The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

asas pasukan - SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zhuer10, 2021-07-06 23:16:24

ASAS PASUKAN: UNIT BERUNIFORM

asas pasukan - SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

ASAS PASUKAN :
BADAN BERUNIFORM

SMK UNDANG JELEBU

7 JULAI 2021
RABU

2.30 PETANG – 5.30 PETANG

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan
penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di Sekolah
Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916 oleh
Cik Gertrude Ballard dan dibantu oleh tiga pemimpin
berpangkat leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett.

 Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah
didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India.
Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish
dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.

 Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke
Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan
PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun
1958.

 Pada tahun 1957, PPPM dengan rasminya menjadi Ahli
Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia ataupun World Association of Girl Guides and Girl
Scouts (WAGGGS) dan diterima sebagai ahli Tenderfoot dalam
tahun 1960. Pada tahun 1966 PPPM diterima sebagai Ahli
Penuh WAGGGS (Full Member).

PASUKAN PANDU PYTERI REMAJA &
PASUKAN PANDU PUTERI RENJER,

SMK UNDANG JELEBU,
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

 Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan
anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di
Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907.
Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22
Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941.

 Pasukan pertama pengakap ditubuhkan di Singapura pada 1910
oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari
Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan
pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di
Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak
Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini
diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1
September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan
Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk
Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga
turut bergabung. Hasilnya pada November 1964, Persekutuan
Pengakap Malaysia ditubuhkan.

 Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta
Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan
(Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini, Duli-duli Yang Maha
Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-
tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap
di peringkat negeri dan nasional.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
SMK UNDANG JELEBU

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun
1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di
Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan
persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada
tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.

 Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di
Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan
oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4
Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24
Ogos 1963.

 Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali
sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan)
Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang
Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di
Sabah dan Sarawak di bawah nama baru iaitu Persatuan Palang
Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan
pada 1 Julai 1965.

 Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah
ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA

SMK UNDANG JELEBU

KADET REMAJA SEKOLAH

• Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan
oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah
Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987.
Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam
Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada
Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya
adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar
daripada tingkatan 1 dan 2.

• Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar
cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak
mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras
dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan
Negara ke arah Wawasan 2020.

• Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit
Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM
SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989,
beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula
menubuhkan KPIM.

• Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di
seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk
menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah
Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993,
dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia
Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993.

KADET REMAJA SEKOLAH

• Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini.
Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil
telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan
jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi
nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).

• Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada
KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan
pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian
Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan
Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan
Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar
nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang
membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki
atau perempuan.

• Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat
Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan
21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd
Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di
Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

• Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai
300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja
Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah
sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang
tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan
beruniform yang lain.

KADET REMAJA SEKOLAH

• Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur
pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota
pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja
dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan
yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif,
bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan
langsung ibadah khusus dan umum

KADET REMAJA SEKOLAH
SMK UNDANG JELEBU

KOR KADET POLIS

 Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis
Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail
ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2
Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:

"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of
the future. He must yield a strong and healthy influence among his
colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will
he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation
building."
Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet
polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa
hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di
kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga
supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka
barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang
untuk pembangunan bangsa.

KOR KADET POLIS
SMK UNDANG JELEBU

 Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari
murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk
ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah
guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran
Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.

 Sehubungan itu , setakat ini lebih 600 platun Kadet Polis telah
ditubuhkan yang terdiri daripada hampir 21,000 orang ahli
Kadet Polis dan 600 orang pegawai kanan Pasukan Kadet Polis
di seluruh Negara. Tujuan penubuhan Kadet Polis adalah
untuk member pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam
aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani
masalah jenayah , dadah , moral dan gengsterisme di
kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa
hadapan.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

 Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun
60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM)
yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja
Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk
pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya
berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat
yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

 Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan
binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan
dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke-6
Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan
Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima
Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun
Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.Y.A.Bhg.

 Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM
Pertama.Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi
memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di
peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988,
Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri
Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

 Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai
Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di
semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri
telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan
remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat
masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program
ziarah hospital.

 PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di
institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin
Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam
Antarabangsa. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan
Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu
pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul
Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul
Rashid pada 24 Ogos 2005.Pada 24 Mac 2007, kekosongan
jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah
Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi
pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SMK UNDANG JELEBU

KADET KOREKSIONAL

 Idea penubuhannya oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah
Penjara Malaysia pada April 2004, bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah
menengah di tingkatan 1 hingga 5, tentang peranan dan
fungsi Jabatan Penjara Malaysia dalam mengurus dan
memulih para pesalah yang melanggar undang-undang
negara supaya mereka dapat dibentuk menjadi individu yang
berdisiplin dari segi mental dan fizikal sebagai persediaan
menjadi pemimpin masa hadapan.

 Sesi Perbincangan dan taklimat telah diadakan dengan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Ia
merupakan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum
sekolah menengah sebagaimana ditakrifkan dalam Akta
Pelajaran 1961. Ini bertepatan dengan keperluan
Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar
sekolah menjadi ahli badan beruniform. Ia juga sebagai
persediaan kepada pelajar sekolah dari segi mental dan fizikal
yang akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara.

KADET KOREKSIONAL

 Mendapat kelulusan daripada Kementerian Keselamatan
Dalam Negeri pada Jun 2004. Pelajar-Pelajar Asrama
Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan, Serendah, Selangor
merupakan kumpulan pertama (pioneer group) yang
telah menubuhkan pasukan Kadet Koreksional dengan
pembabitan seramai 49 pelajar. Upacara pelancaran
Kadet Koreksional telah disempurnakan oleh YB. Dato'
Seri Chia Kwang Chye, bekas Timbalan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri pada 11 Oktober, 2004
bersempena Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia.

 YB. Timbalan Menteri KKDN mengarahkan penubuhan
kadet ini diperluaskan di semua sekolah menengah
dengan misi sekurang-kurangnya satu negeri satu
sekolah.

TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH :
PN. ERLIA IZZATI MOHD SAAT
PN. SALISAH BT MAD SAH
PN. NORASYIKIN BINTI MOKTAR
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
SMK UNDANG JELEBU


Click to View FlipBook Version