INOVASI PEMBELAJARAN
RUMAH
8 BILIK
NAMA GURU : RUMAIZAH BINTI ABDULLAH
SEKOLAH : SMK SULTAN MANSOR KUALA TERENGGANU
PENERANGAN INOVASI
-TAJUK INOVASI : RUMAH 8 BILIK ( OMAR DAN HANA SOLAT BERJEMAAH )
-SINOPSIS INOVASI
‘Solat Berjemaah Pengikat Hati’ merupakan tajuk pertama bab Feqh dalam
silibus Tingkatan Dua KSSM .Kandungan tajuk ini agak banyak dan ada yang sedikit
rumit , justeru memerlukan kreativiti guru untuk mengolahnya agar mampu diserap
sempurna oleh pelajar .
Seringkali pelajar akan keliru apabila diajar tentang kedudukan imam dan
makmum ketika solat berjemaah . Apatah lagi dalam silibus berkenaan , terdapat 8
kaedah kedudukan imam dan makmum perlu dihadam ( rujuk buku teks Pendidikan
Islam KSSM m/s 92 & 93 ) .Pernyataan – pernyataan yag tertera dalam buku teks
seolah-olah sama dan berulang dan menyukarkan pelajar yang mungkin kurang biasa
mengamalkan solat berjemaah .
Begitu juga berdasarkan pengamatan saya ketika solat berjemaah di surau
sekolah , kelihatan ada pelajar yag tidak berada pada kedudukan yang betul . Maka
saya merasakan perkara ini perlu diajar dengan lebih mendalam .
Bertitik tolak daripada kekeliruan yang dihadapi ini , saya memikirkan satu
kaedah pembelajaran yang dapat membantu pelajar menguasai tajuk ini dengan lebih
cepat dan berkesan . Kaedah saya ini dinamakan “Rumah 8 Bilik , Omar dan Hana
Solat Berjemaah” . Saya menamakannya 8 bilik , kerana ada 8 cara yang perlu
diketahui , dan watak Omar dan Hana pula dipilih bagi menimbulkan suasana santai
kerana watak ini amat popular dalam kalangan kanak-kanak mahupun remaja .
Bagi mewujudkan suasana ceria dan berlumba-lumba , saya adunkan kaedah
gamifikasi TUKAR POSISI , berpandukan arahan pada kad arahan yag telah
disediakan terlebih dahulu .
Penggunaan kalimah arahan pula saya jelaskan dengan istilah yang mudah
difahami , iaitu DEKAT – DEKAT SEBELAH KANAN , RAPAT – RAPAT dan IKUT
BELAKANG . Watak-watak yang digunakan pula selain Omar dan Hana adalah bapa
, ibu serta adik beradik mereka berdua .
-OBJEKTIF INOVASI
GURU
-Sebagai bahan bantu mengajar ( BBM ) yang digunakan ketika
menjelaskan kaedah KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM KETIKA
SOLAT BERJEMAAH .
-Sebagai bahan penilaian untuk menguji penguasaan pelajar terhadap
tajuk ini
PELAJAR
-Pelajar dapat mengetahui kedudukan yang betul ketika solat berjemaah
-Pelajar dapat mengaplikasi kedudukan yang betul ketika solat
berjemaah dalam kehidupan seharian
-Memudahkan pelajar mengingat fakta kedudukan ketika solat
berjemaah yang berbagai-bagai
-Menggalakkan pelajar solat berjemaah
-Membudayakan PA 21 dalam kelas
-Membantu suasana persaingan sihat dalam pdpc secara santai
-KUMPULAN SASARAN
Kaedah ini disasarkan kepada pelajar Tingkatan Dua yang menggunapakai silibus
Pendidikan Islam KSSM
-LATAR BELAKANG
BAHAN YANG DIGUNAKAN
BIL BAHAN CATATAN
1 Gambar doodle watak-watak solat
-doodle watak orang solat
berjemaah ( who ) lelaki dan perempuan
-OMAR -dilaminate
-HANA -ditampal pada batang
-AYAH aiskrim berwarna ( biru bagi
-IBU lelaki , merah bagi
-ALI perempuan )
-ADAM
-HUDA Kertas a4 warna
-HANI -dilaminate
2 Set soalan ( what )
-8 set soalan
-klu
3 Set jawapan ( how ) Kertas a4 warna
( gambar kedudukan sebenar ) -dilaminate
4 Latar / Situasi tempat solat ( where ) Kertas a3 warna dilaminate
( suasana mihrab solat yang diprint
dan dilaminate saiz A3 )
5 Pelan Rumah 8 bilik Omar dan Kertas a4
Hana
6 Magnet Digunakan di belakang
doodle
CARA INOVASI DIGUNAKAN
1- Murid diberi pelan rumah 8 bilik yang merupakan penerangan kepada
kaedah kedudukan imam dan makmum ketika solat berjemaah ( rujuk
lampiran )
2- Guru menerangkan terlebih dahulu pelan rumah 8 bilik
3- Pelajar diberi masa 5 minit untuk memahami dan menghafaz pelan
tersebut
4- Guru memanggil 2 pelajar ke depan untuk memulakan gamifikasi rumah 8
bilik – tukar posisi
5- Guru meminta seorang pelajar lain untuk membawa watak guru dan
bertanyakan soalan dengan membaca arahan dan klu pada set soalan
6- 2 pelajar tadi menjawab soalan dengan melekatkan watak doodles pada
papan putih
7- Pelajar yang dapat menjawab semua soalan dengan tepat dikira
pemenang
8- Sebagai tugasan berkumpulan, guru meminta pelajar mempersembahkan
semula pelan “Rumah 8 Bilik : Omar dan Hana Solat berjemaah” mengikut
versi dan cara masing-masing
KOS MENGHASILKAN INOVASI
. ITEM KOS
BIL Kertas warna RM 1.20
1 RM0.30 x 2 keping ( latar )
RM0.30 x 2 keping ( set soalan dan RM 12.00
2 jawapan ) RM 2.00
Laminate RM 5.00
RM2.00 x 2 keping ( latar )
RM 2.00 x 4 keping ( watak / 2 set ) RM 20.00
3 Batang aiskrim
20 batang
4 Magnet
20 biji
JUMLAH
KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Sebelum kaedah ini saya perkenalkan , pelajar kelihatan keliru
untuk mengingati kedudukan ketika solat berjemaah . Ini berlaku melalui
pemerhatian saya ketika pelajar melakukan amali solat berjemaah
sebelum ini , terutamanya ketika solat berjemaah sesama perempuan .
Selepas kaedah ini diajar, saya dapati pelajar telahpun faham dan
mampu mengaplikasi kaedah ini dengan baik dalam kehidupan harian
mereka . Disiplin ketika soalan berjemaah seperti merapatkan saf,
menyamakan tumit kaki dan tidak mendahului imam juga dapat mereka
praktikkan dengan baik .
Saya juga dapati pelan rumah 8 bilik ini telah dapat mencetuskan
budaya berfikir kreatif di mana guru bertindak sebagai pemudahcara
sahaja . Buktinya , apabila saya meminta pelajar menterjemahkan
semula pelan ini dalam bentuk persembahan gaya msing-masing , ada
yang menghasilkan buku ‘pop up’ kedudukan solat berjemaah yang
sanga menarik . Saya kira , objektif pppc telah tercapai dan
pembelajaran abad21 berjaya diterapkan .
( sila rujuk borang maklumbalas dan lampiran gambar hasil kerja
berkumpulan pelajar )
POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN
Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada para
pelajar kelas saya , saya amat yakin bahawa kaedah ini boleh
diperluaskan kepada kelas-kelas lain . Pendekatan pdpc secara santai ,
menggunakan kaedah gamifikasi , mengoptimumkan kepelbagaian
warna dan mengandungi unsur interaktif sesungguhnya membantu
pelajar memahami tajuk dengan lebih baik .
Perkongsian saya bersama rakan-rakan guru yang lain juga
membawa impak positif . Mereka turut teruja dan ingin mencuba kaedah
ini bersama pelajar masing-masing .
Harapan saya agar idea sekelumit yang diterjemahkan dalam
bentuk pdpc ini dapat menyumbang kepada kefahaman yang betul
terhadap ibadah solat berjemaah , InSya Allah .
RUMAH 8 BILIK
OMAR DAN HANA SOLAT BERJEMAAH
Ayah Ayah
AJAK Omar Ajak Omar , Adam & Ali
RAPAT-RAPAT SEBELAH
IKUT BELAKANG
KANAN
Ayah
Ibu Ajak Ibu , Hana dan Hani
ajak Hana
RAPAT-RAPAT SEBELAH IKUT BELAKANG
KANAN
Ibu
Ajak Hana dan Hani
RAPAT-RAPAT
Ibu Ayah
Ajak Hana, Hani dan Huda Ajak Omar , Adam dan Ali
RAPAT-RAPAT IKUT BELAKANG
Ibu
IKUT BELAKANG
Ayah Ayah
Ajak Omar RAPAT-RAPAT Ajak Omar , Adam dan Ali
SEBELAH KANAN IKUT BELAKANG
Ibu , Hana dan Hani Ibu , Hana dan Hani
IKUT BELAKANG IKUT BELAKANG
RUMAH 8 BILIK
Omar dan hana solat berjemaah
KAD SOALAN
1 2
Ayah Ayah
AJAK Omar Ajak Omar , Adam & Ali
Ibu
ajak Hana
3 4
Ibu Ayah
Ajak Hana dan Hani Ajak Ibu , Hana dan Hani
5 6
Ibu Ayah
Ajak Hana, Hani dan Huda Ajak Omar , Adam dan Ali
Ibu ikut sekali
7 8
Ayah Ayah
Ajak Omar Ajak Omar , Adam dan Ali
Ibu , Hana dan Hani ikut sekali
Ibu , Hana dan Hani
Ikut sekali
KAD JAWAPAN
BORANG MAKLUMBALAS (( EXIT CARD ))
NAMA
TINGKATAN
TAJUK PELAJARAN
KAEDAH RUMAH 8 BILIK : OMAR DAN
HANA SOlat BERJEMAAH
1) Adakah anda tahu kedudukan
solat berjemaah sebelum ini
2) Jika ya , adakah pengetahuan
anda itu betul ?
3) Setelah mempelajari kaedah
Rumah 8 Bilik : Omar & Hana
solat berjemaah , adakah anda
faham ?
4) Perasaan ada setelah belajar
melalui kaedah ini
5) Harapan anda selepas ini
BORANG MAKLUMBALAS ( ( EXIT CARD ) )
NAMA
TINGKATAN
TAJUK PELAJARAN
KAEDAH RUMAH 8 BILIK : OMAR DAN
HANA SOlat BERJEMAAH
6) Adakah anda tahu kedudukan
solat berjemaah sebelum ini
7) Jika ya , adakah pengetahuan
anda itu betul ?
8) Setelah mempelajari kaedah
Rumah 8 Bilik : Omar & Hana
solat berjemaah , adakah anda
faham ?
9) Perasaan ada setelah belajar
melalui kaedah ini
10) Harapan anda selepas ini
GAMBAR AKTIVITI KETIKA PDPC
RUMA 8 BILIK : OMAR & HANA SOLAT BERJEMAAH
GAMBAR AKTIVITI KETIKA PDPC
RUMA 8 BILIK : OMAR & HANA SOLAT BERJEMAAH
GAMBAR AKTIVITI KETIKA PDPC
RUMA 8 BILIK : OMAR & HANA SOLAT BERJEMAAH