Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Hari Raya kepada Asnaf
dan anak yatim adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan Panitia
Pendidikan Islam serta kakitangan SMK Seksyen 19, Shah Alam.
Majlis ini diadakan bagi meraikan murid-murid beragama islam telah
tamat mengaji 30 juzuk al-Quran pada bulan Ramadan.
• Meraikan murid Khatam Al-Quran pada bulan Ramadan.
• Membudayakan bacaan Al-Quran di kalangan murid, guru-guru
dan kakitangan sekolah sepanjang bulan Ramadan.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan warga
sekolah.
• Menunjukkan keperihatinan kepada golongan yang kurang
bernasib baik iaitu anank-anak yatim di kalangan warga SMK
Seksyen 19.
• Melatih murid dan guru bersedekah di bulan Ramadan dan mampu
mengaplikasikan amalan hidup Islam dalam kehidupan seharian.
Firman Allah SWT:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang
menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar
dengan yang salah”
(Al-Baqarah, ayat 185)
7:30 Pagi : Ketibaan Peserta khatam
10:00 pagi : Ketibaan para pentadbir
: Bacaan doa
: Ucapan Pengetua SMK Seksyen 19
: Majlis Khatam Al-Quran
: Penyampaian saguhati kepada peserta
Khatam Al-Quran
: Penyampaian cenderahati kepada Pembimbing
Khatam
: Penyampaian sumbangan kepada anak-anak
yatim.
: Majlis bersurai
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada,
Jawatankuasa induk,
AJK Pelaksana,
guru-guru,
AJK PIBG,
murid-murid dan
warga SMK Seksyen 19
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan
“Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Hari Raya kepada Anak
Yatim 2022, SMK Seksyen 19, Shah Alam”