بيدغ :
تاجوق :
Daripada Abdullah Bin Umar R.A bahawa
Rasullullah S.A.W telah bersabda: Wajib atas
seorang Muslim untuk mendengar dan
mentaati (kepada pemimpin) dalam perkara
yang dia suka dan benci selagi dia tidak
diperintahkan melakukan maksiat, apabila
diperintahkan melakukan maksiat maka tiada
kewajipan untuk mendengar dan mentaati.
Cara mentaati Pemimpin:
1. Patuh kepada
pemimpin yang
beriman dan bertaqwa
2. Pilih pemimpin yang
adil dan amanah
3. Bekerjasama dalam
melakukan kebaikan
4. Nasihat-menasihati
dengan penuh hukmah
5. Sentiasa mendoakan
kesejahteraan
6. Menghargai jasa dan
pengorbanan
Kepentingan mentaati
pemimpin
1. Mengeratkan hubungan
baik antara pemimpin
dengan orang
bawahannya
2. Dapat mengembangkan
syiar islam
3. Mengelakkan
pergaduhan dan
perselisihan faham
4. Menjamin keharmonian
Negara
5. Memantapkan keimanan
kepada Allah S.W.T
6. Disegani dan dihormati
oleh negara lain