The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jelaskan pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan dalam bentuk ebook.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp19240176, 2023-10-17 09:25:55

PENULISAN REFLEKTIF BMMB3163 TUGASAN 2 - NIK SYAFIQA BINTI ISMAIL (V3)

Jelaskan pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan dalam bentuk ebook.

Keywords: Kebudayaan Kebangsaan,ebook,Pengaruh

JKA/Jun2019 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN BMMB 3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN TUGASAN 2 - PENULISAN REFLEKTIF SARJANA MUDA PERGURUAN Ambilan : JUN 2020 Unit : V3 Nama Pensyarah : PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHIM Tarikh Hantar : 17 OKTOBER 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_________________________ _Tarikh: 17 OKTOBER 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________ Tarikh: 17 OKTOBER 2023 Nama : NIK SYAFIQA BINTI ISMAIL No. K/P : 000512-08-0914 Angka Giliran : 2019242310058 Program : PROGRAM IJAZAH


pembentangan kumpulan. 4. Memperjelas proses pembudayaan dalam masyarakat di Malaysia dalam satu penulisan berbentuk penulisan reflektif. 5. Merumuskan Dasar Kebangsaan dalam pembangunan negara Malaysia melalui penulisan esei. TUGASAN 1 : Penulisan Esei (25%) Tugasan Individu Pematuhan dasar kebudayaan, sama ada yang sedia ada di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) atas dasar-dasar perjuangan budaya yang diperbuat dari semasa ke semaasa oleh kerajaan. Sesuatu yang besar seperti kebudayaan yang mencerna kehidupan manusia harus dirancang, dibelai, dipelihara dan dipromosikan bersama-sama kuasa rakyat melalui sistem pemerintahan. Demikian juga, ekonomi, pembangunan negara, pelajaran dan lain-lain perkara, kebudayaan juga perlukan hala tuju dan dasar yang jelas supaya usaha bina insan dan bina negara dapat dijalankan secara jelas dan bersistem (Rais Yatim, 2009). Berdasarkan pernyataan di atas; i. Huraikan konsep budaya, ciri-ciri budaya, elemen dan proses dalam budaya dengan berkesan. ii. Buat analisis tentang takrif, sejarah serta latar belakang masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kepada Kebudayaan Kebangsaan. iii. Hasilkan sebuah penulisan tentang empat proses pembudayaan dalam membentuk masyarakat Malaysia. Penulisan esei perlu menggambarkan kemahiran dalam mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritikal dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN 2 : Penulisan Reflektif (25%) Tugasan Individu Jika dilihat pada penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, pembangunan negara sebenarnya telah meminggirkan budaya dan kerangka pembangunan negara. Hari ini, orang tidak lagi bercakap tentang kepentingan budaya dari segi warisan bangsa atau peranan perpaduannya kerana budaya sudah dilihat dari dimensi lain sebagai sumber pembangunan dalam bidang Sains, Pendidikan, Perusahaan dan Teknologi (A. Wahab Hamzah, 2015). i. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan. ii. Penulisan reflektif mestilah mengikut format yang spesifik dan dipersembahkan dalam bentuk ebook.


PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Kebudayaan Kebangsaan”. Folio ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek BMMB 3163. Sekalung penghargaan buat pensyarah subjek BMMB 3163 ini, Puan Fadzilah binti Abdul Rahim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek ini kerana bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari awal semasa susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing–masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana mereka memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.


1 Isi kandungan 1.0 Pengenalan.......................................................................................................................... 2 2.0 Pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian............................................................... 2 2.1 Pengaruh media massa.................................................................................................... 2 2.2 Pengaruh-pengaruh lain ................................................................................................... 3 3.0 Penutup ............................................................................................................................... 6 Rujukan...................................................................................................................................... 7


2 1.0 Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan satu dasar kebangsaan yang disusun dengan persetujuan semua pemimpin mewakili kaum utama di Malaysia, bertujuan mengikat rakyat Malaysia kepada satu dasar yang sama. Ia merupakan keseluruhan cara hidup manusia dan berperanan penting bagi proses pembangunan negara Malaysia dalam usaha ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kenegaraan (Abdul Rahman, 2015). Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. 2.0 Pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian Dasawarsa ini, kita terlalu terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan perkauman yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Menurut Shamsul (2011), negara Malaysia mengecapi kemerdekaan hasil usaha kesemua rakyat pada ketika itu, tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit untuk hidup harmoni bersama-sama. Namun, hari ini kita sering melihat siaran berita di televisyen dan video-video perkongsian di laman sosial yang menggugat perpaduan kaum yang telah terbina sejak dahulu lagi. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa akan datang yang akan dibincangkan dalam penulisan ilmiah ini. 2.1 Pengaruh media massa Pengaruh utama yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia ialah media massa. Kemajuan teknologi hari ini merupakan cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum (Mohd Izham, 2016). Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular terutamanya apabila isu tersebut menyentuh sensitiviti perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih (Nadia Fauzi, 2017). Lantaran itu, netizen juga perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan agama. Intihanya, penggunaan teknologi seperti media sosial sepatutnya menjadi perkara yang positif dalam kehidupan harian kita, sebaliknya penularan isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum menjadi bahan perbualan masyarakat hari ini.


3 2.2 Pengaruh-pengaruh lain Rajah 1: Pengaruh lain terhadap keharmonian negara. Berdasarkan Rajah 1 di atas, terdapat juga pengaruh-pengaruh lain yang memberi kesan kepada keharmonian kebangsaan Malaysia pada masa akan datang, antara ialah sistem politik perkauman. Politik berasaskan kaum merujuk kepada keadaan sistem politik yang memperjuangkan hak dan ideologi kaum masing-masing (Siti Noor Atikah et. al., 2021). Struktur sistem politik yang mewakili kaum masing-masing telah menyukarkan usaha untuk menimbulkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di negara ini. Hal ini demikian kerana, kebanyakan politik yang wujud dilihat lebih cenderung untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan kaum masing-masing seolah-olah menidakkan kepentingan identiti nasional sebagai medium yang mewujudkan semangat perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk (Eko Prayitno et. al., 2018). Perkara tersebut dapat dilihat apabila wujudnya parti-parti politik yang mewakili kaum masing-masing seperti dalam Rajah 2 di bawah.


4 Rajah 2: Parti-parti Politik mengikut kaum. Berdasarkan Rajah 2 di atas, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mewakili kaum Melayu, Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mewakili kaum Cina dan Kongres India Malaysia (MIC) mewakili kaum India. Lantaran itu, terdapat beberapa parti lain yang mewakili masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Untuk pelihara keharmonian negara, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak. Oleh itu, jelaslah bahawa politik yang bersifat perkauman amat bahaya dalam usaha memupuk perpaduan. Selain itu, sektor pendidikan juga turut mempengaruhi keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia iaitu melalui sistem pendidikan. Ia bermula dengan matlamat utama pihak British untuk mengelakkan wujudnya perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, iaitu dengan melaksanakan sistem pendidikan vernakular di negara ini pada era pramerdeka (Halim dan Hanani, 2017). Sistem pendidikan tersebut masih dipraktikkan sehingga pada masa ini dalam sistem pendidikan negara menerusi kewujudan beberapa buah sekolah vernakular. Menurut Azslan dan Iszuan (2017), sistem pendidikan dalam negara mempunyai beberapa aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pada peringkat rendah. Dalam hal ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menggunakan bahasa ibunda masing-


5 masing iaitu bahasa Cina dan bahasa Tamil dalam pelaksanaan aktiviti formal di sekolah tersebut. Disebabkan perkara tersebut, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid multietnik. Rajah 3 di bawah menunjukkan kawasan Sekolah Wawasan USJ 13 yang menyatukan Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jafar, SJK(C) Toh Tan Cheng Lock dan SJK(T) Tun Sambanthan. Rajah 3: Sekolah Wawasan USJ 13. Seterusnya, pengaruh dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan. Hal ini demikian kerana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British sejak zaman penjajahan lagi melalui dasar pecah dan perintah agar mereka dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara (Ling, 2017). Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan, contohnya masyarakat Melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar bandar iaitu di kawasan kampung. Sementara itu, masyarakat Cina pula ditempatkan di kawasan perlombongan bijih timah dan bandar-bandar kerana mereka menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di kawasan ladang-ladang getah, contohnya seperti dalam Rajah 4 di bawah.


6 Rajah 4: Kawasan Penempatan Kaum. Berdasarkan Rajah 4 di atas, perbezaan penempatan bagi setiap kaum ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum tersebut terpisah dan bertambah renggang. Kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di kawasan perladangan (Wan Hashim, 2014). Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan di tempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama, maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja (Azizan et. al., 2014). 3.0 Penutup Secara keseluruhannya, walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan mengamalkan budaya berbeza, sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi memelihara keharmonian negara daripada dicabuli oleh pengaruhpengaruh yang telah dibincangkan tadi. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian (Syed Ali Husin, 2015). Oleh itu, keutamaan harus diberikan kepada usaha membina sikap penerimaan, diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.


7 Rujukan Ab. Halim Tamuri dan Nur Hanani Husin. (2017). Pendidikan Abad Ke-21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. ResearchGate. Abdul Rahman Embong. (2015). Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan, Edisi Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia. Azizan Baharuddin et. al,. (2014). Kajian Isu dan Cabaran Hubungan Antara Penganut Agama di Malaysia. Laporan Penyelidikan. Universiti Putra Malaysia. Azslan Selamat dan Mohamad Iszuan Safarudin. (2017). Penilaian Faktor-faktor Kesenjangan Etnik di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan Nasional. ResearchGate. Eko Prayitno Joko, Zaini Othman, Saat Awg Damit & Aliakbar Gulasan (2018). Sentimen Primodial dan Kesedaran Politik dalam Pembangunan Politik Sabah: Penelitian Terhadap Pru-14. Primordial Sentiment and Political Awareness In Sabah Political Development: A Research In The GE-14. Jurnal Kinabalu Edisi Khas, 77-110. Ling, H. H (2017). Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu dan Usaha Ke Arah Memupuk Kerjasama Antara Kaum, 1946-1957. SEJARAH: Journal of the Department of History, 17(17). Mohd Izham Unnip Abdullah - Disember 25, 2016. Pengaruh media sosial ancaman baharu perpaduan – Musa. BH Online. Dicapai pada Oktober 10, 2023 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/227021/pengaruh-media-sosialancaman-baharu-perpaduan-musa Nadia Fauzi. (2017). Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan: Suatu Kebaikan Atau Keburukan?. Program Litigasi ILKAP. Siti Noor Atikah Mohd Shamsuddin, Ahmad Sunawari Long & Yusri Mohamad Ramli (2021). Wacana Isu-isu Keadilan Sosial dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(2), 151-161. Shamsul Amri Baharuddin (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian. Perpaduan di Malaysia Sebagai Work-In-Progress. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Syed Husin Ali. (2015). Hubungan Etnik di Malaysia: Harmoni dan Konflik. Petaling Jaya: SIRD. Wan Hashim (2014). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2014) hlm. xvii. 2.


Click to View FlipBook Version