The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslinahassan89, 2022-12-27 20:32:16

1. pengenalan kpd drone.pptx

1. pengenalan kpd drone.pptx

PRE-FLIGHT PREPARATION

TAJUK :
ASAS PENGENALAN KEPADA

DRONE

DISEDIAKAN OLEH :
NOOR HASLINA BT HASSAN

APAKAH ITU DRONE ?

• Drone telah menjadi salah satu permainan teknologi yang
semakin hangat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

• Apa itu drone dan apa yang dapat mampu mereka lakukan
dengan menggunakan drone ?

DEFINISI DRONE

• Drone merupakan Unmanned Aerial Vehicle(UAV) atau dalam
erti kata yang lebih mudah, kenderaan yang bergerak di
udara tanpa membawa manusia/pemandu.

DRONE Dynamic Remotely
Operated Navigation
Equipment

Unmanned UAV
Aerial Vehicle

FPV First Person View

JENIS – JENIS DRONE

Terdapat 3 jenis drone utama yang mempunyai ciri-ciri
yang berbeza untuk memenuhi keperluan yang berbeza.
i) Multi rotor drones
ii)Fixed wing drones
iii)Single rotor drone

JENIS – JENIS DRONE

1. MULTI ROTOR DRONES

• Digunakan untuk tujuan fotografi dan videografi.
• Multi rotor drone dapat dibahagikan mengikut bilangan rotor, iaitu

tricopter, quadcopter, hexacopter dan octocopter.
• Multi rotor drone kebiasanya mempunyai had tempoh penerbangan iaitu 20

hingga 30 minit.
• Sebab tenaga drone digunakan untuk mengerakkan rotor untuk kekal

stabil.
• Semakin kurang bilangan rotor, semakin bertambah kecekapan tenaga.

▪ Tricopter ▪ Quadcopter

Tiga Empat
kipas
kipas
Enam
kipas Lapan
kipas
▪ HexaCopter
▪ Octocopter







2. FIXED WING DRONE

• Fixed wing drones daapt menjimatkan lebih tenaga kerana
ia tidak menggunakan rotor.

• Menggunakan sayap untuk bergerak ke atas dan hanya
memerlukan tenaga untuk mengerakkan pesawat ke hadapan.

• Enjis gas yang membolehkan drone bergerak dalam masa
yang lebih lama.

• Terdapat beberapa kelemahan, diantaranya ialah tidak
dilengkapi dengn pembawa kamera, tidak dapat digunakan
untuk tujuan fotografi.



3. SINGLE ROTOR DRONE

• Single rotor drone mempunyai struktur yang sangat kuat dan reka
bentuknyan kelihatan seperti helikopter.

• Mempunyai dua rotor yang terletak pada bahagian atas dan belakang
helicopter.

• Rotor saiz besar yang terletak dibahagian atas helicopter
berperanan untuk mengangkat helicopter

• Rotor bersaiz kecil yang terdapat dibahagian belakang helicopter
berperanan dalam mengawal arah dan kestabilan



4. QUADCOPTERS

• Quadcopter adalah drone pertama dan paling popular
yang anda dapati di pasaran.

• Ia menggunakan 4 rotor yang disusun dalam corak
persegi.

• Rotor disusun pada setiap sudut badan quadcopter.
• Ini memungkinkan jumlah yang sama menyokong untuk

melepaskan drone dari tanah dan menjadikannya
berpusing ke arah yang berbeza.

BAGAIMANA DRONE BERFUNGSI ?

• Dengan sistem GPS, operasi penggunaan drone dilihat
tidak lagi begitu kompleks.

• Namun begitu, di sebalik operasi yang mudah terdapat
beberapa teknologi kompleks lain yang berfungsi untuk
menjadikan mekanisma penerbangan drone lebih lancar.



1. Main controller (MC)

• Main controller diibaratkan sebagai “otak” UAV
kerana ia merupakan komputer yang mempunyai perisian
(reprogrammable) yang sesuai untuk mengawal drone.

• MC merupakan modul berasingan dengan port sambungan.
• Terdapat juga produk yang mempunyai papan litar

tungal (PCB) yang mengandungi MC, gyro/Sensor,
pengawal kelajuan elektronik (ESC) dan lain-lain.

2. Gyro / sensor

• Untuk menggerakkan autonomi, MC perlu mengesan
bagaiamana pesawat itu terbang. Oleh itu
beberapa bentuk susunan sensor telah disediakan.

• Ia merangkumi accelerometer, unit pengukur
inersia (IMUs) dan Gyro.

• Sensor-sensor ini akan memberi informasi kepada
UAV berapa pantas pecutanyan berubahn dan arah
mana yang dituju.

3. Elekctronic speed controllers
(ESCs)

• Setiap motor mempunyai ESC yang berhubung terus dengan
alat kawalan penerbangan.

• ESC berfungsi untuk menterjemahkan isyarat kepada
bekalan elektrik dan mengawal putaran kelajuan motor
dengan menyesuaikan arus elektrik (Amp) untuk memastikan
motor berfungsi dengan baik.

• Menggunakan enam atau lebih rotor, maklumbalas yang
aktif membuatkan ia tidak mustahil untuk terus terbang
dan Kembali ke darat dengan selamat walupun terdapat
satu motor yang gagal berfungsi.

4. Penerima

• Penerima pada drone adalah peranti elektronik yang
menggunakan antenna untuk menerima isyarat radio dari
pengawal drone atau lebih dikenali sebagai “transmitter

• Penerima bukan sahaj menerima isyarat dari pengawal
drone, malah ia turut menafsirkan isyarat dan menukarnya
kepada injap.

• Maklumat ini kemudiannya dihantar ke papan kawalan
penerbangan atau pengawal penerbangan, yang menukar
maklumat menjadi tindakan dengan mengawal drone seperti
yang ditunjukkan oleh isyarat radio asal.

5. Motor

• Motor biasanya direka berpasangan di mana setiap set
mengandungi motor mengikut arah jam dan motor yang berputar
mengikut arah lawan jam.

• Motor menyediakan gerakan berputar ke atas propeller atau
kipas yang membolehkan ia menghasilkan daya tujahan ke tanah
dan membolehkan drone diangkat.

• Selain itu, drone juga bergantung kepada propeller untuk
pergerakan berarah. Dengan mengubah kadar pusingan setiap
kipas, drone mencapai bias berarah yang membenarkan ia bergerak
mengikut mana-mana arah.

• Kelajuan putaran setiap kipas perlu disesuaikan untuk
menggerakkan drone mengikut arah yang dimaksudkan. Kawalan
ini disediakan oleh modul ESC.

• Sekiranya anda pernah meluangkan
masa untuk membeli drone, anda
pasti pernah terjumpa perkataan
“brushed” dan “brushless”
motor.

• Apa perbezaan kedua-dua jenis

motor ini? Jenis mana yang lebih

baik? Berikut merupakan beberapa

perbezaan yang dapat

dikenalpasti.



6. Propeller

• Apabila kipas berputar, udara mengalir di bahagian atas
sayap untuk menghasilkan tekanan udara rendah. Pada masa
yang sama, tekanan udara tinggi juga berlaku di bahagian
bawah sayap yang menyebabkan quadcopter ditolak ke atas.

• Semakin banyak kuasa yang dihasilkan motor, semakin laju
propeller berputar. Semakin laju ia berputar, semakin
banyak daya angkat yang dihasilkan.

• Daya dan kapasiti motor mempunyai banyak kaitan dengan
prestasi penerbangan. Walau bagaimanapun, terdapat juga
ciri-ciri lain yang boleh mempengaruhi kecekapan kipas
pesawat.

• Antara ciri-ciri tersebut ialah sudut putaran, saiz dan
ketebalan, keseimbangan dan bilangan bilah.

7. GPS

• Dengan menyediakan data kedudukan yang tepat, GPS
membolehkan mod penerbangan seperti ‘fixed hovering', auto
return home, kawalan orientasi dan safety bubbles yang
melimitkan seberapa dekat UAV tersebut boleh kembali pada
juruterbang.

• GPS juga menyediakan level tambahan granularity untuk
meningkatkan kestabilan penerbangan.

8. Aliran Optik

• Aliran optik merupakan ciri yang membolehkan drone
mengekalkan kedudukannya tanpa input pilot. Ciri ini
mempunyai kamera yang menghadap ke bawah untuk
menghantar aliran optik kepada pengawal pesawat secara
berterusan bagi memastikan drone terus berada pada
kedudukan yang betul.

• Sebagai contoh, jika pengawal drone merasakan drone
bergerak ke belakang, ia akan membuat pelarasan yang
sesuai untuk mengatasi gerakan tersebut.

9. Telemetri / OSO

• Telemetri merupakan item yang anda gunakan untuk
menghantar dan menerima data antara drone dan ground
station anda. Telemetri juga mempunyai data mengenai
kelajuan penerbangan, altitud, voltan bateri dan
sebagainya.

• Penambahan telemetri dalam drone anda mungkin menjadi
sesuatu yang sangat berguna, tetapi ia tidak diperlukan.

10. Ground Station

• Ground station merupakan beberapa perisian yang bekerja
di PC anda atau tablet boleh digunakan untuk memantau di
mana drone anda berada, tetapkan point laluan baru dan
memberitahu drone anda untuk melakukan arahan lain
seperti mengikuti anda.

• Kebanyakan juruterbang drone akan menggunakan telefon
pintar atau tablet sebagai ground
station.

CIRI-CIRI YANG PERLU DILIHAT
SEBELUM MEMILIH DRONE

1. Kamera

• Kebanyakan pengarah filem dan pakar penggambaran lebih
memilih drone yang dilengkapi kamera untuk menghasilkan
shot-shot yang luar biasa di lokasi yang agak mencabar.
Selain itu, ia turut digunakan dalam perlawanan bola
sepak dan rakaman filem.

2. GPS

• Satu ciri penting yang dapat dikendalikan oleh drone
ialah keserasian GPS. Namun begitu, GPS hanya dimiliki
oleh drone yang lebih mahal.

• Penggunaan GPS pada drone semakin popular pada hari ini
kerana kemampuannya untuk menangkap maklumat lokasi di
mana-mana sahaja.

• Satu perkara lagi yang menarik mengenai unit ini, drone
yang dilengkapi GPS mempunyai ciri “Return to home” di
mana drone akan mengingati lokasi penggambaran terakhir
dan boleh dihantar semula ke tempat tersebut.

3. Stabilizer

• Teknologi penstabilan gyro banyak dibangunkan untuk
meningkatkan keupayaan penerbangan drone. Drone pada
hari ini direka dengan teknologi penstabilan gyro tiga
dan enam paksi supaya lebih stabil di udara dan boleh
menguruskan pergerakan semasa pusingan curam.

• Mekanisma kawalan penerbangan pusatnya membantu pengguna
menikmati penerbangan yang lancar walaupun dalam keadaan
angin kuat.

4. FPV (First Person Viewing)

• FPV merupakan aplikasi drone yang sangat familiar di
mana kamera video dipasang pada drone dan menyiarkan
video tersebut secara langsung kepada juruterbang di
lapangan. aplikasi ini membuatkan juruterbang berasa
seolah-oleh dalam penerbangan.

• Kawalan FPV membolehkan drone terbang di sekitar
halangan dengan lebih tepat lebih-lebih lagi menggunakan
quadcopter yang lebih bersifat tahan lasak.

5. Sensor

• Accelerometer – Mengira altitud semasa drone dan
melakukan pembetulan yang wajar.

• Magnetometer – Mengukur daya magnet seperti kompas
untuk membantu menempatkan drone.

• Barometer – Sensor tekanan yang digunakan untuk
mengesan altitud drone dengan mengesan perubahan tekanan
udara apabila drone tersebut bergerak sedikit.

• Pengesan kelajuan udara – Mengukur sejauh mana udara
pantas melintas.

TAMAT.
SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version