ISI KANDUNGAN:
KPF 3012 TOPIK BIL MUKA SURAT
KEPENTINGAN PENGGUBALAN AKTA 3
PENDIDIKAN 1996 KE ARAH 4-8
MELAKSANAKAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 9-11
12-15
PERBANDINGAN KANDUNGAN AKTA
PENDIDIKAN 1996 DAN AKTA
PELAJARAN 1951 DALAM
MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN NEGARA
ANALISIS KANDUNGAN AKTA
PENDIDIKAN 1996 DARI KOMPONEN
PERATURAN BERKAITAN INSTITUSI
PENDIDIKAN DAN KURIKULUM
KESESUAIAN AKTA PENDIDIKAN 1996
DALAM MENGHADAPI PERUBAHAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
2
KEPENTINGAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996 KE ARAH
MELESTARIKAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Penggubalan Akta Pendidikan 1996 amat penting untuk melestarikan pendidikan di Malaysia.
Berikut merupakan kepentingan Akta Pendidikan 1996 ke arah melestarikan pendidikan di
Malaysia :-
Menjadikan sistem pendidikan lebih sistematik
• Dengan panduan Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan
dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pendidikan pra
sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi dan juga merangkumi semua kategori sekolah
iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Hal ini dapat
dibuktikan dengan SEksyen 15 dan Seksyen 16 dalam Akta Pendidikan 1996 yang telah
memperjelaskan tentang sistem Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua peringkat dan
jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.
Menjadi garis panduan/rujukan pelaksanaan Pendidikan
• Akta Pendidikan 1996 memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan
perubahan masa dengan mengutamakan ilmu pengetahuan sebagai penentu utama ke arah
tujuan negara dan penyelamat bangsa supaya dapat menjadikan malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan bermutu tinggi. Di samping itu, Akta Pendidikan 1996 juga
melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovasi dan kreatif serta
menyumbangkan fikiran dan tenaga terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Menyediakan Kurikulum Kebangsaan dan sistem peperiksaan yang sama
• Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila
Kurikulum Kebangsaan yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 wajib diguna oleh
semua pihak. Oleh itu, murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan
untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan. Oleh hal yang demikian, kita
dapat menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid
dari sekolah-sekolah di negara kita bagi melestarikan pendidikan di negara kita.
Mempertingkatkan Pendidikan Teknik
• Demi melestarikan pendidikan di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 menumpukan perhatian
kepada kemahiran dan teknikal selaras dengan kecenderungan terhadap pendidikan sains
dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor tersebut. Akta Pendidikan 1996
telah menukar taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan membolehkan politeknik
untuk mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau
organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional, program
latihan dan juga program pertukaran sama ada dalam atau luar negara.
Mengambil kira kepentingan semua kaum
• Akta Pendidikan 1996 melestarikan pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira
kepentingan semua kaum dan mengekalkan status quo Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
dan juga 60 buah Sekolah Cina swasta. Dalam hal ini, sekolah rendah jenis kebangsaan,
sekolah cina swasta, lembaga pengelola dan sekolah conforming serta sekolah mission
kekal mengambil Unified Examination. Selain itu, Akta Pendidikan 1996 juga
memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati
munasabah dan praktik diadakan. Oleh hal yang demikian, perpaduan dan permuafakatan
antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat terjamin.
Memartabatkan Bahasa Melayu
• Akta Pendidikan 1996 mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu dengan peruntukannya
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran
teras. Oleh yang demikian, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Menurut seksyen 17 dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama di semua sekolah
atau institusi namun ada kelonggaran di Sekolah Jenis Kebangsaan atau sekolah-sekolah
lain yang diberi pengecualian.
3
4
5
6
7
8
ANALISIS KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
DARI KOMPONEN PERATURAN BERKAITAN
INSTITUSI PENDIDIKAN DAN KURIKULUM
9
10
11
KESESUAIAN AKTA
PENDIDIKAN 1996 DALAM
MENGHADAPI PERUBAHAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
12
AKTA PENDIDIKAN 1996:
• Akta Pendidikan 1996 ini ditubuhkan bagi memperbaiki
kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelumnya
iaitu Akta Pendidikan 1961.
• Akta ini diwujudkan bagi memantapkan sistem pendidikan untuk
generasi akan dating selaras dengan hasrat Malaysia di mana ingin
menjadikan sistem pendidikan Malaysia adalah lebih berkualiti
dan bertaraf dunia.
PEMBENTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996:
• Penggubalan akta ini mengambil masa selama 6 tahun dan
dipengerusikan oleh tiga Menteri pendidikan.
• Akta ini mengemukakan satu undang-undang baru berkenaan
pendidikan bagi melaksanakan dasar pendidikan negara yang
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaa.
• Bermulanya perlaksanaan Akta Pendidikan 1996 ini, ia telah
merubah landskap baharu terhadap sistem pendidikan menuju ke
peringkat yang lebih tinggi.
• Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan wawasan
negara hanya boleh dicapai melalui pendidikan. Satu pendekatan
yang fleksibel diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah di
mana tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga
tujuh (seksyen 29).
KESESUAIAN AKTA PENDIDIKAN 1996 MENGHADAPI
PERUBAHAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
1. Memberi penekanan sewajarnya terhadap sistem
pendidikan yang sistematik:
• Perlulah mengambil kira kepentingan semua kaum dan bukan
mengamalkan sistem pendidikan yang berat sebelah.
• Sistem pendidikan ini juga hendaklah selaras bagi
mengembangkan potensi individu sepenuhnya.
• Konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan
meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah
hingga ke peringkat pendidikan tinggi, meliputi semua kategori
sekolah iaitu, sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan
sekolah swasta.
13
2. Kesaksamaan dalam sistem pendidikan perlu diberi perhatian
sewajarnya:
• Memastikan setiap warganegara Malaysia diberi hak untuk mendapatkan peluang
pendidikan yang sama rata dan adil tanpa mengira latar belakang taraf hidup
seseorang individu, kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar,
perbezaan latar kaum, budaya dan sebagainya.
3. Memberi tumpuan kepada memartabarkan Bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan di Malaysia:
• Menjadikan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama dalam sistem pendidikan.
• Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan
institusi pendidikan.
• Bertujuan bagi menggalakkan perpaduan kaum di Malaysia melalui penguasaan satu
bahasa sama.
4. Meningkatkan kualiti pendidikan Awal kanak-kanak/Pendidikan
Prasekolah:
• Diwajibkan mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan.
• Strategi KPM: memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan
ia berjalan dengan baik.
• Bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak dan dapat menguasai asas
3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
• Contoh: PERMATA, KEMAS, PASTI
5. Menekankan pendidikan yang berteraskan nilai-nilai Murni:
• Penerapan nilai-nilai murni perlu disemai bagi meningkatkan akhlak yang mulia
dalam diri para pelajar.
• Melalui permerkasaan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan
Islam, dan Pendidikan Moral.
• Di peringkat Universiti, Kementerian Pendidikan Malaysia bercadang
memperkenalkan subjek “Falsafah dan Etics”.
• Bertujuan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan modal insan yang
seimbang khususnya dari segi Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani.
14
6. Menitikberatkan Dasar Kebajikan:
• Pendidikan merupakan perkhidmatan yang bersifat kebajikan.
• Pendidikan adalah kearah mengubah tahap pemikiran, keilmuan,
kemahiran dan kemanusiaan kepada tahap yang lebih tinggi.
• Bertujuan untuk membantu para pelajar yang mengalami masalah seperti
krisis kewangan sehinga memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Contohnya, individu yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi
untuk melanjutkan pelajaran.
• Contoh kebajikan yang diberikan ialah, kerajaan memperuntukkan
penyediaan sarapan kepada para pelajar (program sarapan percuma,
RMT, Skim Susu), menyediakan bantuan kepada pelajar B40 (biasiswa,
PTPTN, KWAMP) dan sebagainya.
15