The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-45118994, 2023-06-19 02:02:58

Buku Aidiladha

Buku Aidiladha

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM GERAKHAS merangkumi Solat Sunat Aidiladha, Lafaz Takbir & Fadilat Zulhijjah BUKU KECIL P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S E G E R A K


Apa itu Aidiladha? Hari Raya Aidiladha , Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ianya juga merupakan salah satu perayaan terbesar Umat Islam Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11 , ke-12 dan ke-13 dalam bulan Zulhijjah pada setiap tahun Perayaan ini juga dapat memperingati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan kepatuhan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t Bagi umat Islam yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan Ibadah Haji , Allah s.w.t tetap menyedikan keistimewaan yang besar dalam bulan Zulihijjah salah satunya Ibadah Korban 2


3 Berdasarkan kepada hadith (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a yang bermaksud : Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah s.a.w bertanya : Hari apakah yang dua hari ini ? Mereka menjawab : Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman jahiliyyah. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya Allah s.w.t telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha ” “ Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas


4 Aidiladha meraikan peristiwa besar apabila Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s sebagai satu perintah. Syaitan telah cuba menggoda Nabi Ibrahim a.s dengan mencuba menghasutnya agar tidak mendengar perintah Allah s.w.t. Namun Nabi Ismail a.s berkata kepada ayahnya , sekiranya itu perintah Allah s.w.t , lakukanlah. Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s Ketika Nabi Ibrahim a.s ingin melaksanakannya , lalu Allah s.w.t menggantikan ia dengan seekor biri-biri untuk dikorbankan.


5 Amalan Bulan Zulhijjah 2023M | 1444H


6 Perayaan Hari Raya Aidiladha • Aidiladha merupakan cuti umum di negara-negara majoriti Islam termasuk Malaysia. • Tarikh penetapan Hari Raya Aidiladha bergantung pada penetapan 1 Zulhijjah dengan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 bulan terakhir dalam kalendar Islam, Zulhijjah. • Bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, disunatkan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.


• Bagi Muslim yang tidak mengerjakan ibadah haji, disunatkan untuk berkorban dengan menyembelih seekor kambing atau biri-biri atau berkongsi 7 bahagian lembu atau unta sebagai memperingati peristiwa pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. • Daging dari haiwan yang dikorbankan termasuk lembu, kambing, bebiri atau unta diagih-agihkan kepada 3 bahagian; 1/3 kepada peserta Korban, 1/3kepada petugas Korban dan 1/3kepada golongan miskin. • Ibadah korban dilakukan bermula selepas solat sunat Hari Raya pada 10 Zulhijjah sehingga dan Hari Tasyrik; 11,12 dan 13 Zulhijjah. • Selain ibadah korban bagi yang mampu melakukannya, umat Islam meraikan Aidiladha dengan berpakaian baharu, menjamu selera dan menziarahi keluarga sanak saudara dan rakan-rakan. 7


8 9 Zulhijjah 1444H / 28 Jun 2023M Amalan terbaik pada Hari Wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah s.w.t. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadith sahih. Antaranya ialah : Sebaik-baik doa adalah doa di Hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para Nabi sebelumku adalah :


Perkara-perkara Menyambut Aidiladha 9


Mandi Sunat 10 Aidiladha Pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah disunatkan kepada kita untuk mandi sunat Hari Raya sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya Lafaz Niat Mandi Sunat Sesungguhnya Ibnu Umar r.a mandi pada Hari Raya Fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya. “ Nawaitu Ghusla Li ‘Idil Adha Sunnatan Lilahi Taala Maksudnya : Sahaja aku mandi sunat Hari Raya Adiladha kerana Allah Taala Riwayat Imam Malik ; Menurut Imam Nawawi ”


11 Hari Raya Aidiladha Kaifiat Waktu Takbir


Lafaz Takbir 12 Hari Raya Aidiladha


13


14


15


16


17


18


Panitia Pendidikan Islam SEGERAK Mengucapkan selamat menjalani Ibadah di Bulan Zulhijjah. Semoga kita bersama dapat melaksanakannya.


Click to View FlipBook Version