JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : ANA SOBIRAH BINTI MUHAMMAD FAZIL No. K/P : 030728-10-0782 Angka Giliran : 2021202340371 Program : PISMP Ambilan : JUN2021 Unit : T2S2.04 Nama Pensyarah : DR ROSNINAH BINTI GHANI Tarikh Hantar : 5 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Ana Sobirah Tarikh : 5 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Ana Sobirah Tarikh : 5 MAC 2024
PENGHARGAAN Di kesempatan ini, saya ingin zahirkan rasa penghargaan dan terima kasih saya terhadap beberapa pihak yang banyak memberi ihsan dan bakti dalam pelbagai cara sepanjang saya menyiapkan tugasan kursus Sosiologi Dalam Pendidikan (EDUP3143) yang diamanahkan ini dengan jayanya. Paling utamanya, alhamdulillah segala rasa syukur saya ucapkan kepada Allah yang Maha Esa atas segala keberkatan dan kemurahan nikmat yang diturunkan selama ini kepada kehidupan saya sekeluarga. Jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus Sosiologi Dalam Pendidikan, Dr Rosninah Binti Ghani kerana dengan izin Allah, beliau sudi memberi tunjuk ajar kepada saya. Beliau juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan sangat berhemah. Semoga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi banyak sokongan moral dalam menyempurnakan tugasan ini dengan takzimnya. Mereka juga sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya sewaktu menuntut ilmu. Mereka banyak menyokong saya dari segenap rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan yang bermutu ini. Tidak dilupakan juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana telah banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Stratifikasi Sosial Dan Institusi Sosial 1 2.1 Stratifikasi Sosial 1 2.2 Institusi Sosial 2 2.3 Budaya Sekolah 3 3.0 Peranan Guru Dalam Menangani Pelbagai Etnik Di Sekolah 4-5 4.0 Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Di Sekolah 6 5.0 Manipulasi Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Positif Sekolah 7 6.0 Penutup 8 Rujukan
1 1.0 Pengenalan Umum mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum di Malaysia itu termasuklah kaum Melayu, Cina dan India manakala kepelbagaian etnik di Malaysia pula adalah seperti etnik Minangkabau, Melanau, Iban dan sebagainya yang kebanyakannya terdapat di negeri Sabah dan Sarawak (Ali, 2020). Meskipun begitu, kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia ini tidaklah menjadi penghalang untuk pembetukan sebuah perpaduan dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Hal ini seterusnya memacu keamanan serta keharmonian negara Malaysia sehingga dikenali di seantero dunia. Jadi, persoalan yang sentiasa berlegar di layar minda ini adalah berkenaan stratifikasi sosial dan institusi sosial di Malaysia serta impaknya dalam membentuk budaya positif di sekolah. 2.0 Stratifikasi Sosial Dan Institusi Sosial 2.1 Stratifikasi Sosial Definisi stratifikasi sosial menurut Robert M. Z. Lawang adalah pengelasan orang yang tergolong dalam sistem sosial tertentu ke dalam lapisan hierarki mengikut dimensi kuasa, keistimewaan dan prestij manakala menurut Horton Dan Hunt pula stratifikasi sosial dapat ditakrifkan sebagai sistem perbezaan status yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Tambahan lagi, Soerjono Soekanto turut mendefinisikan istilah stratifikasi sosial sebagai perbezaan populasi atau masyarakat ke dalam kelas secara berperingkat (Setiawan, 2024). Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa stratifikasi sosial adalah suatu sistem perbezaan kelas dan susun lapis sesuatu masyarakat di sesebuah tempat. Jika diteliti dengan lebih mendalam, terdapat dua kelas stratifikasi sosial di Malaysia, yang membahagikan dua golongan bagi setiap kelas. Di kelas bawahan iaitu golongan yang diperintah adalah golongan hamba dan rakyat merdeka manakala di kelas atasan pula iaitu golongan pemerintah adalah bangsawan dan golongan DiRaja (Ismail, 2008).
2 2.2 Institusi Sosial Sementara itu, Judson R. Landis telah mentakrifkan institusi sosial sebagai satu set norma, peraturan, dan corak organisasi yang berkembang di sekitar keperluan asas atau isu yang berkaitan dengan pengalaman penduduk manakala Peter L. Berger pula telah mendefiniskan institusi sosial sebagai serangkaian mekanisme yang memaksa dan menekan tingkah laku manusia ke dalam pola-pola tertentu, sehingga bergerak sesuai dengan keinginan dan tujuan yang difikirkan sesuai. Pada waktu yang sama, Harton pula telah menyatakan bahawa institusi sosial ialah sistem perhubungan sosial dalam masyarakat yang menyokong nilai dan prosedur tertentu untuk memenuhi keperluan sosial (Rizalhadizan, 2023). Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa institusi sosial adalah pola norma, nilai, peranan, dan peraturan yang menjadi asas struktur sosial dan membimbing tingkah laku individu dalam masyarakat. Institusi sosial adalah sistem yang teratur dan ditubuhkan yang mengawal interaksi antara individu, kumpulan dan masyarakat secara amnya. Contoh institusi sosial termasuk keluarga, pendidikan, agama, ekonomi, dan kerajaan. Institusi ini membentuk kerangka penting dalam membentuk identiti sosial, norma dan nilai yang diiktiraf oleh anggota masyarakat. Institusi sosial juga berperanan dalam menjaga ketenteraman sosial dan memastikan kelangsungan hidup masyarakat.
3 2.3 Budaya Sekolah Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan budaya dapat dimaksudkan sebagai membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dan lain lain) yg baik supaya berbudaya atau beradab; kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat manakala perkataan sekolah pula ditakrifkan sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Rentetan daripada itu, Zamroni juga turut mendefinisikan budaya sekolah sebagai corak nilai, tradisi, prinsip dan kebiasaan yang terbentuk sepanjang perjalanan panjang sekolah, dan berkembang di sekolah dalam jangka masa yang panjang sehingga menjadi panduan dan dipercayai oleh semua warga sekolah. Ini akan menimbulkan sikap dan tingkah laku seluruh warga sekolah. Seterusnya, menurut Deal dan Peterson, budaya sekolah ditakrifkan sebagai satu set nilai yang mendasari tingkah laku, tradisi, tabiat dan simbol harian yang diamalkan oleh pengetua sekolah, pendidik, pegawai pendidikan, pelajar dan masyarakat di sekeliling sekolah (Nurhakim, 2023). Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa frasa budaya sekolah itu adalah suatu perbuatan atau norma yang telah menjadi kebiasaan bagi sesuatu institusi sekolah. Dalam konteks budaya sekolah di Malaysia, Program 3S iaitu Senyum, Sapa dan Salam yang merupakan amalan yang dipraktikkan dalam program guru penyayang telah membentuk norma positif dalam kalangan semua anggota sekolah tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit (Amam, 2024). Dalam program ini, murid dan guru digalakkan untuk melemparkan senyum sesama mereka apabila bertemu serta menyapa mereka dengan ucapan salam atau pertanyaan khabar. Selain itu, salam di sini juga diertikan sebagai perlakuan berjabat tangan sesama jantina bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka.
4 3.0 Peranan Guru Dalam Menangani Pelbagai Etnik Di Sekolah Jika ditinjau daripada aspek peranan guru dalam menangani pelbagai etnik di sekolah pula, seseorang guru itu perlulah melayani semua murid dengan adil dan saksama tanpa mengira etnik murid. Selain itu, guru juga sewajarnya membantu murid dalam masalah pembelajaran tanpa mengambil kira perbezaan etnik murid. Sikap ambil berat yang ditunjukkan oleh guru kelas terhadap murid tanpa mengambil kira batasan etnik membentuk pandangan yang positif terhadap guru tersebut. Selanjutnya, guru juga mestilah tidak bias atau pilih kasih terhadap murid daripada etnik sendiri dalam soal membantu murid. Situasi ini mendorong rasa hormat dan membentuk kerapatan murid dengan guru mereka. Contoh yang dapat diketengahkan adalah apabila guru Melayu itu turut membantu murid daripada kaum India dalam soal akademik untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam topik yang diajari. Di samping itu, guru juga haruslah bersikap adil kepada semua murid, mengambil berat dan menggalakkan hubungan antara etnik di persekitaran bilik darjah. Misalnya, guru menegur murid yang melayani rakannya yang berbeza etnik bahawa perbuatan tersebut tidak baik dan seharusnya tidak patut diamalkan. Tindakan yang dapat diketengahkan juga adalah apabila guru menggabungkan murid yang berbeza etnik dalam suatu kerja kumpulan agar mereka dapar saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain seterusnya merapatkan lagi jurang perkauman antara mereka. Seterusnya, guru juga hendaklah berkongsi pengalaman persahabatan merentasi etnik agar dapat menimbulkan inspirasi kepada murid lain untuk saling menghormati antara etnik. Misalnya, guru menceritakan mengenai pengalamannya bersahabat baik dan menjalinkan hubungan yang rapat bersama rakan yang berbeza etnik. Tambahan lagi, pengalaman lampau guru kelas berkaitan persahabatan merentasi etnik juga berkemungkinan mengukuhkan kualiti hubungan dengan murid pelbagai etnik pada masa kini.
5 Akhir sekali, guru juga mestilah mempunyai kemahiran mudah mencelah dan membantu murid apabila timbul salah-faham dalam kalangan murid berbeza etnik serta tidak memanggil murid dengan panggilan yang menghina etnik murid di bilik darjah. Hal ini kerana guru merupakan contoh kepada murid. Jika murid melihat tingkah laku guru yang menghina atau mengejek etnik lain, maka murid tersebut akan meniru perbuatan tersebut seterusnya menjadi normalisasi di sesuatu budaya sekolah tersebut. Tidak dilupakan juga bahawa penerimaan ilmu, kemahiran dan nilai oleh guru kelas ketika di bangku persekolahan dahulu terutamanya daripada tunjuk- ajar guru daripada etnik yang berbeza mampu menyedarkan mereka tentang keperluan transformasi ilmu kepada murid tanpa mengambil kira etnik (N Vellymalay, 2016).
6 4.0 Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Di Sekolah Tidak dinafikan bahawa stratifikasi sosial memberi impak yang jelas terhadap budaya di sekolah. Hal ini dibuktikan apabila murid yang berada di stratifikasi sosial yang rendah kebiasaannya akan mendapat layanan yang kurang baik daripada guru ataupun rakan sebaya mereka sendiri (Asnawi, 2021). Hal ini kerana mereka memandang rendah akan golongan murid yang datang daripada keluarga yang miskin atau status sosialnya rendah serta tidak terkenal. Contoh yang dapat diutarakan adalah apabila guru pada kebiasaannya akan mengambil perhatian yang lebih kepada murid yang mempunyai status sosial yang tinggi dari segi masalah pembelajaran dan layanan dari aspek lain. Ekoran daripada itu, murid yang berada di stratifikasi sosial yang rendah kebiasaannya akan mendapat hukuman yang lebih berat berbanding murid yang datang dari keluarga yang berstratifikasi sosial yang tinggi (Mukmin, 2018). Hal ini kerana kebiasaannya guru akan berasa takut untuk memarahi atau menghukum murid yang datang dari keluarga yang mempunyai status sosial yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mereka mempunyai pekerjaan yang tinggi seperti doktor, jurutera ataupun pekerja di bidang kementerian pendidikan. Natijahnya, guru hanya ‘menutup mata’ apabila murid tersebut melakukan kesalahan tetapi sebaliknya, murid yang datang dari keluarga yang berstatus sosial rendah akan sering dimarahi dan diberikan hukuman yang keras jika mereka melakukan kesalahan. Sehubungan dengan itu, murid yang berada di stratifikasi sosial yang rendah kebiasaannya akan kurang mendapat peluang untuk melayakkan dan melibatkan diri dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan sama ada pada peringkat sekolah, daerah mahupun negeri (Ahmad, n.d.). Hal ini kerana guru akan lebih melihat potensi murid yang datang dari keluarga yang berstratifikasi sosial yang tinggi dan mereka lebih sering diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sesuatu perlawanan sekaligus menyebabkan diri mereka lebih menonjol daripada murid yang hadir dari keluarga yang berstatus sosial yang rendah. Impaknya, murid yang berstatus sosial rendah akan semakin terkebelakang seterusnya menyebabkan keyakinan diri mereka semakin rendah setelah melihat rakan mereka yang berstatus sosial tinggi disanjung dan dipuji oleh guru mereka.
7 5.0 Manipulasi Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Positif Sekolah Dalam konteks manipulasi impak stratifikasi sosial terhadap budaya positif sekolah pula, peranan guru amat penting dalam membentuk budaya positif tersebut setelah stratifikasi sosial terhadap budaya di sekolah kebanyakannya memberi impak yang negatif kepada golongan yang terlibat. Sehubungan dengan itu, guru perlulah menanam sifat adil saksama dan sama rata kepada semua murid tanpa mengambil kira status sosial murid (Yusof, 2010). Pada hakikatnya, kekayaan, status dan pangkat ibu bapa kepada murid itu tidaklah penting kerana semua murid mempunyai hak dan peluang yang sama dan harus diberi layanan yang baik oleh guru tanpa wujud jurang perbezaan sedikit pun. Pada waktu yang sama, guru juga sewajarnya bersikap adil dalam menghukumi serta menegur murid yang melakukan kesilapan tanpa mengambil kira status sosial murid tersebut (Zakaria et al., 2018). Hal ini kerana semua murid harus ditegur serta dihukum sebagai pelajaran kepada murid itu sendiri serta murid lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Misalnya, jika murid yang terdiri daripada keluarga berstatus sosial rendah didenda kerana tidak menyiapkan tugasan, maka murid yang terdiri daripada keluarga berstatus sosial tinggi juga haruslah didenda dengan perkara yang sama jika mereka melakukan kesalahan tersebut. Tindakan adil dalam memberi hukuman ini sekaligus dapat mengelakkan wujudnya perasaan dendam dan iri hati murid berstatus sosial rendah terhadap murid berstatus sosial tinggi. Di samping itu, guru juga perlulah membuka peluang semua murid untuk mencuba sesuatu perkara baru dalam menceburkan diri dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan demi mencungkil bakat terpendam murid (Suet Kay et al., n.d.). Peluang tersebut haruslah dibuka kepada semua murid tanpa mengira stratifikasi sosial murid. Contohnya, guru memberi peluang murid yang berstatus sosial rendah untuk memasuki Kejohanan Merentas Desa pada peringkat daerah. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan guru amat penting dalam manipulasi impak stratifikasi sosial terhadap budaya positif sekolah.
8 6.0 Penutup Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa semua pihak khususnya guru mengambil peranan yang penting dalam membentuk budaya positif di sekolah tanpa mengira perbezaan etnik, budaya dan kaum. Perlu diingatkan juga bahawa seseorang itu boleh mengubah stratifikasi sosial dalam sesebuah keluarga dengan mendapatkan pekerjaan yang bagus serta mendapatkan pangkat dan jawatan yang tinggi bagi meningkatkan status sosial yang sedia ada. Akhir kata, semua penduduk di Malaysia haruslah menghormati kepelbagaian etnik dan budaya masing-masing demi menjaga keharmonian sejagat serta meningkatkan imej negara Malaysia di persada antarabangsa.
RUJUKAN Ahmad, M. (n.d.). Implikasi Kepelbagaian sosio-budaya Terhadap guru Dan Murid. Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/11877553/Implikasi_Kepelbagaian_Sosio_Buday a_Terhadap_Guru_dan_Murid Ali, A. (2020, April 11). Kaum Dan etnik Di Malaysia - Membalik Buku Halaman 1-50 | Anyflip. Free Flip Book Maker; PDF to HTML5 Page Flipping Book & Digital Publishing | AnyFlip. https://anyflip.com/oclve/fkde/basic Amam, R. (2024). Program 3s (Senyum, sapa & Salam. Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/37585629/PROGRAM_3S_SENYUM_SAPA_and_S ALAM Asnawi, A. A. (2021, February). ANALISIS KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA: FAKTOR, CABARAN, IMPLIKASI DAN PERANAN GURU DI SEKOLAH. ResearchGate | Find and share research. https://www.researchgate.net/publication/352837877_ANALISIS_KEPELBA GAIAN_SOSIOBUDAYA_FAKTOR_CABARAN_IMPLIKASI_DAN_PERANAN_GURU_DI_SEKO LAH Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Carian Umum. Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sekolah Ismail, K. (2008, July). Pengkelasan Kelas Sosial, Perkaitan Antara Kelas Sosial Dan Pencapaian Pendidikan. ResearchGate | Find and share research. https://www.researchgate.net/publication/345038522_4787134- pengelasan-sosial Mukmin, T. (2018, September). HUBUNGAN PENDIDIKAN DAN STRATIFIKASI SOSIAL. Neliti. https://media.neliti.com/media/publications/294816-hubungan-pendidikandan-stratifikasi-sos-7c0755ec.pdf
N Vellymalay, S. K. (2016). KEBERKESANAN HUBUNGAN GURU KELAS-MURID DALAM MERANGSANG KESEDARAN TERHADAP INTEGRASI ETNIK DALAM KALANGAN MURID DI BILIK DARJAH. utem. https://file:///C:/Users/User/Downloads/1924-Article%20Text-5156-1-10- 20170420.pdf Nurhakim, A. (2023, March 14). Budaya Sekolah: Pengertian, Tujuan, Fungsi, Hingga Cara Membangun Budaya Sekolah positif. Quipper Blog. https://www.quipper.com/id/blog/info-guru/budaya-sekolah/ Rizalhadizan. (2023, March 12). Pengertian Institusi Sosial, Ciri, Fungsi, Dan Contohnya. sosiologiku.com. https://sosiologiku.com/pengertian-institusi-sosial-ciri-fungsi-dancontohnya/ Setiawan, S. (2024, February 28). 10 Pengertian Stratifikasi Sosial Menurut para Ahli [ LENGKAP ]. GuruPendidikan.Com. https://www.gurupendidikan.co.id/stratifikasi-sosial/ Suet Kay, R. C., Talib, K. A., & Khalid. (n.d.). Ke Arah Pengukuran Integrasi Sosial Dan Bukannya Stratifikasi Sosial. Welcome - Official Portal of Universiti Kebangsaan Malaysia. https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/7.Manuskrip-ICIP.DrRachel-dan-Dr-Kartini-A-.pdf Yusof, N. M. (2010). Perspektif Sosiologi dalam Fungsi Sosial Pendidikan Di Malaysia. Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/33080446/Perspektif_Sosiologi_dalam_Fungsi_S osial_Pendidikan_di_Malaysia Zakaria, N., Puteh, S. N., & Salleh, A. (2018, May). Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia. www.researchgate.net. https://www.researchgate.net/publication/325247620_Pemup ukan_Kesepaduan_Sosial_Melalui_Kurikulum_Persekolahan_di_Malaysia