1.1
1.2 SMK SULTAN MANSOR
21070, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
1.3 TAJUK PROGRAM :
AMALAN TERBAIK PANITIA PENDIDIKAN ISLAM : MENGUPAYA GPI MELALUI
PEMERKASAAN PLC
1.4 TEMA : KUALITI GURU YANG KOMPETEN DAN BERINOVASI
1.5 PENGENALAN
i- LATAR BELAKANG
Pemerkasaan PLC dalam kalangan guru Pendidikan Islam di SMK Sultan Mansor
bertitik tolak daripada hasrat untuk menjulang GPI selaku guru serba boleh.
Kesempatan mengharungi pdpr era pandemik yang menuntut GPI sentiasa ke depan
membuatkan kami terpanggil untuk sentiasa berkongsi kemahiran sesama kami bagi
diaplikasikan pula sewaktu sesi pembelajaran Perkongsian tidak terhenti setakat itu,
bahkan PLC demi PLC terus diadakan bagi menjelmakan pula hasrat kemenjadian
murid sama ada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum.
ii-PEGAWAI TERLIBAT
1-Biyamin bin Yusof ( Ketua Panitia ) 2-Rumaizah Bt Abdullah
3-Wan Aminah Bt Wan Hasan 4-Salilawati Bt Bidin
5-Rozita Bt Abdullah 6-Zanariah Bt Mamat
7-Nazifah Bt Chik 8-Shahriah bt Muhammad
9-Haslidza bt Ibrahim
iii-OBJEKTIF PELAKSANAAN
Memartabatkan guru Pendidikan Islam sebagai guru ‘multi-talented’
Berkongsi kemahiran pdpr seiring tuntutan semasa
Merealisasikan kemenjadian murid
1.6 PENYELESAIAN MASALAH
Apabila menjalankan sesi pdpr, terdapat dalam kalangan guru Pendidikan Islam yang
belum mahir menggunakan aplikasi teknologi . Ada yang masih menggunakan cara
yang serupa seperti medium ‘whatsapp’ semata-mata ataupun hanya menyuakan
pelajar dengan kuiz atas talian milik orang lain. Pdpr juga dilihat agak membosankan
apabila pembelajaran hanya bersifat sehala. Ini bertentangan dengan elemen PAK21
yang menuntut pembelajaran aktif antara guru dan murid . Atas kesedaran ingin
memartabatkan guru Pendidikan Islam, maka Panitia Pendidikan Islam telah
merancang dan dapat melaksanakan beberapa fasa “Professional Learning
Community” ( PLC ) yang berfokus.
2.0 PELAKSANAAN
2.1 PROSES PELAKSANAAN
Fasa 1 : berfokuskan kepada ‘teacher sharing session’ di mana GPI yang mahir dalam
beberapa aplikasi ICT membuat tunjuk cara dan melakukan sesi simulasi secara ‘live’.
Fasa 2 : berfokuskan kepada kemenjadian murid dengan memberi peluang kepada
murid merekacipta bahan pembelajaran sendiri. PLC bersama murid ini berkonsepkan
Projek Inovasi Mega.
Fasa 3 : berfokuskan kepada pemantapan teknik pengajaran sesama guru untuk
mengajar tajuk-tajuk tertentu , khusus kepada GPI yang mengajar Tingkatan 5. Sesi
PLC ini diberi nama JUS A PAI ( jawab Untuk Skor A PAI ) yang dijalankan sesama
GPI Tingkatan 5 dan murid-murid Tingkatan 5.
2.2 IMPAK
2.2.1 - Hampir semua GPI dapat menguasai teknik asas ICT dalam PDPR. Antaranya
membina sendiri kuiz di atas talian menggunakan aplikasi ‘quizziz’ , mengendalikan
sesi ‘live quiz’ ketika pdpr dan menghasilkan ‘padlet’ kelas masing-masing.
2.2.2 – Sebanyak 14 ‘team’ inovasi dapat dibentuk dan dihantar menyertai
pertandingan inovasi anjuran Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan.
2.2.3 – Bertitik tolak daripada sesi PLC GPI Tingkatan Lima, sebanyak 9 siri ‘Jus A
PAI’ dapat dilaksanakan kepada semua murid Tingkatan Lima yang berfokuskan
teknik menjawab mengikut bab.
2.3 KEKUATAN DAN KELEMAHAN
2.3 – Kekuatan
Kerjasama yang erat antara guru Pendidikan Islam menjadikan segala
perancangan dapat dilaksanakan.
Semua GPI bersikap ‘memberi dan menerima’. Yang tahu tidak lokek berkongsi
dan yang kurang mahir tidak kekok menerima tunjuk ajar.
3.0 GAMBAR PELAKSANAAN
PLC fasa 1 berkaitan kemahiran IT Sewaktu PLC berlangsung yang
melibatkan semua GPI
PLC fasa 2 berkaitan projek inovasi mega PLC fasa 2 melibatkan guru dan
pelajar terpilih
PLC Fasa 3 berkaitan teknik menguasai topik Sewaktu PLC berlangsung sebanyak
9 siri
Pemenang program inovasi Antara sijil pemenang inovasi IIMOS
21
NAMA PLC
3.1 DATA PLC GENG KITER
BIL TARIKH / FASA PROJEK INOVASI MEGA
1 Fasa 1 ( TEACHER JUS A PAI SIRI 1
JUS A PAI SIRI 2
SHARING SESSION ) JUS A PAI SIRI 3
22/9/2021 JUS A PAI SIRI 4
2 Fasa 2 JUS A PAI SIRI 5
10 /10/2021
3 6/1/2022
11/1/2022
18/1/2022
25/1/2022
9/2/2022
15/2/2022 JUS A PAI SIRI 6
22/2/2022 JUS A PAI SIRI 7
24/2/2022 JUS A PAI SIRI 8
JADUAL 1 : TARIKH PELAKSAAN PLC
BIL NAMA PASUKAN PENCAPAIAN
1 ARABIC OSC 2.0 GOLD
2 KUT ANA GOLD
3 BERAKEB CENTRE GOLD
4 UIPI ISOTOP SILVER
5 IMAN BXY SILVER
6 PEJA OSC SILVER
7 JDI BY KINAH SILVER
8 PAI ON THE GO ( Inovasi Guru ) SILVER
9 IIDP AIOO BRONZE
10 KR CREW FIZMAN BRONZE
11 ZAWAJ RAIKAN CINTA BRONZE
12 HUBME OSC BRONZE
13 ARABIC PROJECT ( Inovasi Guru ) BRONZE
14 COOKING WITH ARABIC BRONZE
JADUAL 2 : PENCAPAIAN PASUKAN INOVASI PAI DALAM
PERTANDINGAN INOVASI ( International Information Management
Online Showcase ( IIMOS 21 ) anjuran FAkulti Teknologi Maklumat
UITM Machang
4.0 PENUTUP
Panitia Pendidikan Islam SMK Sultan Mansor menutup tirai sesi persekolahan
2021/2022 dengan penuh bergaya. Biarpun catatan kemenangan belum boleh
dibanggakan, namun pencapaian semasa ini sedikit sebanyak menjadi pemangkin ke
arah merealisasikan elemen guru berkualiti dan kemenjadian murid yang menjadi
tunjang transformasi sekolah. Adalah diharapkan keputusan SPM 2021 juga akan
memberi impak positif sekaligus melunaskan segala kerjabuat yang telah termeterai.
Disediakan oleh,
Rumaizah binti Abdullah
Guru Pendidikan Islam SMK Sultan Mansor
( Setiausaha TS25 SMK Sultan Mansor