2
KANDUNGAN HALAMAN
4
BIL PERKARA 6
1. MAKLUMAT ASAS DIRI PEGAWAI 8
2. KATA ALUAN GURU BESAR 10
3. MAKLUMAT AM PENJAWAT AWAM
33
• RUKUN NEGARA 36
• IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
• IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 61
4. MAKLUMAT AM PEGAWAI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• VISI DAN MISI KPM
• FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
• ETIKA KERJA PEGAWAI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA PEGAWAI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
• PENGURUSAN KO-KURIKULUM DI SEKOLAH
• PERLEMBAGAAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
5. KALENDAR PERSEKOLAHAN
• TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020 (KUMPULAN B SAHAJA)
• CUTI PERAYAAN TAHUN 2020 (KUMPULAN B SAHAJA)
6. MAKLUMAT ASAS SK BUKIT NAGA
• VISI, MISI DAN MOTO SEKOLAH
• LAGU RASMI SEKOLAH
• BARISAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
• BARISAN GURU AKADEMIK
• BARISAN STAF SOKONGAN
7. PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
• JAWATANKUASA PENGURUSAN PENTADBIRAN
• JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM
• SENARAI NAMA GURU KELAS DAN PENDAMPING GURU
2
3 94
107
• SENARAI NAMA GURU KELAS DAN PENDAMPING GURU
(PPKI& PRASEKOLAH) 151
161
• JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN
• JADUAL PENCERAPAN GURU
8. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
• JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
9. PENGURUSAN KO-KURIKULUM
• JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
• JAWATANKUASA PENGURUSAN SUKAN
• JAWATANKUASA PERTANDINGAN & SUKAN
• SENARAI AKTIVITI TAHUN 2020
• LOKASI PERJUMPAAN MINGGUAN KO-KURIKULUM
• JADUAL KEJOHANAN MSSD (R) DAERAH KLANG
• JADUAL PERTANDINGAN KO-AKADEMIK DAERAH KLANG
10. PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
• JAWATANKUASA PENGURUSAN PPKI
• PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2020
• AKTIVITI PPKI DAERAH KLANG TAHUN 2020
11. TAKWIM AKTIVITI SK BUKIT NAGA TAHUN 2020
12. CATATAN
13. LAMPIRAN
14. PELAN KEBAKARAN SEKOLAH
3
4
4
5
MAKLUMAT ASAS DIRI PEGAWAI
KOD SEKOLAH : BBA 0005
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
ALAMAT SEKOLAH : KAMPUNG BUKIT NAGA SEKSYEN 32 40460 SHAH ALAM
NAMA PPD : PPD KLANG
NEGERI : SELANGOR DARUL EHSAN
TELEFON PEJABAT : 03-51616852
NO FAKS PEJABAT : 03-51613859
NAMA PEGAWAI :
KAD PENGENALAN :
FAIL PERIBADI :
ALAMAT RUMAH :
:
TELEFON :
EMAIL :
:
5
6
6
7
KATA ALUAN
PUAN HAJAH NANG HAYATI BINTI AWANG@NIK ISHAK
GURU BESAR SK BUKIT NAGA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Alhamdulillah, syukur dengan keizinan dan inayahNya jua, Buku Pengurusan SK Bukit
Naga Tahun 2020 telah dapat diterbitkan untuk rujukan dan tatapan bersama. Ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya
kepada Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan
Kokurikulum, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan PPKI dan guru-guru/staf sokongan sekolah
yang turut membantu menyediakan buku pengurusan ini. Sesungguhnya dengan dedikasi, komitmen
dan keikhlasan anda semua, buku ini telah dapat disediakan dengan baik sekali.
Mudah-mudahan dengan adanya Buku Pengurusan SK Bukit Naga Tahun 2020 ini,
warga Sekolah Kebangsaan Bukit Naga akan dapat melaksanakan segala tugas yang
diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dapat berganding bahu sesama rakan
sejawat untuk merealisasikan objektif, misi dan visi sekolah. Begitu juga kepada pihak-pihak yang
berkepentingan terutama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sama ada secara individu mahu
pun agensi atau badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, buku pengurusan ini boleh menjadi
rujukan dan dapatan maklumat berkaitan sekolah ini.
Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada warga sekolah
ini. Dipohonkan kemaafan jua jika terdapat kesilapan dan kekurangan yang terdapat di dalam
buku pengurusan ini.
Sekian, Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
HJH NANG HAYATI BINTI AWANG@NIK ISHAK
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
7
8
8
9
RUKUN NEGARA
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
✓ Kepercayaan Kepada Tuhan
✓ Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
✓ Keluhuran Perlembagaan
✓ Kedaulatan Undang-Undang
✓ Kesopanan dan Kesusilaan
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa
semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan malayisa, kami patuh dan mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas ke arah ini, kami:
✓ Berazam meninggikan mutu perkhidmatan,
✓ Bekerja dengan penuh tanggungjawab,
✓ Berusaha mengikis sikap mementingkan diri,
✓ Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan
✓ Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara,
✓ Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara,
✓ Berpegang teguh kepada ajaran agama.
IKRAR INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan
intergrti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah
guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:
Pertama : berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah,
Kedua : menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan
Ketiga rasuah,
: bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang,
Keempat
peraturan dan etika jabatan,
Kelima : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi
Keenam sebarang perlakuan jenayah rasuah,
: Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej
pegawai awam dan
: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni
yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
9
10
10
11
VISI
Pendidikan berkualiti insan terdidik
negara sejahtera
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara.
11
12
12
13
ETIKA KERJA PEGAWAI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:
• Niat yang betul
• Perlakuan yang baik
• Penggerak ke arah kebaikan
• Berdisiplin dan beradab
• Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
NIAT YANG BETUL
Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama,
selari landasan yang berikut:
• Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi, matlamat dan objektif
Kementerian Pendidikan Malaysia
• Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan Negara
• Memberikan sumbangan bermutu
• Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan.
PERLAKUAN YANG BAIK
Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pendidik ke arah
mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu:
• Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang
masa
• Menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan, di samping memberikan kepuasan
kepada pelanggan.
• Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
PENGGERAK KE ARAH KEBAIKAN
Setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah
kebaikan. Justeru seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah:
• Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat
mendorong seseorang melakukan kebaikan
• Berusaha agar hasil dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan
ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat.
• Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.
13
14
NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA PEGAWAI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Walaupun terdapat banyak nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja
Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
• Amanah
• Benar
• Bijaksana
• Bersyukur
• Dedikasi
• Ikhlas
• Penyayang
AMANAH
Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan. Antara amalan “amanah” adalah:
• Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa
menyeleweng dan cuai.
• Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan.
• Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh
yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi.
• Berdisiplin mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan
kepercayaan orang lain terhadap dirinya.
• Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
MEMPERKOTAKAN APA YANG DIKATAKAN
Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga
Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah:
• Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama
ada terhadap diri sendiri atau orang lain
• Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan, dan
• Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.
BERDISIPLIN DAN BERADAB
Aktiviti yang berpatutan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan
warga kementerian yang cemerlang. Justeru itu, setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia
hendaklah:
• Sentiasa menjaga adab seperti yang terdapat dalam ajaran agama
• Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan, dan
• Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.
BERSYUKUR
Perasaan dan perlakuan menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya:
14
15
• Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap
kejayaan sebagai hak
• Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang
dendam atau menabur fitnah
• Tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian
serta tidak boleh putus asa, dan
• Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran yang diterima dan
kemudahan yang disediakan.
DEDIKASI
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja
yang berkualiti, contohnya:
• Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan
tidak mencari helah
• Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan
• Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan
hasil kerja sentiasa berkualiti
• Menjalankan tugas dan bertanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai
atau merungut, dan
• Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.
BENAR
Benar pada niat dan perbuatan, contohnya:
• Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat
yang bersembunyi ataupun mengharapkan balasan
• Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji
• Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap
sombong atau angkuh
• Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan tidak mengelirukan,
dan
• Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.
BIJAKSANA
Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai
dengan masa serta keadaan, seperti:
• Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu
tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah
• Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti
• Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam
menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi, dan
• Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
IKHLAS
Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa
mengharapkan ganjaran, antaranya:
15
16
• Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau
mengelak daripada tanggungjawab
• Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana
pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain
• Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan
tidak bersikap pilih kasih
• Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka, dan
• Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.
PENYAYANG
Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat,
seperti:
• Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri
• Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa
sebarang prasangka buruk
• Bersifat timbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas
• Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan, dan
• Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.
PENUTUP
Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diamalkan oleh semua lapisan warga
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diterajui oleh pihak pemimpin. Setiap warga
Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah bertekad dan berusaha mempertingkatkan kualiti
peribadi dan profesion. Mudah-mudahan setiap kerja dilaksanakan mendapat keredhaan Allah
S.W.T dan diterima sebagai ibadat.
“KUALITI SEPANJANG MASA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEPANJANG USIA”
16
17
PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
1. ARAHAN AM
1.1 Selaku Pegawai Kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki
membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan BUKAN sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian
semata-mata.
1.3 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-
prinsip perkhidmatan cemerlang.
1.4 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Kebangsaan.
1.5 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
sendiri dalam menjalankan tugas.
1.6 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.7 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
2. KEHADIRAN GURU
2.1 Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru-guru dikehendaki melapor diri selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu
persekolahan bermula dan semua aktiviti yang ada kaitan dengan sekolah.
2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa dating lewat hendaklah memberikan
kenyataan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah
secepat mungkin.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam keadaan kecemasan.
2.5 Guru yang tidak dapat hadir untuk sebarang kegiatan sekolah, perlu
memberitahu Guru Besar (Guru Penolong Kanan jika ketiadaan Guru Besar). Isi
borang yang disediakan.
3. KELUAR WAKTU MENGAJAR
3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas atau kawasan sekolah dalam masa
mengajar, kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan daripada Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah dengan
syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan.
3.2 Guru-guru yang terpaksa balik awal kerana sebab-sebab tertentu dikehendaki
mendapat kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan dan mencatatkan sebab-
sebab balik awal di ruang catatan dalam Buku Kedatangan dan Buku Keluar
Masuk guru dan Staf.
4. CUTI
4.1 CUTI REHAT ATAU CUTI PENGGAL
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A/(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi, guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru
17
18
Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugasan mengajar.
4.2 CUTI SAKIT
4.2.1 Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua (2) hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Kecuali
cuti bersalin.
4.2.2 Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh Doktor Swasta tidak boleh melebihi 14
hari dalam satu (1) tahun.
4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.
4.3 CUTI TANPA GAJI
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak
4.3.2 Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam 4
tahun.
4.3.3 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari
diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan
hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh
mula cuti.
4.4 CUTI REHAT
4.4.1 Cuti rehat ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan
dan upacara keagamaan yang dibenarkan bagi tempoh tujuh (7) hari dalam
setahun.
4.5 CUTI KELUAR NEGERI
4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan
daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Sila isi borang permohonan yang ada di
pejabat selewat-lewatnya 10 minggu sebelum cuti bermula.
5. PAKAIAN
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur.
5.2 Guru yang memakai skirt hendaklah labuhnya paras lutut atau bawah daripada
lutut. Baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
5.3 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai iaitu seluar trek panjang yang sesuai, kemeja T, kasut sukan atau kasut
getah tanpa tumit.
6. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
6.1 Buku persediaan mengajar adalah dokumen penting yang perlu dijaga dengan
baik.
18
19
6.2 Lengkapkan segala butiran penting yang terdapat di dalam buku persediaan
mengajar.
6.3 Buku persediaan mengajar dan rancangan pelajaran mesti dibawa bersama ke
dalam kelas semasa mengajar.
6.4 Rancangan harian mesti ditulis sebelum waktu pertama kelas bermula.
6.5 Buku persediaan mengajar perlu dihantar ke pejabat pada setiap hari Jumaat
setelah rancangan untuk hari Isnin telah disediakan.
6.6 Hari Rabu pemantauan khas.
7. ALAT BANTUAN MENGAJAR
7.1 Guru mesti menggunakan alat bantuan mengajar untuk semua mata pelajaran
supaya pelajaran lebih berkesan.
7.2 Alatan boleh dipinjam dari PSS atau dibuat sendiri. Catatkan nama, nama alat,
tarikh pinjam ke dalam buku catatan yang disediakan setelah mendapat
kebenaran guru yang bertanggungjawab.
7.3 Guru yang meminjam alatan sekolah bertanggungjawab menggunakan alat-alat
dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
7.4 Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta merta kepada guru
bertanggungjawab / pejabat/ GPK/ Guru Besar.
8. JADUAL WAKTU
8.1 Sediakan Jadual Waktu kelas (saiz besar) untuk bilik-bilik darjah dan kelas-kelas
khas.
8.2 Gunakan warna-warna yang telah ditetapkan iaitu:
Bahasa Melayu - Jingga
Bahasa Inggeris - Biru
Matematik - Merah
Sains - Hijau Muda
Sejarah - Coklat
Pendidikan Islam / Moral - Putih
Pendidikan Jasmani Kesihatan - Kuning
Pendidikan Muzik - Ungu
Pendidikan Seni Visual - Kelabu
Reka Bentuk dan Teknologi - Hijau Tua
Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Meroon (Merah Hati)
Perhimpunan - Putih
9. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
9.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada setiap hari Isnin.
9.2 Guru yang bertugas perlu menyediakan PA sistem dan memastikan bendera telah
dipasang untuk dinaikkan semasa menyanyikan lagu-lagu yang ditetapkan. Guru
bertugas mesti hadir ke sekolah 15 minit lebih awal dari hari biasa sepanjang
minggu bertugas. Persiapan radio dan pita rakaman lagu diserahkan kepada
Guru Muzik.
9.3 Guru bertugas perlu mengenal pasti pengawas yang akan membaca doa,
membaca ikrar dan menaikkan bendera pada hari tersebut.
19
20
9.4 Agenda perhimpunan:
a. Bacaan doa
b. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah, ikrar Rukun
Negara dan ikrar pelajar.
c. Ucapan dan pengumuman guru bertugas.
d. Ucapan Guru Penolong Kanan atau Guru Besar. (Ikut giliran)
e. Bersurai.
9.5 Selepas perhimpunan berakhir, guru yang mengajar pada waktu kedua
hendaklah bersedia ke kelas masing-masing.
10. PELAWAT DAN PENJUAL
10.1 Semua mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
10.2 Tidak dibenarkan sama sekali menjalankan jualan terus atau promosi buku dan
sebagainya sebelum mendapat kebenaran Guru Besar.
11. KENYATAAN AKHBAR
11.1 Guru adalah dilarang membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak di atas
nama Guru Besar atau pihak sekolah.
12. SURAT RASMI
12.1 Semua Surat rasmi yang ditujukan kepada pihak luar mestilah mendapat kelulusan
daripada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
13. MASA BERTUGAS
13.1 Guru-guru adalah tidak dibenarkan balik awal tanpa kebenaran daripada Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan.
13.2 Guru yang tidak mengajar pada waktu akhir tidak dibenarkan balik sebelum
waktu sekolah tamat.
PENUTUP
Perlu ditegaskan, peraturan di atas adalah tidak merangkumi semua bidang pentadbiran
sekolah. Banyak perkara sebenarnya bergantung kepada rasa tanggungjawab dan “ethical
conclusion” guru-guru semasa menjalankan tugas. Selaku guru dan pegawai kerajaan, kita semua
adalah tertakluk dan mesti mematuhi Perintah Am, Pekeliling-pekeliling Kementerian dan Jabatan
serta Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
Anggaplah tugas kita ini sebagai amal jariah kepada anak bangsa yang bakal mewarisi
Negara. Kita perlu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum
dan pembangunan sahsiah setiap orang murid. Yang paling penting ialah komitmen
melaksanakan amanah yang diberi secara ikhlas, jujur dan minda yang sentiasa terbuka untuk
terus berubah kepada keadaan yang lebih baik dan sempurna.
20
21
PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
1.4 Kewajiban Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah :
1.4.1 Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di
sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}. Kegagalan
atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan
dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk
Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan
secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan
hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada
apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan
dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk subseksyen
135 (2) Akta 550}
1.4.2 Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang
pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar
hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja
pakaian seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu
kegiatan sukan atau permainan, Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-
pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah digunakan.
1.4.3 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan
gerak kerja kokurikulum di sekolah.
1.4.4 Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja
kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam
membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong-royong memperbaiki
kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraaan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan
pembentukan keperibadian.
1.4.5 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan
beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.
1.4.6 Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran
pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
21
22
PERANCANGAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
1. SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1.1 Mukadimah
Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan
Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi
penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai
Wawasan 2020.
1.2 Bidang Tugas
1.2.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaan Pengetua/
Guru Besar, Penolong Kanan I dan Penolong Kanan II.
1.2.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua/Guru Besar.
1.2.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek
pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang.
1.2.4 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
1.2.5 Membantu Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah termasuk sidang petang.
1.3 Senarai Tugas
1.3.1 Kokurikulum
a. Persatuan Dan Kelab
I. Merancang kegiatan persatuan dan kelab
II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
III. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
IV. Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar
b. Pasukan Badan Beruniform
I. Merancang kegiatan pasukan badan beruniform
II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan badan beruniform
III. Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam
IV. Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan badan beruniform di dalam dan di luar
sekolah
22
23
c. Kelab Sukan Dan Permainan
I. Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan
II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan
III. Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan
IV. Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar
sekolah
1.3.2 Pentadbiran
a. Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana
mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U(A) 196 bertarikh
21hb. Mei 1998.
b. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum
sekolah.
c. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
d. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan
kokurikulum telah diambil.
e. Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal
kokurikulum.
f. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah
dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.
g. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti Hari
Kokurikulum Sekolah).
h. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum
serta meningkatkan tahap pencapaian.
i. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
j. Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dan dihantar
sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
k. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang
berhubung dengan kokurikulum.
l. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam
kegiatan kokurikulum.
m. Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia
Berhad.
23
24
n. Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan
dan semasa cuti sekolah.
1.4 Tugas-tugas Lain
1.4.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh
Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa.
1.4.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan
oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa.
2. CARTA ORGANISASI
2.1 Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagai Penolong
Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi
membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum
sekolah.
Beberapa perkara perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat
memberi faedah kepada pelajar dan sekolah.
(a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli;
(b) Kekerapan mengadakan mesyuarat;
(c) Pembentukan jawatankuasa kecil;
(d) Pelaporan berkala;
(e) Dokumentasi.
24
25
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH
PENGETUA/GURU BESAR WAKIL JBPS
(Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar)
PK KURIKULUM PK HEM PK KOKURIKULUM PK PETANG
SETIAUSAHA KOKURIKULUM SETIAUSAHA SUKAN
Penyelaras Pasukan Penyelaras Kelab / Penyelaras Kelab
Badan Beruniform Persatuan Sukan & Permainan
Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Rumah Sukan
PNeontgaer:uCsiaPrtaasuinki asensuBaaidbaangiBseerkuonlaihfoGrmre,dKAe.laBba/gPaeirmsaantaupaunn, iKaeblaoblehSudkiuabna/h,sKuaeitubagRiusemmauha Sukan Dan
Kapten Pasukan Sekolah (Murid-murid)
Nota : Carta ini sesuai bagi sekolah Gred A. Bagaimanapun ia boleh diubahsuai bagi semua sekolah.
25
26
2.2 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
2.2.1 Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
a. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang/ Pendek).
b. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
c. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
e. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.
g. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
h. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga Sekolah, Merentas Desa, Hari
Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
i. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
j. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah.
k. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang
digunakan.
l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
m. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.
d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan Kokurikulum
untuk kepentingan sukan sekolah.
l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
m. Menghadiri kursus dari masa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.
26
27
2.2.5 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform)
a. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.
g. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
• Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun
pada tarikh yang ditetapkan.
• Mengumpulkan semula daripada guru kelas pada akhir tahun untuk
simpanan dan rekod bilik kokurikulum
h. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
• Borang penyertaan persatuan
• Borang senarai AJK dan ahli
• Buku laporan aktiviti
i. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan
rekod.
j. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.
2.2.6 Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin
a. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK.
b. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
c. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
e. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
f. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
27
28
g. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan
Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan.
h. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan
baik.
i. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
j. Mendaftarkan Pasukan badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.
k. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada
ahli-ahli.
l. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah
dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
m. Bertanggungjawab mencatatkan penglibatan dan pencapaian ahli.
n. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
o. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang
diwakili.
p. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
q. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
r. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
s. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
t. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari
masa ke semasa.
2.2.7 Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan
a. Membentuk jawatankuasa.
b. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
c. Berusaha mendapat khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
d. Memastikan undang-undang permaianan dan perlawanan dipatuhi.
e. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah.
f. Menganjur perlawanan antara Rumah Sukan/ Kelas/ Tingkatan /Sekolah.
g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
h. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar
sekolah.
28
29
i. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
j. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
k. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
l. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi untuk digunakan.
m. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
n. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan.
o. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan
daerah/negeri,wakil daerah/negeri dan negara)
p. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kebudayaan
& Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
q. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke
semasa.
3. KELAB/PERSATUAN
3.1 Carta Organisasi Jawatankuasa
3.1.1 Pengerusi
3.1.2 Naib Pengerusi
3.1.3 Setiausaha
3.1.4 Penolong Setiausaha
3.1.5 Bendahari
3.1.6 Penolong Bendahari
3.1.7 Ahli Jawatankuasa (5 -7 orang)
3.1.8 Pemilihan dua (2) orang juru audit
3.2 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa
3.2.1 Pengerusi
a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
29
30
3.2.2 Naib Pengerusi
a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
b. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
3.2.3 Setiausaha
a. Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
c. Mencatat kehadiran ahli.
d. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
3.2.4 Penolong Setiausaha
a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
b. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
3.2.5 Bendahari
a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
c. Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
e. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
f. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
30
31
3.2.6 Penolong Bendahari
a. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
b. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
3.2.7 Ahli Jawatankuasa
a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
b. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
3.2.8 Pemeriksa Kira-kira
a. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertanggungjawab ke atasnya.
31
32
PERLEMBAGAAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
1. BUTIR-BUTIR PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:
1.1 Nama Pasukan Badan Beruniform
1.2 Alamat Pasukan Badan Beruniform
1.3 Tarikh ditubuhkan (Tarikh yang diputuskan oleh Pendaftar)
1.4 Penaung
1.5 Penyelaras / Setiausaha
1.6 Panel Pemimpin
1.7 Jawatankuasa yang dicadangkan
1.8 Daftar Ahli
2. KEAHLIAN:
2.1 Keahlian setiap pasukan pakaian seragam terbuka kepada semua pelajar.
2.2 Pengagihan pelajar dibuat mengikut minat murid.
2.3 Sekiranya pengagihan di atas tidak dapat dilaksanakan jawatankuasa induk kokurikulum
atau pihal pentadbir akan menetapkan kuota bagi setiap pasukan.
3. MASA DAN TEMPAT LATIHAN:
3.1 Masa : (ikut jadual yang ditetapkan)
3.2 Tempat : (nyatakan tempat/bilik perjumpaan diadakan)
4. OBJEKTIF:
4.1 Menanamkan semangat taat setia serta membimbing murid-murid berkhidmat dan
berjasa kepada orang ramai.
4.2 Menyemai sikap bertanggungjawab, berdisplin, berdikari dan membina semangat
kecekalan di kalangan murid-murid.
4.3 Memajukan kesihatan tubuh badan murid disamping mewujudkan perkembangan fikiran
dan semangat murid terhadap agama dan Negara.
4.4 Memberi bimbingan dan panduan kerjaya bagi faedah diri sendiri, keluarga dan
negara.
4.5 Menjadikan suasana di sekolah sebagai suatu tempat yang menarik dan
menggembirakan bagi murid-murid.
4.6 Melatihkan murid-murid supaya mempercayakan penuh pada kebolehan diri mereka.
5. PERANCANGAN KEGIATAN TAHUNAN:
5.1 Panel Pemimpin wajib menyediakan perancangan kegiatan tahunan dengan
mengambilkira takwim sekolah
6. PELUNJURAN:
6.1 Panel Pemimpin perlu menentukan target pencapaian.
7. PELAN BERTINDAK
32
33
33
34
KALENDER PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan &Putrajaya.
PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR JUMLAH JUMLAH
PERSEKOLAHAN HARI MINGGU
02.01.2020 31.01.2020 19 11
1
01.02.2020 29.02.2020 20 9
2
01.03.2020 13.03.2020 10 7
1
1
16
JUMLAH HARI 49
6
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
14.03.2020 22.03.2019 9
23.03.2020 31.03.2020 7
01.04.2020 30.04.2020 22
01.05.2020 22.05.2020 11
JUMLAH HARI 40
16
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
23.05.2020 07.06.2019
08.06.2020 30.06.2020 17
01.07.2020 24.07.2020 18
2 JUMLAH HARI 35
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
25.07.2020 02.08.2020 9
03.08.2020 31.08.2020 19
01.09.2020 30.09.2020 21
01.10.2020 31.10.2020 21
01.11.2020 22.11.2020 13
JUMLAH HARI 74
41
CUTI AKHIR TAHUN
21.11.2020 31.12.2020
34
35
CUTI PERAYAAN TAHUN 2020
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan &Putrajaya.
CUTI PERAYAAN CUTI PERAYAAN YANG CATATAN
DIPERUNTUKAN OLEH KPM SEMUA NEGERI KUMPULAN B
TAHUN BARU CINA
25.01.2020 (SABTU) 23.01.2020 (KHAMIS)
DAN 26.01.2020 (AHAD) 24.01.2020 (JUMAAT)
HARI RAYA AIDILFITRI
24.05.2020 (AHAD) 21.05.2020 (KHAMIS)
DAN 25.05.2020 (ISNIN) 22.05.2020 (JUMAAT)
HARI DEEPAVALI 13.11.2020 (JUMAAT) SEMUA NEGERI KUMPULAN B
14.11.2020 (SABTU) 16.11.2020 (ISNIN)
HARI KAAMATAN
30.05.2020 (SABTU) SABAH DAN LABUAN SAHAJA
DAN 31.05.2020 (AHAD)
HARI GAWAI DAYAK SABAH DAN LABUAN SAHAJA
01.06.2020 (ISNIN)
DAN 02.06.2020 (SELASA)
CATATAN;
PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI : 24 & 25 Mei 2020 (Dalam cuti pertengahan tahun)
PERAYAAN HARI KAAMATAN : 30 & 31 Mei 2020 (Dalam cuti pertengahan tahun)
PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK : 01 & 02 Jun 2020 (Dalam cuti pertengahan tahun)
PERAYAAN HARI RAYA AIDILADHA : 31Julai & 01 Ogos 2020 (Dalam cuti pertengahan Penggal 2)
PERAYAAN HARI KRISMAS : 25 Disember 2020 (Dalam cuti akhir tahun)
35
36
36
37
VISI
Melahirkan insan cemerlang dan
berketrampilan
MISI
Mewujudkan pengurusan sekolah yang
cekap dan efisien dalam persekitaran yang
kondusif serta mesra pelanggan
MOTTO
‘Berilmu dan Berbakti’
37
38
LAGU RASMI
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
Kami warga SKBN
Sekolah yang tercinta
Ayuh marilah bersama
Mencapai cita mulia
Gigih taat dan setia
Semangat wira jaya
Bersemangat dan tetap terus membara
Berjuang dan membela
Berilmu dan berbakti satu cogan kata
SKBN tercinta.
38
39
39
40
40
41
41
42
42
43
BARISAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
TAHUN 2020
GAMBAR NAMA PEGAWAI / NO. FAIL JAWATAN OPSYEN
NANG HAYATI GURU BESAR GURU BESAR
BINTI AWANG@NIK ISHAK
61700
YOB HAMID BIN ISMAIL PK PENTADBIRAN GURU PENOLONG
76067 KANAN
SABARIAH BINTI RASIMIN PK HAL EHWAL MURID GURU PENOLONG
64142 KANAN HEM
MOHD SHUKRI BIN ABDULLAH PK KO-KURIKULUM GURU PENOLONG
A 13476 KANAN
KO-KURIKULUM
ABU BAKAR BIN OTHMAN PK PETANG GURU PENOLONG
99524 KANAN PETANG
ADURA BINTI MOHD YUNAN PK PENDIDIKAN KHAS GURU PENOLONG
57653 KANAN
PENDIDIKAN KHAS
43
44
BARISAN PENDIDIK
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
TAHUN 2020
GAMBAR NAMA / NO. FAIL JPS JAWATAN OPSYEN
A. AZLI BIN AHMAD BASIR GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN
A 7304 ISLAM SEKOLAH ISLAM
RENDAH
AFIQ AFIFI BIN AHMAD ZAMRI GURU BIMBINGAN BIMBINGAN &
A 91174 KAUNSELING
AHMAD BASRI BIN CHE AZIH GURU AKADEMIK BIASA BAHASA ARAB
A 84033 (j-QAF)
AHMAD BURHAN BIN ANOR GURU AKADEMIK BIASA KEMAHIRAN
A 44143 HIDUP
AHMAD FUAD BIN MOKTI GURU AKADEMIK BIASA SAINS
A 60370
AHMAD KAMAL GURU AKADEMIK BIASA MATEMATIK
BIN ABD RAHMAN
A 37120
AHMED YUSSOF BIN GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN
KAMARUDDIN ISLAM SEKOLAH ISLAM
A 66920 RENDAH
44
45
ALECIA PUYU ANAK SEMAN GURU AKADEMIK BIASA KAJIAN SOSIAL
A 70534
AMRIL BIN TJOKKE GURU AKADEMIK BIASA PENG. INGGERIS
A 69485
ARIJAN BINTI SALIM GURU PEMULIHAN PEMULIHAN
A 55046
ASMA BINTI AZMI GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN
A 62710 ISLAM SEKOLAH ISLAM
RENDAH (j-QAF)
AYUNI BINTI MAD SAAD GURU AKADEMIK BIASA PENG. INGGERIS
A 70556
AZIZAN BIN MOHAMAD GURU AKADEMIK BIASA BAHASA MELAYU
A 88861
AZLINA BINTI HASHIM GURU AKADEMIK BIASA BAHASA MELAYU
A 68413
AZWA BIN ABDULLAH GURU AKADEMIK BIASA SAINS
A 28009
45
46
CHE ROHAIDA GURU AKADEMIK BIASA MATEMATIK
BINTI CHE ISMAIL
A 37145
EMZANITA BINTI MAT SAUD GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN
A 58261 ISLAM SEKOLAH ISLAM
RENDAH
FADZLINA BINTI MOHD AKHIR GURU AKADEMIK BIASA PENDIDIKAN SENI
A 32310 VISUAL
FADZLINA BINTI MOHD RAMLI GURU AKADEMIK BIASA PENG. MELAYU
A 39189
FAEZ BIN HASABAN GURU AKADEMIK BIASA BAHASA
A 87710 INGGERIS
FARAH BINTI GHANI GURU AKADEMIK BIASA PENG. SAINS /
A 52168 BAHASA
INGGERIS
FARRAH ADILA BINTI GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN
BAHARUDDIN ISLAM SEKOLAH ISLAM
A 88336 RENDAH
FATHIYAH BINTI MD. SAAD GURU AKADEMIK BIASA PEND. SENI
A 66216 VISETIAUSAHAAL
46
47
FAZZA FAIRUS BIN TUKIRAN GURU AKADEMIK BIASA PENG. MELAYU
A 23525
HANAFI BIN HARUN GURU AKADEMIK BIASA SEJARAH
A 52186
HANIZU BIN HAMZAH GURU PERPUSTAKAAN PENGAJIAN
A 39198 DAN MEDIA MELAYU
HIRDA YANTY BINTI BADLI GURU AKADEMIK BIASA PENGAJIAN
A 69541 MUZIK
IZZATUL NAZIHAH BINTI GURU AKADEMIK BIASA BAHASA
YAHYA INGGERIS
A 88056
JANICA JURI GURU AKADEMIK BIASA SAINS
A 37468
JAYAPPRIYA GURU AKADEMIK BIASA BAHASA
A/P IYYANAR INGGERIS
@SHANMUGAM
A 70671
KALPANA DEVI A/P KARISNIL GURU AKADEMIK BIASA BAHASA
A 31747 INGGERIS
47
48
KANTHA A/P RAMARAVOO GURU AKADEMIK BIASA KEMAHIRAN
A 67353 HIDUP /
MATEMATIK
KHATIJAH BAHASA ARAB
BINTI MUHAMMAT KAWANGIT GURU AKADEMIK BIASA (j-QAF)
A 75127
KHOIRUL NAZWA GURU PENDIDIKAN PEND. KHAS
BINTI MAHAMAD KOLYUBI KHAS INTEGRASI
(PEMBELAJARAN)
A 74692
MAHATI BINTI YAHAYA GURU AKADEMIK BIASA MATEMATIK /
A 9547 KEMAHIRAN
HIDUP
MAIMUN BINTI GHAZALI GURU PERPUSTAKAAN SAINS
A 0417 DAN MEDIA
MAIZA BINTI ISMAIL GURU PRASEKOLAH PRASEKOLAH
A 33140
MAJDAH NASRI BINTI YUSOF GURU AKADEMIK BIASA MATEMATIK
A 66340
MARLINDA BINTI AHMAD PENG. INGGERIS
A 32392
GURU AKADEMIK BIASA / KAJIAN
TEMAPATAN
48
49
MARSIDAH BINTI ABD AZIZ GURU AKADEMIK BIASA MATEMATIK /
A 13380 BAHASA
INGGERIS
MARZIATI BINTI MISRI GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN
A 95445 ISLAM SEKOLAH ISLAM
RENDAH
MASA'AH BINTI ABDUL LATIF GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN
A 46564 ISLAM SEKOLAH ISLAM
RENDAH
MOHAMAD KHAIRULHAFRIZ GURU AKADEMIK BIASA MATEMATIK /
BIN SHAMSUDIN PEND. JASMANI
A 79301
KESIHATAN
MOHD AIZUDDIN GURU AKADEMIK BIASA SAINS
BIN MOHD NOOR
A 70793
MOHD FAIZ GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN
BIN MOHD BAHARAN ISLAM SEKOLAH ISLAM
RENDAH
A 70806
MOHD JAMIL BIN CHE NAWI GURU AKADEMIK BIASA MATEMATIK
A 90333
MOHD NASSIR GURU AKADEMIK BIASA KAJIAN SOSIAL
BIN SHAMSUDIN 49
A 67924
50
MOHD RIDZAN BIN AB SAHIR GURU AKADEMIK BIASA BAHASA ARAB
A 41708 (j-QAF)
MOHD ZAINUDDIN GURU AKADEMIK BIASA PENG. SAINS /
BIN ABDUL GHANI MATEMATIK
A 1941
MOHD ZULAMZAR GURU BIMBINGAN BIMBINGAN &
BIN ABD GHAFAR KAUNSELING
A 94094
MUAZAM SHAH GURU AKADEMIK BIASA KEMAHIRAN
BIN MOHAMAD HIDUP
A 74772
MUFIDAH BINTI KADZRI GURU AKADEMIK BIASA BAHASA ARAB /
A 51781 PEND. ISLAM
(j-QAF)
MUHD AIDIL FIRDAUS GURU PENDIDIKAN PENDIDIKAN KHAS
BIN MOHD ABDULLAH KHAS INTEGRASI
(PEMBELAJARAN)
A 87854
MUHD IZWAN GURU AKADEMIK BIASA SOSIAL /
BIN CHE ISMAIL@SAZALE GEOGRAFI
A 61114
NAHDZAH GURU AKADEMIK BIASA BAHASA
BINTI ABDUL WAHAB INGGERIS
50