The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-91337579, 2023-03-22 01:15:42

3. Kayuhan Bebas Karbon 'Go Green'

3. Kayuhan Bebas Karbon 'Go Green'

SJK TAMIL LADANG SUNGAI CHOH 48000 RAWANG, SELANGOR KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM KAYUHAN BEBAS KARBON ‘GO GREEN’ Peringkat Sekolah Tahun 2022/2023 SJK Tamil Ladang Sungai Choh 48000 Rawang, Selangor


2 1.0 TAJUK PROGRAM / PROJEK Kayuhan Bebas Karbon ‘Go Green’ 2.0 RINGKASAN CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM / PROJEK Jejak karbon yang dikeluarkan oleh kenderaan di kawasan sekitar sekolah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Oleh itu, selaras dengan misi Geran Khas Komuniti Mampan Majlis Perbandaran Hulu Selangor iaitu meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian, SJK Tamil Ladang Sungai Choh akan melaksanakan Program Kayuhan Bebas Karbon iaitu ‘Go Green’. Melalui program ini diharapkan dapat melahirkan komuniti (murid, guru, pentadbir sekolah, kakitangan sokongan sekolah, ibu bapa, penduduk sekitar kawasan sekolah dan sukarelawan) yang sentiasa sayang dan mencintai alam sekitar dalam kehidupan mereka. Jumlah peserta program yang dicadangkan ialah seramai 50 orang. 3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM / PROJEK Kementerian Pendidikan Malaysia mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Walaubagaimana pun, konsep gaya hidup sihat tidak dapat dilaksanakan dan diamalkan sepenuhnya ekoran daripada pencemaran alam sekitar yang berlaku seperti pencemaran udara, tanah, bunyi dan air yang boleh menggugat taraf kesihatan sesebuah masyarakat. Menurut Heliza & Rohasliney (2010), pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan. Antara punca berlakunya pencemaran udara adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan dan perindustrian, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, serta aktiviti harian manusia. Justeru, masyarkat harus peka terhadap kejadiaan ini kerana segala bentuk pencemaran bermula daripada aktiviti manusia. Hal ini kerana pencemaran udara akan menyebabkan kesihatan manusia terganggu, jerebu, penyusutan lapisan ozon di ruang atmosfera, kesan rumah hijau dan pemanasan global serta hujan asid. Menurut Abdul Rahman (2015), kesan utama kepada kesihatan manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru serta kanser. Oleh itu, beberapa langkah proaktif perlu diambil agar masalah pencemaran ini dapat diatasi. Salah satu langkah menangani perkara ini ialah dengan mengadakan program alam sekitar ini. Justeru, diharapkan program ini diluluskan dan dapat dilaksanakan agar memberi kesedaran kepada masyarkat & generasi akan datang supaya sentiasa menghargai alam sekitar khususnya udara kita.


3 4.0 OBJEKTIF PELAKSANAAN 4.1 Mempromosikan kesedaran mengenai keperluan untuk mengubah sifat menggunakan kenderaan bermotor bagi mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan ke atas alam sekitar. 4.2 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan persekitaran udara yang bersih. 4.3 Masyarakat akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang langkah-langkah menangani pencemaran udara di sekeliling. 4.4 Membina perlakuan amalan kebersihan udara sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan harian. 4.5 Memberi pendedahan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti berbasikal serta sebagai amalan terbaik dalam usaha menyokong agenda penghijauan sekolah. 5.0 KAEDAH PELAKSANAAN 5.1 Perbincangan dalam mesyuarat pengurusan sekolah tentang Geran Khas Komuniti Mampan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. 5.2 Penyediaan kertas cadangan pelaksanaan program Kayuhan Bebas Karbon ‘Go Green’ oleh Penolong Kanan Kokurikulum. 5.3 Pengisian borang permohonan penyertaan Geran Khas Komuniti Mampan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. 5.4 Kelulusan permohonan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor. 5.5 Perbincangan pelaksanaan program dalam mesyuarat jawatankuasa pelaksana program Kayuhan Bebas Karbon ‘Go Green’. 5.6 Persediaan program oleh AJK pelaksana mengikut bidang tugas yang ditetapkan. 5.7 Pelaksanaan program pada tarikh yang ditetapkan. 5.8 Pelaksanaan post-mortem program selepas pelaksanaan program. 5.9 Pelaporan penambahbaikan pelaksanaan program juga perlu diisi untuk mengukur tindakan penambahbaikan program yang dirancang di masa akan datang. 6.0 JADUAL PELAKSANAAN / TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM 6.1 Jadual pelaksanaan program seperti dalam LAMPIRAN A 7.0 JANGKAAN HASIL PROGRAM Diharapkan Program Kayuhan Bebas Karbon ‘Go Green’ yang diadakan dengan kerjasama antara murid, guru, pentadbir sekolah, kakitangan sokongan sekolah, ibu bapa, penduduk sekitar kawasan sekolah dan sukarelawan dapat memupuk sikap sayang akan alam sekitar. Selain itu, melalui aktiviti kayuhan bebas karbon dapat mengurangkan penghasilan karbon dioksida sebanyak 188 Kg CO2. Amalan teknologi hijau ini itu juga dapat meminimumkan degradasi terhadap alam sekitar, memulihara tenaga dan sumber semula jadi dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan masyarakat. 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 8.1 Anggaran perbelanjaan program seperti dalam LAMPIRAN B


4 9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM 9.1 Ahli Jawatankuasa pelaksana program seperti dalam LAMPIRAN C 10.0 PENUTUPAN 10.1 Kertas cadangan untuk mengadakan program bertajuk: Kayuhan Bebas Karbon ‘Go Green’ dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ………………………………………………......... ……………………………………………….. (VIJAYAKUMAR A/L MAHALINGAM) (JEYANTHY A/P LINGAPPAN) PK Kokurikulum Guru Besar SJK Tamil Ladang Sungai Choh SJK Tamil Ladang Sungai Choh 48000 Rawang 48000 Rawang Selangor Darul Ehsan Selangor Darul Ehsan Tarikh : 14 Julai 2022 Tarikh : 14 Julai 2022


5 LAMPIRAN A TENTATIF PROGRAM 8.00 PAGI : Pendaftaran peserta program & Sarapan pagi 8.30 PAGI : Ucapan Guru Besar (Puan L. Jeyanthy) 8.45 PAGI : Taklimat Peraturan & Keselamatan (Encik S. Prabakaran) 9.00 PAGI : Senamrobik / Senaman (Puan M. Amuthasuriya) 9.30 PAGI : Kayuhan Bebas Karbon Bermula 10.30 PAGI : Kayuhan Bebas Karbon Tamat 10.45 PAGI : Majlis Penyampaian Cenderamata & Sijil Penyertaan 11.30 PAGI : Jamuan (Kudapan) & Bersurai


6 LAMPIRAN B ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN ANGGARAN PENDAPATAN BIL PENDAPATAN JUMLAH (RM) 1. Geran Khas Komuniti Mampan Majlis Perbandaran Hulu Selangor 5 000.00 JUMLAH BESAR 5 000.00 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERBELANJAAN BILANGAN KOS (RM) JUMLAH (RM) 1. Banner (Backdrop) (10” X 5”) 1 200.00 200.00 2. Bunting 5 50.00 250.00 3. Buku Program 50 3.00 150.00 4. Sijil Penyertaan 50 2.40 120.00 5. Medal Besi / Kristal * Tali Berwarna (Tema ‘Go Green’) 50 35.00 1 750.00 6. T’shirt (Jersey) 50 35.00 1 750.00 7. Peti Kecemasan 3 160.00 480.00 8. Makanan Sarapan (Roti & Air Mineral) 50 2.00 100.00 9. Makanan Kudapan (Nasi Lemak & Air Mineral) 50 4.00 200.00 JUMLAH BESAR 5 000.00


7 LAMPIRAN C AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI : JEYANTHY A/P LINGAPPAN (GURU BESAR) TIMBALAN PENGERUSI : VIJAYAKUMAR A/L MAHALINGAM (PK KOKURIKULUM) NAIB PENGERUSI : MAGASWARY A/P RAJAGOPAL (PK PENTADBIRAN) RACKAMMALL A/P PERIYASAMY (PK HAL EHWAL MURID) SETIAUSAHA : GUNASILAN A/L PUNNIAKOTTY (SU KOKURIKULUM) BENDAHARI : NARENDRAN A/L SUBRAMANIAM (BENDAHARI PIBG) AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROTOKOL : ALLYMALAR A/P MANOHAREN & MALLAMA DAIVE A/P SUBRAMANIAM ATURCARA : SELVAMANI A/P PADAVETTAN BUKU PROGRAM : THILAKA A/P MUNIYANDI & KALAIVAANI A/P VELLO KETUA TEKNIK : PRABAKARAN A/L SUBRAMANIAM PEMBANTU TEKNIK : SIVA A/L INACHIMUTHU @ MUTHU KUMAR JURU ACARA : RONE KIAM A/P ANTHONEY SAMY & AMUTHASURIYA A/P MUNIANDY KETUA LALUAN CHECK POINT : KIRUBANANTHAN A/L CHELLADURAI KESELAMATAN : MANIVANNAN A/L CHELLADURAI & PAPATHY A/P KRISHNAN PERONDA LALUAN : PERSATUAN IBU BAPA – GURU SJKT LADANG SUNGAI CHOH PERALATAN : KANAGAM A/P THANA THAMBY HADIAH & CENDERAMATA : YASOTHA A/P SOCKALINGAM & MEGALAA A/P V. SUBRAMANIAM PERTOLONGAN CEMAS : VANAJA A/P ANGAN & MAYKALA A/P SINGGARAM MAKANAN : GANTHI MATHY A/P RAMASAMY & PENGUSAHA KANTIN KEBERSIHAN : PARAMESHWARI A/P THININAMANI & PEKERJA KEBERSIHAN SEKOLAH PENGAWAL LALU LINTAS : PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH & RELA DOKUMENTASI : GUNASILAN A/L PUNNIAKOTTY (SU KOKURIKULUM) FOTOGRAFI : DEVI A/P MUTHAYA SIARAYA : NARENDRAN A/L SUBRAMANIAM


8 LAMPIRAN GAMBAR (SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN)


9 LAMPIRAN GAMBAR PETA LALUAN KAYUHAN SJK TAMIL LADANG SUNGAI CHOH TAMAN BUKIT TERATAI KAWASAN PERUMAHAN SARI ALAMANDA TAMAN BUKIT TERATAI SJK TAMIL LADANG SUNGAI CHOH


10 LAMPIRAN GAMBAR MEDAL BESI (GAMBAR HIASAN SAHAJA) MEDAL KRISTAL (GAMBAR HIASAN SAHAJA)


11 LAMPIRAN GAMBAR T’SHIRT (JERSEY) (GAMBAR HIASAN SAHAJA)


12 LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI KAYUHAN BEBAS KARBON DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (GAMBAR HIASAN DARI INTERNET) AKTIVITI KAYUHAN BEBAS KARBON DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (GAMBAR HIASAN DARI INTERNET)


Click to View FlipBook Version