Page | 1 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA PANDUAN DAN PERATURAN KHAIRAT KEMATIAN BIRO KHAIRAT KEMATIAN, SURAU AN-NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR. SURAU AN-NUR LAKEVIEW APARTMENT, TAMAN JASA PERWIRA PERATURAN BIRO KHAIRAT KEMATIAN 1. NAMA Biro Khairat Kematian Surau An-Nur Lakeview Apartment Taman Jasa Perwira 68100 Batu Caves Selangor. 2. ALAMAT Surau An-Nur, LG2 Blok C, Lakeview Apartment, Taman Jasa Perwira, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. 3. TUJUAN Memberi bantuan wang tunai atau bentuk lain bantuan jika berlaku kematian ke atas ahli, pasangan atau tanggungan. 4. TAKRIF a. Ahli: Penduduk kariah Surau An-Nur, Lakeview Apartment, Taman Jasa Perwira yang memohon dan diterima masuk ke dalam Biro mengikut peraturan.
Page | 2 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA b. Biro: Biro Khairat Kematian Surau An-Nur Lakeview Apartment, Taman Jasa Perwira, Batu Caves Selangor. c. Bantuan: Apa-apa bantuan sama ada wang tunai atau dalam bentuk lain yang diberikan dalam pengurusan jenazah. d. Jawatankuasa: Ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut peraturan 14. e. Pasangan: • Isteri kepada ahli. • Suami kepada ahli. f. Tanggungan: • Anak-anak yang tinggal bersama. • Anak-anak yang dimaksudkan termasuk anak-anak angkat berdaftar dan anak-anak tiri yang diiktiraf. • Ibu bapa dan ibu bapa mertua yang tinggal bersama. • Cucu yang kematian ibubapa. • Adik yang kematian ibubapa. • Yang belum bekerja atau tidak bekerja. (Had umur yang 26 tahun lelaki / 27 tahun bagi perempuan) • Anak OKU yang berdaftar tiada had umur. g. Surau: Surau An-Nur Lakeview Apartment, Taman Jasa Perwira. h. Penduduk Kariah Surau: Penduduk Islam yang tinggal di Lakeview Apartment, Taman Jasa Perwira. i. Yuran: Termasuk Yuran Keahlian dan Yuran Tahunan.
Page | 3 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA 5. KEAHLIAN a. Keahlian terbuka kepada penduduk Islam Kariah Surau yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas. b. Jika ahli meninggal dunia, pasangan atau tanggungan perlu mendaftar menjadi ahli baru dalam tempoh 4 bulan sekiranya masih ingin meneruskan caruman. 6. PERMOHONAN Permohonan keahlian hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa atau di laman sesawang https://bit.ly/KhairatLV2024 7. YURAN KEAHLIAN Yuran keahlian sebanyak RM20 dikenakan ketika permohonan keahlian dikemukakan 8. YURAN TAHUNAN a. Yuran tahunan dipungut sebanyak RM50 setahun. Biro dari semasa ke semasa boleh menyemak kadar yuran dan berkuatkuasa selepas mendapat kelulusan Pihak Surau. b. Ahli boleh membayar yuran tahunan mengikut tahun semasa sahaja. 9. SUMBANGAN IKHLAS Ahli – ahli digalakkan memberi sumbangan ikhlas. 10. KUTIPAN YURAN a. Semua yuran hanya boleh dikutip oleh jawatankuasa Biro sahaja. Sebarang yuran yang diserahkan kepada orang lain, pihak Biro tidak bertanggungjawab. b. Semua yuran dalam bentuk cek hendaklah dibuat diatas nama SURAU ANNUR
Page | 4 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA 11. BANTUAN KEMATIAN a. Had bantuan kematian diberikan seperti di Jadual 1 • Dari semasa ke semasa, Biro akan membuat penyesuaian kadar bantuan mengikut kos pengurusan kadar bantuan mengikut kos pengurusan jenazah tertakluk kepada kemampuan kewangan Biro. Walau bagaimanapun sebarang perubahan kadar bantuan, ianya hendaklah tidak kurang dari apa yang diberikan pada kos semasa. • Perubahan kadar hendaklah mendapat kelulusan pihak Biro Khairat Kematian. b. Kaedah Bantuan Kematian Bantuan kematian akan diberikan kepada ahli atau waris ahli dalam bentuk wang tunai dan lain-lain kaedah yang difikirkan praktik dan berfaedah oleh Biro. c. Pemberitahuan • Ahli atau waris ahli hendaklah dengan segera memaklumkan kepada jawatankuasa jika berlaku sebarang kematian. Salinan sijil kematian hendaklah dikemukakan kepada ahli jawatankuasa. • Bantuan kematian tidak akan dikeluarkan jika ahli jawatankuasa tidak diberitahu dalam tempoh 2 bulan. d. Meninggal dunia diluar kariah Surau Ahli atau keluarga ahli (selain dari ibu bapa dan ibu bapa mertua) yang meninggal diluar kariah juga berhak mendapat bantuan kematian. e. Ibu Bapa Ahli Ibu bapa ahli yang tidak tinggal bersama atau meninggal dunia diluar kariah masjid tidak layak diberi manafaat kematian.
Page | 5 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA 12. TANGGUNGJAWAB AHLI Ahli-ahli dikehendaki memperbaharui keahlian dengan membayar yuran tahunan pada tarikh yang telah ditetapkan setiap tahun. Mana-mana ahli yang gagal menjelaskan yuran tahunan akan menerima notis bertulis. Jika selepas empat belas hari, ahli masih gagal menjelaskan yuran bulanan, keahliannya akan digantungkan. 13. BERHENTI KEAHLIAN a. Ahli boleh berhenti pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada Setiausaha Biro. b. Mana-mana ahli yang berpindah keluar dari kariah Surau dengan sendirinya gugur keahliannya. 14. KEAHLIAN SEMULA Ahli yang berhenti atas sebab berpindah rumah diluar kariah masjid boleh memohon menjadi ahli semula mengikut peraturan 6. 15. PULANGAN BALIK YURAN Semua yuran bulanan adalah sedekah dan ianya tidak dikembalikan kepada ahliahli yang berhenti atau digugurkan. 16. TUNTUTAN PALSU Ahli-ahli yang membuat tuntutan kematian dan kemudiannya didapati tidak benar hendaklah memulangankannya semula dalam tempoh empat belas hari (14) selepas diberi notis. Kegagalan demikian, keahliannya akan digugurkan. Laporan kepada pihak berkuasa juga boleh dibuat sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan.
Page | 6 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA 17. PENTADBIRAN a. Pentadbiran Badan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh surau Jawatankuasa badan terdiri: i. Pengerusi ii. Naib Pengerusi iii. Setiausaha iv. Bendahari v. Pemeriksa kira-kira 1 vi. Pemeriksa kira-kira 2 vii. Ahli Jawatankuasa b. Ahli jawatan kuasa boleh meletak jawatan dengan memberikan notis bertulis. c. Pihak surau berhak memberhentikan mana-mana Ahli jawatankuasa Biro atas kebaikan dan kepentingan Biro. d. Setiausaha Biro adalah bertanggungjawab dalam operasi harian Biro. 18. MESYUARAT a. Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan urusan Biro mengikut tempoh yang ditetapkan. Bagaimanapun, sekurangkurangnya satu mesyuarat bagi setiap tiga bulan. b. Notis mesyuarat hendaklah tidak kurang dari 14 hari. c. Salinan minit mesyuarat hendaklah disampaikan kepada pengerusi. d. Bendahari biro hendaklah membentangkan Laporan Kewangan setiap Mesyuarat Jawatankuasa. e. Laporan kegiatan dan kewangan Biro akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa
Page | 7 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA 19. KEWANGAN Punca kewangan Biro terdiri daripada: a. Yuran keahlian yang diterima daripada penduduk kariah surau memohon untuk menjadi ahli Biro. b. Yuran keahlian yang diterima daripada ahli biro. c. Jualan kelengkapan jenazah dan upah pengurusan jenazah yang diuruskan oleh Biro. d. Sumbangan-sumbangan ikhlas yang diterima oleh Biro. 20. KEGUNAAN DANA Wang Biro hanya boleh digunakan bagi: a. Memberi bantuan kematian dalam tunai dan lain-lain bentuk yang ditentukan oleh Biro mengikut kadar yang ditetapkan. Kadar bantuan seperti di Jadual 2. b. Kos alat tulis dan pentadbiran. c. Menyediakan kemudahn pengurusan jenazah yang diluluskan oleh pihak biro dari semasa ke semasa. d. Memberi sumbangan kewangan atas kadar munasabah dalam aktiviti Surau tertentu (selepas dipersetujui dalam mesyuarat agung). e. Lain – lain perbelanjaan berkaitan dengan urusan jenazah. f. Semua pembayaran hendaklah disokong dengan baucer kecuali bagi pembayaran runcit (tidak melebihi RM50). 21. AKUAN BANK Satu akaun berasaskan Islam hendaklah dibuka oleh pihak Surau atas nama “Surau An-Nur” (Biro Khairat Kematian). Akaun ini diuruskan oleh penama yang diluluskan oleh pihak Biro.
Page | 8 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA 22. WANG RUNCIT Bendahari bila-bila masa boleh memegang wang ditangan tidak melebihi bantuan tiga kematian. 23. PERAKUANAN a. Biro hendaklah menyimpan rekod perakaunan dalam bentuk manual atau elektronik serta menyediakan laporan kewangan mengikut amalan yang diterima umum. b. Satu penyata kewangan tahunan disediakan dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Khairat. 24. JURUAUDIT Juruaudit surau adalah juga juru audit biro. 25. PERTUKARAN ALAMAT Adalah menjadi kewajipan ahli-ahli memaklumkan kepada Biro jika berpindah. 26. PINDAAN PERATURAN BIRO Peraturan ini boleh dipinda dari semasa ke semasa dan berkuat kuasa selepas mendapat persetujuan pihak biro Khairat. 27. KUATKUASA Peraturan ini berkuatkuasa mulai 1 Februari 2020 • Manfaat Ahli – RM 1200 • Manfaat Pasangan – RM 700 • Manfaat Anak dan Tanggungan – RM 500
Page | 9 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA JADUAL 1 SURAU AN-NUR TAMAN JASA PERWIRA BIRO KHAIRAT KEMATIAN KADAR BANTUAN KEMATIAN Bil Perihal Dewasa / Kanak -Kanak 1 Kelengkapan Jenazah RM 150 2 Papan Lahat RM 50 3 Upah Gali RM 300 4 Mandi & Kafan RM 150 5 Wakaf Surau RM 50 6 Van Jenazah RM 120 7 Genarator Malam RM 100 8 Upah Imam Talkin RM 50 9 Sumbangan Tambahan Kebumi Malam RM 150 10 Luar Kawasan Caj (Van Jenazah) RM 1KM = RM2 Kadar harga yang tertera diatas adalah mengikut harga semasa yang telah ditetapkan oleh pihak Masjid Kariah.
Page | 10 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA PANDUAN RINGKAS Menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak • Perlu berada disisinya • Perlu sentiasa mengingatkan kalimah tauhid di telinga • Membaca Al-Quran/ Surah Yasin Apabila berlaku kematian • Bersihkan najis jika ada dan salin pakaiannya • Rapatkan kedua belah matanya • Qiamkan tangannya dan ikatkannya • Rapatkan mulut dan ikat dagu diatas kepalanya • Luruskan kaki dan ikat kedua ibu jari kakinya • Tempatkan di atas katil bujang(jika ada) atau di tempat yang tinggi • Hadapkan kearah kiblat (kaki kearah kiblat) • Tutup mayat dengan kain putih • Letakkan benda berat diatas perut seprti gunting atau pisau lipat (bukan AlQuran) • Maklumkan kepada setiausah Khairat Kematian. Setiausaha akan membuat pengumuman dan memainkan pita rakaman surah Yasin • Laporkan kepada polis (jika meninggal dirumah) untuk mendapatkan permit pengebumian • Bersabar dan redha dengan kematian tersebut • Sentiasa membaca Al-Quran/Yasin terutama waris Kewajipan (fardhu kifayah) orang hidup ke atas jenazah • Memandikan • Mengkafankan • Menyembahyangkan • Mengebumikan Apabila ahli, keluarga atau tetamu ahli meninggal • Biro Khairat Kematian akan uruskan jenazah tersebut • Waris hendaklah memaklumkan jangkaan waktu pengebumian • Bilik pengurusan jenazah disedaikan di surau bagi mereka yang memerlukan • Mayat hendaklah dikebumikan segera. • Sekiranya jenazah bukan ahli khairat kematian, pengurusan jenazah juga boleh diserahkankepada Biro Khairat Kematian dengan dikenakan bayaran pengurusan seperti yang telah ditetapkan
Page | 11 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA • Ahli keluarga hendaklah sama-sama terlibat dalam urusan mandi dan kafan. Anak-anak yang berkelayakan adalah lebih afdal memandikan dan mengimamkan solat jenazah ke atas ibu atau bapa yang meninggal dunia • Tatacara memandikan, mengkafankan, solat jenazah dan tanah perkuburan yang lengkap boleh diperolehi dalam buku panduan pengurusan jenazah dalam pasaran • Tanya orang yang lebih arif isu-isu yang kurang jelas Kebumikan di luar kawasan • Jika ahli keluarga berhajat untuk mengebumikan di luar kawasan, sila maklumkan kepada Setiausaha Khairat Kematian • Urusan pengangkutan ke tempat tersebut hendaklah diuruskan dan ditanggung sendiri (buat masa kini). Meninggal di Hospital • Jika ahli atau keluarga ahli meniggal dunia di hospital dan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Tua, • Sila maklumkan kepada Setiausaha samada urusan mandi dan diuruskan di Hospital atau dirumah/surau. • Jika kematian disebabkan oleh penyakit yang merbahaya atau kemalangan jalan raya, mandi dan kafan hendaklah diuruskan di Hospital • Urusan membawa balik jenazah akan diuruskan ole Biro Khairat Kematian Menziarahi Jenazah • Apabila terdapat berita sesuatu kematian, adalah disunatkan untuk menziarahi saudara mayat tersebut. • Semasa menziarahi jenazah, seelok-eloknya kita menghampiri jenazah dan baca Al-Quran/Surah Yasin • Berdoa keampunan dan kerahmatan Illahi ke atas mayat tersebut • Memaafkan kesalahan mayat dan halalkan hutang jika ada. (jika sesuai) • Elakkan percakapan yang mengaibkan mayat tersebut dan cakapan yang tidak memberi faedah • Insafkan kematian tersebut kerana kita juga akan mengikutnya di lain masa • Sama-sama bersolat jenazah dan mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan
Page | 12 | BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU AN NUR LAKEVIEW APARTMENT TAMAN JASA PERWIRA Urusan selepas pengebumian • Bagi warga emas (berusia 60 tahun ke atas), rakyat Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 15 tahun dan orang yang kurang upaya, bantuan pengebumian diberi oleh kerajaan Selangor. • Bantuan dikeluarkan oleh pejabat Daerah, Borang boleh diperolehi daripada Setiausaha Biro • Membayar semua hutang jika ada sebelum harta simati dibahagikan kepada waris • Kenduri arwah yang diamal oleh masyarakat Melayu terdapat beberapa percanggahan hokum mengadakan majlis tersebut. Walu apapun jika diakan ianya hendaklah tidak menyusahkan dari segi kewangan dan sila pastikan wang simati tidak digunakan kerana ianya telah menjadi harta pusaka • Binaan di atas tanah perkuburan awam adalah dilarang. Memadai dengan batu nisan sebagai tanda