The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL 3 2019 TERKINI 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sharipah ghazali, 2019-11-13 23:48:38

MINIT MESYUARAT GURU BIL 3 2019 TERKINI 2

MINIT MESYUARAT GURU BIL 3 2019 TERKINI 2

MINIT MESYUARAT GURU BIL 3/2019
SEKOLAH KEBANGSAAN TROPICANA

Tarikh: 20 Ogos 2019
Hari: Selasa
Masa: 1.45 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Tropicana
Pengerusi: Pn. Hajah Maznah binti Othman

Nama Yang Hadir: Guru Besar
1. Pn. Hajah Maznah binti Othman PK HEM
2. Pn. Nor Zalia binti Omar PK Kokurikulum
3. En. Zamri bin Hashim Guru Pemulihan
4. Pn. Medilan Anak Nyutim Guru Prasekolah
5. Pn. Nursyuhada binti Shaffie Guru penolong
6. Cik Jaya A/p Dandapani Guru Penolong
7. Pn. Siti Khadijah binti Zakaria Guru Penolong
8. En. Shamsuddin bin Yaakob Guru Penolong
9. Cik Logeswari a/p Kalidasan Guru Penolong
10. Pn. Zaimah binti Ismail Guru Penolong
11. Pn. Noriyati binti Othman Guru Penolong
12. Pn. Gowri Ambal A/p Velayutham Guru Penolong
13. Pn. Siti Arfifah binti Jais Guru Penolong
14. Pn. Raafah Azkia binti Abd Rapain Guru Penolong
15. En. Mohd Hisham bin Sabtu Guru Penolong
16. En. Muhammad Kushairi bin Azmi Guru Penolong
17. Pn. Norazah binti Harun Guru Penolong
18. Pn. Rushmani binti Rasidi Guru Penolong
19. En. Abu Hanafi bin Abu Samah Guru Penolong
20. Pn. Noor Fauziati binti Mohd Noor Guru Penolong
21. Pn. Masnira binti Mohammad

1

22. Pn. Rahimah binti Ramian Guru Penolong
23. En. Muhammad Hilmi bin Mohd Nor Guru Penolong
24. Cik Nor Syazwani binti Anuar Guru Penolong
25. Cik Elina binti Mohd Salleh Guru Penolong
26. Pn. Noorzaireen binti Azizan Guru Penolong
27. Pn. Sharipah Binti Ghazali Setiausaha Mesyuarat Guru Bil 3

TIDAK HADIR BERSEBAB: Pk Kurikulum
1. Pn Rosmaniah Binti Awang Ibrahim Guru Bimbingan dan Kaunseling
2. Cik Wan Norhafzan Binti Wan Razali Guru Penolong
3. En.Muhammad Fakhruddin Bin M ohd Zamani Guru Penolong
4. En.Mohd Khaidir Bin Che Ibrahim

TURUT HADIR: Guru Praktikum
1. Nagulan A/L Ganesan Guru Praktikum
2. Muhammad.Farouk Aznan Zulkarnain Guru Praktikum
3. Muhammad Arfan Bin Mohd Amin Guru Praktikum
4. Cik Siti Nur Fatimah

Urusetia:
1. Pn. Sharipah Binti Ghazali

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Isu-isu baharu
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan Mesyuarat

2

1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke Mesyuarat
Guru Bil. 3/2019 dan berharap mesyuarat berjalan dengan lancar. Beliau
memaklumkan bahawa pengurusan sekolah sehingga bulan ogos berjalan dengan
lancar dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.Keselamatan dan kesihatan
murid juga terkawal.

Tindakan: Makluman

1.2 Pengerusi menjemput Encik Muhammad Kushairi Bin Azmi untuk membacakan
doa sebagai permulaan mesyuarat.
Tindakan: Makluman

1.3 Pengerusi memperkenalkan setiausaha mesyuarat guru Bil 3 2019 iaitu Pn Sharipah
Binti Ghazali.
Tindakan: Makluman

1.4 Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang ikrar guru,SPI dan peraturan penjawat
awam seperti yang telah dinyatakan dalam mesyuarat guru Bil 1 2019 yang lalu.
Tindakan: Makluman

1.5 Pengerusi meminta guru-guru untuk menyemak kerja buat adakah mematuhi
arahan.Ikrar guru, SPI dan sebagainya sudah ada dalam fail RPH sejak awal tahun
lagi. Fail RPH tidak boleh dibawa balik ke rumah.Denda boleh dikenakan jika tidak
menghantar RPH.Guru-guru juga diingatkan supaya sentiasa menjalankan kerja
hakiki guru iaitu menjalankan PDPC dengan sebaiknya.
Tindakan: Makluman

1.6 Pengerusi mengingatkan supaya mengambil tahu jika ada murid yang lama tidak
hadir ke sekolah.Pastikan murid-murid sentiasa mengikut peraturan

3

sekolah.Paparkan peraturan sekolah di papan kenyataan HEM dan bacakan dalam
perhimpunan sekolah.

Tindakan: Makluman
1.7 Kemenjadian murid mencerminkan kejayaan pengurusan sekolah.

Tindakan: Makluman

1.8 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru supaya mengemaskini E-operasi untuk
disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan guru Besar kerana ianya melibatkan
urusan kenaikan pangkat dan pencen.Begitu juga dengan sistem Hrmis.
Tindakan: Makluman

1.9 Pengerusi memaklumkan JPN ada peruntukan lebih untuk membaikpulih kerosakan
sekolah.Pk HEM telah membuat tindakan perkara yang ingin dibaiki.
Tindakan: Makluman

1.10 Musolla sekolah akan dinaiktaraf dengan menebuk pintu ke Bilik J-qaf untuk
menjadikan musolla lebih luas dan selesa digunakan.
Tindakan: Makluman

1.11 Pengerusi memaklumkan pada 28.8.2019 akan diadakan Program Milo bersama
Nestle.
Tindakan: Pk Kokurikulum

1.12 Pelaksanaan PBD telah diladapkan oleh guru besar.Untuk memastikan
kemenjadian murid,penilaian hendaklah dilakukan dalam 4 komponen,iaitu
PBD,PP,PAJSK dan Psikometri.
Tindakan: Makluman

1.13 KPI pengarah menjadikan Selangor ke arah Top 5,Akademik Nasional Program
Intervensi(FUFT)
Tindakan: Makluman

4

1.14 Tatacara menjemput ADUN hendaklah yang boleh menyumbang kepada pihak
sekolah.
Tindakan: Makluman

1.15 Untuk memastikan Kualiti PDPC dalam bilik darjah hendaklah kenalpasti punca
masalah dan buat intervensi.
Tindakan: Makluman

1.16 Pencerapan PDPC akan dilakukan oleh pentadbir dan SIC+.
Tindakan: Makluman

1.17 Bilangan murid yang ramai menyumbang kepada kurangnya kualiti dalam PDPC.
Tindakan: Makluman

1.18 Aduan semakin banyak yang menjejaskan guru.Guru banyak keluar dan banyak
buat kerja luar.Pihak pentadbir perlu bijak menangani aduan.
Tindakan: Makluman

1.19 Program Peningkatan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi diadakan berikutan
ramai guru yang sakit kerana beban tugas yang banyak.
Tindakan: Makluman

1.20 Tiada lagi program LINUS,tetapi instrument boleh digunakan untuk menilai
murid.

1.21 Budayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah.
Tindakan: Makluman

1.22 Kakitangan yang mempunyai kadar keberhutangan melebihi 60% gaji
bulanan,pihak sekolah akan dihubungi oleh Bank Negara Malaysia.
Tindakan: Makluman

5

1.23 Pembentangan pencapaian untuk tahun 6 peperiksaan pertengahan tahun
1.23.1 Sk Tropicana mendapat peratus lulus:43.3% (27 orang),manakalan peratus
gagal 59.70% (40 orang).
Tindakan: Makluman

1.24 Program Intervensi UPSR akan diadakan oleh MGB.
Tindakan: Makluman

1.25 Pelaporan KSSR Tahun 4 semakan 2017 hendaklah dihantar ke PPD.

Tindakan:Wan Norhafzan

1.26 Pencerapan guru di kebanyakan sekolah di Petaling Utama adalah berada di tahap
yang baik.
Tindakan: Makluman

1.27 Sk Tropicana telah membelanjakan peruntukan PCG sebanyak 41%.
Tindakan: Makluman

1.28 Analisa pencapaian murid dalam program J-qaf, semua murid menguasai tidak
ada yang tercicir.
Tindakan: Makluman

1.29 Sekolah Perlu hantar Kajian Tindakan.

1.29.1 3 Panitia telah menghantar Kajian Tindakan iaitu:

1.29.1.1 Panitia Bahasa Inggeris

1.29.1.2 Panitia Matematik

1.29.1.3 Panitia Pendidikan Islam.

Tindakan: Makluman

6

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Pn Noor Fauziati membentangkan minit mesyuarat bilangan 2/2019.
2.2 Minit Mesyuarat Bil 2/2019 disahkan dan diterima sebulat suara.
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Agenda 5.5.2.7
3.2 Agenda 5.5.2.11

Tindakan: Makluman
4.0 Perkara-perkara Baharu

4.1 Hala tuju sekolah.
4.1.1 Pengerusi berhasrat menjadikan Sk Tropicana antara 20 sekolah terbaik di
PPDPU.
Tindakan: Makluman

4.1.2 Pengerusi juga berhasrat Mengadakan Kolaborasi dan Koperatif dalam
semua bidang.
4.1.2.1 Sekolah dengan komuniti seperti hospital,bomba dan polis
4.1.2.2 Sekolah dengan institusi yang lain
4.1.2.3 Sekolah dengan PPD,JPN,KPM
4.1.2.4 Guru Besar dengan Penolong Kanan
4.1.2.5 Guru dengan guru
4.1.2.6 Guru dengan murid
Tindakan: Makluman

4.2 Pengurusan Organisasi
4.2.1 Sumber Manusia
4.2.1.1 Sk Tropicana masih kekurangan 4 orang guru
4.2.1.1.1 Pendidikan Seni kurang 1
4.2.1.1.2 Pendidikan Islam kurang 4

7

4.2.1.1.3 Bahasa Arab lebih 1
4.2.1.1.4 Pendidikan Muzik lebih 1
4.2.1.1.5 Matematik kurang 1
4.2.1.1.6 Sains lebih 1

Tindakan: Makluman

4.2.2 Aset
4.2.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa sekolah telah mendapat
sumbangan Air Cond dan kipas daripada PIBG.Segala sumbangan
berbentuk aset perlu dimaklumkan kepada JPN.
Tindakan: Setiausaha PIBG

4.2.3 Kewangan
4.2.3.1 Laporan kewangan sudah dihantar untuk diaudit tetapi masih
belum mendapat keputusan.

Tindakan: Makluman
4.2.4 Imarah dan Perkasakan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

4.2.4.1 Pengerusi memaklumkan Cik Logeswari sudah menjadi guru
media sepenuh masa.
Tindakan: Makluman

4.2.4.2 Masa mengajar Cik Logeswari perlu dihadkan kepada 12 waktu
sahaja kerana beliau perlu menguruskan Pusat Sumber Sekolah.
Tindakan: Makluman

4.2.5 Imarah Musolla
4.2.5.1 Walaupun Tempat Solat sudah ada 2,namun Bilik Persalinan
Perempuan tidak digazetkan sebagai Musolla Sekolah.
Tindakan: Makluman

8

4.2.6 Selenggara Fizikal Sekolah
4.2.6.1 Program gotong royong akan diadakan untuk menceriakan
persekitaran sekolah.
Tindakan: Makluman

4.2.6.2 Kantin telah mempunyai 2 buah sinki yang cantik.
Tindakan: Makluman

4.2.7 Program Perpaduan
4.2.7.1 Semua panitia hendaklah membuat aktiviti masing-masing.
Tindakan: Makluman

4.2.7.2 Program Minggu Panitia wajib dijalankan.
Tindakan: Makluman

4.2.7.3 Panitia yang masih belum melaksanakan minggu panitia perlu
berbuat demikian dengan segera.

Tindakan: Ketua Panitia PJPK

4.2.8 Jalinan dan Jaringan
4.2.8.1 Pengerusi memaklumkan sekolah perlu mencari ruang dan peluang
dengan organisasi luar dan tempat bagi kolaboratif.

Tindakan: Makluman

4.3 SKPMg2

4.3.1 Pengisian untuk bulan April-Julai sudah selesai.
Tindakan: Makluman

9

4.3.2 Untuk bulan Ogos-November boleh diisi untuk disimpan dahulu.
Tindakan: Makluman

4.3.3 Jawatankuasa perlu menyediakan evidens secara digital atau hardcopy.
Tindakan: Makluman

4.3.4 Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab untuk memastikan
perkara tersebut.

Tindakan: Makluman

4.4 PBPPP
4.4.1 Markah PBPPP sudah diisi.Guru-guru boleh berjumpa dengan Pegawai
Penilai 1 dan Pegawai Penilai 2 untuk membuat perbincangan dan melihat
markah yang diperolehi.
Tindakan: Makluman

4.4.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudah
menghantar borang keberhasilan.Masih ada 4 orang guru yang belum
menghantar.
Tindakan: Makluman

4.5 Relif
4.5.1 Guru-guru hendaklah melihat relief dalam telegram setiap hari.
Tindakan: Makluman

4.5.2 Pastikan guru-guru menandatangan pada borang relif.
Tindakan: Pk Kurikuklum

4.5.3 Slip Relief hendaklah ditampal pada buku Rancangan Pengajaran Harian.
Tindakan: Makluman

10

4.5.4 Pada akhir tahun rumusan relief akan dibuat.

Tindakan: Makluman

4.6 Melindungi Masa Instruksional (MMI)
.
4.6.1 Bagi guru-guru yang tiada di sekolah,biasakan tinggalkan bahan atau kerja
yang perlu dibuat dalam PDPC di dalam kelas.
4.6.2 Bahan tersebut boleh disediakan dalam bentuk whats apps,telegram atau
fail.
Tindakan: Makluman

4.7 Cuti
4.7.1 Pengerusi memaklumkan guru-guru yang mengambil cuti hendaklah
memaklumkan kepada Penolong Kanan atau guru besar.
Tindakan: Makluman

4.7.2 Cuti Rehat Khas (CRK) hendaklah dirancang lebih awal dan tidak boleh
diambil sewenang-wenangnya.
Tindakan: Makluman

4.7.3 Sijil Cuti Sakit (MC) tidak boleh disimpan,serahkan sebaik sahaja guru
datang bertugas semula.
Tindakan: Makluman

4.8 Kehadiran
4.8.1 Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru punch setiap kali masuk dan
keluar.
Tindakan: Makluman

4.8.2 Punch masuk dan keluar hendaklah dilakukan sendiri oleh guru terbabit.
Tindakan: Makluman

11

4.8.3 Guru-guru yang Punch Card selepas jam 7.36 pagi dikira lewat dan
hendaklah meminta tanda tangan pentadbir.
Tindakan: Makluman

4.9 Guru Bertugas
4.9.1 Pengerusi mengingatkan guru bertugas supaya datang awal.
Tindakan: Makluman

4.9.2 Murid yang datang lewat hendaklah diletakkan di barisan hadapan.
Tindakan: Makluman

4.9.3 Buat aktiviti untuk murid yang lewat seperti bacaan sifir atau bacaan
surah-surah pendek sebagai denda untuk amalan terbaik sekolah.
Tindakan: Makluman

4.9.4 Analisa kehadiran hendaklah dibuat setiap bulan dan ada laporan
disediakan.

Tindakan: Pk HEM
4.9.5 Isu pejabat buka lewat.

4.9.5.1 Untuk mengatasi isu ini,mesyuarat mencadangkan supaya kunci
pejabat diberi pada guru yang dipercayai (Cik Logeswari).

Tindakan: Makluman

4.10 Surat Tunjuk Sebab
4.10.1 Guru-guru yang tidak hadir dalam program sekolah hendaklah mengisi
Surat Tunjuk Sebab.
Tindakan: Makluman

12

4.11 Minit Curai
4.11.1 Guru yang keluar untuk bermesyuarat,bengkel,kursus atau taklimat
hendaklah membuat minit curai mengikut format yang disediakan dan
serahkan kepada guru besar untuk disahkan.
Tindakan: Makluman

4.12 SPLKPM
4.12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru telah mencapai bilangan
hari yang dikehendaki.
Tindakan: Makluman

4.13 PLC
4.13.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya membudayakan aktiviti PLC
di sekolah.
Tindakan: Makluman

4.13.2 Isi borang setiap kali mengadakan perjumpaan. Isikan tarikh,hari ,masa
dan tempat.
Tindakan: Makluman

4.13.3 Isikan juga senarai nama guru yang terlibat dan sertakan gambar yang
berkaitan.
Tindakan: Makluman

4.14 Penghantaran RPH
4.14.1 Pengerusi membentangkan rekod penghantaran RPH.
Tindakan: Makluman

4.15 Penghantaran Keberhasilan
4.15.1 Pengerusi membentangkan rekod penghantaran Borang Keberhasilan

Tindakan: Makluman

13

4.16 Penghantaran Hasil Kerja Murid
4.16.1 Pengerusi menunjukkan rekod penghantaran Hasil Kerja Murid.

Tindakan: Makluman
4.17 Penataran KSSR Tahun 4 Semakan 2017

4.17.1 Pengerusi membentangkan Jadual Penataran KSSR Tahun 4 semakan
2017.
Tindakan: Makluman

4.18 Kurikulum
4.18.1 Pelan Strategik
4.18.1.1 Pengerusi mengingatkan agar Pelan Strategik sentiasa dikemaskini
dan bukan sekadar buat sahaja.
Tindakan: Makluman

4.18.1.2 Tanamkan sifat suka bantu membantu untuk memudahkan kerja.
Tindakan: Makluman

4.18.2 Panitia
4.18.2.1 Pengerusi mengingatkan supaya Fail Panitia sentiasa dikemaskini
dari masa ke semasa.
Tindakan: Makluman

4.18.3 Failing
4.18.3.1 Fail panitia yang 4 buah hendaklah diletakkan di bilik SPSK.
Tindakan: Makluman

4.18.4 Program
4.18.4.1 Pengerusi memaklumkan supaya merancang aktiviti yang belum
dijalankan dan sediakan kertas kerja yang berkaitan.
Tindakan: Makluman

14

4.18.5 Laporan
4.18.5.1 Laporan dan dokumentasi hendaklah dibuat bagi setiap aktiviti
yang dijalankan di sekolah.
Tindakan: Makluman

4.18.6 Analisa
4.18.6.1 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya membuat Analisis
peperiksaan bagi tahap 2 dan PBD bagi setiap subjek untuk
intervensi tahun hadapan.
Tindakan: Makluman

4.18.7 Intervensi
4.18.7.1 Guru diingatkan supaya membuat intervensi iaitu merancang
tindakan susulan yang akan diambil bagi mengatasi masalah yang
timbul.
Tindakan: Makluman

4.18.8 Pencerapan
4.18.8.1 Pencerapan kali kedua akan dilakukan oleh pentadbir.Semua guru
boleh berbincang tentang hari,tarikh dan masa dengan penilai
masing-masing.
Tindakan: Makluman

4.18.8.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pesanan daripada SIP agar
pencerapan hendaklah menggunakan borang skpmg2.
Tindakan: Makluman

4.18.9 Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
4.18.9.1 Soalan peperiksaan bagi tahap 2 hendaklah disediakan oleh guru-
guru yang menggubal soalan.
Tindakan: Makluman
4.18.9.2 Soalan peperiksaan akhir tahun hanya akan dibeli untuk tahun 5
sahaja.
Tindakan: Makluman

15

4.18.10 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.18.10.1 Pentaksiran Bilik Darjah hendaklah berlaku sepanjang tahun.
Tindakan: Makluman

4.18.11 PCG
4.18.11.1 Pengerusi memaklumkan bahawa duit PCG mestilah digunakan
untuk membeli barangan yang perlu sahaja.
Tindakan: Makluman

4.18.12 Perancangan ahli jawatankuasa tahun 2020
4.18.12.1 Pengerusi memaklumkan guru boleh berjumpa dengan Penolong
Kanan untuk berbincang tentang jawatan yang akan dipegang pada
tahun 2020 nanti.
Tindakan: Makluman

4.18.13 Papan Kenyataan
4.18.13.1 Pengerusi memaklumkan Masih ada papan kenyataan yang belum
dikemaskini.
Tindakan: Makluman

4.18.13.2 Pengerusi berharap agar pengemaskinian dapat dilakukan dengan
segera.
Tindakan: Makluman

4.18.14 Bilik-bilik Khas
4.18.14.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar mengemaskini bilik-bilik
khas yang ada di sekolah.
Tindakan: Makluman

4.18.14.2 Pengerusi juga berharap supaya bilik-bilik khas ini dapat
digerakkan dan berfungsi sepenuhnya.
Tindakan: Makluman

16

4.18.15 Album
4.18.15.1 Penolong kanan bertanggungjawab untuk membuat album gambar
bagi aktiviti unit masing-masing.
Tindakan: Semua PK

4.18.16 Hari Apresiasi Kecemerlangan 2019
4.18.16.1 Pengerusi mengingatkan perancangan untuk Majlis Apresiasi
sudah boleh dibuat dari sekarang.
Tindakan: Makluman

4.19 Kokurikulum
4.19.1 Pengerusi memaklumkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum sudah cukup
12 minggu.
Tindakan: Makluman
4.19.2 Fail-fail kokurikulum hendaklah dikemaskini.
Tindakan: Makluman

4.19.3 Papan kenyataan kokurikulum juga hendaklah dikemaskini.
Tindakan: Makluman

4.19.4 Program SEGAK telah selesai dilaksanakan.

Tindakan: Makluman

4.19.5 Program Hari Kanak-kanak akan dilakjsanakan nanti.
Tindakan: Makluman

4.19.6 Pelan Strategik perlu ada bagi setiap unit.
Tindakan: Makluman

4.19.7 Karnival Kokurikulum yang akan dilaksanakan nanti hendaklah dirancang
dengan rapi.

Tindakan:Pk Kokurikulum

17

4.20 Hal Ehwal Murid
4.20.1 Pengurusan disiplin
4.20.1.1 Pengerusi mengingatkan supaya pastikan murid memakai pas
keluar setiap kali keluar dari kelas.
Tindakan: Makluman

4.20.1.2 Gunakan Buku Kawalan Kelas untuk mencatat salahlaku murid.
Tindakan: Makluman

4.20.1.3 Guru perlu pastikan murid sentiasa membaca peraturan di dalam
Buku Disiplin.
Tindakan: Makluman

4.20.1.4 Semua guru diingatkan supaya sentiasa menegaskan tentang
peraturan sekolah kepada murid.
Tindakan: Makluman

4.20.2 Program Murid
4.20.2.1 Pengerusi menegaskan bahawa banyak program HEM yang masih
belum dijalankan.
Tindakan: Makluman

4.20.3 Pertingkatkan keselamatan murid terutama semasa aktiviti kokurikulum.
Tindakan: Makluman

4.20.4 Kesihatan Murid
4.20.4.1 Pengerusi menegaskan bahawa kita perlu sentiasa cakna dengan
kesihatan murid.
4.20.4.2 Lakukan Ziarah Cakna bagi murid-murid yang bermasalah
kehadiran dan sebagainya.

Tindakan: Makluman

18

4.20.5 Bantuan
4.20.5.1 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah selesai dijalankan.
Tindakan: Makluman

4.20.5.2 Data murid yang layak diambil dari sistem APDM.
Tindakan: Makluman

4.20.6 Bimbingan dan Kaunseling
4.20.6.1 Pengerusi menegaskan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling
perlu utamakan murid yang bermasalah.
Tindakan: Makluman

4.20.7 Pengerusi menegaskan bahawa Unit Hal Ehwal Murid perlu ada Pelan
Strategik.
Tindakan: Makluman

4.20.8 Program gotong royong perdana akan diadakan dibawah unit 3K.

Tindakan: Pk HEM

4.20.9 Pengerusi mengingatkan supaya fail unit HEM sentiasa dikemaskini.
Tindakan: Makluman

4.20.10 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu membuat Album untuk aktiviti
di bawah unit HEM.
Tindakan: Makluman

5.0 Hal-Hal lain.
5.1 Sambutan Kemerdekaan.
5.1.1 Pelancaran bulan kemerdekaan akan diadakan dalam masa terdekat.

Tindakan:Makluman

19

5.1.2 Hadiah untuk aktiviti bulan kemerdekaan akan disediakan mengikut
peruntukan yang ada.
Tindakan: Makluman

5.2 Program Selepas UPSR
5.2.1 Pengerusi memaklumkan Penyelaras Program Selepas UPSR sudah boleh
merancang aktiviti yang akan dijalankan.

Tindakan: Penyelaras Program Selepas UPSR
5.3 Pengurusan Hujung Tahun

5.3.1 Peperiksaan Akhir Tahun
5.3.1.1 Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan untuk murid tahap 2.

Tindakan: Makluman
5.3.2 Majlis Apresiasi Kecemerlangan

5.3.2.1 Pengerusi menegaskan guru-guru perlu membuat pilihan yang
betul dalam pemilihan penerima anugerah Apresiasi
Kecemerlangan.

. Tindakan: Makluman

5.3.3 Pengerusi mengingatkan walaupun guru-guru sibuk dengan urusan akhir
tahun,namun kerja hakiki guru perlu dilaksanakan.
Tindakan: Makluman

5.4 Penggunaan Group Whats apps dan Telegram
5.4.1 Pengerusi memaklumkan Group Santai adalah group tidak rasmi,boleh
digunakan untuk tujuan bersembang.
Tindakan: Makluman

5.4.2 Pengerusi juga memaklumkan Group Info pula digunakan hanya untuk
makluman rasmi sahaja.
Tindakan: Makluman

20

5.4.3 Group Telegram pula diwujudkan untuk urusan Relief sahaja.

Tindakan: Makluman
5.5 Pejabat Guru

5.5.1 Pengerusi berharap pejabat guru sentiasa berada dalam keadaan kemas dan
tersusun.
Tindakan: Makluman

5.6 Maklumat dari Penolong Kanan.

5.6.1 PK HEM
5.6.1.1 Sekolah telah didatangi oleh pegawai MBPJ untuk melihat
penggunaan Bilik Spa 21.
Tindakan: Makluman

5.6.1.2 Beliau juga meminta senarai nama murid Asnaf untuk menerima
CSR yang berbentuk sarapan pagi.
Tindakan: Makluman

5.6.1.3 Seramai 300 orang murid Asnaf akan menerima sarapan percuma
(CSR ) daripada MBPJ.
Tindakan: Pk HEM

5.7 PK KOKURIKULUM
5.7.1 Encik Zamri memaklumkan ada beberapa perkara yang perlu disegerakan
5.7.1.1 Mini Karnival kokurikulum
5.7.1.1.1 Guru-guru boleh rujuk senarai tugas yang dibuat
sebelum ini.
Tindakan: Makluman
5.7.1.1.2 Untuk aktiviti masakan,guru perlu menunjukkan cara
menyalakan api dengan betul.
Tindakan: Makluman

21

5.7.1.2 Sambutan Bulan Kemerdekaan
5.7.1.2.1 Encik Zamri memaklumkan segala info berkenaan
aktiviti bulan kemerdekaan akan dikemaskini dalam
Group Info.
Tindakan: Makluman

5.7.1.2.2 Pada tahun ini tiada lagi pertandingan kelas.
Tindakan: Makluman

5.7.1.2.3 Hadiah akan disediakan bagi setiap aktiviti yang
dipertandingkan.
Tindakan: Makluman

6.0 Penutup

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menunggu sehingga
habis mesyuarat.
Tindakan: Makluman

6.2 Pengerusi memaklumkan setiausaha mesyuarat guru bil 4/2019 ialah Encik Abu
Hanafi Bin Abu Samah.
Tindakan: Makluman

6.3 Mesyuarat guru kali ke-4 akan dilaksanakan pada awal bulan November 2019.

6.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 petang.

Disediakan oleh,
Setiausaha Mesyuarat Guru bilangan 3 2019

22

23


Click to View FlipBook Version