DAPATAN KAJIAN TINDAKAN TAHAP PENGETAHUAN
MURID TENTANG DADAH, INHALAN, ROKOK,
ALKOHOL, DAUN KETUM DAN KESAN-KESANNYA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
DISEDIAKAN OLEH:
JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SEKOLAH BUKIT NAGA 2019
PROSEDUR KAJIAN
Tinjauan Awal :
•Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik dalam bentuk
soalan tertutup. Kandungan yang terdapat dalam soal selidik mengandungi 10 soalan
berkaitan tahap pengetahuan pelajar tentang dadah, inhalan, rokok, alkohol dan daun ketum.
10 soalan berkaitan kesan-kesan penyalahgunaan dadah.
•Responden diminta menjawab soalan dengan jujur dan menyerahkan borang semula kepada
penyelidik.
KEPUTUSAN KAJIAN
Jadual 1 : Taburan responden mengikut jantina
Jantina Bilangan responden
Lelaki 36
Perempuan 44
Jumlah 80
KEPUTUSAN TINJAUAN
No. Soalan Perkara Ya Tidak
S1 Saya tahu apa itu dadah 77 3
S2 Saya juga tahu kandungan bahan kimia dalam rokok 46 34
S3 Inhalan selalu dikaitkan dengan menghidu gam 50 30
S4 Saya pernah melihat orang minum alcohol 34 46
S5 Saya pernah melihat pokok ketum 66 14
S6 Saya tahu kedai yang menjual arak 16 64
S7 Inhalan mudah untuk diperoleh 44 36
S8 Ayah saya seorang perokok 40 40
S9 Terdapat pokok ketum berdekatan rumah saya 26 54
S10 Saya tahu di mana tempat untuk mendapatkan dadah 7 73
GRAF TAHAP PENGETAHUAN
MURID
Jadual 3 : Kesan – kesan merokok
No. Soalan Perkara Ya Tidak
S1 Penyakit jantung merupakan salah satu kesan merokok 73 7
S2 Merokok membahayakan kesihatan 80 –
S3 Alkohol boleh menyebabkan seseorang itu mabuk 77 3
S4 Murid yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat seringkali ponteng sekolah. 68 12
S5 Seorang penagih dadah tidak boleh menguruskan diri dengan baik 73 7
S6 Penagih dadah sanggup membunuh untuk mendapatkan wang 74 6
S7 Menghidu gam akan mengakibatkan kerosakan sel-sel otak 79 1
S8 Kasih sayang dan hubungan keluarga yang erat menjauhkan saya dari najis dadah 64 16
S9 Daun ketum sekiranya disalahguna boleh memberi kesan memabukkan 74 6
S10 Saya akan memaklumkan kepada guru PPDa sekiranya mempunyai kawan yang merokok 76 4
GRAF KESAN-KESAN
MEROKOK
RUMUSAN DAPATAN ANALISA DATA
Analisis data dari segi pengetahuan murid
• DARIPADA KAJIAN YANG DIJALANKAN SERAMAI 77 ORANG PELAJAR TAHU APA
ITU MAKSUD DADAH. SELAIN ITU KEBANYAKKAN PELAJAR MEMPUNYAI
PENGETAHUAN TENTANG DADAH DAN ROKOK KERANA KEDUA-DUANYA
MEMPUNYAI LIPUTAN YANG MELUAS DI DADA AKHBAR DAN MEDIA
ELEKTRONIK. NAMUN BEGITU PELAJAR TURUT MEMPUNYAI TAHAP
PENGETAHUAN YANG BAIK BERKAITAN INHALAN, ALKOHOL DAN DAUN KETUM.
ANALISIS TAHAP PENGETAHUAN DARI SEGI KESAN-
KESAN PENYALAH GUNAAN D.A.R.V.I.H
• DAPATAN KAJIAN MENUNJUKKAN MURID-MURID MENGETAHUI KESAN-KESAN
PENYALAHGUNAAN DADAH, INHALAN, ROKOK, ALKOHOL DAN DAUN KETUM SECARA
UMUMNYA. NAMUN BEGITU MASIH TERDAPAT MURID YANG MENJAWAB TIDAK. OLEH ITU,
LANGKAH-LANGKAH YANG LEBIH BERKESAN PERLU DILAKSANAKAN BAGI MEMASTIKAN
MURID-MURID DAPAT MENGUASAI MAKLUMAT TENTANG BAHAYA DADAH SECARA LEBIH
MENDALAM DAN MENINGKATKAN PENGETAHUAN MEREKA TENTANG BAHAYA DADAH KE
TAHAP YANG LEBIH TINGGI.
CADANGAN INTERVENSI
Memantapkan lagi program pembentukan sahsiah terhadap pelajar sekolah agar disiplin dan
jati diri dapat ditingkatkan dan menunjukkan kepada mereka jalan yang lebih positif iaitu jauh
dari dadah adalah jalan yang lebih bahagia
Bahan –bahan ilmiah seperti buku, pamphlet dan artikel mengenai dadah, inhalan, rokok,
alkohol dan daun ketum diperbanyakkan sebagai satu kemudahan kepada pelajar dan guru
mengetahui lebih lanjut berkaitan perkara ini.
Aktiviti dalam program PPDa mesti banyak dan menyeluruh agar warga sekolah memahami dan menyedari
kepentingan program dan dapat menyemai rasa tanggungjawab untuk membanteras musuh utama negara.
Perlu diadakan ceramah dan pameran secara berkala untuk memantapkan lagi penyebaran
maklumat.
Mengadakan beberapa program membanteras penyalahgunaan dadah yang melibatkan komuniti setempat supaya mereka
juga dapat maklumat yang lebih baik dan turut sama membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah, inhalan,
rokok, alkohol dan daun ketum yang berlaku di sekitar kawasan mereka.