku menuju ke bilik
tersebut.Aku dan Doktor Kholidah masuk ke dalam bilik tersebut
manakala adikku hanya menunggu di luar.Selepas selasai sahaja
aku memasukkan teknolgi tersebut, ianya bertindak balas dan
hampir 70 peratus daripada kanser ibuku terhapus.

Tiba-tiba, ibuku terkena serangan jantung.Semua peralatan
yang berada di alihkan ketepi lalu doktor serta jururawat
bertungkus-lumus berusaha demi menyelamatkan nyawa ibuku
dan akhirnya nyawa ibuku dapat diselamatkan cuma ianya berada
dalam

keadaan yang lemah.Oleh itu,eksperimen tersebut terpaksa
dibatalkan manakala aku masih berdiri di tempat yang
sama.Aku terkejut dengan apa yang berlaku,teknologi yang ku
cipta hampir membunuh ibuku!

Aku berkurung diriku di dalam makmal universiti.Jam di
tangan ku hampir menunjukkan pukul 10 malam.Selepas sahaja
ibuku dihantar balik ke biliknya, aku terus melarikan diri dan
mengurung diriku di dalam makmal.Aku berasa kesal dan sedih
seumpama tiada harapan untuk ibuku kembali sembuh.”Saya
minta maaf tetapi selepas sahaja eksperimen tersebut sel
kanser Puan Abyati semakin aktif dan bila-bila masa sahaja dia
boleh pergi”kata Doktor Kholidah.

Aku rasa bersalah dan sedih.Oleh itu, aku nangis sepuas-
puasnya.Tiba-tiba,aku merasakan seperti ada orang
menyarungkan jaket di bahuku.Aku segera mengankat
mukaku.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Nurul berada
di hadapanku sekarang.Aku melihat pakaiannya basah kuyup
dan aku baru tersedar di luar sana hujan lebat, mesti Nurul
mencariku namun tiada apa-apa perkataan yang keluar dari
mulutnya lalu dia hanya memelukku lalu aku membalas
pelukannya dan aku menangis sepuas-puas di bahunya.

Hari ini, aku akan memulakan dengan hari yang
baru.Selangkah saja aku memasuki makmal,aku kelihatan ada
jejaka di dalamnya namun aku tetap masuk ke dalam makmal
tersebut.Lelaki itu bangun lalu datang dekat ke arahku.”Mulai
hari ini saya akan menggantikan Puan Zarina bagi membimbimg
awak, nama saya Daniel” kata lelaki tersebut manakala aku
hanya menggangukkan kepala lalu tersenyum.”Baiklah, boleh
saya tengok lakaran dan contoh hasil model teknologi awak?”
katanya lalu aku segera keluarkan barang tersebut lalu
memberikan kepadanya.

Beberapa minggu kemudian, aku berasa bersyukur kerana
ibuku telah disahkan bebas daripada kanser.Aku berasa
gembira dan berterima kasih kepada Daniel kerana
membantuku menyiapkan teknologi ini.Rupa-rupanya,aku
telah melakukan kesilapan sewaktu mencipta teknologi
tersebut.Aku berasa gembira kerana aku mempunyai kawan
yang sudi membantuku di ketika ku susah dan senang.Aku
dapat melihat adikku menangis kegembiraan apabila melihat
keadaan ibu semakin sihat.

Beberapa tahun kemudian, Aku kini sudah berjaya tamat
menamatkan pengajianku dan kini aku sudah mula bekerja
bagi bagi bidang medik nanoteknologi di peringkat
antarabangsa.Apabila teknologi ciptaan berjaya
menyembuhkan penyakit ibuku, teknologi tersebut mula
berkembang ke seluruh dunia.Teknologi tersebut telah berjaya
menyembuhkan pesakit yang disahkan menghidap kanser lalu
dengan teknologi tersebut, Malaysia telah menjadi tempat
pertama bagi bidang teknologi.

Aku rasa bersyukur yang teramat kepada Allah atas segala
yang berlaku dan siapa sangka adikku telah mendapat
keputusan yang terbaik dan sekarang telah memulakan
pengajiannya dalam bidang komputer nanoteknologi.
Disebabkan oleh teknologiku telah berjaya menyembuhkan
ibuku, oleh itu, aku menamakan khas bagi teknologi itu
sempena nama ibuku, TECHNOLOGYATI.

(1557 PATAH PERKATAAN)

SUMBER RUJUKAN (BIBLIOGRAFI )
•http://afafcandy.blogspot.com/2018/09/nanoteknologi.html

G

LAMPIRAN

GAMBAR-GAMBAR
AKTIVITI

LAMPIRAN

Menjalankan eksperimen (solar oven) Bermain congkak bersama adik
untuk Pertandingan Solar Oven pada setiap hujung minggu
peringkat daerah

Membaca buku bersama adik pada Membaca alquran setiap malam
waktu lapang

Bersenam dengan keluarga setiap Berkelah bersama kelarga pada
pagi atau petang hujung minggu


Click to View FlipBook Version