عبادة
Buku Teks M/S 129-132
Solat Jenazah ialah solat yang dilakukan oleh orang
Islam yang hidup terhadap orang Islam yang telah
meninggal dunia.
Hukum melakukan Solat Jenazah ialah Fardhu Kifayah.
Cara melaksanakanya: Sunnah dilakukan secara
berjemaah dan boleh serta sah dilakukan secara
bersendirian.
Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki ini
empat takbir Fardhu Kifayah mengikut Imam
kerana Allah Ta’ala.
Sahaja aku solat ke atas mayat perempuan ini
empat takbir Fardhu Kifayah mengikut Imam
kerana Allah Ta’ala.
Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak
lelaki ini empat takbir Fardhu Kifayah
mengikut Imam kerana Allah Ta’ala.
Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak
perempuan ini empat takbir Fardhu Kifayah
mengikut Imam kerana Allah Ta’ala.
1. Berdiri bagi yang
mampu
2. Niat dalam hati
ketika melafazkan
Takbiratul Ihram
3. Membaca Al-
Fatihah
4. Takbir kedua
5. Membaca Selawat
keatas Nabi
Muhammad S.A.W
6. Takbir Ketiga
7. Berdoa untuk Jenazah
Ya Allah ya Tuhan Kami, ampunkanlah segala dosanya,
limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia,
maafkanlah segala kesalahannya.
8. Takbir yang keempat
9. Berdoa untuk Jenazah
Ya Allah ya Tuhan Kami, janganlah engkau hampakan kami
daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah
engkau sesatkan kami sepeninggalanya dan ampunilah kami dan si
mati.
10. Memberi Salam