The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PKUK1152 KOMUNIKASI AUGMENTATIF DAN ALTERNATIF MURID BERKEPERLUAN KHAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NG ZI JING IPG-Pelajar, 2023-03-08 09:46:26

PKUK1152 KOMUNIKASI AUGMENTATIF DAN ALTERNATIF MURID BERKEPERLUAN KHAS

PKUK1152 KOMUNIKASI AUGMENTATIF DAN ALTERNATIF MURID BERKEPERLUAN KHAS

PENGHASILAN PRODUK NGZI JINGPPS2-1 PKUK1152 KOMUNIKASIAUGMENTATIFDANALTERNATIF MURIDBERKEPERLUANKHAS Pensyarah:Dr Lim ChinYin


Nama penghasilan produk Rasional produk Langkah-langkah sistem AAC dalam penghasilan produk Kajian-kajian berkaitan ke arah penghasilan produk AAC Idea produk Penggunaan produk Impak ke atas MBPK Rujukan ISI KANDUNGAN


NAMA PENGHASILAN PRODUK Nama bagi produk yang dihasilkan ialah Socbag yang merupakan pengabungan daripada dua perkataan Bahasa Inggeris, iaitu social dan bag. Hal ini demikian kerana produk tersebut adalah dalam bentuk beg yang boleh membawa seperti beg sekolah dan berfungsi sebagai alat komunikasi bagai MBPK yang bermasalah dalam komunikasi harian.


Membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mengalami masalah komunikasi untuk berinteraksi dengan orang lain tanpa menggunakan bahasa. OBJEKTIF : RASIONAL PRODUK MBPK yang tidak menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan MBPK yang mempunyai motor halus yang baik MBPK yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme PENGGUNA PRODUK : Produk yang dihasilkan sesuai digunakan oleh


Gambar dibentuk dalam saiz yang besar supaya mudah dicari oleh MBPK. MENCARI GAMBAR-GAMBAR YANG SESUAI DIJIADIKAN SEBAGAI SIMBOL DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB PICTO4ME LANGKAH-LANGKAH SISTEM AAC DALAM PENGHASILAN PRODUK Gambar-gambar yang telah dicetak diguntingkan mengikut saiz yang sesuai dan sama. MENCETAK GAMBAR-GAMBAR DAN MENGGUNTINGKAN 1 2


Gambar-gambar dibalut dengan pembalut kertas yang lutsinar dan bola kecil yang lembut diisi semasa membalut supaya menjadi lebih bongkak. Hal ini bertujuan untuk memudahkan MBPK mengeluarkan gambar daripada verco tape. MEMBALUT GAMBAR-GAMBAR DENGAN MENGGUNAKAN PEMBALUT KERTAS Gambar yang telah siap dibalutkan dan juga papan dilekat dengan verco tape yang membolehkan gambar-gambar dikeluar dan ditampal balik. MELEKATKAN GAMBAR DAN PAPAN DENGAN VERCO TAPE 3 4


Kanak-kanak autisme lebih menggunakan imaginasi untuk memikirkan atau mengingatkan sesuatu. Sekiranya berbanding dengan bahasa, mereka lebih sesuai belajar melalui gambar (James, 2007). Menurut kajian Rabiatul, Zulkufli & Dr. Mior Ahmad (2017), PECS dapat meningkatkan minat MBPK untuk berkomunikasi dengan guru-guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sistem tersebut telah membantu guruguru untuk mengetahui dan memahami kehendak murid mereka. Oleh itu, Kaedah PECS sesuai dilaksanakan oleh guru-guru untuk mengembangkan kemahiran komunikasi MBPK. KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN KE ARAH PENGHASILAN PRODUK AAC


Produk tersebut diadaptasi daripada Pictures Exchange Communication System (PECS) yang merupakan sesuatu sistem komunikasi augmentatif dan alternatif yang menggunakan gambar sebagai item komunikasi ( Rabiatul, Zulkufli & Dr. Mior Ahmad, 2017). Ibu bapa atau guru-guru menggunakan gambar-gambar untuk berkomunikasi dengan MBPK. PECS yang melibatkan konsep visual membantu MBPK terutamanya kanak-kanak autisme untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain. Selain daripada kanak-kanak autisme, MBPK yang bermasalah seperti kanakkanak ketidakupayaan pendengaran yang lemah dalam menguasai bahasa isyarat juga dapat menggunakan produk tersebut. IDEA PRODUK Di samping itu, produk tersebut direka bentuk menjadi beg sekolah yang dapat dibawa ke mana-mana tempat. Hal ini memudahkan MBPK membawa produk tersebut untuk berkomunikasi dengang orang lain.


PENGGUNAAN PRODUK MBPK memilih gambar-gambar yang dapat menyampaikan keinginan mereka daripada setiap tapak dan mengeluarkan gambar-gambar tersebut. Seterusnya, MBPK akan melekatkan gambar-gambar yang dipilih pada verco tape yang terdapat di tapak kuning. 1 2


Gambar-gambar disusu mengikut gambar yang seterusnya dan membentuk satu ayat. Akhirnya, gambar-gambar yang disusun akan menjadi satu ayat yang dapat memberitahu keinginan MBPK kepada ibu bapa atau guru-guru. Mereka dapat mengetahui perkara yang sedang difikir oleh MBPK melalui gambar-gambar tersebut. 3 4


MBPK dapat berkomunikasi dengan orang lain menggunakan produk AAC tersebut. Mereka tidak akan diabaikan oleh masyarakat kerana mereka dapat menjalin hubungan dengan orang lain. Mereka mampu mengeluarkan perasaan dan keinginan mereka kepada orang lain dengan menggunakan produk AAC tersebut. - MBPK telah ditarik minat untuk berkomunikasi dengan guru-guru melalui PECS (Rabiatul, Zulkufli & Dr. Mior Ahmad, 2017). - Manusia berhidup dalam bentuk masyarakat haruslah berkomunikasi antara satu sama lain untuk mewujudkan kerjasama dan suasana yang aman sejahtera. Tanpa komunikasi, manusia tidak mampu menjadi ahli masyarakat kerana tidak wujudnya hubungan dengan orang lain (Ety Inah, 2013). IMPAK KE ATAS MBPK Motor halus MBPK dapat dipertingkatkan. - Perkembangan motor halus ialah perkembangan otot tangan untuk melakukan pergerakan yang tertentu melalui koordinasi jejari dan penglihatan (Febriana, A., & Kusumaningtyas, L. E., 2017). Produk yang dihasilkan memerlukan kekuatan pada jari untuk mengeluarkan gambar-gambar yang dilekatkan pada verco tape maka motor halus dapat dikembangkan.


Inah, E. N. (2013). Peranan komunikasi dalam pendidikan. Al-TA'DIB: Jurnal Kajian Ilmu Kependidikan, 6(1), 176-188. Wahid, R. A., Mahayudin, Z., & Idris, M. A. T. M. (2017, August). Aplikasi Pictures Exchange Communication System (PECS) Dlam Mengatasi Masalah Komunikasi Antara Guru Dan Murid Autisme. In Proceedings of International Conference on Special Education (Vol. 2). James, S. V (2007), Autistic Children can be Taught to Read. Brooklyn : Long island University. Febriana, A., & Kusumaningtyas, L. E. (2017). Meningkatkan motorik halus anak melalui kegiatan menganyam pada anak kelompok b usia 5-6 tahun. Jurnal AUDI: Jurnal Ilmiah Kajian Ilmu Anak dan Media Informasi PAUD, 2(2), 70-75. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version