The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK TROLAK, 2023-06-18 00:31:17

PIBG SMK TROLAK

BUKU ATURCARA PIBG 2022

1 MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TROLAK KALI KE -39 TARIKH : 18 JUN 2022 HARI : SABTU MASA : 9.00 PAGI P PERASMI : EN ABDUL HAFIZ BIN HAMID YDP PIBG SMK TROLAK


2 Secangkir Kata Seulas Bicara PENGETUA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan kesyukuran kerana SMKT telah berjaya mengadakan mesyuarat agong PIBG yang ke-39 dan dapat dijalankan dengan lancar. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran kepada semua ibu bapa dan para guru serta ucapan terima kasih ini juga kepada semua AJK dan semua pihak yang telah menyumbang kepada aktiviti PIBG yang dijalankan secara proaktif. Kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah ini antara pihak sekolah dan AJK PIBG sangat penting dan saya berharap dapat diteruskan dan permuafakatan ini demi kecemerlangan anak-anak kita di SMK Trolak. Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua warga SMK Trolak dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang. Komitmen dan kerjasama dalam usaha menyumbang idea yang ternyata telah memberikan impak serta menjana kejayaan untuk setiap program akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar dalam mengharumkan nama SMK Trolak. Saya berharap dapat sokongan padu serta kerjasama daripada semua pihak akan dapat memperkasakan SMK Trolak seterusnya menjadikan sekolah ini sebagai sebuah gedung ilmu yang disegani seperti yang telah termaktubnya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 anjakan 9 menyatakan bekerjasama dengan ibubapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas. Marilah kita bersatu hati, bersama-sama berperanan sebagai pengerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Akhir kata bersama-samalah kita membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sekian terima kasih. PN NOR HASHIMAH BT ABDUL SAMAT PENGETUA SMK TROLAK.


3 Secangkir Kata Seulas Bicara YDP PIBG Assalamualaikum dan salam sejahtera…………… Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini, kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2021-2022 telah cuba menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bagi meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar dan mudah-mudahan impian kita melihat anak kita berjaya. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama jawatankuasa PIBG yang lalu, di atas sumbangan yang diberikan di dalam pelbagai bentuk, dan seterusnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ini akan dapat dijalankan dengan lancar. Sekian terima kasih. EN. ABDUL HAFIZ BIN HAMID YDP PIBG, SMK TROLAK.


4 ATUR CARA MAJLIS 8.30 pagi : Kehadiran Ibu bapa dan guru Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi Majlis 2. Pembentangan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 3. Perkara berbangkit 4. Pembentangan laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2021 5. Pembentangan kewangan 6. Hal-hal lain 7. Pemilihan AJK sesi 2022/2023 8. Perbincangan usul 8.40 pagi : Kehadiran semua jemputan kehormat dan VIP 9.00 pagi : Nyanyian Lagu NegaraKu : Bacaan doa 9.15 pagi : Ucapan Pengetua : Ucapan Perasmi (YDP PIBG SMK. Trolak) : Gimik Perasmian : Penyampaian Cenderamata : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 : Penyampaian Cenderamata AJK PIBG 2021/2022 : Cabutan bertuah : Jamuan VIP 11.30 pagi : Bersurai SENARAI JAWATANKUASA PIBG SMK TROLAK 2021/2022 YANG DI PERTUA : EN. ABDUL HAFIZ B HAMID NAIB YANG DI PERTUA : PN. HAIRULNIZA BT TAMIN SETIAUSAHA : EN. AMIR BIN MASUT NAIB SETIAUSAHA : PN. NORWIDYAWATI BT MOHD ZAMIN BENDAHARI : PN. SURIPAH BINTI MUHAMMAD ( YURAN PIBG) NAIB BENDAHARI : PN. ROZI BT YUSOF ( YURAN KECEMERLANGAN) JK DOKUMENTASI : EN. MOHD JASNI BIN ISMAIL AJK GURU : 1. EN. AHMAD NAZRIN BIN AHMAD NAZERI 2. CIK NOOR HARYANI BT MOHD SUHAINI 3. CIK KHAIRULNISA BT YUSOF AJK IBU BAPA : 1. PN.SYAMSIMA BT ZAINUDDIN : 2. PN. ROSNAH BT ARSHAD 3. PN. NOOR AANA BINTI ZAKARIA 4. PN. SABARIAH BT MAT NOR 5. EN. MAZESLAN BIN BRAHIM 6. EN MOHD NOR BIN YUAN 7. PN. RASHIDAH BINTI RAZALLI 8. PN.SARIMAH BT RAHIM


5 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38, 2021 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK TROLAK TARIKH : 10 APRIL 2021 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : ATAS TALIAN KEHADIRAN : 196 ORANG PERASMI : YANG BERHORMAT SENATOR DATO’ DR MAH HANG SOON (TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II) AGENDA 1.0 UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG 1.1 YDP,En Abdul Hafiz Bin Hamid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-38 yang pertama kali dijalankan secara atas talian berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara. 1.2 Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada ibu dan bapa untuk mencapai persetujuan demi kebaikan anak-anak. 2.0 PEMBENTANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 2.1 Encik Amir Bin Masut telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 2.2 Encik Zainal Abidin Bin Ismail mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 diterima dan disahkan. 2.3 Pn Emafariha binti Yusof menyokong cadangan tersebut. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Encik Amir Bin Masut membentangkan maklum balas mengenai usul yang telah dipersetujui pada Mesyuarat Agung PIBG SMK Trolak kali ke-37 (rujuk lampiran yang disediakan) 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG BAGI TAHUN 2020 4.1 Encik Amir,selaku Setiausaha PIBG bagi tahun 2021 telah membentangkan aktiviti PIBG yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020. Antara aktivitinya adalah seperti berikut. BIL AKTIVITI TARIKH DILAKSANAKAN SASARAN 1 Gotong royong perdana JAN Semua pelajar, guru,staf dan ibu bapa 2 Baik pulih Pusat Sumber Sekolah FEB Semua warga Semetro 3 Pembelian meja murid Bilik Sejarah FEB Semua pelajar 4 Kejohanan Olahraga Tahunan FEB-MAC Semua pelajar, guru,staf dan ibu bapa 5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 FEB Semua pelajar, guru,staf dan ibu bapa 6 Mesyuarat AJK PIBG JAN, JULAI AJK PIBG 7 Program Sahsiah PT3 dan SPM FEB,SEPTEMBER Pelajar Ting 5 8 Program Pembukaan Sekolah Norma Baharu JULAI Semua warga Semetro 9 Pembelian Kerusi Dewan Terbuka FEB Semua pelajar


6 9 Pembelian Kerusi Dewan Terbuka FEB Semua pelajar 10 Program Latih Tubi semasa PKPP SEPANJANG TAHUN Semua pelajar 11 Program Kaunseling (Sambutan Hari Lahir) SEPANJANG TAHUN Semua pelajar 12 Lawatan PVMA OGOS Pelajar PVMA 13 Program Kecemerlangan SEPANJANG TAHUN Pelajar Ting 5 14 Program Tips SPM JULAI 2020 - FEB 2021 Pelajar Ting 5 5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2020 5.1 Puan Suripah Binti Muhammad selaku Bendahari PIBG telah membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi tahun 2020 (rujuk lampiran yang disediakan) 5.2 Pn Narmizam Binti Mohamed Rasid mencadangkan laporan kewangan bagi tahun 2020 diterima dan Puan HairulNiza binti Tamin, menyokong cadangan tersebut. 6.0 PEMILIHAN AJK PIBG SMK TROLAK BAGI SESI 2021/2022 6.1 Sebelum pemilihan AJK Sesi 2021/2022 dilaksanakan, Encik Abdul Hafiz selaku YDP PIBG telah membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2021. 7.0 PELANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI 2021/2022 7.1 Puan HairulNiza binti Tamin mencadangkan agar pelantikan baru dibuat namun tidak mendapat sokongan majoriti ahli. 7.2 En Zainal Abidin Bin Ismail mencadangkan agar AJK PIBG sesi 2020/2021 dikekalkan bagi sesi 2021/2022,dan cadangan ini telah disokong oleh Encik Ahmad Nazrin Bin Ahmad Nazeri. 7.3 Undian telah dibuat bagi mendapatkan keputusan. Hasil undian didapati majoriti menyokong AJK sesi 2020/2021 dikekalkan. 7.4 Keputusannya AJK sesi 2020/2021 yang hadir pada mesyuarat PIBG pada kali ini dikekalkan untuk sesi 2021/2022.


7 8.0 PERBINCANGAN USUL 8.1 Pengerusi membentang usul yang telah dibawa ke mesyuarat Agung kali ke-38 8.2 Usul 1: Sumbangan Persekolahan 8.2.1 Pihak AJK telah memutuskan di dalam Mesyuarat AJK PIBG kali-, 2021 bertarikh 16 Mac 2021 dengan cadangan seperti berikut: 1. Sumbangan PIBG (setiap keluarga) Utiliti dan Penyelenggaraan RM50.00 2. Program Kecemerlangan PT3 SPM RM70.00 RM100.00 3. Yuran Kecemerlangan Tingkatan 4 RM50.00 4. Anggaran Yuran Pelajar Tingkatan 1 dan 2 Pelajar Tingkatan 3 Pelajar Tingkatan 4 Pelajar Tingkatan 5 RM 50.00 RM 120.00 RM 100.00 RM 150.00 8.2.2 Usul ini telah diterima oleh Pn Narmizam Binti Mohamed Rasid dan disokong oleh En Adi Bin Saifulnizam 8.3 Usul 2: Mohon sumbangan RM5.00/ murid untuk keceriaan dan penyelenggaraan Makmal Komputer untuk keselesaan semua murid SMK Trolak. 8.3.1 Usul ini telah dicadang oleh Pn Farida Binti Yusof. Usul ini telah disokong oleh En Adi Bin Saifulnizam. 8.3.2 Pengerusi memaklumkan usul ini telah diterima dan akan dikutip pada tahun ini. 8.4 Usul 3: Mohon pihak sekolah cuba ikhtiar untuk sediakan mesin jualan air kotak atau tin. 8.4.1 En. Zulkefli Bin Mohamad telah mencadangkan usul ini. 8.4.2 Namun, usul ini telah ditolak kerana dasar dan pekeliling yang tidak membenarkan jualan air manis dalam kawasan sekolah.


8 9.0 HAL- HAL LAIN 9.1 En Nazri Bin Zainor bertanya mengenai penyuraian pelajar yang memakan masa.yang lama. PK HEM memberi respon bahawa penyuraian pelajar terpaksa mengikut model penyuraian yang telah diberikan oleh kementerian. 9.2 En Adi Bin Saifulnizam bertanya mengenai keselamatan pelajar bermotor daripada Felda Trolak Utara. PK HEM memberi respon bahawa pelajar telah diberikan peringatan untuk memakai helmet ketika menunggang motorsikal ke sekolah. PK HEM juga akan memohon bantuan daripada pihak polis untuk mengawasi pelajar di luar kawasan sekolah. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 YDP, En Abdul Hafiz bin Hamid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-38 dan memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan. Beliau juga berharap agar ibu bapa memastikan anak- anak sentiasa hadir ke sekolah. 10.2 YDP juga turut mengucapkan terima kasih dan sama- sama membantu pihak sekolah dan guru- guru bagi kecemerlangan anak- anak. 10.3 Mesyuarat PIBG kali ke-38 ditangguhkan pada jam 11.15 pagi. Disedikan oleh: ……………………………. (AMIR BIN MASUT) Setiausaha PIBG SMK Trolak Disahkan oleh, ……………………………… ( EN. ABDUL HAFIZ BIN HAMID) Yang Dipertua PIBG SMK TROLAK


9 MAKLUM BALAS USUL 2021 BIL USUL YANG DIBAWA TINDAKAN / CATATAN 1 1.1 Pengerusi membentang usul yang telah dibawa ke mesyuarat Agung kali ke-38 1.2 Usul 1: Bayaran Persekolahan Pihak AJK telah memutuskan dalam di dalam Mesyuarat AJK PIBG kali pertama bertarikh 16 Mac 2021 dengan cadangan seperti berikut: 1. Sumbangan PIBG (setiap keluarga) Utiliti dan Penyelenggaraan RM50.00 2. Program Kecemerlangan PT3 SPM RM70.00 RM100.00 3. Yuran Kecemerlangan Tingkatan 4 RM50.00 4. Anggaran Yuran Pelajar Tingkatan 1 dan 2 Pelajar Tingkatan 3 Pelajar Tingkatan 4 Pelajar Tingkatan 5 RM 50.00 RM 120.00 RM 100.00 RM 150.00 Usul ini telah diterima oleh Pn Narmizam Binti Mohamed Rasid dan disokong oleh En Adi Bin Saifulnizam. 2 Usul 2: Mohon sumbangan RM5.00/ murid untuk keceriaan dan penyelenggaraan Makmal Komputer untuk keselesaan semua murid SMK Trolak. 8.3.1 Usul ini telah dicadang oleh Pn Farida Binti Yusof. Usul ini telah disokong oleh En Adi Bin Saifulnizam. 8.3.2 Pengerusi memaklumkan usul ini telah diterima dan akan dikutip pada tahun ini. Pengerusi memaklumkan usul ini telah diterima dan akan dikutip pada tahun ini. **Tidak dilaksanakan pada 2021. Disebabkan pandemik Covid-19. 3 Usul 3: Mohon pihak sekolah cuba ikhtiar untuk sediakan mesin jualan air kotak atau tin. 8.4.1 En. Zulkefli Bin Mohamad telah mencadangkan usul ini. Usul ini telah ditolak kerana dasar dan pekeliling yang tidak membenarkan jualan air manis dalam kawasan sekolah.


10 PERNYATAAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2022 _______________________________________________________________ USUL PERTAMA (PIBG) BAYARAN PERSEKOLAHAN 2022 Dengan ini, pihak AJK telah memutuskan di dalam Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama bertarikh 03 Jun 2022 dengan cadangan Sumbangan PIBG seperti berikut: 1. Sumbangan PIBG (Setiap Keluarga) RM65.00 2. Program Kecemerlangan Tingkatan 5 (PERDANA) Tingkatan 5 (PVMA) Tingkatan 4 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1 RM100.00 RM50.00 RM50.00 RM30.00 RM20.00 RM20.00 3. Sumbangan Makmal Komputer RM5.00 4. Anggaran Sumbangan ● Pelajar Tingkatan 1 dan 2 ● Pelajar Tingkatan 3 ● Pelajar Tingkatan 4 ● Pelajar Tingkatan 5 (PERDANA) ● Pelajar Tingkatan 5 (PVMA) RM90.00 RM100.00 RM120.00 RM170.00 RM120.00


11 Usul Kedua (ibu bapa) BIL USUL DAN CADANGAN DICADANG OLEH 1. Wakil PIBG mesti dari tiga Gugusan Trolak dan termasuk wakil dari pihak Orang asli supaya info sekolah boleh sampai dengan cepat dan tepat. AJK sepatutnya tukar orang lain setiap kali pelantikan baru di buat, jangan bagi orang yang sama sahaja supaya dapat ideaidea baru dari orang baru. Pn. Hairulniza binti Tamin 2. Mengadakan kelas tambahan Bagi subjek Kritikal (Matematik, Bahasa Inggeris) pada setiap hujung minggu (Sabtu shj) Pn. Dina Novianti binti Mohamad Hanafiah


12 LAPORAN KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR PADA APRIL 2022 Bil. PENERIMAAN RM Bil. PEMBAYARAN RM 1 Baki di bank awal Januari 2022 28998.12 1 Program Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah 200.00 2 Kutipan Sumbangan PIBG 2021 7400.00 2 Hadiah guru pindah dan bersara 176.50 3 Kutipan Yuran Kecemerlangan SPM 2021 6000.00 3 Program Persiapan tempat Pusat Pemberian Vaksin Covid19 324.00 4 Baki Tunai 2100.00 4 Buku Resit PIBG 413.00 5 Cop PIBG 22.00 6 Program Vaksin 1233.00 7 Elaun RELA Program Vaksin 20.00 8 Elaun RELA Sekolah (Jan-Mac 2021) 90.00 9 Program buka sekolah 2021 221.00 10 Jamuan Makanan Peg SKM Tahap 2 300.00 11 Jamuan Makanan Mesyuarat. PIBG 2021 460.00 12 Saguhati murid-norma baharu 2021 99.00 13 KRS Tournament 50.00 14 Naik Taraf Netbook 1900.00 15 Bayaran JAGA, NPQeL, Penceramah 790.00 16 Ihya' Ramadhan 1000.00 17 Sumbangan Famly Day (KGKT) 200.00 18 Sambutan Hari Raya 1000.00 19 Program Profesional Guru (LADAP) 1400.00


13 20 Makanan SPM 2021 (1) 5660.00 21 Goodies 2750.00 22 Hi Tea SPM 2021 2485.00 23 Program Tusyen SPM 2021 2600.00 24 Pembelian Hadiah Kecemerlangan SPM 2021 1500.00 Jumlah Pembayaran 24893.50 Baki b/b 19604.62 JUMLAH (RM) 44498.12 JUMLAH (RM) 44498.12 DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: …………………….. …………………… (PN. SURIPAH BINTI MUHAMMAD) (CIK KHAIRULNISA BINTI YUSOF) BENDAHARI PIBG JURU AUDIT


14 Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2021 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Trolak BIL AKTIVITI SASARAN 1 Program Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Guru dan kakitangan Sekolah 2 Program Persiapan tempat Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Murid SMK Trolak 3 Program buka sekolah 2021 Murid SMK Trolak 4 Jamuan Makanan Peg SKM Tahap 2 Murid-murid PVMA 5 Jamuan Makanan Mesyuarat. PIBG 2021 Ahli Persatuan 6 Saguhati murid-norma baharu 2021 Murid SMK Trolak 7 KRS Tournament KRS 8 Naik Taraf Netbook Murid SMK Trolak 9 Ihya' Ramadhan Warga SMK Trolak 10 Sambutan Hari Raya Warga SMK Trolak 11 Program Profesional Guru (LADAP) Guru dan kakitangan Sekolah 12 Makanan SPM 2021 (1) Murid SPM 2021 13 Goodies Murid SPM 2021 14 Hi Tea SPM 2021 Murid SPM 2021 15 Program Tusyen SPM 2021 Murid SPM 2021 16 Pembelian Hadiah Kecemerlangan SPM 2021 Murid SPM 2021


15


Click to View FlipBook Version