The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-91337579, 2022-11-13 03:29:06

MINIT MESYUARAT AGM

1

Keywords: 1

A PERSATUAN PENDUDUK DAN PEMILIK AZALEA HOMES
(AZALEA HOMES RESIDENTS AND OWNERS ASSOCIATION)
(PPM-010-10-28122017)

Pondok Pengawal Azalea Homes, Jalan KJ 1C/1, Taman Kundang Jaya, 48020 Rawang.
_____________________________________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KEEMPAT

PERSATUAN PENDUDUK DAN PEMILIK AZALEA HOMES
TAHUN 2021/2022

Tarikh : 09 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi – 11:30 pagi
Tempat : Google Meet (Secara Atas Talian)
Pengerusi : Encik Faisal bin Abdul Aziz
Kehadiran : Sila rujuk lampiran.

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir, mengucapkan salam kepada
semua ahli yang hadir dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.

2.0 Perbincangan & Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 Setiausaha Persatuan Penduduk dan Pemilik Azalea Homes, Encik Vijayakumar
Mahalingam telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung Persatuan
Penduduk dan Pemilik Azalea Homes bagi tahun 2021.

2.2 Dicadang untuk disahkan oleh Encik Deneshk Kumar.

2.3 Disokong untuk pengesahan oleh Encik Thinakaran Ramasamy.

3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.

4.0 Pembentangan Laporan Aktiviti

4.1 Bermula dari 19 Disember 2021 hingga 26 Disember 2021, Persatuan
Penduduk dan Pemilik Azalea Homes telah mengadakan Program Bakul Rezeki.
Program ini diadakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir sekitar kawasan
Shah Alam. Antara barangan yang dikumpul ialah barang makanan dan pakaian.

5.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan

5.1 Bendahari Persatuan Penduduk dan Pemilik Azalea Homes, Puan Noor
Azamimah binti Mohd Jamel telah membentangkan Laporan Kewangan
Persatuan Penduduk dan Pemilik Azalea Homes bagi tahun 2019/2020.

5.2 Dicadang untuk disahkan oleh Encik Deneshk Kumar.

5.3 Disokong untuk pengesahan oleh Encik Chomy Ching.

A PERSATUAN PENDUDUK DAN PEMILIK AZALEA HOMES
(AZALEA HOMES RESIDENTS AND OWNERS ASSOCIATION)
(PPM-010-10-28122017)

Pondok Pengawal Azalea Homes, Jalan KJ 1C/1, Taman Kundang Jaya, 48020 Rawang.
_____________________________________________________________________________________________________________________

6.0 Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2019/2020

6.1 Jawatankuasa Persatuan Penduduk dan Pemilik Azalea Homes telah dibubarkan
mengikut Fasal 8 Jawatankuasa dalam perlembagaan persatuan.

7.0 Pelantikan Pengerusi Sementara

7.1 Mesyuarat seterusnya bersetuju sebulat suara Encik Faisal bin Abdul Aziz
dilantik untuk mempengerusikan pemilihan jawatankuasa baharu.

8.0 Pelantikan Jawatankuasa Baharu Sesi 2021/2022

8.1 Mesyuarat seterusnya bersetuju sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan
jawatankuasa persatuan sesi 2019/2020.

8.2 Dicadang untuk disahkan oleh Encik Deneshk Kumar.

8.3 Disokong untuk pengesahan oleh Encik Chomy Ching.

8.4 Berikut adalah senarai AJK yang telah dilantik. Pengerusi
8.4.1 Faisal bin Abdul Aziz

8.4.2 Vikneswaran A/L Gobalakrishnan Timbalan Pengerusi

8.4.3 Vijayakumar A/L Mahalingam Setiausaha
8.4.4 Abdul Kadir bin Ismail Penolong Setiausaha

8.4.5 Noor Azamimah binti Mohd Jamel Bendahari

8.4.6 Tan Seow Yen AJK
8.4.7 Mohd Faizuddin bin Md Noor AJK

8.4.8 Nor Azura binti Othman Pemeriksa Kira-kira I

8.4.9 Menaga A/P Mahalinggam Pemeriksa Kira-Kira II

9.0 Pembentangan Usul

9.1 Encik Thinakaran mengusulkan kepada persatuan untuk mengalihkan kereta-
kereta terbiar yang merosakkan pemandangan taman, menjadi tempat
perlindungan kepada binatang liar seperti ular dan juga mungkin membawa
penyakit merbahaya akibat pembiakan nyamuk. Jawatankuasa baharu telah
berjanji untuk mengambil tindakan setelah berunding dengan pemilik
kenderaan-kenderaan berkenaan.

9.2 Encik Roshidi bin Ab Hamed mengusulkan bahawa peraturan bagi menyewa
rumah diperhalusi dengan memasukkan keperluan menyerahkan butiran bakal
penyewa seperti salinan kad pengenalan, gambar terbaharu, maklumat
pekerjaan dan sebagainya kepada persatuan sebelum mereka dibenarkan
menyewa di Azalea Homes. Jawatankuasa baharu telah berjanji untuk
mengambil tindakan sewajarnya berkenaan usul ini.

A PERSATUAN PENDUDUK DAN PEMILIK AZALEA HOMES
(AZALEA HOMES RESIDENTS AND OWNERS ASSOCIATION)
(PPM-010-10-28122017)

Pondok Pengawal Azalea Homes, Jalan KJ 1C/1, Taman Kundang Jaya, 48020 Rawang.
_____________________________________________________________________________________________________________________

10.0 Hal-hal Lain

10.1 Ahli yang hadir bersetuju untuk mengambil tindakan kepada pihak yang
membuang sampah dan benda-benda yang tidak digunakan di kawasan
berhampiran taman permainan. Semua pihak harus bertanggungjawab dan
bekerjasama dalam hal ini demu keselamatan semua pihak.

10.2 Puan Aza memohon semua ahli membuat bayaran keselamatan sebelum 10hb
setiap bulan. Kad akses akan disekat sekiranya masih belum membuat bayaran
selepas tarikh akhir bayaran. Semua ahli yang hadir telah bersetuju sebulat
suara.

11.0 Ucapan Penangguhan

11.1 Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik
semula.

11.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:30 pagi.


Click to View FlipBook Version