The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pusat Sumber
Institut Sosial Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber ISM, 2021-10-20 02:49:12

MINI PAKEJAN MAKLUMAT - PEDOFILIA

Pusat Sumber
Institut Sosial Malaysia

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia

Sumber: Pengerusi Malaysian Against Pornograpgy (MAP), Dr. Shamsuriani Md Jamal

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Sumber: Public Health Malaysia

Sumber: Facebook Briged Muslimat Pahang

Sumber: Harian Metro

Sumber: Utusan Online

TAJUK ARTIKEL : Bahaya Pedofilia: Ibu Bapa Perlu Cakna
NAMA PENULIS : Kor Safiyyah
: 18 Mac 2021
TARIKH ARTIKEL
DITERBITKAN : 8 Oktober 2021
TARIKH AKSES : Facebook Briged Muslimat Pahang
SUMBER :-
PAUTAN : Internet
LOKASI BAHAN

Bahaya Pedofilia: Ibu Bapa Perlu Cakna

Pedofilia merupakan satu kes gangguan seksual yang tidak asing lagi di negara kita.
Walaubagaimanapun, kebanyakan ibu bapa kurang menyedari betapa berbahayanya masalah
ini. Pedofilia bermaksud suatu keinginan untuk mengadakan hubungan seks dengan kanak-
kanak sama ada lelaki atau perempuan.

Berdasarkan Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak boleh ditakrifkan sebagai seseorang
individu yang berumur 18 tahun ke bawah. Maka, pada fasa ini dikatakan pendidikan dianggap
begitu penting dalam mencorak masa depan kanak-kanak kerana fasa ini merupakan fasa di
mana mereka ingin meneroka dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam pelbagai kes, kanak-kanak sering menjadi mangsa kerana
sikap naïf yang ada pada mereka. Kanak-kanak juga sering menyalah anggap akan makna
kasih sayang yang ditunjukkan oleh golongan dewasa kepada mereka dan kesempatan ini
digunakan oleh segelintir pihak dalam mengeksploitasi makna kasih sayang sehingga
berlakunya jenayah seperti pedofilia. Sayangnya, tahap kesedaran ibu bapa terhadap kes-kes
sebegini masih lagi rendah dan dipandang enteng oleh sebahagian kita di Malaysia.

Mengikut statistik atau maklumat yang dikeluarkan oleh jawatankuasa Polis DiRaja Malaysia
(PDRM), kes pedofilia ini telah direkodkan sebanyak 2436 ke sepanjang 3 tahun yang lalu.
Lebih merisaukan, ia semakin bertambah sejak terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) Covid-19 yang dikuatkuasakan di negara kita.

Hal ini dikatakan demikian berikutan pertambahan 1065 kes jenayah seksual terhadap kanak-

kanak setahun yang lalu. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan

Kanak-kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata,

“, ( )-

ℎ (2020) ℎ 993
51 ℎ
732 2019 591 (2018).

() (2020) 13

2019 18 2018”.

Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan dan kesedaran berkenaan dengan kes pedofilia ini
yang mana pelakunya bukan sahaja berada dalam kalangan orang yang tidak dikenali bahkan
boleh sahaja ia datangnya dari kalangan ahli keluarga atau sanak saudara. Penjaga dan ibu
bapa dinasihati tidak memuat naik gambar anak kecil mereka di laman sosial terutama dalam
keadaan tidak sempurna bagi mengelak menjadi sasaran golongan pedofilia.

Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Dr Rusyda Helma Mohd berkata, golongan pedofilia ini mempunyai kecenderungan
seks terhadap kanak-kanak, malah ia boleh berlaku dalam kalangan orang terdekat.
Menurutnya, kebiasaannya kes ini terjadi apabila ibu bapa mengambil mudah terhadap isu
pedofilia kerana percayakan kepada ahli keluarga sendiri.

JOM HENTIKAN JENAYAH PEDOFILIA
1. Talian Kasih 15999
2. Talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam
3. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
4. Balai Polis berdekatan

TAJUK ARTIKEL : Kes pedofilia bertambah
NAMA PENULIS : Muhaamad Hafis Nawawi
TARIKH ARTIKEL : 2 Februari 2021
DITERBITKAN
TARIKH AKSES : 4 Oktober 2021
SUMBER : Harian Metro
PAUTAN : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/670457/

LOKASI BAHAN kes-pedofilia-bertambah
: Internet

Kes Pedofilia Bertambah

Kuala Lumpur: Golongan penjenayah pedofilia yang kemaruk melakukan gangguan seksual
terhadap kanak-kanak didapati semakin bertambah setiap tahun di negara ini.

Ini terbukti apabila Polis Bukit Aman merekodkan 2,436 kes jenayah fizikal dan bukan fizikal
dilakukan golongan ini terhadap kanak-kanak sejak tiga tahun lalu.

Lebih membimbangkan apabila kes jenayah seksual ini didapati meningkat mendadak
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 membabitkan 1,065 kes
direkodkan sepanjang tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit
Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
memandang serius isu kewujudan golongan pedofilia di negara ini berdasar perkongsian
maklumat dari luar negara dan kes dilaporkan serta tangkapan yang semakin meningkat.

"Berdasarkan statistik, kes gangguan seksual fizikal (amang seksual fizikal) pada kanak-kanak
sepanjang tahun lalu (2020) adalah sebanyak 993 kes iaitu meningkat berbanding 732 kes
pada 2019 dan 591 kes (2018).

"Manakala kes gangguan seksual bukan fizikal (amang seksual bukan fizikal) meningkat
kepada 51 kes tahun lalu (2020) berbanding 13 kes pada 2019 dan 18 kes pada 2018,"
katanya.

Sementara itu menurutnya, kes pengantunan kanak-kanak (Seksyen 12) pula meningkat
kepada 13 kes sepanjang tahun lalu iaitu meningkat berbanding sembilan kes (2019) dan tiga
kes (2018 ).

"Manakala berjumpa selepas pengantunan (Seksyen 13) hanya merekodkan satu kes masing-
masing pada 2019 dan 2020.

Kes pengantunan kanak-kanak membawa maksud individu dewasa yang berkomunikasi
bersama kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau memudahkan pelakuan seksual yang
boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan sebatan.

"Sementara itu bagi kes berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak menunjukkan
kenaikan tujuh kes 2020 berbanding tiga kes (2019) dan satu kes (2018).

"Ada juga kes yang kita siasat membabitkan tangkapan kes pornografi kanak-kanak. Mereka ini
mengaku ada kecenderungan kepada kanak-kanak. Lebih membimbangkan 70 peratus kes
pesalah seksual di negara ini melakukannya terhadap mangsa dalam kalangan kanak-kanak,"
katanya.

Menurutnya, polis melakukan 25 tangkapan membabitkan pornografi kanak-kanak sepanjang
tahun lalu berbanding enam kes (2019 ) dan lima kes (2018).

Siti Kamsiah berkata, kes dilaporkan membabitkan pornografi kanak-kanak turut meningkat
secara mendadak tahun lalu kepada 41 kes berbanding enam kes (2019) dan tujuh kes (2018).

Ibu bapa usah muat naik gambar anak kecil di laman sosial

Penjaga dan ibu bapa dinasihati tidak memuat naik gambar anak kecil mereka di laman sosial
terutama dalam keadaan tidak sempurna bagi mengelak menjadi sasaran golongan pedofilia.

Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Dr Rusyda Helma Mohd berkata, golongan pedofilia ini mempunyai kecenderungan
seks terhadap kanak-kanak, malah ia boleh berlaku dalam kalangan orang terdekat.

Menurutnya, kebiasaannya kes ini terjadi apabila ibu bapa mengambil mudah terhadap isu
pedofilia kerana percayakan kepada ahli keluarga sendiri.

"Kanak-kanak ini sekiranya menjadi mangsa akan mengalami trauma seumur hidup. Namun
ada juga kanak-kanak yang menjadi suka dan ketagih apabila dipengaruhi individu terbabit.

"Mereka yang mengalami trauma ini apabila membesar kelak akan berdepan masalah dalam
pergaulan di sekolah dan juga ketika bekerja," katanya.

Di samping itu, Rusyda Helma berkata, mangsa jenayah pedofilia ini juga boleh berdepan
masalah ketika ingin berkahwin susulan trauma dihadapi sejak kecil.

"Ini terutama kepada mangsa kanak-kanak perempuan yang pernah 'diganggu' lelaki dewasa
ketika kecil. Akibatnya mereka mengalami ketakutan untuk didekati.

"Jadi ibu bapa perlu mengajar anak-anak mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat
supaya mereka tidak menjadi mangsa golongan pedofilia," katanya.

Menurut Dr Rusyda Helma, pedofilia adalah satu penyakit mental kronik yang menyebabkan
penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak atau gambar mereka.

TAJUK ARTIKEL : Pedofilia pembunuh jiwa, masa depan kanak-kanak
NAMA PENULIS : BERNAMA
TARIKH ARTIKEL : 7 Januari 2020
DITERBITKAN
TARIKH AKSES : 11 Oktober 2021
SUMBER : Sinar Harian
PAUTAN : https://www.sinarharian.com.my/article/64920/BERITA/Nasional/

LOKASI BAHAN Pedofilia-pembunuh-jiwa-masa-depan-kanak-kanak
: Internet

Pedofilia Pembunuh Jiwa, Masa Depan Kanak-Kanak

KANGAR - Tidak mustahil penyakit psikologi atau sakit mental berupaya menjadi penyakit
utama di negara ini selepas sakit jantung, kencing manis, strok, kanser dan tekanan darah
tinggi.

Pedofilia antara penyakit mental yang boleh menjadi barah dalam masyarakat sekiranya tidak
dibendung dari awal. Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi
(IKOM), Universiti Malaysia Perlis, Profesor Madya Dr Huzili Hussin berkata, pedofilia adalah

kecelaruan seksual yang menyebabkan pesakitnya mempunyai tarikan seksual terhadap kanak-
kanak.

Katanya, pelaku pedofilia cenderung menjadikan kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah
sebagai mangsa dan pelaku pedofilia pula mengikut analisis pakar psikologi dunia, lebih tua
daripada mangsanya yang biasanya dalam lingkungan usia lima hingga 16 tahun.

Sesetengah mereka pula menjadikan gambar kanak-kanak sebagai objek untuk memuaskan
nafsu liar mereka secara fantasi.

Beliau yang juga pakar motivasi dan psikologi berkata individu berpotensi menghidap pedofilia
biasanya menghadapi masalah seperti kecelaruan mental, kemurungan dan penagih dadah.

Justeru itu, semua pihak perlu berganding bahu membendung kelahiran lebih ramai pesakit
pedofilia atau ‘raksasa bagi kanak-kanak’ yang boleh merosakkan sistem masyarakat.

Fakta mengejutkan mengenai pedofilia

Kajian yang dilakukan di negara barat seperti Amerika Syarikat (AS) mendapati kebanyakan
mangsa kes pedofilia melibatkan keluarga sendiri, rakan baik keluarga mangsa dan orang di
sekeliling mangsa.

Katanya, mengikut kajian pakar psikologi di AS, dalam kalangan populasi kaum lelaki terdapat
di antara tiga hingga lima peratus yang berpotensi mempunyai pengaruh pedofilia sementara
bagi wanita, kurang daripada tiga peratus.

“Bayangkan daripada 100 lelaki, terdapat tiga hingga lima orang yang mempunyai
kecenderungan terhadap seks songsang ini, ia satu angka yang besar dan membimbangkan
kita semua,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Dalam senario di Malaysia, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, belum ada data
lengkap mengenai kes jenayah pedofilia, namun jenayah penderaan seks terhadap kanak-
kanak sentiasa berlaku dari semasa ke semasa.

Kes pedofilia paling buruk pernah berlaku di negara ini ialah kes melibatkan jurugambar
sambilan warga British Richard Huckle, 30, menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran serangan
seksual ketika bekerja di Malaysia.

Pada Jun 2016, media melaporkan warga Britain itu dihukum penjara seumur hidup oleh
sebuah mahkamah di London kerana melakukan pencabulan seksual ke atas 23 kanak-kanak
di Malaysia serta bayi dan kanak-kanak di Kemboja dalam tempoh hampir satu dekad.

Huckle mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan dan polis menemui lebih 20,000 imej lucah
kanak-kanak di dalam komputer dan kameranya ketika dia ditangkap di Lapangan Terbang
Gatwick, London pada 2014.

Pada Mei 2019, kes jenayah pedofilia berlaku di Perlis dan polis berjaya memberkas pesalah
dan mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara selama 228 tahun dan 42 sebatan terhadap
pelaku jenayah pedoflia, Nawawi Anuar, 28, seorang warden asrama sebuah pusat tahfiz.

Tertuduh melakukan jenayah seksual melibatkan lima pelajar lelaki masing-masing berusia
sembilan, 10, 11 dan 15 tahun sepanjang April 2019.

“Suspek melakukan sebanyak 33 kesalahan dan mengaku salah terhadap 27 pertuduhan dan
enam pertuduhan lagi masih dalam perbicaraan mahkamah,” kata Surina.

Surina berkata, penjenayah pedofilia atau individu yang mengalami masalah psikologi ini
lazimnya sukar dikenal pasti memandangkan mereka kelihatan normal seperti orang lain tetapi
mempunyai tabiat tidak suka bercampur dan suka menyendiri.

Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017

Di Perlis, aduan mengenai jenayah membabitkan kes pedofilia yang diterima Polis Diraja
Malaysia (PDRM) meningkat sebanyak 38 peratus berbanding tahun lepas ekoran peningkatan
kesedaran orang ramai.

“Peningkatan kes jenayah ini di Perlis mungkin disebabkan oleh masyarakat mula sedar dan
tahu mengenai kesalahan pedofilia kerana wujudnya Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual
Terhadap Kanak-kanak 2017,” kata Ketua Polis Perlis itu.

Kewujudan akta tersebut telah banyak membantu pihak polis untuk mengheret lebih ramai
pelaku jenayah seksual kanak-kanak ke muka pengadilan, katanya.

Menurut Surina, akta tersebut juga memudahkan proses pendakwaan di mahkamah apabila
pengadu hanya perlu mendapat pengakuan mangsa, keterangan saksi dan sokongan video.

“Di samping itu, keterangan atau kejadian boleh diceritakan dengan lindungi tabir atau
menggunakan rakaman video kerana kebanyakan mangsa mengalami trauma dan tidak boleh
bercakap,” katanya.

Beliau berkata, sejak akta tersebut ditambah baik, orang ramai tidak lagi malu atau
mendiamkan diri atau terus membiarkan pelaku jenayah pedofilia memuaskan nafsu mereka
terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai bahawa pelaku jenayah pedofilia tidak akan
berhenti mengulangi jenayah seksual terhadap mangsa sehingga mereka ditangkap.

Jenayah berlaku di mana-mana sahaja

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, masyarakat tidak seharusnya berasa
simpati terhadap pelaku jenayah seksual kanak-kanak dengan alasan pelaku pernah menjadi
mangsa ‘raksasa kepada kanak-kanak" ketika kecil sebagai tiket untuk melakukan jenayah.

Kamal Affandi yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
berkata, bagi aspek unjuran lokasi kesalahan jenayah seksual pula, beliau berkata adalah tidak
wajar melabelkan sesuatu tempat itu negatif kerana jenayah boleh berlaku di mana-mana
sahaja.

“Secara teori, sesuatu kes jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira tempat atau
masa apabila tiga perkara iaitu pelaku, mangsa dan peluang bertemu pada satu titik yang
membolehkan jenayah terjadi,” katanya,
“Jenayah ini boleh berlaku sama ada di tempat yang diiktiraf paling selamat di dunia iaitu di
Iceland, New Zealand, atau Malaysia yang pernah menduduki tangga ke-16 dalam Indeks
Keamanan Global (2018),” katanya.

Elak jadi mangsa pedofilia
Sejak kebelakangan ini, ramai ibu bapa menjadikan media sosial seperti Facebook sebagai
album dengan memuat naik gambar anak sedang mandi, bermain dan sebagainya.

Tabiat ini perlu dihentikan kerana ia boleh mengundang risiko gambar anak mereka dijadikan
sebagai tempat melepaskan nafsu penjenayah pedofilia.

Sebagai langkah pencegahan, ibu bapa boleh menerangkan kepada anak mereka tentang
teknik menjerit, lari dan beritahu (yell, run & tell - YRT) sebagaimana dipraktikan di negara barat
untuk mengelak kanak-kanak menjadi mangsa jenayah.

“Kaedah YRT adalah mengajar anak segera menjerit apabila didatangi individu yang ingin
mengambil kesempatan dan kemudian lari ke tempat yang selamat seperti lari ke arah ibu bapa
dan kemudiannya menceritakan apa yang berlaku,” kata Huzili.

Beliau berkata selain langkah pemantauan dan pencegahan, usaha memulih dan khidmat
sokongan juga perlu dilakukan terhadap pelaku dan mangsa agar perkara yang sama tidak
berulang lagi.

“Meskipun kita mempunyai undang-undang (Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017) bagi menghukum pesalah jenayah ini namun, masih belum ada program
khusus dan berpanjangan bagi memulihkan pesalah dan mangsa kerana ia melibatkan kos dan
jangka masa yang panjang,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar satu modul lengkap diwujudkan bagi menangani masalah
jenayah terhadap kanak-kanak ini dan satu rangka khusus disediakan bagi usaha pemantauan,
pencegahan, pemulihan dan sokongan kepada pelaku.

Antara langkah pemantauan ialah mengenal pasti individu yang berpotensi menghadapi
masalah pedofilia sepertimana dilakukan negara barat dengan mengesan pengguna media
sosial yang cenderung berkongsi gambar kanak-kanak tidak memakai baju dan sebagainya.

Sementara itu Kamal Afandi berkata, usaha membendung jenayah pedofilia bukan hanya
menghukum pelaku sebaliknya ia perlu dilakukan secara holistik dengan mengambil kira faktor
penyebab berlakunya jenayah tersebut.

Selain itu, katanya usaha melindungi, memberi sokongan serta memulihkan mangsa perlu
dilakukan kerana sehingga kini tiada usaha bagi menjaga kebajikan mangsa dalam tempoh
masa panjang.

Sementara itu, di pihak PDRM, Surina berkata, menerusi Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian
Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), polis mempunyai pakar psikologi yang akan
memberi kaunseling kepada mangsa untuk menceritakan kejadian yang menimpanya.

Katanya, antara usaha yang dilakukan D11 bagi mencegah jenayah ini adalah memberi
ceramah kepada orang ramai khususnya ibu bapa agar mereka berilmu dan mendapat
pengetahuan tentang jenayah ini.

Beliau seterusnya berharap agar masyarakat memahami jenayah pedofilia agar mereka tidak
terlibat menyembunyikan jenayah berkenaan kerana perbuatan itu boleh dikenakan tindakan
undang-undang. – Bernama

TAJUK ARTIKEL : Awas pedofilia di sekeliling anda!
NAMA PENULIS : Farah Nabila Mohamed Saris
TARIKH ARTIKEL : 15 Januari 2020
DITERBITKAN
TARIKH AKSES : 13 Oktober 2021
SUMBER : Sinar Harian
PAUTAN : https://www.sinarharian.com.my/article/65961/SUARA-SINAR/

LOKASI BAHAN Analisis-Sinar/Awas-pedofilia-di-sekeliling-anda!
: Internet

Awas Pedofilia Di Sekeliling Anda!

MASIHKAH anda ingat tentang kisah seorang pelajar pintar Matematik dari Malaysia, Nur Fitri
Azmeer Nordin, 28, yang dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan kerana memiliki lebih 30,000
imej dan video lucah kanak-kanak di London, United Kingdom pada tahun 2015?

Mahkamah Southwark Crown menjatuhkan hukuman penjara terhadap penuntut Imperial
College di London itu selepas dia mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan memiliki bahan
pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.

Ketika ditahan polis, penuntut yang merupakan penerima biasiswa Matematik itu memiliki 601
video dan imej lucah kategori A iaitu kategori penyalahgunaan melibatkan aktiviti seksual

kanak-kanak serta beratus bahan lucah kategori B dan C. Kes itu menggemparkan negara
kerana penuntut genius itu terlibat dalam kes pedofilia.

Pada tahun lepas pula, pesalah pedofilia, Richard Huckle yang melakukan penderaan seksual
terhadap kanak-kanak di Malaysia, ditemui mati dalam penjara di utara England. Memetik
laporan media di United Kingdom, Richard ditemui mati dengan kesan tikaman di dalam sel
penjaranya. Bekas jurugambar itu menjadi perhatian selepas didapati melakukan penderaan
seksual terhadap kira-kira 200 kanak-kanak antara tahun 2006 hingga 2014 terutama di
Malaysia.

Pada tahun 2017, Richard telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku
bersalah terhadap 71 pertuduhan kesalahan seks kanak-kanak.

Penyakit

Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia,
Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, pedofilia ialah penyakit mental kronik yang menyebabkan
penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak atau gambar mereka.

Menurutnya, pedofilia mencari mangsa dengan memerhati dari jauh dan jika berpeluang,
mereka akan mendekati mangsa.

“Kanak-kanak yang pasif dan penakut lebih berisiko menjadi mangsa penderaan seksual dalam
kalangan pedofilia.

“Pedofilia selalunya akan melihat potret kanak-kanak dengan ghairah walaupun gambar itu
biasa saja,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua pedofilia ialah pencabul.

“Ada banyak sebab seseorang menghidapi penyakit itu, antaranya orientasi seksual dialami
ketika kecil, mungkin pernah disentuh, dirangsang atau pendedahan terhadap perlakuan itu
pada zaman kanak-kanak,” katanya.

Menurut seorang profesor di University of Toronto, Dr Ray Blanchard, penyakit itu boleh dirawat
melalui sesi terapi bersama pakar.

“Pesakit (pedofil) yang berpotensi besar untuk melakukan jenayah seksual boleh mendapatkan
sesi rawatan untuk mengurangkan keinginan seks mereka,” katanya.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-
Kanak Bukit Aman, jumlah kes jenayah seks kanak-kanak meningkat sebanyak 20.3 peratus
bagi tempoh enam bulan terakhir tahun 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Statistik itu mendapati sebanyak 326 kes dicatatkan pada Julai hingga Disember 2018
berbanding 271 kes bagi tempoh sama pada tahun 2017 membabitkan peningkatan sebanyak
55 kes.

Melihatkan kepada angka statistik itu, ia sangat membimbangkan lebih-lebih lagi kepada ibu
bapa yang mempunyai anak kecil.

Walaupun Malaysia sudah menjengah tahun 2020, namun semakin banyak kita disajikan
dengan berita mengenai gangguan seksual melibatkan golongan kanak-kanak.

Jika dulu, anak kecil boleh dibiarkan pergi ke kedai secara sendirian, namun kini dengan dunia
dipenuhi dengan manusia sakit mental, tidak boleh dipastikan sama ada si kecil itu dapat
kembali ke rumah dengan selamat.

Justeru, sebagai langkah keselamatan, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak memuat naik gambar
anak di laman sosial terutama dalam keadaan tidak sempurna termasuk dari segi pakaian bagi
mengelak terdedah kepada pedofilia.

Kita tidak dapat mengenal pasti atau tahu bahawa orang yang kita kenal di media sosial atau
yang berada di sekeliling kita sebenarnya adalah gila.

TAJUK ARTIKEL : Pedofilia promosi pornografi kanak-kanak ditahan
NAMA PENULIS : Muhd Afiq Al-Hafiz Mat Yusof
TARIKH ARTIKEL :19 Jun 2021
DITERBITKAN
TARIKH AKSES : 18 OKTOBER
SUMBER : Kosmo
PAUTAN : https://www.kosmo.com.my/2021/06/19/pedofilia-promosi-

LOKASI BAHAN pornografi-kanak-kanak-ditahan/
: Internet

Pedofilia Promosi Pornografi Kanak-Kanak Ditahan

KAJANG – Seorang pedofilia ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pornografi di
internet selain mempromosi pelbagai aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak di sini pada
Rabu lalu.

Dalam tangkapan pada pukul 6 petang itu telah dilakukan sepasukan polis dari bahagian
Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman di sebuah rumah sekitar Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek
merupakan seorang lelaki yang baru berusia 19 tahun.

“Menerusi serbuan tersebut, polis telah merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang
disyaki mengandungi gambar dan video kanak-kanak bagi tujuan mempromosi aktiviti tidak
bermoral kepada umum serta pihak tertentu.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari sejak Khamis hingga esok bagi membantu
siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-
Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – K! ONLINE

TAJUK ARTIKEL : Menangani ancaman pedofilia
NAMA PENULIS : Intan Mas Ayu Shahimi
TARIKH ARTIKEL : 31 Ogos 2018
DITERBITKAN
TARIKH AKSES : 18 0ktober 2021
SUMBER : Harian Metro
PAUTAN : https://www.hmetro.com.my/hati/2018/08/372985/menangani-

LOKASI BAHAN ancaman-pedofilia
: Internet

Menangani Ancaman Pedofilia

Saban tahun, isu penderaan seksual membabitkan kanak-kanak dan ancaman pedofilia
berulang kali diketengahkan. Banyak kes terpencil berlaku tanpa kita sedari. Anak rosak dan
tenggelam dalam arus sosial tanpa bimbingan sewajarnya daripada ibu bapa.

Adakah masyarakat kini tahu isu pedofilia dan pornografi kanak-kanak sudah membabitkan
pelanggaran hak asasi manusia yang serius? Atau mungkin mereka lupa anak di rumah adalah

anugerah Allah yang diamanahkan untuk dijaga, dibelai, dilindungi dan dididik dengan
sebaiknya.

Anak adalah aset bernilai buat agama dan negara yang perlu dihargai, bukannya didera atau
dieksploitasi secara fizikal, mental mahupun seksual. Hari ini, ancaman pedofilia semakin
menular, merentasi sempadan, melangkaui kemudahan Internet, aplikasi gajet dan pelbagai
saluran teknologi maklumat.

Tanpa kita sedar, kehidupan pasif anak di rumah sekalipun boleh mendatangkan pelbagai risiko
sekiranya tiada pemantauan dalam penggunaan Internet. Nampak jelas, pedofilia adalah
ancaman yang boleh memberi kesan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan anak.

Menurut Ketua Wanita IKRAM Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, pedofilia merujuk kepada
mereka yang mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak. Ia adalah penyakit
psikologi dan kehadiran pelakunya dalam masyarakat hari ini mengundang ancaman besar
kepada anak.

“Mereka ini sukar dikesan kerana sering kelihatan normal dan sangat mesra dengan kanak-
kanak.

Mengambil kira kes yang banyak berlaku sebelum ini, pedofilia boleh membabitkan ahli
keluarga terdekat atau mereka yang hampir dengan kanakkanak.

“Antara punca jelas, adalah kesan perkembangan dunia siber tanpa sempadan kini. Internet
memang memudahkan perkongsian maklumat, tetapi ia juga sarat membawa risiko yang boleh
menjejaskan kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak.

“Apa yang menggerunkan, kes pedofilia selalunya berkait rapat dengan penyalahgunaan
Internet, platform media sosial dan aplikasi sembang telefon bimbit. Pelaku mudah
mengeksploitasi kanak-kanak kerana sifatnya yang belum matang dari sudut fizikal, mental dan
emosi.

Sebab itulah ibu bapa perlu bersikap agresif dalam mengawal penggunaan Internet di telefon
bimbit atau komputer,” katanya.

elas Che Asmah, isu pedofilia berbeza dengan kebanyakan isu keibubapaan berikutan
memerlukan kerjasama dan campur tangan semua anggota masyarakat termasuk guru,
komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO).

“IKRAM melihat isu pedofilia sebagai hal kritikal untuk ditangani segera. Anak perlu diberi
peringatan dari semasa ke semasa supaya mereka sentiasa berwaspada. Setiap pihak perlu
merancang strategi kemas dan efektif.

“Kita perlu lebih serius, sentiasa komited untuk mengambil tahu dan mendalami isu ini. Setiap
anak sentiasa terdedah kepada ancaman pedofilia ini, sama ada sebagai mangsa atau
pemangsa,” katanya.

Masalah psikologi

Katanya, kajian di Amerika Syarikat sebelum ini menunjukkan pengamal pedofilia dikenal pasti
oleh pakar psikiatri sebagai kelompok yang mengalami gangguan seksual dalam hidup.

“Mereka tertarik melihat kanak-kanak sebagai objek seksual disebabkan oleh pelbagai faktor.

Namun, suatu hal yang perlu disedari ibu bapa, kebanyakan pedofilia cenderung mengambil
kesempatan terhadap kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan mudah percaya
kepada orang asing yang menghulurkan bantuan, empati mahupun kasih sayang.

“Malah pakar psikiatri mendapati impak terhadap kanak-kanak yang mengalami gangguan
seksual oleh pedofilia ini adalah sangat membimbangkan. Ia meninggalkan kesan trauma yang
menyebabkan kemurungan dan ada juga yang ketagihan seks sejak kecil.

“Sebab itu kita galakkan ibu bapa, pengasuh, guru dan ahli masyarakat supaya mengambil
inisiatif untuk mempelajari dan mendalami ilmu seksualiti.

Usah anggap ia tabu kerana kita sememangnya perlu kenal perubahan diri anak mengikut
peringkat umur mereka. Ini adalah proses pembelajaran sepanjang hayat.

“Pada masa sama, kuasai ilmu teknologi dan berusaha untuk membimbing anak melayari
Internet secara sihat,” katanya.

Memberikan penjelasan lanjut, Che Asmah berkata, Islam menganjurkan pendedahan
pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Ia diperincikan Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam
bukunya bertajuk Tarbiyatul Aulad fil Islam.
Kata Che Asmah berkata, pendidikan seksual diperincikan Dr Abdullah mengikut empat tahap
umur iaitu mumayyiz (tujuh hingga 10 tahun) yang perlu diasingkan tempat tidur antara lelaki
dan perempuan serta diajar adab melihat atau meminta izin ketika hendak masuk ke bilik ibu
bapa.
“Tahap kedua ialah prabaligh iaitu murahiqah (10 hingga 13 tahun). Mereka ini perlu dididik
mengenai perubahan diri dan diawasi daripada perkara yang boleh merangsang nafsu seks.
“Tahap ketiga ialah umur akil baligh iaitu 14 hingga 16 tahun. Mereka perlu diajar adab
berhubungan antara lelaki dan perempuan.

Akhir sekali, pendidikan usia 17 tahun ke atas. Mereka harus diberi kefahaman mengenai
tanggungjawab reproduksi dan dididik dengan adab menjaga maruah serta kehormatan diri,”
katanya.

Kata Che Asmah, anak kecil di pusat pendidikan prasekolah dan sekolah rendah pula boleh
diajar solat dan wuduk seawal usia enam tahun.

“Mungkin ibu dan guru sudah boleh mula menerangkan mengenai haid dan air mani yang
membatalkan wuduk.

Ini juga bukan perkara tabu yang tidak boleh dibincangkan. Ia perlu diterangkan kepada anak
kerana menjadi keperluan untuk mereka memahami sistem tubuh dan kepentingan
menjaganya.

“Dalam era teknologi yang pesat ini, kita perlu proaktif dalam mendidik anak. Jika tidak, mereka
sendiri akan mendapatkan informasi dari sumber Internet yang lebih cepat ataupun bertanya
kepada kawan sebaya. Kita khuatir maklumat yang mereka dapat itu tidak tepat dan paling
membimbangkan membawa pengaruh tidak sihat,” katanya.


Click to View FlipBook Version