UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SHAHBANDARAYA, KLANG.
Disediakan oleh:
CR. AZINALHUSNA BINTI MAT GHANI
KAUNSELOR SMK SHAHBANDARAYA
Pada suatu hari, ada seorang anak yang
mengeluh kepada ayahnya mengatakan
bahawa hidupnya amat sengsara.
Dia tidak tahu bagaimana dia akan melaluinya.
Dia rasa amat sukar dan penat untuk menghadapinya.
Kadangkala hanya satu dari masalahnya
yang dapat ia selesaikan,
kemudian masalah yang lainnya akan muncul
dan tidak dapat diselesaikan.
Ayahnya membawa dia ke dapur.
Dia mengisi tiga periuk dengan air dan
meletakkannya di atas api yang besar.
Setelah ketiga-tiga periuk tersebut mulai mendidih,
dia memasukkan beberapa kentang ke dalam periuk pertama,
beberapa telur di dalam periuk kedua dan
beberapa biji kopi di dalam periuk ketiga.
Kemudian dia duduk dan membiarkan
ketiga-tiga periuk tersebut mendidih.
Anak perempuannya mengeluh
dan tidak sabar menunggu dan melihat sahaja perlakuan ayahnya
sambil bertanya-tanya apa yang ayahnya ingin lakukan.
Setelah dua puluh minit berlalu,
dia mematikan dapur tersebut.
Dia mengeluarkan kentang dari periuk dan
meletakkannya ke dalam sebuah mangkuk.
Dia mengangkat telur dan meletakkannya
ke dalam mangkuk yang lain.
Kemudian dia menuang kopi ke dalam cawan.
Lalu ia beralih menatap anaknya dan bertanya,
“Anakku, apa yang kamu lihat?”
“Kentang, telur, dan kopi,” jawab anaknya.
“Lihatlah lebih dekat, dan sentuh kentang ini”, kata si ayah.
Anaknya melakukan apa yang diminta oleh ayahnya , lalu menyentuh
kentang yang telah lembut itu.
Kemudian si ayah memintanya untuk mengambil telur
dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya,
ia mendapat sebiji telur rebus.
Akhirnya, sang ayah memintanya untuk merasa kopi.
Aroma kopi yang pekat dan memukau membuatnya tersenyum.
“Ayah, apa ertinya semua ini?” si anak bertanya.
Kemudian ayahnya menjelaskan bahawa
kentang, telur dan biji kopi masing-masing
telah menghadapi kesulitan yang sama, iaitu air mendidih.
Namun, masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Kentang itu kuat dan keras.
Namun ketika dimasukkan ke dalam air mendidih,
kentang tersebut menjadi lembik dan lemah.
Telur yang rapuh, dengan kulit luar nipis
melindungi bahagian dalam telur yang cair.
Namun apabila dimasukkan ke dalam air mendidih,
akhirnya bahagian dalam telur menjadi keras.
Biji kopi yang paling unik.
Setelah biji kopi terkena air mendidih,
biji kopi mengubah air dan
menciptakan sesuatu yang baru.
“Kamu termasuk yang mana wahai anakku?”
tanya sang ayah kepada anaknya.
“Ketika kamu berhadapan dengan
ujian dan kesulitan,
bagaimana caramu dalam menghadapinya?
Apakah kamu adalah
kentang, telur, atau biji kopi?”
Dalam hidup ini, banyak perkara yang akan terjadi di sekitar kita.
Kita juga akan menempuh berbagai cabaran dan dugaan.
Apa yang paling penting adalah bagaimana kita
berdepan dengan semua cabaran dan dugaan tersebut.
Adakah kita yang kuat ini memilih untuk menjadi lemah,
atau kita menjadi semakin kuat dan tabah
ataupun kita memilih untuk berubah untuk menjadi lebih baik.
Pilihan sebenarnya adalah di tangan kita sendiri.
Jadi, manakah diri anda?
Apakah anda adalah kentang, telur, atau biji kopi?