SLIDESMANIA.COM HIKAYAT PERI MENYATAKAN
NABI WAFAT
SASTERA KEAGAMAAN
SLIDESMANIA.COM Pengenalan
sastera
Keagamaan
SLIDESMANIA.COM Konsep sastera Keagamaan
Cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya
cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan
karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang
peristiwa yang berlaku ke atas diri baginda. secara
umumnya, cerita ini berlatarbelakangkan sejarah
Islam sebenar. Walau bagaimanapun gambaran,
tentang perwatakan baginda serta latar masa dan
tempat yang dilukiskan adalah berdasarkan peristiwa
sejarah sebenar tetapi telah diolah kembali dengan
memasukkan unsur mitos dan lagenda
Jenis cerita mengenai tokoh Islam dalam sastera agama
Cerita Orang-orang solihin
Cerita Nabi Muhammad
SLIDESMANIA.COM Cerita Pahlawan Islam
Cerita Para Sahabat Nabi Cerita Nabi-nabi Allah
SLIDESMANIA.COM Cerita Nabi Muhammad s.a.w Hikayat Nur
Muhammad
Hikayat Isra’ Mikraj
Hikayat Peri menyatakan
Hikayat Seribu Mukjizat Nabi
Masalah
Hikayat Iblis dan Nabi Hikayat Menyatakan
Nabi Bercukur
Hikayat Raja Lahad
Hikayat Peri
Menyatakan Nabi
Wafat
Ciri Sastera Keagamaan 1
Bentuk Doksologi - dimulakan
cerita dengan Bismilah
Tema keagamaan –
mengisahkan nabi wafat
Latar tempat – Tanah
Arab, Rumah Nabi, Masjid
SLIDESMANIA.COM
Watak – Nabi Muhammad
Fungsi - Didaktik
Memberi Fungsi Sastera Keagamaan
pengajaran dan
teladan yang Bertujuan untuk
berkaitan dengan menyebarkan
pendidikan Islam agama Islam.
SLIDESMANIA.COM
Menunjukkan Mengagungkan
kebesaran Islam dan mengangkat
martabat Nabi
serta agama
Islam.
SLIDESMANIA.COM Kronologi
Peristiwa
Kronologi Peristiwa 01 Malaikat datang
Nabi ke masjid 03 Nabi Muhamad telah
didatangi oleh dua
Rasulllah pergi ke masjid untuk solat orang malaikat iaitu
Jumaat yang terakhir dengan berkhutbah Jibrail dan Malikatul
dan menjadi imam solat Jumaat Maut atas arahan
Allah
Perjumpaan terakhir dengan
02 keluarga dan sahabat
SLIDESMANIA.COM Tuntutan Akasyah 04 Baginda telah
berpesan kepada
Akasyah ingin menuntut hutang kerana 05 anak dan isterinya
pernah terpukul oleh cemati Rasulullah. agar jangan bersedih
Akasyah ingin membalas balik keatas Amanat dan tuntutan nabi dan menerima
Rasulullah sebagai syarat hakikat dan takdir
Mengumumkan sidang
jumaat yang Baginda ingin
menyelesaikan perkara-
perkara tertentu termasuk
hutang
Kronologi Peristiwa Akasya mencium
06 pusat Nabi
Nabi pulang ke rumah 08
Sahabat dan anak
Rasulullah pulang ke rumah dan bersedih. Rasulullah
memberi pesanan akhir kepada anak membuka baju untuk
dan isteri. dipukul.Akasyah terus
mencium perut (pusat)
SLIDESMANIA.COM Bersiap sedia untuk wafat 09 kerana ingin melihat
kelebihan rasulullah
Malikul maut datang ke rumah
Rasulullah dan memberi salam 07 Memberi wasiat
diluar rumah baginda. Malikul
maut mengkhabarkan bahawa Baginda telah
segala bidadari dan malaikat mengumumkan bahawa
sedang menunggu roh nabi. Saidina Abu Bakar sebagai
Setelah mencium kepala imam untuk
Fatimah, nabi pun wafat. menggantikannya.
Beliau telah dibawa balik
oleh Abu Bakar
Pemikiran
SLIDESMANIA.COM
Pemikiran Kematian itu pasti
SLIDESMANIA.COM Setiap yang hidup akan mati tanpa mengira latar belakang
seseorang itu. Jika kematian berdasarkan darjat, sudah pasti Nabi
tidak akan wafat. Contohnya Nabi telah didatangi Malaikat Jibril
untuk memaklumkan tentang kewafatan Baginda.
Melunaskan hutang
Segala jenis hutang duit/kerja/perbuatan mesti dilunaskan tanpa
mengira latar belakang/ kedudukan seseorang itu. Jika pelunasan
hutang berdasarkan darjat, sudah pasti Nabi dikecualikan
melunasnya. Nabi menawarkan diri untuk dicemeti bagi
melunaskan hutang kepada Akasya.
Nasihat/wasiat/amanat/pesanan Nabi
Seorang Islam perlu berusaha untuk meningkatkan keimanan
kepada Allah dengan ibadah. Jika seorang itu tidak berusaha ke
arah keimanan, dia akan leka dengan dunia. Nabi berpesan agar
menguatkan iman dan Islam iaitu dengan mengingati Allah SWT
sentiasa, mendirikan sembahyang lima waktu dan kasihkan anak-
anak yatim
Pemikiran Pengganti Nabi
SLIDESMANIA.COM Sebelum wafat, baginda telah menentukan penggantinya. Jika tidak
ditentukan pengganti, maka akan berlaku perebutan. Nabi berpesan
bahawa Abu Bakar sebagai penggantinya selepas kewafatan
baginda nanti.
Kewafatan/Kedudukan Nabi dimuliakan
Darjat baginda dimuliakan dengan kedatangan dua Malaikat untuk
bertemu sendiri dengan baginda. Baginda telah didatangi terlebih
dahulu oleh Malaikat Jibrail dan Malaikat Maut untuk
memaklumkan tentang kewafatan baginda.
Kebangkitan semula di akhirat
Setiap umat Islam wajib percaya/yakin akan hari kebangkitan di
alam akhirat kelak. Sekiranya mereka tidak percaya, mereka tidak
berpeluang berjumpa nabi. Baginda dan Siti Fatimah akan bertemu
semula di akhirat apabila dibangkitkan semula oleh Allah SWT sama
ada di Sungai Kalkauthar, di Hadrat Allah Mahsyar atau di Titian
Siratal Mustaqim.
Pemikiran Larangan meratapi kematian
SLIDESMANIA.COM Setiap kematian harus diterima dengan reda. Sekiranya kematian
diratapi secara berlebihan/melampau, hukumnya haram dan
menyamai perbuatan Arab Jahiliah serta tidak diredai Allah.
Terdapat larangan menangisi kematian seseorang sehingga
menampar-nampar dada dan mencabut-cabut rambut kerana
hukumnya adalah haram.
Tanggungjawab/kasih sayang/ keprihatinan nabi
sebelum wafat terhadap umatnya
Nabi sangat mencintai umatnya. Baginda sentiasa memberi
pesanan/ingatan untuk umatnya ikuti agar berada pada landasan
yang betul. Nabi telah berkhutbah pada hari Jumaat dengan
menasihati para jemaah agar beriman kepada Allah SWT dan ajaran
Islam, tidak melupakan Allah SWT, mengerjakan solat lima waktu,
mengasihi anak-anak yatim dan mengingati pengajarannya agar
tidak sesat dalam menjalani kehidupan duniawi.
Pengajaran
SLIDESMANIA.COM
Pengajaran Kita hendaklah sedar akan kematian
SLIDESMANIA.COM Setiap benda yang hidup di atas muka bumi ini termasuklah
manusia yang dilantik menjadi nabi sekalipun pasti akan mati.
Sehubungan itu, setiap manusia harus sedar yang kematian pasti
akan menemui kita. Begitu juga dengan Nabi Muhammad yang
menjadi kesayangan Allah SWT terpaksa melalui proses kematian
dan nyawanya juga dicabut oleh Malaikat Maut.
Kita hendaklah sedar kehidupan di dunia ini bersifat
sementara
Dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sahaja dan
ianya tidak akan kekal selamanya. Segala isi dunia akan musnah
apabila tiba masanya. Lantaran itu kita seharusnya membuat
sebanyak mungkin kebaikan untuk dijadikan bekalan selepas
kematian nanti. Di akhirat adalah tempat yang kekal abadi
selamanya.
Pengajaran Kita hendaklah sedar Islam menekankan keadilan/ kejujuran
SLIDESMANIA.COM Islam menyuruh umatnya bersifat jujur dan adil dalam menjalani kehidupan
ini. Keadilan dan kejujuran yang diterapkan oleh agama Islam akan
menjadikan seseorang insan itu dipandang tinggi dan mulia sama ada di sisi
Allah SWT atau dalam kalangan umat manusia. Tanpa keadilan dan
kejujuran, sudah pasti kehidupan manusia akan menuju ke arah kehancuran.
Contohnya sebelum nabi wafat, nabi telah menyatakan ingin membersihkan
diri daripada segala kesalahan yang telah dilakukan terhadap umatnya
sehingga baginda sanggup dipukul oleh Akasya walaupun dirinya sudah
lemah.
Sebagai pemimpin yang telah dipilih dan dilantik hendaklah
bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya.
Pemimpin yang dirahmati oleh Allah SWT adalah pemimpin yang sedar akan
Amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya. Lantaran itu, setiap Amanah
yang dipikul hendaklah ditunaikan sebaik mungkin. Jika pemimpin tidak
Amanah maka pemimpin itu tidak akan mendapat kerahmatan daripada
Allah. Rasulullah menangis di hadapan Jibril kerana baginda rasa
bertanggungjawab dan sayangkan umatnya. Baginda bimbang tidak ada
orang yang akan membimbing umatnya ke arah islam dan keimanan.
Pengajaran Kita hendaklah sedar kasih sayang penghubung ikatan
silaturrahim.
SLIDESMANIA.COM
Ikatan kasih sayang antara umat manusia di atas muka bumi ini akan
melahirkan masyarakat yang hidup dalam penuh keharmonian dan
kedamaian. Manusia yang dipenuhi dengan sifat kasih sayang akan
melahirkan ketenangan dalam hidup tanpa ada persengketaan. Jika tidak
sedar akan kasih sayang sebagai penghubung ikatan silaturrahim, sudah
tentu tidak akan wujud keharmonian dan kedamaian dalam hubungan. Para
sahabat, ahli keluarga dan jemaah Rasulullah bersedih dan menangis
apabila mengetahui Rasulullah akan kembali ke Rahmatullah.
Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas
Amanah merupakan satu tanggungjawab yang amat berat yang harus
dipikul oleh seseorang. Jika kita tidak mampu dan tidak mempunyai
kekuatan, kita sewajarnya tidak menerima Amanah yang diberi. Malaikat
Jibrail dan Malaikat Maut Amanah dalam melaksanakan perintah Allah SWT
untuk mengambil nyawa Rasulullah walaupun Rasulullah adalah kekasih
Allah yang lebih istimewa daripada nabi-nabi yang lain.
Pengajaran Janganlah kita berdendam/hendaklah memohon maaf
SLIDESMANIA.COM Berdendam merupakan perbuatan keji dan tidak bermaruah. Ianya menjadi
kemurkaan Allah SWT kerana ia boleh memusnahkan kehidupan manusia.
Akasya baik hati dan tidak berdendam terhadap Rasulullah kerana dia
sebenarnya tidak berniat langsung untuk memalu Rasulullah tetapi ingin
mencium pusat Rasulullah. Sifat Akasya ini dibalas oleh Allah SWT dengan
menjadikan mukanya bercahaya-cahaya seperti bulan purnama 14 haribulan
dan suaranya seperti burung di dalam syurga. Nabi Muhammad juga
menyatakan kepada sidang Jumaah, jika sesiapa ingin melihat rupa orang di
dalam syurga, maka lihatlah kepada Akasya.
Kita hendaklah menjelaskan hutang
Rasulullah bertanyakan kepada sidang Jemaah jika baginda ada hutang.
Baginda akan menjelaskannya. Jika hutang tidak dijelaskan kelak ia akan
dituntut di akhirat.
Kita janganlah terlalu bersedih/tidak meratapi kematian
Rasulullah melarang anaknya Siti Fatimah bersedih menerima kewafatannya
kerana perbuatan terlalu bersedih seperti menarik rambut dan menampar-
nampar dada hukumnya haram.
Nilai
SLIDESMANIA.COM
Nilai
NILAI CONTOH
Kasih Kasih sayang yang ditunjukkan tanpa berbelah bagi,Nabi Muhammad saw
sayang sangat menyayangi anaknya Siti Fatimah ini dapat dibuktikan berdasarkan
tindakan Nabi Muhammad memujuk anaknya supaya tidak masyghul dan
menangis sekiranya baginda akan meninggalkan Fatimah.
Bertanggung Kewajipan yang dipikul dan perlu dilaksanakan walaupun terpaksa
jawab berdepan dengan kemungkinan yang diluar jangkaan. Buktinya Nabi
Muhammad sangat bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan yang
SLIDESMANIA.COM dilakukannya ini jelas berdasarkan tindakan Nabi Muhammad yang
sanggup dipukul dengan camti oleh Akasyah bagi melunaskan hutangnya
kepada Aksyah.
Amanah Kepercayaan yang dipikulkan ke atas seseorang individu dalam
melaksanakan tugasnya walaupun terpaksa menempuh dugaan yang getir,
Nabi Muhammad biarpun berada dalam keadaan gering dan tahap
kesihatan yang tidak mengizinkan baginda masih menyampaikan khutbah
jumaat dengan menasihati para Jemaah agar menjadi insan yang terbaik
dan saling maaf memaafi.
Nilai
NILAI CONTOH
Berbudi Ketinggian akhlak yang ditunjukkan dengan mengakui kesilapan yang
mulia pernah dilakukan biarpun kesilapan yang dilakukan sebenarnya tidak
disengajakan. Nabi Muhammad mengakui kesilapannya memukul cameti
yang terkena pada badan Aksyah dan baginda rela dipukul oleh Aksyah
sebagai balasan akibat daripada perbuatannya itu.
SLIDESMANIA.COM Redha Menerima ketentuan takdir apabula sampai masa saat kematian. Nabi
Muhammad menerima dengan hati yang tenang bahawa umurnya sudah
berada di penghujung nyawa.Rasulullah menerima kehadiran malaikat
maut dan menasihati anak dan isterinya supaya tidak menangisi
kematiannya.
Berani Rasulullah mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang telah
menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya.
SLIDESMANIA.COM Citra
Masyarakat
Citra masyarakat
CITRA CONTOH
Masyarakat yang Perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat akan memasti
penyayang kehidupan yang harmoni. Tanpa perasaan tersebut akan
menjadikan sesebuah masyarakat itu berpecah belah. Rasulullah
SLIDESMANIA.COM (saw) amat menyayangi umatnya. Setelah diberitahu oleh Malikul
Maut berita kemangkatannya, baginda terus menangis. Baginda
menangis bukan kerana sayang kan dunia atau sayang untuk
meninggalkan ahli keluarganya, tetapi baginda menangis kerana
bimbangkan umatnya akan terpesong keimanannya setelah
ketiadaan banginda .Baginda juga amat menyayangi puterinya
Fatimah dan meminta untuk mencium rambut puterinya.
Masyarakat yang Rasulullah s.a.w adalah seorang rasul amat prihatin kepada
prihatin umatnya. Beliau sentiasa mengingatkan umatnya supaya sentiasa
beriman kepada Allah SWT. Sehingga pada saat akhir hidupnya
baginda masih lagi berpesan kepada umatnya agar sentiasa hidup
berpegang pada agama Allah.
Citra masyarakat
CITRA CONTOH
Masyarakat yang Sikap tanggungjawab dalam masyarakat terutama dalam kalangan
bertanggungjawab pemimpin akan memastikan lahirnya masyarakat yang maju dan
sejahtera. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebabkan wujud
SLIDESMANIA.COM ketidakadilan dan ini memberi kesan dalam usaha pembangunan
sesebuah masyarakat. Rasulullah (saw), walaupun baginda mengetahui
bahawa baginda akan kembali ke rahmatullah, baginda masih lagi
menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengimamkan solat dan
menyampaikan khutbah kepada ahli jemaah. Baginda juga berwasiat
kepada ahli Jemaah/umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah,
menjaga solat dan tidak menganiaya anak-anak yatim.
Masyarakat yang Setiap kejadian yang berlaku mesti mempunyai hikmah disebaliknya.
redha dengan Setiap masalah yang timbul juga pasti ada jalan penyelesaiannya yang
takdir Allah penting masyarakat hendak berusaha dan redha menerimanya. Insan
yang beriman sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan
oleh-Nya. Rasulullah (saw) redha dengan ketentuan Allah bahawa
masanya sudah sampai.
Citra masyarakat
CITRA CONTOH
Masyarakat yang Mengakui kesalah diri adalah sifat yang mulia. Tanpa sikap ini akan
mengakui kesalahan / melahirkan masyarakat yang hipokrit dan memntingkan diri sendiri.
merendah diri Rasulullah (saw) adalah seorang yang sangat mulia.Walaupun
baginda seorang rasul Allah, namun baginda sedia bertanggung
SLIDESMANIA.COM jawab terhadap kesalahannya terhadap orang lain. Contohnya,
kesalahannya, walaupun tidak sengaja terpukul Akasyah dengan
camti kudanya, baginda telah meminta Akasyah membalas pukulan
tersebut.
Masyarakat yang taat Sebagai hamba, kita seharusnya taat perintah Allah. Rasulullah
kepada perintah Allah (saw) dalam keadaan gering masih mampu menjadi imam dan
menyampaikan khutbah untuk umatnya. Walaupun terpaksa
dipapah, baginda masih ke masjid bagi menunaikan perintah Allah
sebagai rasul untuk menyebarkan syiar Islam. Saat akhir baginda
meninggalkan beberapa wasiat agar umatnya tidak terpesong dari
landasan Islam.
Unsur Islam
SLIDESMANIA.COM
Unsur Islam
SLIDESMANIA.COM 01 Penggunaan Bahasa Asing iaitu Bahasa Arab –Rasulullah SAW, Kadhi Rabbul
02 Jalil
03
04 Penamaan watak - menggunakan nama Islam – Rasulullah, Fatimah dll
jawatan2 dalam Islam – bilal (bilal Malek)
Penerapan unsur doksologi – pendahuluan cerita di mulai dengan bacaan
ayat-ayat Al-quran begitu juga pada kesudahan cerita - penggunaan ayat-
ayat suci al-Quran – Innaka nayyitun ilaikum yaumi qiyamati…
Isi cerita berkaitan dengan rukun Iman dalam Islam
● kewujudanJibrail,Mikail, Malikul Maut
● hari kiamat, siratal mustaqim, syurga dll
● percaya saat kematian akan tiba
● sembahyang 5 waktu, menjauhi maksiat
SLIDESMANIA.COM Watak
dan
Perwatakan
Keistimewaan / mukjizat Nabi Muhammad
Nabi Muhammad SAW dapat 01
melihat wajah malaikat (Jibrail
dan Malaikat Maut.
02 Nabi Muhammad dapat
mengetahui saat kematiannya.
SLIDESMANIA.COM Pusat Nabi Muhammad SAW menjadi 03
sebab/asbab muka Akasyah
bercahaya-cahaya setelah mencium
pusat baginda
Nabi Muhammad SAW menerima
04 wahyu dan dapat berbicara dengan
para malaikat
Perwatakan Akasyah Berani
SLIDESMANIA.COM Akasyah berani menuntut kebenaran dengan mendakwa bahawa Rasulullah ada “berhutang” dengannya iaitu
“hendak membalas pukulan cemeti Rasulullah yang terkena anggota badannya ketika Rasulullah hendak keluar
berperang di jalan Allah (Fi Sabilillah)”. Beliau menyahut seruan Rasullullah agar kewafatannya nanti tidak
menanggung sebarang hutang di dunia dan akhirat. Menunjukkan kejujurannya bahawa Rasulullah SAW ada
melakukan kesilapan (walaupun maksum- terhindar daripada kekurangan/cacat cela).Berani menuntut hak
penting dan membayar hutang penting agar kita mendapat balasan yang setimpal di akhirat. Tindakan ini
memaparkan kelebihan Akasyah yang berani menyatakan kebenaran walaupun kesalahan dilakukan oleh
Rasulullah SAW.
Perwatakan Akasyah Tegas
SLIDESMANIA.COM Akasyah benar-benar mahu melakukan qisas (hukum balas) sehingga menyebabkan Rasulullah
terpaksa membuka bajunya (sama keadaan Akasyah yang terkena pukulan cemeti Rasulullah SAW
dalam keadaan ketika itu Akasyah juga tidak berbaju. Meskipun ramai sahabat dan anggota keluarga
Rasulullah SAW mahu menggantikan beliau, namun beliau tetap bertegas mahu menjalankan hukum
qisas itu. Hal ini menggambarkan hukum qisas ini tidak boleh dipermudahkan dan boleh digantikan
hukumannya kepada orang lain. Sekiranya Akasyah tidak melaksanakan hukum qisas dengan tegas dan
adil, maka orang yang tidak bersalah akan terinaya. Ketegasan ini akhirnya Rasulullah SAW
menyimpulkan bahawa Akasyah termasuk sebagai ahlul Jannah (bakal ahli syurga), kerana berani
menjalankan hukum qisas (balasan) tanpa mengira darjat, kedudukan dan pangkat (berpegang teguh
kepada syariat agama).
Perwatakan Akasyah Pemaaf
SLIDESMANIA.COM Kesudian Akasyah mengampunkan Rasulullah SAW dengan syarat dapat memenuhi
impiannya mencium pusat Rasulullah. Akasyah akhirnya tidak jadi memalu Rasulullah setelah
terlihat pusat Rasulullah SAW, sebaliknya segera mengambil peluang mencium pusat
Rasulullah iaitu keiiginannya yang sudah lama tersimpan dalam hatinya. Balasan qisas yang
terbatal itu menyebabkan sidang jumaah mengucap salam dan takjub kepada sendirian
Akasyah. Kesannya, muka Akasyah bercahaya-cahaya seumpama bulan penuh setelah
mencium pusat Rasulullah SAW (kelebihan yang diberi oleh Allah SWT). Kesimpulannya,
tindakan pembatalan hukum qisas inilah dianggap oleh Rasulullah saw bahawa Akasyah
adalah ahlul jannah (bakal ahli syurga)
Contoh Soalan
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM Setelah didengar oleh Rasulullah kata Akasyah demikian itu, maka Rasulullah pun menitahkan Bilal katanya, “Hai Bilal,
pergilah ke rumah Fatimah itu ambilkan camti kudaku kerana aku hendak membayar hutangku kepada Akasyah kerana
pada hari ini kiamat malulah aku dipukul Akasyah hadapan kadhi Rabbul Jalil.” maka terdengarlah baginda Abu Bakar
al-Siddiq kata Akasya demikian itu. Maka kata Abu Bakar, “hai Akasyah, Janganlah engkau palu Rasulullah kerana lagi
sakit, palu olehmu akan aku ini akan balasnya.” Maka sabda Rasulullah kepada Abu Bakar, “Jangan tuan berkata itu
kerana hamba hendak membayar hutang…
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny), 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)
a) Jelaskan hutang yang hendak dibayar oleh Rasulullah kepada Akasyah dan huraikan peristiwa yang membawa kepada
dialog di atas. [13]
b) Berdasarkan cerita “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat” dalam Permata Sastera Melayu, Nabi Muhammad dan
para sahabat memperlihatkan sifat yang patut dicontohi. Bincangkan sifat yang patut dicontohi oleh anda berdasarkan
cerita tersebut. [12]
Contoh
Jawapan
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM a) Jelaskan hutang yang hendak dibayar oleh Rasulullah kepada Akasyah dan huraikan peristiwa yang
membawa kepada dialog di atas. [13]
Hutang yang hendak dibayar oleh Rasulullah kepada Akasyah ialah hutang terpalu camti
kuda kepada Akasyah Ketika berperang Sabilillah. Oleh kerana Malaikat Jibrail dan
Malikul Maut datang hendak mengambil nyawa Rasulullah, baginda telah bersabda
supaya sesiapa yang teraniaya atau terambil harta sekalian yang hadir supaya
menuntutnya. Atas sebab itulah Akasyah menuntut.
Peristiwa yang membawa kepada dialog di atas ialah Allah menyuruh Malaikat Jibrail dan
Malikul Maut turun ke dunia untuk mengambil nyawa Rasulullah. Apabila bertemu
dengan Rasulullah, mereka memberi salam, memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan
mereka datang. Mereka menyatakan bahawa mereka diperintahkan oleh Allah untuk
mencabut nyawa Nabi Muhammad
SLIDESMANIA.COM a) Jelaskan hutang yang hendak dibayar oleh Rasulullah kepada Akasyah dan huraikan peristiwa yang
membawa kepada dialog di atas. [13]
Peristiwa seterusnya yang membawa kepada dialog di atas ialah Rasulullah menangis
kerana sedih jika umatnya tidak berpegang kepada iman dan agama Islam. Sebaik
sahaja Rasulullah mengetahui bahawa baginda akan wafat tidak lama lagi, Baginda
menangis sedih meninggalkan umatnya dan bukan bersedih kerana meninggalkan
sahabat-sahabat baginda seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali atau ahli keluarga baginda
yang lain.
Rasulullah menyatakan kepada Siti Aisyah, tibalah waktu untuk baginda berpisah.
Baginda telah ke dalam rumah dan meminta Siti Aisyah menyelimutkannya. Baginda
menasihati Siti Fatimah supaya apabila kematian baginda kelak dibolehkan bersedih dan
mengalirkan air mata tetapi Allah mengharamkan perbuatan menampar-nampar dada
dan mencabut-cabut rambut.
SLIDESMANIA.COM b) Berdasarkan cerita “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat” dalam Permata Sastera Melayu, Nabi
Muhammad dan para sahabat memperlihatkan sifat yang patut dicontohi. Bincangkan sifat yang patut
dicontohi oleh anda berdasarkan cerita tersebut. [12]
Bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab adalah satu sifat yang amat
dituntut dalam Islam. Sifat bertanggungjawab akan melahirkan hubungan
yang erat dalam kalangan umat Islam. Seandainya sifat bertanggungjawab
terhadap sesuatu perkara tidak diendahkan, maka sudah tentu hubungan
ukhuwah dalam kalangan masyarakat tidak akan terjalin. Contohnya
Rasulullah bertanggungjawab terhadap kesalaahnnya terhadap orang lain.
Baginda bertanggungjawab atas kesalahannya, walaupun tidak sengaja
terpukul Akasyah dengan camti kudanya
SLIDESMANIA.COM Sekian.
Terima Kasih.